PKR memang telah lama GERHANA kerana krisis kepimpinan, Tidak semudah Ku Li menerangi kemalapan PKR ini. |
Sudah sekian lama DSAI cuba mendekati Ku Li. Tetapi semasa DSAI merasakan dirinya masih kuat, Ku Li tidak dilamar tidak diperlukan. |
Sekurang-kurangnya nyata dengan jelas kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang sudah ketandusan kepimpinan yang berkalibar, yang mampu bersaing di pentas antarabangsa, apabila Ku Li cuba diramal mereka untuk menjadi ketua. Alasan kepimpinan PR ialah Hadi dan barisan kepimpinan PAS tidak mempunyai pemimpin yang diterima DAP bagi mengepalai Pakatan Pembangkang.
Kenyataan bahawa PAS tidak mempunyai pemimpin yang diterima oleh DAP bagi menjadi ketua mereka, membuktikan dengan jelas bahawa PAS sebenarnya hanya menjadi "tool" @ perkakas @ alat DAP bagi menggalas agenda mereka (DAP). Isu ini bukanlah perkara yang baru bagi PAS. Namun PAS menolak kenyataan ini dengan berbagai alasan. Malah PAS terus menganjung, menyanjung dan melambong DAP begitu tinggi sehingga ke darjat yang tidak sepatutnya.
Ku Li pernah menerajui Semangat 46 menentang BN. Ku Li pernah bersama-sama pemimpin PAS dalam menyatakan pendiriannya mengenai Royalti Minyak. Ku Li juga bersama dengan BN mengepalai PRK menentang calon Pakatan Pembangkang dari PAS.
Pemimpin seangkatan Ku Li dalam BN, rata-rata telah berada di luar "gelanggang utama politik" walaupun masih aktif sekali-sekala dalam arena politik.
Bila dicongak-congak, Ku Li tidak mungkin derhaka dan mengajak rakyat menderhaka kepada perjuangan asalnya iaitu menegakkan perjuangan yang berteraskan agama, bangsa dan tanahair. Sebagai pemimpin veteran, Ku Li juga pastinya lebih menyedari hakikat ini.
Soalnya sekarang, apakah Ku Li akan menerima lamaran Pakatan Pembangkang untuk menggantikan DSAI yang sekian lama kelihatan menjadi "puppet kuasa luar" dan menjadi senjata ampuh DAP menggoda kepimpinan PAS menerima ideologi DAP dan menggadai maruah dan ideoloy asas kerwujudan PAS, yakni Islam sebagai "way of life' dan Negara Islam...
BTW..DSAI adalah pemimpin yang dianggap berkalibar semasa dalam BN, tetapi setelah menderhakai asas perjuangan asalnya, agama, bangsa dan tanahair, PLUS Sodomi I. Sodomi II dan video panas.. dia akhirnya menjadi "faded leader", yang overtaken by time dan dimamah senja.
BTW..DSAI adalah pemimpin yang dianggap berkalibar semasa dalam BN, tetapi setelah menderhakai asas perjuangan asalnya, agama, bangsa dan tanahair, PLUS Sodomi I. Sodomi II dan video panas.. dia akhirnya menjadi "faded leader", yang overtaken by time dan dimamah senja.
RELATED