Translate

Monday, July 15, 2013

PRK N1-Kuala Besut : JIHAD ANDA PERJUANGAN ANDA...

JIHAD ITU MENENTANG YANG MUNGKAR. KITA TIDAK BOLEH BERSAHABAT DENGAN YANG MUNGKAR

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri N.1-Kuala Besut akan berlangsung pada 24 Julai, 2013. Pertandingan adalah di antara calon Barisan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang Jurutera yang ditentang calon PAS.

Pada PRU13 yang lalu, Dr Abdul Rahman Mokhtar (allahyarham) calon BN memenangi DUN kawasan N.1 Kuala Besut dengan majoriti sebanyak 2,434 menewaskan calon PAS Napisah Ismail.

DUN N.1 Kuala Besut, Terangganu berjiran dengan DUN Pasir Putih,  Kelantan. Dalam PRU 12, DUN Pasir dimenangi oleh PAS tetapi berjaya dirampas olen BN pada PRU13.

PRK N.1 Kuala Besut, Terangganu adalah satu pilihanraya membuktikan JIHAD. JIHAD menentang yang mungkar. JIHAD menegakkan kebenaran. 

Kerajaan Barisan Nasional baru saja menunaikan janjinya membina 72 unit Pangsapuri untuk rakyat di Kampung Tok Suboh, Kuala Besut. Sebuah rumah penduduk yang terbakar didirikan semua dengan teknologi baru. Semuanya dirancang sebelum PRK diistyiharkan. Semuanya bukan kerana PRK tapi kerana JIHAD membantu rakyat.

Apakah kita menolak JIHAD ini? Apakah RAKYAT KUALA BESUT dan memberi ruang kepada YANG MUNGKAR seperti Alvin dan Vivian? Apakah RAKYAT KUALA BESUT mahu menerima mereka yang bersekongkol dengan mereka yang MUNGKAR? Apakah RAKYAT KUALA BESUT sanggup memilih mereka yang bertolak ansur dengan kemungkaran dan merelakan HAK HAK Bangsa dan hukum dan kesucian Agama Islam.........?

Apakah salah Parti Keramat Melayu, UMNO, kepada Bangsa Melayu?

RELATED STORY..
-RUPA-RUPANYA CHE LONG CALON PAS KUALA BESUT MERUPAKAN PROKSI SAMUN HUSAM MUSA!!!

05 PRK Kuala Besut - BONGKAR Kisah Kenapa Muslimah PAS Tak Setuju Azlan Che Long Jadi Calon PAS. Apa Kes...?


SUNDAY, JULY 14, 2013

05 PRK Kuala Besut - BONGKAAR Kisah Kenapa Muslimah PAS Tak Setuju Azlan Che Long Jadi Calon PAS. Apa Kes...?
Ramai di kalangan pemimpin ulama di dalam PAS tidak begitu senang dengan calon yang diputuskan oleh pihak PAS Pusat ini..... Pilhan mereka bukanlah Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long.

Ini kerana ramai di kalangan mereka mengharapkan agar Nik Zawawi Nik Salleh diberikan peluang berdasarkan sumbangan dan penglibatan beliau dalam PAS selama ini.

Tambahan pula Zawawi adalah merupakan bekas wakil rakyat yang pernah memenangi kerusi tersebut. Untuk makluman pada PRU 1999, Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426 manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,9,39. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.

Menurut sumber yang meminta agar identiti beliau dirahsiakan itu, turut menjelaskan calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof adalah merupakan calon ‘cari makan’ dan tidak mesra dengan pengundi khususnya kepimpinan dan ahli PAS di kawasan.

seterusnya di sini

related...
-Orang Besut: Anak Terengganu, Kelantan Pelihara? - Mohd Izzuddin Ramli
-#PKR KualaBesut : Adun Pakatan Haram Lantik Nyah Sebagai Setiausaha Politik !!