Translate

Saturday, April 9, 2011

OMG.

Anjingpun tahu..benda ini tak diperlukan di Sarawak! OMG..
 RELATED
KELUAR PKR SEMPENA PRU SARAWAK .... di sini 

Friday, April 8, 2011

TAK BERMAYA LAGI. SEMANGATNYA SEMAKIN BERTAMBAH PUDAR

TERTIPU

Berita  dari N51 Balingian dipetik bahawa calon PKR Suriati Binti Abdullah mengundur diri pada hari ini!.NAHH..TERTIPU SUDAH RAKYAT INI yang diperalat untuk berarak. Namun CALON PKR MENARIK DIRI. Mana mereka ini nak letak muka....

Desperado.

 Jika anda terus membohongi rakyat, sehingga begini mereka akan meraguimu dan menolakmu..

Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR sebok berkempen di Sarawak. Bahang kekalahan Pakatan Rakyat di Sarawak semakin memuncak. Terhidu oleh Presiden PKR ini bahawa humiliasi terhadap PKR dan Pakatan Rakyat semakin menghantui mimpi mereka. P

AS sudah bersedia membatalkan pemilihan PARTI itu jika Pakatan Rakyat kalah teruk di Sarawak. Ini adalah satu bahawa PAS seakan menerima hakikat bahawa BN akan mengusai Sarawak dengan kemenangan besar.

Dalam Presiden PKR itu berkempen, kebesar kepalaan dan kealpaannya, sama seperti alpanya menjawab mengenai Jam Omega, ialah dia masih mengeluarkan arahan kepada Dominique Ng. Seolah-olah Dominique masih lagi di bawah tangannya. Tetapi apabila ditanya soalan oleh wartawan  seperti petikan di bawah ini Presiden PKR itu mula pula mengeluarkan kenyataanya yang bersifat dan berbau kebongkakan. Katanya "tak boleh datang dan tak boleh pergi. Napa nak suruh Dominique tarik diri?..NAMPAK SANGAT DESPERADONYA Pakatan Rakyat di Sarawak. Ikuti ungkapan desperado WAWI....
Ditanya sama ada Ng akan diterima semula menyertai PKR seandainya beliau menang, Dr Wan Azizah berkata: "Kami adalah sebuah parti, anda tidak boleh datang dan pergi sesuka hati. Ada peraturan yang anda perlu patuhi." di sini.
 WAWI, MANA JAM TANGAN OMEGA TUUU?

MACAM-MACAM: MONYET MENAWARKAN KHIDMAT MEMERIKSA LIDAH!

 MONYET NAK TENGOK.. SAMADA LIDAH ANDA BERCABANG DUA !
"Dalam sidang media Wan Azizah menyatakan jam Omega masih ada dalam simpanannya, namun tidak mahu menunjukkan kepada wartawan. Sedangkan minggu lepas Anwar telah membuat laporan polis jamnya hilang? Apa yang telah berlaku? di sini
Seorang "orang tua" telah melaporkan kepada pihak polis bahawa Jam Omeganya telah hilang. Bagaimanapun seorang lagi orang tua si sepat kering mengaku bahawa jam omega itu dalam simpanannya.

Dalam kes ini tak boleh kah polis menyiasat memandangkan LAPORAN RESMI TELAH DIBUAT yang menyatakan jam tersebut telah hilang. Atau kalo tak boleh ..BIARLAH MONYET INI melakukan perkhidmatan memeriksa lidahnya..kot kot bercabang dua!

Thursday, April 7, 2011

ADA GURU, ADA MURID...

INI GURU, MAHAGURU
SEBELAH KANAN INI MAHA MURID
Guru itupun dulu kahwin di Selatan Thailand. Jadi murid ini juga kahwin di Selatan Thailand. Cuma murid kahwin dengan sembunyi dengan bini no 1, guru sembunyi sama bakal mertua masa itu. Guru tidak diingini di Sarawak. Malah keganasannya serta kebergelomangannya dengan skandal MEMUAKKAN RAKYAT Sarawak. Kalo Guru @ Mahaguru memuakkan, anak muridnya tentu lebih ditolak Rakyat Sarawak.

"Kalo guru kencing bediri, murid kencing berlari."...

FITNAH! FITNAH! FITNAH!

APA DAN SIAPA YANG "DIDAHULUKAN" @ DILETAKKAN DI ATAS? Siapa yang diperalat?..jangan kata ini FITNAH!. Di mana Bahasa Kebangsaan diletakkah? (Barangkali kata pencacai di atas sekali!!!)

Sodomi 1-FITNAH
Sodomi 2 - 1-FITNAH
Afifah - FITNAH
Shamsidar - FITNAH
DNA - FITNAH
Kerajaan Perpaduan - FITNAH
Apa yang diungkapkan oleh UMI Hafildah - FITNAH
Apa yang diungkapkan Azizan - FITNAH
Apa yang diunggkapkan Nallakarupan - FITNAH
Apa yang diungkapkan Saiful - FITNAH
Ke Indonesia dan luar negara menghina negara dan kepimpinannya - FITNAH
Omega - FITNAH
Correct Correct - FITNAH
Konspirasi dengan Musuh (Geng-geng Israel, IMF dan gay group & supporters) - FITNAH
Video Sex dan menggggooodam Pelacur - FITNAH
Karpal Singh kata pengamal sex luar tabiee yang teruk - FITNAH
Karpal Singh kata "Tobat" - FITNAH

Murah sangat ker perkataan FITNAH ini? SALE up to 99% ker FITNAH ini?

Kalo beginilah corak dan caranya, Lama-lama ORANG TUA tu berlari bogel dikatakan oleh para pencacai sebagai berlari dengan memakai JUBAH...
"Reformation with no reform means NOTHING!"
~mak sepat kering melatah tak jumpa Jam Omega~

-by nanna-sibu-

Wednesday, April 6, 2011

PAS Sudah Terhidu Kemenangan Besar BN Sarawak.

Because of you kamik say NO..big NO NO
Bagi pengundi Sarawakian, semua ini gara-gara orang tua yang ganas dan rakus politik dan seperti Video XXX itu...seeing is believing..Sukar menepis kenyataan ini.
PAS kini sudah mula memikirkan untuk menangguhkan Pemilihan parti itu jika BN menang besar di Sarawak. Cadangan itu di ketengahkan oleh Mantan Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar. Persediaan ini sudah memperlihatkan bahawa PAS sudah seakan mengakui kelemahan PAS dan kekalahan PAS di Sarawak pada PRU kali ini.

Melihat kekalutan PKR Sarawak yang cuba mendominasi pencalonan dalam PRU Sarawak kali ini,lebih mudah dinilai bahawa PKR hanya rakuskan penguasaan dalam Pakatan Rakyat sedangkan populariti PKR kini amat merudum ekoran pendedahan Video XXX yang melibatkan DSAI. Jawaban Wan Azizah mengenai Jam Omega juga mudah difahami pendustaannya kerana jam Omega DSAI dikatakan mempunyai engraving Istimewa yang dilakar, diukir semasa dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi.

Penamaan calon yang melibatkan calon PAS juga memperlihatkan penyokong PAS dari Perak dan Terangganu lebih ramai bilangnya dari penyokong PAS dari Sarawak.

Mengatakan "kalau BN menang besar di Sarawak" sudah cukup memperlihatkan bahawa keyakinan mereka untuk mengguggar BN Sarawak sudah goyah.

Bagi pengundi Sarawakian, semua ini gara-gara orang tua yang ganas dan rakus politik dan seperti Video XXX itu...seeing is believing..Sukar menepis kenyataan ini.

CORRECT! CORRECT!.. Kenapa KS Yang Buat MC..



SIDANG MEDIA MENGENAI ISU SURUHANJAYA DIRAJA ISU VIDEO DATO T (Kenapa BUKAN VIDEO XXX yang membabitkan DSAI)
Dimaklumkan bahawa satu sidang media yang diketuai oleh YB Tuan Karpal Singh akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 6 April 2011 (Rabu)
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Lobi, Parlimen Malaysia.
Bukankah KS....

TAK PAYAH MARAH WARTAWAN. Bila DSWA Nak Tunjukkan Omega?

Omega Milik Anwar Tak Perlulah Wan Azizah, Nurul dan Khalid marah dengan wartawan. Sidang media itu untuk WARTAWAN.  Sidang Media di Rumah Wan Azizah di Segambut. Tunjuk saja lah kalo memang ada dalam simpanan Puan Wan di rumah. 

Masalahnya ialah JIKA JAM ITU TAK ADA CIRI-CIRI seperti jam Omega Milik Anwar.
 Demi kebenaran dan membersihkan diri dari FITNAH, kenapa tak tunjuk saja jam tersebut - biar Seluruh dunia tahu. Apakah DNA Anwar juga dalam simpanan Puan?

Tuesday, April 5, 2011

TERUBUK DI ASAP DAN JAM OMEGA

Terubuk Diasap. bagai tak sah lawatan ke Sarawk kalo tak bawa ole-ole Ikan Terubuk.

Jika anda berkujung ke Sarawak tanpa membawa ole-ole Ikan Terubuk dan Kraftangan buatan tempatan Sarawak, lawatan itu bagaikan tidak sah atau kurang sesuatu. Kraftangan buatan penduduk sarawak memang hebat dan asli. Bukan buatan kilang, tetapi buatan tangan atau cottage industry yang bersifat SMI.

Seni kraftangan Sarawak memang sinonim dengan kehalusan budaya dan adat resam yang masih indah, yang tidak diresapi oleh budaya kuning dan "kasar". Di mana-mana jua anda temui "orang Sarawak" anda dapati, majoriti mereka berbahasa halus dan tidak suka meninggi diri walaupun banyak kelebihan.

Seni Tatoo yang semakin menjadi kegilaan anak muda zaman ini, telah lama diamalkan di Sarawak. Malah Seni Tatoo di Sarawak nampak lebih asli dan halus. memang seni Tatoo ini sudah lama sebati dengan majoriti Rakyat Asli Sarawak.

Pesan SL kepada mereka yang datang dari KL ke Sarawak sempena PRU Sarawak 2011 ini, jangan lupa beli barangan Buatan Sarawak. Terpenting jangan lupa beli Ikan Terubuk Diasap. Yummy, perah limau sikit capur cili api tumbuk...

Sesampainya anda kembali ke Kuala Lumpur, anda pasti  dihujani tanda tanya.."BAGAIMANA JAM OMEGA YANG BERADA DALAM SIMPANAN POLIS BERADA DI TANGAN DAN JAGAAN WAN AZIZAH WAN ISMAIL ?"..Sesungguhnya terlalu banyak perkara dalam Pelik Kerana Rakus (PKR) sejak akhir-akhir ini...Satu alabai yang kebudak-budakan kalo tidak desperado!

SL hanya tunggu bila DSAI yang banyak memecat orang ini, memecat dirinya sendiri dalam PKR serta  letak jawatan dalam politik amnya. Tobat bila pula?

DENGAN WARTAWANPUN WAN AZIZAH BOLEH MARAH. MANA KEBEBASAN AKHBAR?KENAPA WAN AZIZAH DAN NURUL MARAH?
Adakah ini menifistasi dari perbuatan menyembunyikan fakta? Tunjuklah jam omega itu.
“Tidak ada (kehilangan jam)... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar ketika menjawab soalan wartawan berhubung video seks yang dimuatkan di Internet semalam.

Seorang wartawan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media, tetap soalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Wan Azizah, keluarga dan beberapa pemimpin yang hadir dalam sidang media itu.

Bahkan terdapat di kalangan mereka mempertikaikan permintaan wartawan tersebut.

“Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwaraya?” kata anak sulung Anwar, yang juga ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Kemudiannya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang “menjijikkan”.

“Saya fikir soalan ini juga mencerminkan bahawa kamu betul-betul tidak menghargai keadilan," katanya

AKHIRNYA DOMINIQUE NG TINGGALKAN PKR.. PKR DAN DSAI AKAN RENTUNG DI SARAWAK..

 Dominique..Dah Keluar PKR dahhh...
Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai “pertembungan prinsip”, Ng (atas) berkata beliau dipaksa berbuat demikian oleh para pengkhianat dalam PKR.

Katanya, beliau juga telah bosan kerana sentiasa perlu berjaga-jaga sama ada ada orang yang akan menikamnya dari belakang...Selanjunya di sini

Sudah diduga. Sikap DSAI "ikut cakap ako, patuh atau dipecat" masih menjadi trade mark ulungnya. Pemimpin yang mempunyai prinsip politik tidak akan bertahan dalam PKR.  Hanya mereka yang kemaruk nak bertanding sahaja yang STAY. Biasanya, mereka ini dalam genggaman DSAI dan Azmin Ali atau "sanggup angkat kaki" dengan pemimpin. Jelas mereka ini TIADA MISI DAN VISI untuk kepentingan rakyat dan nasional...

Gulung tikarlah PKR di Sarawak. Balik KL nanti, jangan lupa beli IKAN TERUBUK DI ASAP menggantikan SEPAT KERING!

BAKAL PADAM DALAM DICTIONARY PKR..

Dominic Ng Pernah Melakar Tapak Pertama PKR Di Bumi Kenyalang. Namun Bakal Padam dalam Dictionary PKR.

Fakta mengenai kepimpinan PKR meninggalkan parti itu dan yang dipecat dari Parti bukalah sesuatu yang disembunyikan di bawah permaidani. Semua rakyat Malaysia tahu akan fakta ini. Fakta di sini

Jika dibandingkan bagimana rapatnya YB Zulkifli Nordin, Zaid Ibrahim, Dr. Jeffry Kitingan dan yang lain dengan Dominic Ng, tidak perlu pergi jauh untuk menyelidiki jawabannya. Tetapi ke mana perginya mereka? Mereka semua lebih bersemangat patriotik PKR dan rapat dengan DSAI dan keluarganya berbanding Dominic Ng. (sorry Dominic..this is my very own assesment. Do smell the roses..)

Kini dalam PRU Sarawak 2011, Dominic Ng digugurkan dari menjadi calon dan ditaburkan janji manis bahawa dia akan dipertandingkan dalam PRU Parliment. Well Dominic you are a good politician..you know "political promises is NO promise at all".

Kadang-kadang baik bagi Dominic kerana dia terhindar dari "fighting a losing battle". Tapi yang hampir pasti bahawa Dominic bakal padam dalam dictionary PKR kerana PKR sendiri kelihatan sebagai sebuah parti yang bakal "gulung tikar" dan "deserted by its own fighters due to massive deception of the people by the heads".

Jika umur panjang, kita akan melihat Dominic Ng meninggalkan PKR atau terpadam dalam Dictionary PKR. Pertanda semakin jelas kini. Lee Lam Thye hilang dalam dictionary DAP tapi masih disanjung rakyat Malaysia kerana perjuangannya "Untuk Malaysia". Apakah struggle Dominic BUKAN untuk Malaysia?

LATEST:
-Dominique Ng keluar PKR, tanding bebas

IKAN TERUBUK DI ASAP VS. IKAN SEPAT KERING

 Ikan sepat kering Tak popular di Sarawak. Ikan Terubuk Diasap MELETOP di Sarawak.
BTW .... Mana jam Omega Orang tua itu?

Anonymous said...
Kak Jijah memang sudah sepatut layak di anugerahkan sebagai pelakon murahan terbaik abad ini. Hanya kerana kemewahan hidup, pangkat derajat, dikipas oleh peliwat terkutok Sang Suami barua Yahudi zionist pembunoh rakyat Palestin, sanggup Kak Jijah membiarkan Sang Suami bebas meliwat anak2 bangsa yg tak berdosa, jantan2, boypren2, isteri2 orang, isteri asmin bacul dan pelacur2 dalam dna luar negara, hanya inginkan hidup kemewahan Kak jijah sanggup menipu, berbohong, menfitnah kerajaan, UMNO dan rakyat untuk membiarkan Sang Suami melakukan perbuatan terkutok dan menjijikkan. Ini alh kak Jijah walaupun di gelar Ikan Sepat Kering oleh suami tercinta sendiri, sanggup melakukan apa saja membela Sang Suami yg terkutok dan menjijikkan. Semoga Kak Jijah dan Pak Sheik dilahant dunia dan akhirat.

SARAWAK: Masa Depan Anak Generasi Lebih Penting.

Generasi Sarawak di Kg Sejingang bangga dengan 1Malaysia.

Pilihanraya bukanlah medan untuk mencuba nasib dan testing bed untuk menilai pengaruh atau menonjolkan pengaruh peribadi.  Pilihanraya adalah penentu arah mana Negara dibawa dan penentu masa depan generasi yang mewarisi negara dan kepimpinannya.

Kelantan Kedah, Perak satu ketika dulu dan Selangor adalah CONTOH jelas kegagalan Pakatan Rakyat dalam konteks memakmurkan rakyat. Pulau Pinang menunjukkan peningkatan kadar jenayah berat terutama penyeludupan dadah, pengedaran dadah dan kegiatan pelacuran.

Penipuan melalui "LADANG RAKYAT" ternyata perompakan tanah rakyat demi memenuhi nafsu dan tamak halobanya kumpulan yang hanya berpura-pura menyokong kerajaan PAS di Kelantan tetapi mempergunakan kerajaan semasa Kelantan  untuk memudahkan cara mereka merampas hak rakyat. Jika PAS jatuh mereka ini pasti beralih arah.... Kumpulan seperti ini barangkali telah berada di Sarawak..Pastinya mereka akan memperkenalkan LADANG RAKYAT bagi MERAMPAS HAK DAN TANAH RAKYAT SARAWAK...lalu ke mana harus diletakkan anak-anak dan generasi kita di Sarawak?

Pilihanraya BUKAN tempat untuk membalas dendam seperti "dendam DSAI kepada Tun Mahathir". Kata Nalakarupan tindakan Tun Mahathir ke atas Anuar adalah TEPAT. (Nalla adalah mantan rakan kongsi dan rakat rapat DSAI dan keluarga DSAI. Kenapa dia MENOLAK ANWAR INI?. Samalah dengan Dato Eksay..SL nak panggil dia Dato e-kasih sbb dia tak sampai hati menuruti kehendak DSAI kerana kasihnya terhadap tanahair dan bangsa Malaysia.

Perubahan adalah ke arah yang baik, maju, progresif dan makmur. Perubahan yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat bercorak 'RAMPAS KUASA DAN GANAS". Setiap individu dan pengundi di Sarawak wajib menggunakan kuasa undi mereka untuk memilih kesejahteraan dan kemakmoran Sarawak dan generasi mereka.

"AGI IDOP AGI NELABAN"
Salam 1Malaysia
~SL-Sibu~

KALO ANJING TUA ITU MASIH LAPAR, INI MASIH DALAM STOK!

KALO BELUM BERTAUBAT DAN MASIH LAPAR. stock masih ada..
SYAITAN PUNYA ORANG TUA...

PRU SARAWAK: Contoh Undi Rosak- *Thou shall reapeth what thou soweth!*

 SALAH SATU CONTOH UNDI ROSAK DALAM PRU SARAWAK 2011.

DSAI yang berkempen dalam PRU Sarawak sebaiknya baliklah ke Penang. Dia perlu berunding dengan  ahli-ahli keluarganya. Mohon ampun dan maaf kepada anak Isteri, ahli keluarga serta seluruh Rakyat Malaysia kerana perbuatannya selama ini. Above all DIA PERLU BERTOBAT.

Karpal Singh sudah berulang kali menyuruh dan menyeru Anwar. "Anwar Ibrahim Perlu bertaubat. Dia telah banyak melakukan kerosakan dalam negara ini". "Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country. Anwar Ibrahim harus bertaubat"-Karpal Singh..DI SINI

Keberadaan Anwar di Sarawak hanya menjadi liabiliti kepada Pembangkang di Sarawak.  10 Sanjungan dan credit yang diberikan oleh Pembangkang kepada DSAI dalam PRU Sarawak ini, 100 plus rakyat Sarawak akan menjadi BENCI.....Apa boleh buat Nasi sudah Menjadi Bubur. Pekung Di Dada Sudah Terpampang di mata rakyat Malaysia..

Pulanglah Dato Seri....

~nura'in;Klang~ 

RELATED.
CONTOH PKR JADI LIABILITI

NO BLOCKING BLOCKING PLS..

PEMBOHONG.. JANGAN LAGI BLOCK..BIAR RAKYAT TAHU SAPA NUWAR

Monday, April 4, 2011

47 ADALAH ANGKA "MATI TERUS"

DAP di Sarawak ini sudah menentang keputusan DSAI. Kenapa tak rujuk angka 47 dengan SIFU?.

Kebetulan atau tidak, nombor 47 itu memang angka yang dielakkan oleh Masyarakat Tionghua seluruh dunia. 47 adalah angka yang dielakkan oleh mereka sedaya upaya.

47 bermaksud "mati terus" jika disebut dalam Bahasa Tionghua. Apakah PKR akan menerima nasib "mati terus" setelah mengumumkan bertanding 47 Kerusi DUN dalam PRU Sarawak tahun 2011?

Perkara kebetulan sering juga terjadi......

PROGRAM ANWAR TAWAN SARAWAK. APA BEZANYA DENGAN TAWAN PUTERAJAYA DAN JANJI 916...?

Semua nak ditawan orang tua ini. Puterjaya dengan janji 916 adalah pendustaan politik yang amat dasyat diabad ini. Nak tawan Sarawak!?. Malah Anwar akan membawa keruntuhan politik pembangkang di Sarawak.

Kehadiran Anwar di Sarawak sempena PRU 2011 ini dilihat tidak lebih dari "tukang balun" dan "tukang ucap". Misi untuk kemakmuran rakyat dan kesejahteraan nasional tidak langsung kelihatan. Sejak PRU12, kerja utama Anwar dan penyokongnya hanyalah "Merampas Puterajaya".

Dunia melihat bahawa igauan politik Anwar itu semakin jauh dan semakin tersasar. Masih terngiang-ngiang di telinga setiap rakyat Malaysia tentang perkataan popular Anwar dulu- "we have the number" untuk merampas Putrajaya. Apa yang terjadi adalah di sebaliknya. Number yang disebut Anwar semakin berkurangan kerana beberapa MP PKR meninggalkan PKR.

Kini Anwar merencana Program Menawan Sarawak. Apakah kita tidak melihat bahawa kerja MENAWAN MENAWAN ini bukan satu kegilaan dan agenda kemaruk.

Di kala PKR diancam Tsunami Politik dan mengalami kebocoran yang besar, nafsu politik Anwar semakin memuncak. Apakah Nafsu politik seperti ini mampu menungkah fakta politik yang terbentang di hadapan mata rakyat. Sodomi II, Video Sex dan janji palsu yang menggunung ditambah pula dengan tabii kepimpinan Anwar yang sudah menampakkan "tanduk", "pekung" dan arrogant. Sahabat-sahabat rapat Anwar sudah satu demi satu membuka mulut membuka pekung DSAI. Apakah wajar negara ini dipimpin oleh pemimpin yang bergelomang dengan kontravesi?

Apakah Rakyat Sarawak bersedia menerima pemimpin yang terpalit dengan noda politik, sedangkan Sarawak TIDAK BERSEDIA MENERIMA KEPIMPINAN PARTI LUAR!. PKR tak faham ker kemahuan dan gelagat pengundi Bumi Kenyalang ini?

Ramalan dan fakta politik Sarawak kini jelas menunjukkan bahawa kehadiran Anwar dan PKR sekadar mengeruhkan keadaan/suasana politik Sarawak dan meretakkan hubungan kaum yang telah sekian lama terjalin.

Ramai yang mengatakan bahawa kehadiran Anwar di Sarawak tidak ubah seperti 'QUEEN OF SPADE". Di mana saja dia berada "unsur permusuhan" dan kebencian ditiupkan di benar setiap rakyat Sarawak. Apakah kualiti pemimpin Nasional yang sebegini kita harapkan dan menjadi wadah dan tempat generasi muda kita sandarkan harapan ?

Atau Anwar memang begini...Dia tidak pedulu nasihat dan pandangan orang lain..dia hanya inginkan kemahuannya diketengahkan. "Follow or being shacked" by DSAI.

ANWAR: SNAP Tidak boleh dipercayai.

 
SNAP Tidak Boleh Dipercayai-Anwar.

Di Pulau Pinang, Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, seramai 3,226 ahli Parti KeADILan Rakyat, kebanyakannya dari rakyat Malaysia masyarakat India telah meninggalkan parti PKR itu kerana kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan parti itu. Mereka meninggalkan PKR beberapa hari selepas berita mengenai video sex yang melibatkan Anwar Ibrahim tersebar luas dalam media massa.

Di Sarawak pula, Anwar bin Ibrahim mempersoalkan SNAP. Anwar menuduh SNAP pro BN dan menerima sogokan dari kepimpinan BN Sarawak!. Kerana itu SNAP konon tidak boleh dipercayai!

So SNAP dan Anwar dan PKR sering TIDAK MEMPERCAYAI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN. Mahukah Rakyat Sarawak mempercayai Anwar dan SNAP...?

Jika di Semenanjung Malaysia Anwar sudah mula ditolak rakyat, termasuk ahli-ahli dan sebilangan kepimpinan PKR sendiri, apakah alasan Anwar mendapat tempat di hati dan sanubari Rakyat Sarawak, Bumi Kenyalang?

Style dan pendekatan politik konfrontasi Anwar memang TIDAK SESUAI di Sarawak. Budaya Sarawak adalah budaya lemah lembut dan hormat menghormati. Cara Anwar "MAIN KASAR" dan "Menghina peribadi" sesama insan. Sedihnya dia lupa keperibandian dirinya sendiri!

Rakyat Sarawak...TOLAK Anwar dan kuncu-kuncunya di Sarawak... Anwar tidak mempercayai SNAP setelah gagal memujuk SNAP mengikut TELUNJUK ANWAR, SNAP dihina Anwar.

Barangkali selepas PRU Sarawak ini dan Anwar dan PKR terkubur, Rakyat Sarawak pula akan dihina PKR seperti Haji Hadi Awang menghina penduduk Batang Ai sebagi "tak reti pakai aka memakai cawat".

RELATED
video sex. Anwar Diam Tak Terkata (kaku)

Sunday, April 3, 2011

PULANGLAH.

Sepandai-pandai Tupai melompat..

SURAT SERUAN..

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.  Walaupun jatuh ke tanah, sememangnya tupai akan terus melompat kerana itulah sahaja "kepandaian tupai". Sia sangka Tupaipun pandai main belakang!

Dengan kesedaran yang tinggi dan bangga terhadap kelembutan penduduk peribumi atau indigenous people of Sarawak, saya dengan rendah hati memohon kepada DSAI agar balik sajalah ke Semenanjung atau Ke Permatang Pauh. Kawasan itu perlu bantuan MP yang mereka pilih.

Kehadiran Dato Seri ke Sarawak bagai kehadiran pemimpin Yahudi atau Zionist yang bersorak riang memperlaga-lagakan penduduk  di dunia Arab sesama mereka. Dato Seri pula memperlaga-lagakan penduduk Sarawak yang lemah lembut dan memiliki adat dan budaya yang saling menghormati antara satu dengan lain. Tolenrasi mereka amat agung. Keaslian budaya mereka TIDAK HARUS dikotori dengan kerakusan kuasa dan kemahuan politik yang ultra dan hyper. 

Ku titipkan ini Dato Seri:-

Pulanglah Dato Seri. 
Tinggalkan Sarawak. Jangan tanamkan bibit-bibit kebencian sesama  kami, rakyat Sarawak. Telah sekian lama terbina jambatan perpaduan pelbagai kaum di Bumi Kenyalang ini. Titik peluh darah dan pedih perih pemimpin dan moyang kami terdahulu  tidak ternilai demi mewariskan kemakmuran kepada generasi hari ini. Jangan robohkan jambatan ini Dato Seri kerana tidak semudah itu untuk  kami membinanya semula.

Pulanglah Dato Seri
Bawalah parti keramat bagimu, isterimu dan anak beranakmu. Aku tahu, Sarawak TIDAK biasa menerima campurtangan luar yang ganas. Rajah Brooke telah banyak mengajar rakyat Sarawak tentang garam usang...seusang perjuangan reformasimu yang dikaburi nafsu dan kerakusmu merampas puterjaya. Di bumi ini, menggapai  agenda peribadi tidaklah semudah itu Dato Seri. 

Pulanglah Dato Seri
Bawalah parti keramatmu bersamamu. Bumi Kenyalang memang menghormati kedatangan pelancong, tetapi BUKAN petualang yang TIDAK menghormati adat dan budaya warisan Anak Jati Bumi Kenyalang. Tidak juga seorang pelanggan pelacur di Carcosa atau pelakon dan pendusta yang petah memutar lidah.

Pulanglah Dato seri,
Terimalah hakikat bahawa petang dan senja telah memamah usia dan perjuangmu. Bumi Kenyalang menolak jasad seorang petualang.

Pulanglah Dato Seri.
Tak perlu menunggu sehingga aib menimpamu. 
Bumi ini milik kami.

~kenyalang asli~
Baklalang.


Carcosa Seri Negara: Masih Basah?-

 Gambar Hiasan. Mana Jam Omega?
"......Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu...." di sini.
Terang lagi bersuluh kapada umum bahawa perbuatan mendedahkan video XXX yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan seorang pelacur asing adalah perbuatan DATO T aka Dato Trio. Kenapa Dato Trio TIDAK diheret ke Mahkamah oleh DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM?

Kenapa DSAI dan Pembangkang "double standard" dengan tidak menyetujui SURUHANJAYA PENYIASATAN DIRAJA....? Bukankah Bersih demo hingga ke Istana Selangor menuntut Suruhanjaya DiRaja dibentuk untuk menyiasat apa yang DSAI pangggil Correct!  correct!

Apakah kerana Carcosa Seri Negara Masih basah dengan bukti-bukti yang sukar ditepis...? Atau sarat mengandung dengan noda dan dosa seorang Manusia Anugerah Yang Palsu..?

Saya ingat dulu PKR dan DSAI kaki saman...napa tak saman Dato T nowadays yang terang-terang mengaku  menajadi pemegang dan penayang video itu?

Seeing is believing....Tayanglah di Parliment.  Nak "live" jam 10.00

HWP - Semakin terserlah.

Lakonan ini penyebab utama HWP PKR Di Sarawak.

Kemahuan memang tidak terbatas. Tetapi keupayaan terhad. Kuasa minda sahaja yang dapat menyelesaikan kekurangan dari keupayaan yang terbatas ini. Jika kuasa minda gagal dan kemahuan tidak dibendung terjadilah "kecatatan" dan kesilapan manusia-"human error"- akan berterusan. Perbuatan belakon, berpura-pura, hipokrasi dan seumpamanya akan berlaku. Pokok pangkalnya ialah "kemahuan yang tidak dibatasi oleh kuasa minda". Akan rosak binasalah individu yang mengejar kemahuannya itu.

Kemahuan PKR untuk menguasai setiap ruang lingkup politik di Negeri-negeri di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh "kemahuan" DSAI untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat Malaysia AMAT SEDAR AKAN KENYATAAN INI.

PRU Sarawak memperlihatkan tabii kemahuan yang tidak terbatas ini. PKR ingin menguasai politik Sarawak kerana konon DSAI adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Bakal PM dan Manusia Anugerah Tuhan. Oleh itu SEMUA KEPIMPINAN PARTI POLITIK PEMBANGKANG DI SARAWAK MESTI TUNDUK DAN PATUH KEPADA KEMAHUAN ANWAR. Tetapi keupayaan ANWAR TERBATAS. Kekotoran terlalu banyak terpalit di wajah dan wadah perjuangannya!. Kerana itulah SNAP menguburkan "wajah dan wadah PKR dan Anwar di Sarawak. Sekaligus memberitahu Rakyat Sarawak bahawa PKR TIDAK MENGHORMATI KEMAHUAN PARTI YANG BERTUNJANGKAN BUMIPUTERA/PRIBUMI SARAWAK. Apakah alasan mengatakan bahawa PKR dan DSAI menghormati Rakyat Sarawak? Atau sekurang-kurangnya mendengar rintihan rakyat Sarawak?...

Jika momentum PKR dan DSAI seperti ini berterusan di Sarawak sehingga pembuangan undi dalam PRU Sarawak, jelas dan teranglah lagi bersuluh bahawa CALON-CALON PKR DALAM PRU SARAWAK TAHUN 2011 INI AKAN MENDAPAT HWP......

HWP ialah Hilang Wang Pertaruhan aka Hangus Wang Pertaruhan.

RELATED:
-Video Seks wajar ditayang di Parlimen
-SENARAI CALON-CALON BN dalam PRU 2011-Sarawak, Bumi Kenyalang.
"Agi idop Agi Nelaban"

PKR SEJARAH. KETUA WANITA PKR DINYAHKAN DARI SIBU.

Zuraidah..Nyah kao dari Sibu, Sarawak!
“PKR Sibu tidak membenarkan Zuraidah menggunakan pejabat cabang parti itu sebagai bilik gerakan. Malah PKR Sibu juga menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon muda di kawasan berkenaan,” kata sumber berkenaan. di sini
Di sana sini ternyata PKR semakin menjadi "sejarah". Di Sabah, suara PKR sudah lama tenggelam.  Di Sarawak PKR sudah menampakkan kerakusan sehingga mengenepikan SNAP.  Pemimpin kecil PKR Sarawak HANYA BERHASRAT UNTUK MENGGUNAKAN PKR UNTUK DAPAT BERTANDING.  Tiada tanda-tyanda positif yang dapat digarap bahawa PKR akan memperjuangkan hak rakyat di Sarawak, khasnya masyarakat BUMIPUTERA Sarawak. Kita tidak hiran jika calon-calon PKR dalam Pilihanraya Umum Sarawak akan kalah semuanya dan kesemua atau kebanyakannya akan "Hilang Wang Pertaruhan Pilihanraya" .

Video XXX yang dikatakan melibatkan pemimpin kanan PKR sudah disahkan tulin adalah penyumbang utama tenggelamnya PKR.  Penafian demi penafian dibuat namun video ini tidak dapat ditangkis dengan mudah. Mereka yang sudah hilang KEWARASAN SAHAJA menyokong pemimpin yang terlibat dengan video XXX lalu terus menyokong PKR.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa mereka menyokong PKR kerana "kedegilan dek keterlanjuran"!

Ribuan rakyat Pulau Pinang, negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, telah meninggalkan PKR. semasa PM melawat Pulau Mutiara itu sempena program Santapan Bersama Rakyat. Tiada alasan yang logik kenapa RAKYAT SARAWAK dan rakyat Sabah dan Rakyat Malaysia amnya harus mennyokong PKR yang semakin tenggelam dan ditinggalkan ribuan ahlinya. "Sink and Swim" dengan sebuah parti politik adalah satu jenaka yang tidak "funny". Unwise to fight a losing battle...itulah PKR, tenggelam dan mula 'desserted" untuk menjadi catatan sejarah.

Ramalan SL, pemimpin yang "berkulit PKR" tetapi "berwadah DAP", lambat laun pasti akan bersama DAP dan akan meninggalkan PKR. Hitunglah hari dan hitunglah mereka dengan jari. Rakyat Malaysia mengenali mereka. Mereka  yang berwadah DAP ini menggunakan PKR untuk sementara sahaja kerana memerlukan UNDI PAS. (read my lips).

Nah..bila Zuraidah, Ketua Wanita PKR sudah tidak dilayan di Sibu, siapa kata Pemuda PKR dan Anuwar akan dilayan?

Bila keadaan begini berterusan..selepas PRU Sarawak...PKR akan jadi sejarah.....Karpal Singh pula semakin menjadi TRIPLE STANDARD, akan benar-benar memaksa Anwar BERTAUBAT. 

Azmin Ali tak bagi tau kee "kekasih awal dan akhirnya" bahawa KS itu jua "tak boleh dipercayai"?