Ini di Gaza, Paletine dan Di Pulau Pinang, Malaysia. Bagaimana nanti rupa dan keadaan di Kedah, Malaysia?
Selepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai perniagaan Bumiputera di Negeri itu, kini giliran Kerajaan Negeri Kedah pula mula mengambil tindakan akan merobohkan gerai-gerai perniagaan di tepi jalan di Negeri itu. Apakah tindakan menjalankan perniagaan di tepi jalan ini merugikan jika ianya diregulate dengan baik? Apakah sebenarnya gerai di tepi jalan ini mengganggu suasana sekitar dengan teruk? Atau ini menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang sudah mula pudar?
Kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang Negeri Kedah Darul Aman telah memberi notis kepada beberapa pemilik gerai di atas tanah rezab jalan agar mengosongkan gerai masing-masing untuk tujuan dirobohkan...ikuti berita selanjutnya. Apakah nanti ada projek pembesaran jalanraya dalam masa terdekat atau ada program pembersihan/pemutihan/penghapusan peniaga-peniaga bumiputera di tepi jalanraya oleh Pakatan Rakyat?