Translate

Wednesday, June 30, 2010

Belum Sampai Masa Untuk Putuskan Pengagihan Kerusi Di Sabah: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
PENAMPANG, 29 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menegaskan belum sampai masanya memutuskan sama ada pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) di Sabah dikekalkan status-quo nya ataupun tidak menjelang pilihan raya seterusnya.

"Belum sampai masanya kita buat apa-apa keputusan, kenapa orang nak melatah dan terlalu banyak riak pada masa sekarang.

"Saya belum membuat sebarang keputusan tentang apapun ... Serahkan pada saya untuk memutuskan apa yang terbaik bagi Sabah. Pada masa ini, kita jangan terlalu teruja tentang apapun," katanya ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk sebarang perubahan dari segi politik di Sabah.

"Terlalu banyak politiking dalaman tapi walau apapun ia, nasihat saya ialah tumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat... Kita mesti tunjuk, kita sebuah parti yang prihatin dengan rakyat di Sabah, itu yang penting sekali," katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra beliau ke Pasar Lido, dekat sini. Paparan penuh di sini