Translate

Tuesday, June 14, 2011

MAT SABU LUPA, DAP TENDANG PAS DALAM BARISAN ALTERNATIF..

Founder Al Juburi Kembang macama bread dicecah dalam Kopi O bila Kit Siang kata Mat Sabu boleh ambil alih peranan Anwar sebagai mediator PAS-DAP. Segala-gala Mat Sabu lupa termasuk PAS ditendang DAP dalam Barisan Alternatif.

Pilihan DAP cukup tepat. DAP memilih Mat Sabu berbanding NASA. Nasa pernah mencemaskan Kit Siang dan DAP semasa gagasan Kerajaan Perpaduan sedikit masa lalu sehingga Anwar dan Kit Sing terpaksa "menangkap serta merta sekembaliTGHH ke tanahair untuk membuat press conference mengutuk cadangannya sendiri mengenai Kerajaan Perpaduan.

Mat Sabu kata "Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka,". Ada tak pemimpin UMNO hulur tangan dengan Mat Sabu? atau Mat Sabu sekadar nak tunjuk setianya dan ampunya  kepada Pakatan Rakyat untuk convince DAP!!!? maklumlah Mat Sabu kite ni dah dapat pujian Kit Siang untuk mengambil alih fungsi Anwar Ibrahim yang sudah menjadi beban @ liabiliti kepada Pakatan Rakyat. 

Tiba-tiba Mat Sabu lupa bahawa PAS ditendang dan di talak DAP selepas PRU 11 sebab DAP kata PAS yang membawa ideologi Hudud dan Negara Islam menghalau penyokong DAP sehingga Karpal Singh dan Kit Siang sendiri kalah teruk dalam PRU 11 itu.

Anihnya Mat Timbalan Presiden "penyapu baru ini" masih ingat pula bahawa BN mengenepikan PAS selepas PRU 1969. Kata Mat kite ni..."Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu...."

Mat Sabu LUPA pula PRU 11 (1999) yang berlaku beberapa tahun lalu dimana DAP menendang  (GOL) PAS dalam Barisan Alternatif tetapi dia masih ingat peristiwa 1969..(Siapa tentang siapa dalam tahun 1969 ini?)

Mat..jangan lupa daratan ya! 

SL TAK NAK "DEMO BERSIH"..ITU KERJA KOTOR

Dahlah si Nuwar papa jahat DAP tak nak pakai lagi anaknya Nurul pula kena halau. Apa dah jadi dengan nasib pemimpin parti anak beranak ini?

Monday, June 13, 2011

DAP-ANWAR SUDAH TIDAK DIPERLUKAN JADI ORANG TENGAH

Negara Kebajikan amatlah perlu memandang Mursyidur dah mula pakai tiga kaki @ Pakai Tongkat. Orang BN kenalah faham keperluan warga emas kite..DAP fikir..DSAI masih  "KUAT"secara fisikal tapi pengaruh dan merudum!!.

Kemenangan Mat Sabu yang menjadi ikon DAP dalam PAS kini sudah menjadi Timbalan Presiden PAS. Mat Sabu yang pempopularkan gelaran Al Juburi ke atas DSAI dirasakan DAP sudah mampu mengambil alih tugas DSAI sebagi orang tengah DAP-PAS. Dengan demikian, keperluan DSAI sebagai orang tengah sudah boleh diluputkan DAP memandangkan DSAI kini berdepan dengan masalah moral yang tidak mampu dipikulnya untuk berdiri dan berjalan sebagai politician.

Terakhir, Kit Siang mengatakan:
"...PAS newly elected Deputy Presiden Mohamad Sabu forged a close relationship with DAP secretary general LIM Guan Eng (my son) while they were detained under Internal Security Act in 1987 will enable both to work together without the need for Anwar as intermediary.."
Ini jelas menunjukkan bahawa khidmat DSAI dalam Pakatan Rakyat sudah menghampiri senja and NOT needed. Sedarlah sekalian bahawa DSAI sudah jelas tidak lagi menguntungkan DAP lantaran kes Sodomi II dan Video Sex.

Mat Sabu memang seteru politik lama DSAI yang akan menjadi masalah kepada PR jika mereka "seperahu atau sekapal". Lambat laun mereka akan bercakar dan akan merugikan DAP. PAS sendiri pernah ditinggalkan DAP dalam BARISAN ALTERNATIF kerana PAS merugikan DAP atau tidak menguntungkan DAP. Kini giliran DSAI pula mengambil tempat sebagai merugikan dan tidak menguntungkan DAP. So he  and his services are NOT needed!

Karpal Singh kini sudah tidak perlu lagi mengatakan "OVER MY DEAD BODY" tetapi harus memulakan  dan menghidupka slogan "ANWAR HARUS BERTAUBAT"...

Sunday, June 12, 2011

KORBAN POLITIK: DAP Selagor memang tak minat Hassan Ali....

DAP memang tak meminati Dr Hassan Ali sebab dia lantang mengkritik Dasar yang bertentangan dengan hukum Islam yang dinafikan DAP. Takebeer popular kerana dia mengkritik penjualan beer di merata pasaraya Shah Alam..Rooney tak nak dihalang!

Sedikit masa lalu ada uar-uar dalam media bahawa Dr. Hassan Ali  yang bertegang dengan Exco Kerajaan Tempatan Selangor yang kiasu akan bertindak menungkah arus. Namun ramai yang menyapu-nyapu belakang Hassan Ali dan Rooney...lu jangan gaduh ma!.. Exco ini nak beer bebas dijaja. Kiasu ini juga pernah dituduh menghalang polis dari menjalankan tugas menangkap mereka yang disyaki menjalankan kegiatan haram dan pelacuran.....

Apabila peluang terbuka, sudah pasti DAP akan mengambilnya bagi mencadangkan pelucutan Hassan Ali....

HI..PELUCUTAN JAWATAN HASSAN ALI sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor - ADAKAH tindakan ini...TO PLEASE DAP Selangor khasnya dan DAP amnya?!! Kalo "ya"..PAS akan lakukan segalanya demi DAP kendatipun termasuk dan terpaksanmengorbankan kepimpinan utamanya....??

Jika pemimpin utama PAS pun dikorbankan demi DAP, apakah jaminan bahawa rakyat biasa tidak dikorbankan mereka???