Translate

Friday, April 2, 2010

PRK Parlimen Ulu Selangor: Dulupun PKR Berpesta.

KEPUTUSAN PRU 12, PAR,IMENT P.94-SELANGOR
P94 - HULU SELANGOR (63,593)
 Melayu: 53.9% Cina: 26.7% India: 19.0% Lain-lain: 0.4%

Datuk G. Palanivel Govindasamy (BN-MIC) 22,979

 Zainal Abidin Ahmad (PKR) 23,177
Majoriti: 198
Jumlah Undi: 47622
Undi Rosak: 1,466
% mengundi: 74.89


MP SAKIT. Siapa Berpesta mau PRK . Begitulah keadaannya dulu. Pemimpin-pemimpin PKR dulu mendesak supaya diadakan PKR sebaik sahaja Pakatan pembangkang kalah di Batang Pinang, Negeri Sembilan. Sebahagian pemimpin PKR sudah tidak sabar sehingga menyinggung perasaan ahli-ahli keluarga Arwah MP Ulu Selangor, Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR). Francis Xavier Subramaniam, Ketua Penyelaras PKR kawasan Rasa, seakan tidak sabar ingin menganyang Datuk G. Palanivel Govindasamy jika dia dicalonkan.

Kawasan Parliment Ulu Selangor terdiri dari  Melayu: 53.9% Cina: 26.7% India: 19.0% Lain-lain: 0.4%. Amalan dalam BN sering memberikan peluang kepada rakan-rakan komponen yang lain jika berlaku Pilihanraya walaupun peluang UMNO amat cerah dalam sesuatu kawasan yang menjadi rebutan memandangkan pengundi Melayu lebih ramai di kawasan berkenaan.

Kawasan Parlimen Ulu Selangor pada PRU12 adalah contoh yang typical. Apakah amalan ini akan dilakukan sempena PRK di Ulu Selangor pada kali ini?

Ramai yang sudah meramalkan bahawa pada Pilihan Raya Kecil ke 10: G.Palanivel Pasti Calun BN Dalam BN soal perkauman dalam memilih calon tidak wujud. Tolerasi dalam BN lebih kuat mestipun orang BN sering dituduh pembangkang sebgai racist.

Rasanya BN akan mudah menawan semula kawasan iniu jika persefahaman komponen BN akan terus utuh. Semua tahu, Ketua Bahagian PKR Ulu Selangor sudag hilang statusnya sebagai Ketua Bahagian kerana  AJK PKR meninggalkan PKR. Apakah ini petanda awal PKR akan dibenakan rakyat Ulu Selangor?