Translate

Friday, May 14, 2010

Saya Tidak Basuh Dubur Kerana Nak Simpan Bukti-Saiful.

 Saiful Bukhari Azlan

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Mohd Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.

Mohd Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".

Karpal : Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Mohd Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Mohd Saiful: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Mohd Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

Mohd Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatKAN nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Mohd Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama. Selanjutnya

Sibu bakal jadi indikator utama kelemahan Pembangkang.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan calon BN, Robert Lau Hui Yew bertemu dengan kanak-kanak pra sekolah di tadika Sedidik Mutiara pada majlis Mesra Bersama Pemimpin di Kampung Jeriah, Sibu. - Foto Nik Hariff Hassan
May 14, 2010 12:33 pm

Thursday, May 13, 2010

Sibu bakal milik BN lagi?

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melambai tangan ke arah orang ramai ketika melawat sekitar Pasar Sentral Sibu, hari ini. Turut mengiringi Calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew (kiri). Lawatan itu adalah sebahagian daripada atur cara lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Sibu sempena pilihanraya kecil Parlimen Sibu yang akan diadakan Ahad ini. - Foto BERNAMA