Translate

Friday, December 4, 2009

Borneonisasi Dinafikan: Yong Mudah Lupa?


Apakah Semangat "Lawan Tetap Lawan" telah merobah "Semangat Konsensus" yang dilaungkan Yong semasa dia menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah?

Ada sesuatu yang Datuk Yong Teck Lee, Presiden Parti Progresif Sabah-SAPP, terlupa bila dia mengatakan bahawa Borneonisation Ignored dan konsep  merujuk HQ keterlaluan apabila calon ahli parliment  atau DUN terpaksa disahkan (endorsed) di peringkat Persekutuan. Barangkali kerana pada ketika ini, SAPP  merupakan satu-satunya parti "Pembangkang Negeri " yang  aktif  di mana pencalonannya tidak ditentukan atau dirujuk di Peringkat Pusat atau tidak perlu "concern"  pemimpin mereka. di Kuala Lumpur Parti-parti pembangkang lain seperti DAP, PKR dan PAS memang perlu endorsement dari Pusat. Lalu Yong membawa masyarakat Sabah untuk melupakan parti-parti  lain yang mengamalkan konsep ini termasuk melupakan UMNO, DAP, PKR, PAS, MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya. Selanjutnya,  mereka mesti ingat SAPP.

Barangkali Yong cuba membayangkan bahawa Parti Pakatan Rakyat adalah juga opponents SAPP  menjelang PRU 13 nanti kerana Parti-Parti itu perlu menghormati keputusan Ibu Pejabat mereka di Kuala Lumpur? Yong juga melebel tindakan terpaksa merujuk Kuala Lumpur ini sebagai sehaluan dengan system kolonial. "As such it was not wrong to say that political control of Sabah has shifted from colonial capital London to national capital Kuala Lumpur (now Putrajaya)," Kata  Yong.

Yong juga barangkali lupa yang dia adalah penyanyi yang terlalu nyaring melagukan "Wawaasn 2020" dan lagu "Barisan Nasional Barisan Kita" ketika dia menjelajah Negeri Sabah  menjaja semboyan "Malaysia Boleh Sabah Boleh". Ketika itu ada juga pihak yang melaungkan "Yong Boleh" kerana "mengambil hati Ketua Menteri". Yong terlupa kerana jika jawatan Ketua Menteri yang bergilir tidak dirujuk ke Kuala Lumpur yang dianggapnya kini sebagai London, dia barangkali tidak disebut "Mantan Ketua Menteri Sabah" pada hari ini.

Lagu yang dinyanyikan oleh Yong kini adalah lirik lagu Dr. Jeffrey Kitingan.? Majoriti rakyat Negeri ini tahu bahawa "Lagu Borneonisasi"  adalah karya Jeffrey Kitingan. Apakah "Lagu Borneonisai" ini  sengaja dinyanyikan oleh Yong, beriring buluh perindu, untuk mengubat hati Jeffrey yang dilukai Dato Seri Anwar Ibrahim setelah Ahmad Thamrin Haji Jaini dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah? Jika demikian, maka Yong mengundang konfrontasi dengan Pakatan Rakyat khasnya PKR dan DAP. Atau pun memangnya Yong mesti berkonfrontasi dengan mereka (PKR dan DAP) kerana mereka adalah Parti yang terpaksa merujuk "Kuala Lumpur @ London"!! dan berkongsi "kawasan sasaran" dalam Pilihanraya.

Kita menyoal demikian kerana dengan tiba-tiba, Yong sebagai seorang pakar  jurusan undang-undang tiba tiba menjadi sejarahwan. Memanglah kita tidak memperkecil keupayaan Yong mengenali sejarah. Tetapi penggunaan fakta sejarah untuk memperkuat hujahnya dengan bertubi-tubi, bagaikan satu wadah dan wacana yang  menjelma merobah selera seorang peguam menjadi sejarahwan.

Yong juga lupa bahawa dulu dia dilihat sebagai ikon yang mampu mengikat penyatuan komponen Barisan Nasional. Dia layak menjadi bapa pelopor kepada "Konsep Konsensus" ketika itu. Dia pernah mengatakan bahawa parti kecil seperti SAPP mempunyai suara yang "sama besar" melalui konsep konsensus yang diamalkan Barisan Nasional di Peringkat Nasional. Apa agaknya yang membuatkan Yong lupa semua ini?

Yong memang berhak "to change his mind" dalam negara yang berpegang kepada konsep demokrasi berperlembagaan. tetapi melihat kepada perubahan besar pendirian Yong yang terlalu jauh berbeza, dan mendadak, membuat kita bertanya apa sudah jadi dengan Yong?. Yong berhak melupai atau sengaja melupakan atau terpaksa melupakan semua itu. Tetapi sebahagian Rakyat Sabah, terutama di Likas,  masih mempunyai daya ingatan yang kuat.

Apakah "Change of mind itu juga bererti Change of principle" bagi Yong?

Tuesday, December 1, 2009

"Not to know Jeffrey, is not to know the politics of Sabah".?


Kenyataan yang terbentang di hadapan kita ialah Ahmad Thamrin Haji Jaini adalah Pengerusi Perhubungan Parti KeADILana Rakyat (PKR) Sabah.


Bila ditanya media suatu waktu dulu samada pelantikannya sebagai Pengerusi PRK Sabah adalah berasakan kepada "loyalty"nya kepada parti, Ahmad Thamrin tidak menjawab dengan spontan. Dia seakan terbaca bahawa ada kecenderungan pihak tertentu yang cuba mengait dan mengheretnya sebagai individu yang "mengikut telunjuk" kepimpinan PKR pusat. Namun akhirnya, sambil menghirup kopi tanpa susu bersama teman-teman,  dia mengatakan "I am loyal to the party.. kenapa harus persoalan itu ditanya dengan saya. Orang tahu tahap loyalti saya kepada perjuangan party, pucuk pimpinan parti faham dengan struggle saya.. sepatutnya soalan seperti itu ditanya kepada pucuk pimpinan PKR yang memilih saya". Dia lantas tersenyum mengakhir hujahnya yang serius. Dia lebih tahu  dan masak dengan politik Sabah.

Bagaimanapun pemilihan Thamrin masih dipersoal hingga kini, terutama pihak yang menyokong Dr. Jeffrey. Mengikut Thamrin, sebelum keputusan melantik Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, semua pihak bersetuju terhadap bakal keputusan PKR Pusat masa itu. tetapi bila keputusan diumumkan ada pula yang tidak bersetuju. Seolah-olah menolak persetujuan yang mereka sendiri telah berikan.

Apapun yang terjadi dengan PKR Sabah, samada ahli-ahlinya di Papar dan yang menyokong Dr Jeffrey akan meninggalkan PKR, perjuangan PKR di bawah Thamrin akan diteruskan. Akhirnya rakyat akan membuat keputusan selaras dengan amalan sistem demokrasi.

Dr. Jeffrey yang bercuti.

Keputusan samada Jeffrey dan penyokongnya meninggalkan PKR hanya akan diketahui pertengahan Januari , 2010 apabila cuti berisytirehat Jeffrey berakhir. Namun ramalan dan justifikasi sudah direncana umum bahawa untuk bersama ke pangkuan PKR sudah tiada lagi jalan kembali. Jeffrey sudah dikatakan berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR. Jambatan yang dibakar dulu, kini jadi arang dan abu. Tak mungkin Jeffrey meratapi "susu yang tumpah". Persoalannya apakah mungkin Jeffrey dan penyokongnya melayari politik Sabah sehingga ke PRU 13 tanpa bantera?

Penyokong fanatik Jeffrey gah mengatakan "Not to know Jeffrey, is not to know the politics of Sabah". Seolah-olah politik Sabah adalah politik yang dicorakkan Jeffrey. Seolah-olah perjuangan tokoh-tokoh politik yang agung terdahulu seperti Tun Mustapha Datu Hatun, Tun Fuad Stephen, Datuk Peter Mojunting, GS Sundang dan lain-lain, malah abangnya sendiri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, telah diatasi dan dibayangi Jeffrey. Jika demikian halnya, jika politik Sabah di hujung jari Jeffrey, kenapa pula dia tidak pernah menang dalam pilihanraya setelah meninggalkan PBS, NOT even DUN Bingkor yang pernah dimenanginya atas tiket PBS?

Realitinya, memang sukar bagi PKR menerima corak kepimpinan Jeffrey. Tidak mungkin Deklarasi Tambunan menjadi asas perjuangan politik PKR untuk seluruh Sabah.Tidak mungkin ada autonomi polilik PKR di Sabah dari PKR Pusat. Sistem pentadbiran parti berautonomi seperti ini tidak pernah terjadi atau diamalkan dalam sejarah politik Malaysia. Malah jika Jeffrey sendiri mempunyai parti pimpinannya, tidak mungkin dia sendiri terbuka hati untuk memberikan "autonomi" kepada Perhubungan Partinya di Negeri lain. Langkah segelintir penyokong Jeffrey yang masih mengharapkan sokongan dengan menggunakan "janji manis", janji di bibir mengenai autonomi politik hanyalah usaha yang sia-sia.

Toe the line or leave the parti" kata Dato Seri Anwar Ibrahim yang direstui Presiden PKR Malaysia. Barangkali ini juga yang dikatakan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Atau barangkali dia akan mengatakan bahawa dia lebih faham dan matang dengan selok belok politik Sabah dari Jeffrey kerana itulah dia dipilih menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.

ARTIKAL BERKAITAN......
Serik bersama pembangkang kini sertai BN

Sunday, November 29, 2009

Dua orang kuat PKR sertai Umno

PAPAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar, Sabah), Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri, Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno.

Kedua-dua ‘orang kuat’ PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini.

Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN). Baca selanjutnya....

Related Article...
‘Orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bahagian Papar bersama-sama ahli hampir 200 orang

Doa mohon hapuskan PM tidak masuk akal.

 KLUANG: Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendoakan supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS. Baca selanjutnya