Translate

Wednesday, July 18, 2012

Bila air mula surut, akan kelihatan siapa yang mandi telanjang.

Anwar menghadapi tuduhan "civil disobedience".
Pembangkang sudahpun memulakan kempen PRU13nya sejak keputusan PRU12 diketahui. Kenapa mereka perlu risau mengenai pengumuman PRU13. Bukankah itu di bawah kuasa Kerajaan yang memerintah, Takkan itupun nak "diliwat" pembangkang? Melampau!.

Nampaknya "bila air mula surut, akan kelihatan siapa yang mandi telanjang"!. Begitulah keadaan Pakatan Pembangkang kini. Masing-masing tidak dapat mengawal kehendak untuk menonjolkan diri dan ideologi masing-masing.

Penganjur anti Lynas sudahpun "dibogelkan". Rakyat dan para belia yang telah diajak berdemo dan bekerja keras mempromosi idelogi anti Lynas pastinya merasa sudah dipermainkan dan diperbodohkan bila pihak promoter memohon maaf kepada Lynas. Demonstrasi oren seakan banyak penyesalan kerana pantulan demo itu kena ke muka sendiri dan rakan karib.

Seketika yang lalu PAS cuba menghidupkan semula gagasan Sistem Pemerintahan Islam. Namun "bunyi batuk Karpal Singh" dan dehem Anwar dan Lim Kit Siang sudah cukup menghalang gagasan itu untuk diberi nafas baru oleh PAS. Penyesalan politik PAS sudah tidak bertempat lagi dalam Pakatan Pembangkang.  PAS sudah jauh terlanjur.

Bersih-3 semakin membenam pengaruh PR kerana demo itu telah jelas menyelewengkan rakyat terutama belia-belia untuk melakukan keganasan. Ramai pihak antarabangsa mula mengutuk tindakan itu dan menganggapnya permulaan kejatuhan Anwar dalam sejarah perjuangan politiknya selama lebih 40 tahun.

Kes Anwar, Azmin dan Cekgu Bad masih pending di Mahkamah. Media kewangan antarabangsa sudah mengesorkan supaya Anwar mengaku bersalah kerana telah jelas melanggar peraturan dan melakukan kesilapan "civil disobedience". Inipun diuar-uarkan akan boleh menghalang hak mereka untuk bertanding jika disabitkan kesalahan.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menyatakan, PR akan mengumumkan tarikh PRU14 JIKA PR memerintah. Jika tidak bermakna lupakan saja saranan beliau.

Resmi PR pada PRU12, berpecah pada saat-saat akhir sebelum pembubaran Parlimen dan DUN. Kenapa PR terlalu risau dengan tarikh PRU13? Bukankah mereka sudah lama berkempen sejak keputusan PRU12?

Nampaknya mereka terlalu takut kerana air laut yang semakin surut. Mereka takut, jika air surut penuh, mereka terpaksa menutup kemaluan dengan tangan!

ANWAR SEDIA JADI PM MALAYSIA KE-7.

Allah SWT tidak akan merestui UMAT MANUSIA yang mungkar untuk menjadi pemimpin ummah. Ini keyakinan SL.

Sejak berakhirnya PRU12, Anwar acap kali mengatakan bahawa dia sudah sedia menduduki kerusi Perdana Menteri. Bermula dengan 16 September dan diikuti dengan 30 MP dari Sabah dan Sarawak yang melompat ke Pakatan Pembangkang, Anwar terus ghairah meyakinkan dunia bahawa dialah PM yang hanya menunggu ketika yang sesuai untuk jadi Perdana Menteri!

Kekemarukan Anwar menduduki kerusi PM ini menjadikan dia berbuat apa saja janji politik asalkan dapat disebut-sebut bahawa dia akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Dia jelas kelihatan "mengganas" untuk merebut kerusi PM "by hook or by crook". Dia bertindak di luar norma politik Malaysia bahkan politik ketimuran. Yang nyata peluangnya menjadi PM terlalu kabur dan tipis.

Tun Dr. Mahathir Muhammad secara sinis mencadangkan agar Anwar dijadikan Perdana Menteri untuk tempoh 5 hari sebelum dia bersara menjadi Pensyarah. Mungkin sekadar untuk "buang tabiat!.

Anwar telah mengumumkan akan bersara politik jika PR kalah dalam PRU13. Tetapi dalam lawatannya ke Jakarta yang terakhir ini dia pula terlalu yakin dia akan jadi PM Malaysia. Situasi inilah yang menyatakan kebenaran di Malaysia bahawa dia sekadar memohon dan mengharap simpati dengan pengumuman persaraannya. Selain itu, dia jelas gagal dalam perjuangannya.

Kegagalan demi kegagalan di lima (Kini tinggal empat) Negeri yang diperintah PR sepatutnya dilihat oleh rakyat Malaysia berhubung dengan penyataan Anwar di Jakarta.

Impian Anwar untuk melihat perubahan politik di Sabah dan Sarawak sudah berkubur. Di Sarawak, Barisan Nasional sudah membentuk kerajaan Negeri. Pastinya , momentum politik di Sarawak berubah. Politik PKR dan Pembangkang di Sabah bertentangan sesama sendiri. Tiada bayangan bahawa perubahan kerajaan akan berlaku meskipun kemungkinan besar rombakan barisanan kepimpinan BN akan berlaku.

Selepas Anwar tidak dapat membohongi rakyat Malaysia yang sudah muak dengan pembohongan Anwar, Anwar pula membohongi msayarakat antarabnagsa, khasnya Indonesia bahawa dia bakal PM Malaysia ke7 selepas PRU13. Sekadar PERSEPSI tidak akan membuahkan hasil.

Burung semakin terbang tinggi.  Janganlah dipipiskan lada. Rakyat Malaysia sudah muak dengan politik pembohongan. Jangan sampai masyarakat antarabangsa pula menjadi muak dengan pembohongan dan lakonan Anwar.

10,000 CYBERRROOPER UMNO BN ANTI NASIONAL-KENAPA TAK SAMAN LIM KIT SIANG?


Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan resmi dalam akhbar bahawa 10,000 cybertrooper UMNO -BN adalah ANTI-NASIONAL.

Kenyataan seperti ini amat MELAMPAU, MISLEADING DAN BERNIAT JAHAT bagi pandangan SL. 

KENAPA KIT SIANG INI DIBIARKAN BERMAHARAJALELA..Takde ker yang nak menyaman LKS ini?  Mana PAHLAWAN, MANA LAKSAMANA, MANA PENDEKAR?

Tuesday, July 17, 2012

Titanic dan Peristiwa 1994

Datu Seri Panglima Haji Lajim Haji Okin. Dihantui peristiwa 1994 atau Titanik?
Alang-alang DS Haji Lajim Haji Okin melepaskan jawatan. Dia hanya melepaskan jawatan Ketua UMNO Cawangan Kerambai Kebatu, Beaufort, Bukan Ketua UMNO Bahagian Beaufort atau AJK UMNO Pusat atau jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apakah peristiwa belau meningglkan PBS tahun 1994 mengthantuinya atau dia masih tergamam melihat Titanic PKR yang sedang karam?

Tahun ini, UMNO merancang untuk mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan. Entah UMNO bahagian yang diketuai Haji Lajim, UMNO Bahagian Beaufort, bersedia sepenuhnya atau ala kadar sahaja, kita belum pasti. Bila gajah sama gajah bertanduk, pelanduk mati di tengah-tengah. Inilah keadaan sinistikal UMNO Bahagian Beaufort kini, walaupun hakikatnya Jawatankuasa Bahagiannya masih tetap mantap.
 
Apakah Lajim masih dengan buruannya mengejar jawatan Ketua Menteri Sabah, satu jawatan yang pernah dijanjikan Anwar semasa dia melompat ke UMNO tahun 1994?

Lajim memang pemimpin yang perihatian. Dia tidak memilih bulu dan tidak lokek. Dia mudah didekali dan mendengar apa juga bentuk aduan dan rungutan. Sikap inilah yang menjadikannya sebagai pemimpin yang disenangi setiap lapisan masyarakat.

UMNO Sabah tidak melakukan "sesuatu yang sideline" Lajim sebagai pemimpin senior UMNO walaupun ada ura-ura pihak tertentu "konon mengguggurkan Lajim" dalam PRU13 kelak. Dia juga menyedari bahawa segolongan yang mewar-warkannya meninggalkan UMNO semata-mata berniat untuk menjatuhkan wibawanya sebagai pemimpin UMNO yang senior dan AJK UMNO Pusat dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Persekutuan.

Beberapa minggu yang lalu, PKR telah memukul gendang dengan sekuatnya bagi menyambut kemasukkan Lajim ke PKR. Namun bunyi gendang PKR itu lenyap dan harapan mereka runtuh dan jatuh apabila Lajim tidak merealisakan impian mereka. Nampaknya Anwar sudah rasa dimalukan Lajim bila memuncaknya isu itu tetapi tiba-tiba berkubur tanpa nisan.

Anwar berapi-api mengatakan ada kejutan politik akan berlaku di Sabah. Sama seperi berapi-apinya Anwar mengatakan "we have the number" dan gagasan 916 atau 16 September. Rakyat akan terus skiptikal mengenai kenyataan politik Anwar setelah banyak janjinya tidak menjadi kenyataan.

Barangkali kerana Lajim sudah terbayang bahawa Titanic PKR di Sabah yang sudah lama "sinking" tiada tanda-tanda dapat ditimbukan untuk meneruskan pelayaran yang selamat di perairan Sabah. Dari turut karam, biarlah Lajim terus berkhidmat sebagai MP dan Timbalan Menteri. Dia tidak perlu lagi risau peristiwa 1994 menghantuinya. Dia tidak perlu terburu-buru membuat keputusan. Dia pasti, hantu-hantu politik berkeliaran dan hantu Titanic lebih ganas dan menakutkan. Dia diam dengan prinsipnya yang hanya diketahu selepas Parliment dibubarkan.

Monday, July 16, 2012

KHEMAH INSPIRASI VS LOYALTY

Calon PR MP Tuaran: Ansari atau Kalakau?
Sempena “Syarahan Perdana Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor”, di Stadium Malawati Shah Alam, kira-kira dua tahun yang lalu, Datuk Kalalu Untol menifatkan dirinya berada dalam “khemah inspirasi”.
.
Dalam ucapannya, beliau berkata "...Tetapi sekarang ini, siapa juga pemimpin BN sampai ke Sabah dan mengatakan BN kuat, jangan. Kita tidak percaya!...”. Seolah-olah bila ada pemimpin  dari Sabah seperti Kalakau berucap di Selangor tentang Sabah, itu BARU BOLEH PERCAYA BAH!. Di mana jua anda berada, teruja kah anda?

Ungkapan ucapan Kalakau yang pastinya mendapat tepukan gemuruh di Selangor ialah: “...Sebab, kita ada kerajaan negeri Sabah, empat kali tukar kerajaan. This is the first time in Selangor (Ini kali pertama di Selangor). Sabah empat kali. Tapi kita tak boleh buat apa-apa. Kalau kita hanya tukar kerajaan negeri, kita tidak boleh tukar apa-apa dasar untuk negara...,”
.
Di Sabah, Khasnya di Tuaran, ungkapan seperti di atas itu oleh Kalakau sudah seperti "sambal belacan". Hampir tiap detik kita disajikan dengan slogan "ubah dan ubah dan ubah lagi". Pastinya anda akan rasa muak jika pemimpin yang TIDAK pernah berubah mengajak kita melakukan perubahan demi perubahan demi perubahan!

Kalakau, melalui Angkatan Keadilan Rakyat-AKAR, pernah berusaha untuk menyingkirkan TS Pairin Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah dalam era Kerajaan PBS atas landasan aspirasi dan ispirasi untuk perubahan. Bagaimanapun, dia gagal merealisasikan inspirasi perubahan seperti yang dia kehendaki. Akhirnya dia singgah juga di Khemah PBS setelah meninggalkan AKAR dan kemudiannya berhijrah ke khemah PDS yang akhirnya dijenamakan sebagai UPKO.

Kini. Kalakau berada di khemah baru, PKR, khasnya PKR Cabang Tuaran. PKR yang pernah dilebenya sebagai "Khemah Inspirasi". Di sini, Kalakau sudah mula memalu gendang perangnya perubahannya dengan meyokong Kem Edward Linggu menentang Kem Tuan Haji Ansari Abdullah. Edward Linggu akhirnya tewas. Samalah tewasnya Kalakau secara moral dalam Khemah inspirasinya.
.
Kalakau agak terperangkap dalam dilema ciptaanya sendiri apabila Edward Linggu membuat keputusan meninggalkan PKR bersama penyokongnya menyertai STAR. Persoalannya, mampukah Kalakau berunding dengan cara berkualiti dengan Tuan Haji Ansari memandangkan dia masih memegang "smoking gun" menyerang Ansari?

Kedua-dua, Ansari dan Kalakau, menyimpan niat untuk bertanding kawasan Parliment Tuaran. Kalakau pernah menjadi MP Tuaran semasa era PBS. Dia tewas kepada Datuk Monggoh Orrow (PBS) semasa penggal kedua Pemerintahan PBS. Ansari pula bertanding kawasan Parliment Tuaran pada PRU12 tetapi tewas di tangan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (BN).

Ansari memang menjadi kepercayaan DS Anwar Ibrahim sebagai seorang yang loyal kepada parti. Manakala Kalakau popular sebagai pemimpin yang tidak kalis pergeseran politik. Kawasan Tuaran pula sekian lama menjadi kawasan yang diperuntukkan kepada calon KDM. Apakah pilihan PKR, Khemah Inspirasi atau Khemah loyalti? Apa yang hampir pasti mereka akan berhadapan dengan saingan STAR menghadapi calon BN di kawasan Parliment Tuaran.

Sunday, July 15, 2012

PASTI DIA LEBIH CANTIK DI ZAMAN MUDANYA

 Wanita Misteri kini menjelma...

"Saya mahu Anwar memberi kenyataan benar dan jangan berdiam diri seperti seorang 'pondan'. Saya kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikaitkan dengan isu itu kerana sering dipandang serong masyarakat selepas gambar dan nama saya disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini," -Wanita Misteri yang kini menjelma...

JANGANLAH MANUSIA DI HUJUNG JARI TELUNJUK WANITA MISTERI INI BERDIAM DIRI... Takut kerana salah...

Continue reading..(Pls clik here) 

KALAKAU ASET ATAU LIABILITI DALAM PKR?

Yang hilang dari BN (UPKO) pada 28 Februari 2010 adalah pemimpin veteran
Yang hilang dari PKR pada 28 Februari, 2010 ialah pemimpin muda

Hari ini 28 hb. Februari, 2010 (Sunday) adalah tarikh resmi penyertaan Datuk Kalaukau Untol dalam PKR. Pada tarikh keramat itu jugalah seramai 77 ahli pemuda PKR Permatang Pauh menyertai UMNO yang dterima permohonan mereka oleh Dato Zahid Hamidi. Mereka, kumpulan 77 itu, diketuai Cabang Guar Jering, Timbalan Ketua Pemuda En Fakhrul Che Umar dan Bendahari Cabang En Hesabudin Md Isa. Pada tarikh itu Kalakau hilang dari BN (UPKO), tetapi 77 hilang dari  PR (PKR).