Perdana Menteri DS Najib Tun Razak ketika melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada 8 Mac, 2011.
Skim Rumah Pertamaku dengan loan rumah atau pinjaman 100% seperti yg telah diwar-warkan semasa pembentangan budget 2011 tahun lepas bermatlamat untuk membatu belia-belia atau golongan muda mempersediakan diri membina masa depan mereka.
Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.
Bagaimanapun, kerana kerajaan ternyata membantu golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.00 merancangan masa depan dengan diupayakan memperolehi Rumah Pertama, maka Pakatan gusar. Gusar kerana UNDI golongan muda swing dan tidak lagi menyokong PAKATAN PEMBANGKANG yang hanya mampu mengajak golongan muda ini berdemo di jalanan dan mensia-siakan masa depan mereka.
Kerana UNDI skim yang baikpun dianggap beban oleh Pakatan Pembangkang. Bayangkan pinjaman 100% (tanpa deposit). Berapa ramaikah golongan muda yang MENYEWA RUMAH ATAU BILIK yang dapat/mampu diupayakan untuk mendapat Rumah Pertama melalui Skim Rumah Pertamaku ini? Bandingkan sewa rumah atau bilik dengan bayaran bulanan di bawah skim Rumah Pertama; Mana yang berbaloi ?...
Skim Rumah Pertamaku 2011.
INI KATA ORANG PAKATAN PEMBANGKANG.
“Langkah yang diambil melalui Skim Rumah Pertama tidak lebih dari melepaskan batuk ditangga kerana ia tidak menyelesaikan masalah asas iaitu harga rumah yang terlampau tinggi, sebaliknya hanya menyediakan jaminan wang cengkeram yang hanya menambah hutang pembeli,” -Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. .Bangkitlah rakyat Malaysia. Binalah benteng yang teguh agar Pakatan Pembangkang yang kemarukkan kuasa ini tidak mampu menembusi pemikiran anak-anak bangsa kita dengan dakyah, muslihat dan putar belit. Professionalisma mereka yang tamakkan kuasa ini sudah semakin mencandui akal mereka dan pertimbangan mereka sehingga sanggup dan tergamak menghalang golongan muda untuk maju dan berjaya merancang hidup ke arah kejayaan.
Menurut Rafizi, undi golongan muda adalah undi penentu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Justeru, sewajarnya apa-apa tindakan yang merugikan golongan muda dikaji semula oleh BN.
No comments:
Post a Comment