Translate

Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang: Parti Yang "Melampau"

Pemandu Ketua Polis Negeri yang turut dibelasah Penyokong PAS dari luar Negri Sembilan.
Unit Amal Malaysia: Nama amal tidak mencerminkan mereka membuat "amal" ke jalan Allah SWT. Diberitakan, lapuran polis dibuat tetapi BUKAN mamat kebal ini yang dilapurkan tetapi orang lain. Nak membohongi polis, bolehkah mereka membohongi Allah Subhanawatalla?

IKUTI KISAH GAMBAR INI DALAM BLOG BERIKUT:-
NOTA KAKI.
Selepas undi pos telah dilaksanakan, pihak penyokong PAS dan PAS sendiri sudah mula mengecam dan menyalahkan Pihak Polis, askar dan Pihak FRU. Konon mereka mengganas dan membantu calon BN. Semasa demonstrasi dulu pihak keselamatan ini dipanggil pembangkang sebagai "anjing-anjing kerajaan". Apakah rakyat Bagan Pinang boleh menyerahkan kepimpinan Bagan pinang ini kepada golongan yang bersikap sebegini?-Noreen di Negri.
Ini KATA orang Pembangkang dalam komen sebuah blog yang lain......
Polis = Melayu = Rasuah. Askar = Melayu = Panglima2 bodoh. Bank = Melayu = Jadi kuli Hospital = Melayu = Balaci untuk doktor india hahahahaha…Sekolah = Melayu = Bodoh2 belaka (nasib baik ada cikgu india dan cina) Sistem Kehakiman = Melayu = Senang dibeli (anne VK Lingam juga control badut2 melayu kapiaq hahahahaha) YOU GO AND EAT SHIT!!! YOU HAVE NEVER IMPROVE YOUR BRAIN AND STILL EAT SHIT. You scumbag..........were really have no brain, the head is full of tahi Dey subsidize melayu kapiaq mother fucker, why are you bucking like anjing kurap lol…lol…lol…lol…lol…hahahahaha…

Cahaya Kegemilangan Negara Mula Terpancar di Bagan Pinang.


Salahuddin menunjukkan gambaq budak yang konon ditetak dengan parang oleh penyokong UMNO. Mamat seekor tu kebal? kerana tak luka walaupun bajunya terkoyak lurus ditetak dua kali dengan parang. nampak lagi ekor kudanya Alaaaa tuuuulah, lain kali nak serang mamat kebal begini kena pinjamlah bambu runcing dari Kumpulan BENDERA di Indonesia. Pengkhianat Agama Islam @ Tukang Batu Api pula sebelah kanan Salahuddin. Silap dan "Salah lagi strategi Salahuddin  ini..tulah pakai nama 'SALAH uddin. INI NAK COUNTER KES AZEEZ KENA PUKUILAH NIE!!

Berikutan dengan  insiden "Mamat Kebal" ini, Dewan Pemuda PAS dikatakan telah mengarah Pemuda PAS seluruh negara untuk turun ke Bagan Pinang unruk gerakan "fissabilillah". Seterusnya digembar-gemburkan bahawa ketegangan berlaku di Mesjid Bagan Pinang. Sebelumnya seorang pensioner dan warga emas dipukul hanya kerana meminta supaya kenderaan Pemuda PAS dialihkan bagi memberi dia laluan.
  1. Jika Azeez yang mendakwa dipukul segera membuat laporan polis dan ke hospital, kenapa "mamat kebal" itu tidak membuat laporan polis dan membuat pemeriksaan doktor professional?
  2. Apakah pihak polis dan keselamatan tidak lagi dipercayai oleh penyokong PAS seperti setengah pemimpin DAP yang menolak peranan polis dan tentera?
  3. Apakah akibat dari persekongkolan PAS dengan DAP yang menyebabkan masyarakat ramai mula menyedari bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu mewujudkan perpaduan yang sebenar dalam membawa Malaysia ke arah negara yang harmoni dan progresif?.
  4. Keadaan di Bagan Pinang telah mula mengembalikan keyakinan bahawa perpaduan adalah satu elemen yang utama dalam menentukan masa depan negara. Kerana itu kelihatan pemimpin parti dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum sudah mula bergerak ke arah mengembalikan semula kegemilangan, suasana kemajuan dan progresif Malaysia dahulu pada era BN stabil tanpa Pakata Rakyat.Ini adalah gagasan 1Malaysia yang perlu disuburkan oleh segenap rakyat Malaysia yang sukar dinafikan PR.
  5. Kekalahan calon PR/PAS semakin jelas di Bagan Pinang. Di Permatang Pasir, kekalah jelas ke atas calon BN/UMNO. Di Permatang Pasir, pemuda dan puteri UMNO tidak mengamuk seperti yang dilakukan PAS di Bagan Pinang. Inilah salah satu kualiti yang perlu menjadi perbandingan umum.
  6. Di Bagan Pinang, pengundi Pos, pengundi Melayu, India dan sebahagian pengundi Cina sudah memperlihatkan keinginan untuk satu negara Malaysia yang aman dan maju yang tidak dapat diwujudkan oleh Pakatan Rakyat. Pengundi Cina yang selama ini bersimpati kepada DAP sendiri, sudah merasakan keberantakan Pakatan Rakyat dan mula berfikir.
  7. PAS dan pemimpin juga mula menghalang pihak kerajaan menyediakan kemudahan  penghuni-penghuni kem tentera dengan alasan konon melanggar akta dan peraturan SPR. Ini semua alasan kosong kerana kem juga adalah penempatan rakyat dan penghuninya adalah rakyat yang perlu kemudahan. Apakah PAS mahukan supaya penempatan itu dimundurkan? Apakah jasa dan pemgorbanan mereka tidak perlu dihargai PAS? Bukakah Calon PAS juga dirayakan dalam suasana aidilfitri oleh Tentera?
  8. Dengan izin Allah SWT BN menang di Bagan Pinang dan Malaysia kembali bersinar menuju ke zaman kegemilangannya.

Thursday, October 8, 2009

BAGAN PINANG

Pertanda PAS Kalah Di Bagan Pinang:Tiada pertindihan daftar pemilih: SPR:


CALON BN, Mohd Isa bertanya khabar kepada pengundi ketika menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat di Ladang Siliau, Port Dickson.

Hasil semakan SPRM menyangkal dakwaan Pas mendapati pertindihan pengundi di Bagan Pinang tidak berlaku.  Maknanya percubaan injunksi PAS mempunyai muslihat tersembunyi. PAS cuba untuk menghalang "mandat rakyat" apabila cuba memfailkan injunksi supaya PRK Bagan Pinang ditangguhkan. Apakah ini pertanda  awal yang lebih jelas bahawa PAS sudah mengetahui bahawa calon mereka di Bagan Pinang akan kecundang lalu mereka cuba bertindak menghalang PRK dijalankan?-Senjaliza-Noreen.
 

BERITA berikut:-
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tidak wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Beliau berkata hasil semakan yang dibuat SPR semalam mendapati tidak wujud penggandaan nama di kawasan itu seperti yang ditimbulkan Pas.

“Kita beri jaminan selepas semakan dibuat hari ini, tidak wujud penggandaan nama di DUN Bagan Pinang yang akan menghadapi pilihan raya kecil. Ini bermakna kerisauan tidak berbangkit,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ura-ura Pas yang ingin memohon perintah injunksi bagi menghalang 253 pengundi pos daripada mengundi esok atas dakwaan wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih SPR di DUN Bagan Pinang.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahli-ahli SPR lain di Ibu Pejabat SPR di sini. Wan Ahmad berkata dalam pertemuan itu, Pas turut menyerahkan senarai nama yang didakwa bertindih. Beliau berkata SPR juga akan membuat pemeriksaan menyeluruh senarai daftar pemilih bagi memastikan tidak berlaku penggandaan nama, yang mungkin berlaku apabila anggota tentera mendaftar sebagai pemilih awam sebelum menyertai perkhidmatan itu.

Sementara itu, Mustafa berkata permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi itu akan mengambil kira dari segi praktikalitinya kerana undi pos akan dijalankan hari ini. “Kesannya daripada ini, kita akan lihat. Saya akan bincang dengan peguam lagilah,” katanya. Ditanya sama ada Pas akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil itu, beliau berkata: "Kita belum tahu lagi. Kita tengok suasana dan keadaan. Kita akan bincang apa tindakan selanjutnya.” - Bernama


Wednesday, October 7, 2009

PAS gagal sabungkan Isa dengan Mat Hassan.


Kalo PAS nak sabungkan dua manusia ini, PAS kena kidnap Mat Hassan, pasang Kepiah, spek hitam dan bubuh janggut putih kemudian bubuh arang ke mukanya. Lepas tu kunci lidahnya.

Mulanya Pembangkang memang menuduh bahawa bila Isa Samad dicalonkan di Bagan Pinang, Isa bakal menjadi ancaman kepada MB Mat Hassan. Inipun nyata-nya bahawa Pembangkang sudah meramal bahawa Isa akan menang. Sebab kalo kalah takkan menjadi ancaman kepada Mat Hassan.

Tapi bila Mat Hassan kata "sayalah orang pertama mencadangkan Isa Samat", PAS "mati duduk", check mate, hilang isu dan kena tuduh pula "main sabung". Tapi Isa dan Mat Hassan bukan ayam walaupun ada yang menyatakan perjudian dan pertaruhan berlaku antara majoriti atas 2,000 undi vs bawah 2000 undi kepada Isa Samad.

Pilihanraya Kecil kali ini bukan PRK wira kampung. Ini padang permainan Isa samad. Pengundi Bagan Pinang harus melihat bahawa sesungguhnya Isa dan BN di Bagan Pinang adalah melawan untuk menumbangkan DAP dan PKR yang "diwajahkan" dengan PAS kerana itulah calon PAS ini diimpot.

Tugas Isa dan BN kini tinggal untuk meningkatkan majoriti BN dan tugas PAS mengurangkan majoriti itu. Tentera darat dah diparahkan Salahuddin, komunis pula nak dibawa balik Anwar ke Malaysia...Nak tunggu apa lagi. Orang Bagan Pinang jangan pula salah sebut "s'orang; Sebut seerranng. Say No  also to "komunis" and  No to DAP's

Tuesday, October 6, 2009

Lagi...Naib Presiden PAS Tak Hargai Hati dan Perasaan Tentera..


Provokasi ini adalah kredit awal kepada calon BN TS Isa Samad. Apakah Pengarah Induk PRK DUN Bagan Pinang mahu menambah kredit itu dengan mengenepikan hati dan perasaan tentera darat di Bagan Pinang?

Tentangan terhadap keputusan Perdana Menteri mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, selaku Pengarah induk PRK DUN Bagan Pinang dilihat satu percaturan politik yang silap.

Di saat-saat PAS memerlukan simpati dan sokongan tentera , dia pula membuat kenyataan yang menidakkan kepentingan tentera. Mungkin kerana yang ditentang dan disanggah pendapatnya ialah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak maka Sallahuddin merasa gah dan setanding pemikiran Perdana Menteri. Dia lupa, dia berada di Bagan Pinang kerana  ingin "membeli hati dan perasaan" pengundi Bagan Pinang yang dikatakan mempunyai pengundi yang ramai dari kalangan tentera, BUKAN untuk mnyaingi kuasa Perdana Menteri.

"Bukanlah datang di saat Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan terus isytihar ini bandar tentera darat," katanya kepada media di Markas Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Batu 4 dekat sini Isnin.

Kiranya Salahuddin menyedari bahawa pengisytiharan itu untuk menarik pengundi, mengapa ianya ditentang? Bukankah lebih baik baik kiranya ianya juga diisytiharkan Bandaraya Tentera Darat dan sekaligus sebagai  kawasan "Pelancungan Si Baju Hijau". Andainya ia pula diisytihar sebagai "Pusat Pelancongan  Terbaik Dunia" seperti yang Salahuddin cadangkan, itu sudah keterlaluan kerana masih terdapat pusat pelancongan  di dunia yang lebih layak mendapat tittle sebagai pusat pelancongan terbaik dunia  yang perlu kita akui.

Barangkali ini kaitannya dengan soal ego. Namun ego yang sebegini merugikan PAS dalam konteks PRK Bagan Pinang. Inilah pertanda bahawa apa saja yang dicadangkan oleh kerajaan walaupun baik dan menguntungkan rakyat, PAS mesti tentang. Lebih-lebih lagi bila idea datang dari Perdana Menteri sendiri.

Apakah menafikan perasaan Tentera Darat ini sebagai pertanda dan isyarat awal bahawa PAS mula memberikan kredit dan kelebihan kepada calon BN untuk menang dengan mudah di Bagan Pinang? Atau mereka sudah mula melakukan kesilapan kerana "terlalu takut" akan kalah?

Monday, October 5, 2009

Politik Main kasar Taktik Politik Pra Kalah



Seandainya yang menghadapi provokasi seperti ini adalah pemimpin pembangkang dan yang melakukan provokasi ialah penyokong BN, apakah natijah yang akan diterima oleh oleh peyokong BN itu?

Azeez terlantar di Hospital. Apakah Dr. juga turut berbohong?


Logik kadang ada "logik"nya sendiri. Andainya 9 orang yang pukul Azeez, tentunya dia lebam mata seperti Anwar dipukul dalam tahanan dulu. Tapi Azeez tidak digari dan ditutup matanya dengan kain hitam.
 
  "Siapa berbohong"?. Provokasi ini jelas menyakitkan hati dan mencabar kesabaran. Bayangkan puteri ini adalah "muslimah PAS" dan yang melakukan provokasi itu ialah pemuda UMNO. Barangkali skrin PC anda akan menyala dengan kemarahan cyber trooper PAS. Jadi mana "keadilan"?

Bila Salahuddin Ayub mengatakan bahawa kenyataan memukul Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berbohong mengenai ianya ditumbok oleh penyokong PAS, kenyataannya diambil sebagai senjata dan alasan menangkis bahawa Azeez "pembohong". Seolah-olah bila kenyataan dibuat oleh pemimpin PAS semuanya betul. Kenyataan orang lain pula dianggap salah.

Dr Koh Su Kon yang terselamat dari provokasi penyokong PAS kerana hujan turun lebat juga barangkali dianggap oleh penyokong PAS sebagai "bohong". Kumpulan Puteri UMNO yang dianiayah dengan provokasi juga akan dianggap bohong oleh penyokong PAS.

OK..terbalikkan pula. cuba kiranya..OK.... kiranya Salahudin Ayub ditumbok oleh penyokong BN, Lim Guan Eng pula menghadapai provokasi sehingga kenderaanya dihalang serta dia dicerca dengan pelbagai maki hamun manakala para muslimah PAS dianiayah seperti penyokong PAS menganiayah Puteri UMNO! Apa akan terjadi? Barangkali akan menyala skrin computer anda dengan kemarahan penyokong PAS melalui gerakan cyber mereka...

Inilah politik main kasar pra kalah yang diamalkan penyokong PAS di Bagan Pinang. Nik Azizi Nik Mat cuba pada awalnya mensihatkan samseng ini dengan kenyataan bahawa politik main kasar menumbok ini "bukan amalan Islam" dan buka budaya PAS. Tetapi barangkali kerana kenyataannya itu dilihat memakan diri calon PAS maka kenyataan Nik Aziz itu berubah dan diubah bahawa Nik Aziz menafikan bahawa Azeez ditumbok oleh 9 orang ahli PAS. Ada unsur putar belit; barang kali juga yang menumbok itu cuma PENYOKONG PAS dan BUKAN AHLI PAS.

Jika Azeez tidak ditumbok dan terlantar dihospital maka Dr. yang merawat Azeez itu dikira oleh PAS sebagai turut jadi pembohong. Manakala pihak polis yang sudah menenalpasti penyerang Azeez juga turut memain peranan sebagai pembohong!. Cukuplah dengan anggapan Pengundi pos dituduh Pembangkang sebagai "pak turut " dan tidak tahu menggunakan hak demokrasi mereka. Jangan pula isu Batang Ai timbul di Bagan Pinang di mana  Hadi Awang menuduh pengundi Iban tak reti berpakaian dan pakai cawat sebab itu tak reti undi pembangkang (PR). Nanti Askar pula disuruh bercawat dan menaggalkan uniform mereka oleh pemimpin pembangkang bila PAS kalah!!

Sesungguhnya ramai yang sudah meramalkan bahawa PAS akan kalah di Bagan Pinang. Anwar Ibrahim sendiri berpura-pura terkejut bila ISA Samad dicalonkan. Sedangkan awal-awal lagi PAS dan PKR meramal Isa Samad akan dicalonkan sebagai calon BN yang konon "recycle". Ini nyata-nyata sebagai "keterkejutan pura-pura dan hipokrit".

Oleh kerana sindrom "pra kalah" inilah maka penyokong PAS  "resorted" kepada tindakan politik main kasar. Sebelum inipun pembangkang membalun SPR dengan isu "pengundi pos" walaupun pembangkang memperolehi undi dari undi pos dan pernah menang undi pos.  Itupun main kasar. Nyata dengan jelas Politik main kasar ini akan lebih memakan diri calon PAS. Sinrdom Pra Kalah semakin jelas bila isu "lalat" yang menyerang PD dan Bagan Pinang turut meramaikan PRK itu  dan dijadikan isu pilihan raya oleh Pembangkang. Seolah-olah lalat juga dicipta oleh BN untuk menyukarkan kehidupan penduduk dan pengundi di Bagan Pinang....

Bila trumpet berbunyi kelak maka sedarlah bahawa politik main kasar pasti akan kena penalti.......