Saya tertarik dengan satu kejadian yang dilapurkan dalam media tempatan, Malaysiakini, mengenai peristiwa sebelum belangsungnya Sidang DUN di Perak 7 May 2009 (hari ini dalam sejarah). Rasanya, ingin saya melihat rakaman videonya tersiar dalam youtube untuk tatapan dan pedoman umum.
Saya teringat cerita seorang sahabat yang menceritakan kisah di zaman peralihan kuasa USNO ke BERJAYA. Ceritanya konon Datuk Karim Ghani, bekas Senator dan YB. USNO memetik sekuntum bunga dan meletakkannya di suatu tempat di hadapan Dewan Undangan Negeri Sabah (bangunan lama) dan berkata bahawa (lebih kurang) "bunga ini akan layu bersama-sama layunya demokrasi di Negeri Sabah". Walaupun demokrasi di Negeri Sabah tidak layu, malah menguntum seperti kuntuman bunga-bunga di Kundasang, Ranau, bumi kelahiran saya, namun peristiwa itu sungguh menggamit nostalgia dan mampu mengusik perasaan. Tidak sekalipun ia menyakitkan hati sesiapa.
Di Perak Darul Redwan pula kejadian seperti berikut dilaporkan:-
12.45 pm (7 Mei, 2009)-Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis. ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang. Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.
Sesungguhnya peristiwa ini tetap akan terbuku di sanubari Hee Yit Foong, ahli-ahli keluarganya dan saudara-maranya, sahabat-sahabatnya malah rakyat Malaysia yang memahami secara mendalam tentang hati nurani seorang insan yang dianiahya dan kebebasan demokrasinya dipersenda.
Dulu Hee Yit Foong meninggalan DAP dan menjadi BEBAS yang menyokong BN...."denied she had received “rewards” for resigning, also said that she had not been in contact with anyone from Barisan Nasional. She maintained that she had issues with the DAP when her privileges were taken away by Perak DAP chief Ngeh Koo Ham. She also denied that she had asked for a Datukship or had applied for timber contracts.
Bagaimanapun, ramai pihak tertentu yang masih mengutuk Hee yang menuduhnya menerima rasuah. Malah ada yang mengatanya, oleh kerana dia OKU, bahawa jika dia telah berbuat sesuatu yang jahat, maka generasinya akan lahir tanpa "punggung". Ini satu penghinaan.
Apakah jenis dan kategori pemimpin yang melakukan penghinaan in ke atas sesama insan? Inikah yang dikatakan hilang pertimbangan dan kemanusiaan kerana kuasa dan pangkat atau memang budaya baru yang tidak beretika dalam amalan politik mereka?
.
Ingatlah bahawa kemenangan akan berada di pihak yang benar dan dianiahya. Dan bala akan turun kepada penganiahnya kepada orang-orang seperi Hee yang kurang upaya.