Translate

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru Di Malaysia




Majlis Peguam Mahu Menteri Dalam Negeri dan IGP Meletak Jawatan.

Semuanya bermula dari krisis politik khasnya di Perak. Sukar dinafikan bahawa Wong Chin Huat, seorang aktivis Bersih, adalah seorang yang pro kepada parti pembangkang meskipun dia adalah aktivist Bersih. Bila dia dan Mat Sabu menyeru orang ramai memakai baju hitam dan mengadakan demonstrasi, ianya akan menggugat keselamatan awam sekalipun ia disebut, digelar dan dilebel “tunjuk perasaan secara aman”.
.
(Gambar Hiasan: Saya nak cari dalam buku ini kiranya terdapat peruntukan bahawa jika seorang kakitangan Jabatan Pendidikan melakukan rasuah maka Menteri Pelajaran dan TPM kini mesti meletakkan jawatan!).

“A candlelight vigil” hanyalah satu alasan yang terlalu mentah. Hanya orang yang “kurang menggunakan kewarasan dan cari pasal sahaja menilai dan mentafsir bahawa “a candlelight vigil” itu bukan satu bentuk demonstrasi.

Tiada yang lebih buruk dan tidak professional bila “orang professional” bertindak tidak professional dan berkelakuan memutar belitkan fakta. Salah satu muslihat yang lebih buruk apabila “musang berbulu ayam”.

Melakukan probokasi dengan mempengaruhi “publik” supaya berdemonstrasi dengan memakai baju hitam pasti akan berhadapan dengan pihak keselamatan terutama pihak polis. Di mana tempat di dunia ini demonstrasi diadakan tanpa pengawasan polis? Dan di mana di dunia ini bila para penunjuk perasaan yang mengancam keselamatan awam, pihak polis hanya berpeluk tubuh?. Bayangkan sekiranya keadaan di Perak pada 7 Mei 2009 tanpa kehadiran polis dan pihak keselamatan!.

Pada dasarnya Lawyer promotes accountability. Tetapi lawyer bukan malaikat. Uthaya Kumar juga demikian, bukan malaikat; dan ahli-ahli Majlis Peguam juga bukan malaikat. Dan para peguam dari “Legal Aid Center” juga bukan malaikat. Mereka adalah manusia biasa yang menpunyai “preference”, nafsu dan emosi. Ada kes di mana seorang lawyer gagal melindungi seorang penduduk kampung yang daif dan tidak tahu membaca dengan membiarkannya menandatangani "surat pindah milik tanahnya" kepada seseorang walaupun itu bukan kemahuan sebenar pemilik daif itu. Ada movie "Devil Advocate".

Apakah adil untuk meletakkan seluruh kesilapan kepada kepada Menteri Dalam Negeri dan IGP dan mendesak mereka meletakkan jawatan kiranya polis melakukan kesalahan dan kekasaran dengan menangkap lima peguam dari “Legal Aid Center” ?. Apakah ini yang tersurat dalam undang-undang Malaysia yang digunapakai oleh Majlis Peguam?. Apakah ada yang tersirat dari penyataan mahukan IGP dan Menteri Dalan Negeri meletakkan jawatan?

Sekiranya lima orang peguam dinafikan haknya oleh pihak polis, kenapa Majlis Penguam tidak bertindak mengikut “due process of the law” dengan mengemukakan tindakan makhamah ke atas mereka? Bukankah ini “norma dan etika” perundangan di Malaysia yang juga ditegakkan oleh Majlis Peguam?.

Apakah kerana keadaan politik dalam negara khasnya di Perak selepas PRU12 maka bila “polis salah” maka Menteri dan IGP mesti meletakkan jawatan? Kiranya ini satu yang menjadi amalan maka secara logikanya, bila seorang murid sekolah mencuri maka Guru Besar atau Pengetua besar sekolah itu “mesti letak jawatan” atau bila seorang guru atau kerani sekolah di dapati rasuah maka Menteri Pendidikan mesti letak jawatan?. Kalau begitu halnya, maka huru haralah sistem dan peraturan kita dan Negara kita amnya.
.
Majlis Peguam juga tidak "sempurna". Ada kesilapan yang dilakukannya mendapat bantahan rakyat; misalnya menganjurkan forum mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia yang dilihat sebagai usaha yang boleh mengakibatkan ketegangan masyarakat.
NOTA RENUNGAN:
Ramai pahlawan atau orang yang berjaya mengalahkan musuh yang ramai dan menakluki bangsa yang besar serta menawan negara yang luas tetapi tidak kurang juga yang gagal mengalahkan nafsu dalam diri.
Read more....
Bar Council wants Home Minister, IGP to resign.

Thursday, May 14, 2009

SEKEJAP...DUA KEJAP...

Dato' Seri Anwar Ibrahim
7 Mei, 2008
“Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini. Kami menyeru agar YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.- Dato Seri Anwar Ibrahim

13 Mei, 2009
......."It is not for the court of law to decide who should be MB, this should be decided by the people's court,"- Dato Seri Anwar Ibrahim.
.
Komen jangan tak komen!!
..................>>>>>>>>>>@@@@@<<<<<<<<<<<....................
RENUNGAN
SIFAT-SIFAT MUNAFIK
Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu :"Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Tuesday, May 12, 2009

13 Mei-Bayangkan "Malaysia Back To The Future"


Hari ini 12 Mei 2009 jam 23.42. Beberapa minit lagi akan muncullah 13 Mei, satu tarikh yang menyimpan titik hitam dalam sejarah negara kita, Malaysia. Empat puluh (40) tahun yang lalu perbalahan kaum berlaku antara Bumiputera Melayu dan Kaum Cina. Dari pembacaan saya mengenai peristiwa itu melalui satu buku nipis yang berwarna merah darah, perbalahan berlaku kerana wujudnya konflik perkauman yang ultra dan meresapnya pengaruh luar dan fahaman kiri ke atas penduduk terutama Kaum Cina.

Perkataan yang masih ingatan saya ialah lebih kurang ".....Orang Melayu berhembuslah dan tinggallah di hutan". Ini berlaku tahun 1969, empat puluh tahun yang lalu.
.
Peristiwa itu memberikan kita pengajaran yang amat bermakna. Perpaduan Nasioanal, Integrasi Nasional dan perbagai lagi n' Nasional telah diperkenal sehinggalah kita menjadi aman dan makmur dan menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan kaum menjadi kekuatan negara dan diambil sebagai "model" oleh pemimpin negara-negara luar pada suatu ketika.

Kini, lihatlah di sekeliling kita. Politik telah mengancam "integrasi nasional" dan n' Nasional. Saya tidak mahu menulis lebih banyak mengenai soal ini. Bulu roma saya berdiri sekadar mengenangkan peristiwa itu dan membayangkan masa depan kita sekiranya keadaan dan pergolakan politik berterusan.
.
Bakarlah lilin di hadapan anda dalam bilik masing-masing; padamkan lampu dan pejamlah mata anda beberapa minit bayangkan "MALAYSIA BACK TO THE FUTURE"-(apa yang berlaku akan datang seperti movie "Back To The Future")

Related........

DAP Perlu minta maaf kepada rakyat di Perak.

Agaknya Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah juga
menasihatkan mereka supaya beradap sopan.
Tidak beradab. DAP perlu minta maaf kepada rakyat
Perak kerana perbuatan ADUN mereka.

Perlakuan ADUN-ADUN DAP semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei, 2009 memperlihatkan perlakuan kebanyakan ADUN DAP yang luarbiasa ganasnya. Mereka menunjukkan perlakuan yang memalukan rakyat Perak apabila dua orang pemimpin DAP telah menghumban wang kertas kepada ADUN lain, YB. Hee Yit Foong, Timbalan Speaker, yang kurang upaya (OKU) dengan mengatakan kepadanya yang bermaksud "pergi mampuslah". Ini adalah perlakuan keterlaluan dan tidak beradab.

Seorang ADUN DAP pula naik ke atas meja dan menunjukkan aksi ganas yang dapat dilihat oleh BUKAN sahaja rakyat Perak tetapi juga seluruh dunia. Perbuatan ini turut menaibkan rakyat Perak yang memilih mereka sebagai pemimpin.

Perlakuan ini amat memalukan Negara di mata dunia. Rasanya perbuatan ini terjadi kerana tidak kepatuhan terhadap peradaban DUN yang mengikuti norma-norma pemimpin yang dipilih rakyat. Dengan ini DAP perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Perak sekiranya mereka menganggap bahawa mereka adalah pemimpin rakyat Negeri Perak Darul Redzuan.

Ingatlah "Pejuang nasionalis yang mempertahankan kemerdekaan negara sehingga ketitisan darah yang terakhir menunjukkan pejuang itu adalah Nasionalis Besar". Manusia yang memohon maaf atas keterlaluan dan kesilapan yang dilakukan menunjukkan bahawa manusia itu adalah "Manusia Besar". So, DAP minta maaflah kepada rakyat Perak.

Puan Aminah Abdullah: Calon PRK Penanti?

Puan Aminah Abdullah, Mantan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang.
Buktikan kepada Negara bahawa Wanita mempunyai naluri kepimpinan dan
kebertanggungjawaban kepada masyarakat.
"Tangan yang menghayun buai boleh menggoncangkan dunia"

Apabila Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Pulau Pinang, Puan Aminah Abdullah, bertindak menentang Parti KeADILan Rakyat-PKR, parti yang di ketuai wanita, Datin Seri Dr Wan Azizah, Isteri DS Anwar Ibrahim, ‘something wrong” pasti telah terjadi dalam kepimpinan PKR kawasan itu. Sekiranya benar PKR bergerak progressif menuju puncak, secara logiknya, masakan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang meninggalkan parti itu di Pulau Pinang.

Puan Aminah Abdullah, 56, menjadi wanita dan individu pertama membeli borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Penanti yang kosong setelah kontrovasi menyelubungi TKM I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, pada 16 April lalu yang “terpaksa” mengosongkan jawatan dan kerusi DUNnya. Sehingga kini Fairus belumpun berangkat ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

“Tangan yang membuai bayi mampu menggoncang dunia” demikian peribahasa yang mampu saya garap bagi menggambarkan bahawa wanita juga mempunyai semangat waja yang tidak boleh diperkecilkan dalam bidang politik. "Saya tidak ditaja oleh mana-mana pihak termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor, tetapi saya baik (perhubungan) dengan semua orang," katan Puan Aminah.

Kemunculan wanita dalam arena politik negara perlu dilihat secara serius. Ramai “politician wanita” lebih cenderung bertugas dan lebih dekat dengan masyarakat. Mereka mempunyai naluri halus yang terbena sejak mengandungkan bayi dalam kandungan mereka. Kerana itu wanita lebih perihatian kepada masyarakat dan lebih fokus menyelesaikan masalah rakyat dari bergembar gembur mengenai suasana politik. Tahniah kepada Puan Aminah Abdullah. Buktikan wanita boleh.

Monday, May 11, 2009

Perak: Nijar akan mohon agar DUN Perak di Bubar?

Gambar: Pengosongan Laci MNJ tanpa relanya dapat
digunakannya untuk memenangi MP Bukit Gantang.
Apakah perbuatan Loke Chee Yan (DAP) ini mampu mengubah
precepsi rakyat Perak?
.
Selepas sahaja Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohd. Nijar Jamaluddin (MNJ) adalah MB Perak yang sah, MNJ terus bergegas dan memaklumkan media bahawa langkah pertamanya ialah menemui DYMM Sultan Perak dan memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan. (Ini mengikut lapuran awal media di Mahkamah Tinggi). MNJ sedar bahawa di DUN Perak mereka telah kehilangan majoriti. Barangkali MNJ perlu juga memohon ampun kerana dia pernah memohon menderhaka.

Seperti yang pernah saya utarakan pada posting lalu, sepatutnya strategi utama bagi mereka mengekalkan kuasa, sekiranya pembangkang benar-benar mempunyai sokongan majoriti rakyat Perak, ialah dengan membubarkan DUN sejak awal dahulu lagi untuk memberi ruang kepada PRU Negeri yang baru. Bukan dengan tergesa-gesa membentuk kerajaan dan meneruskannya dengan simple majoriti yang teramat sedikit. Sekurang-kurangnya ada "lesson" yang dapat dipelajari semua. Tindakan kerajaan Pembangkang dulu melengahkan PRU telah mengakibatkan "kemelut sebuah kerajaan yang tidak stabil" dan tersebarnya di pelusuk dunia tentang drama DUN Perak, Malaysia yang kecoh dan hodoh.

Dengan pengisytiharan mengenai kedudukan MB itu tidak semestinya kemelut DUN Perak selesai. BN masih mempunyai kerusi simple Majoriti. Masih banyak perkara yang tidak selesai. Agaknya para veteran politik telah terhidu perkara ini kerana itu DSAI, Najib dan LKS telah menyuarakan kesediaan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi merungkai kemelut politik Perak.

Barangkali juga MNJ akan memohon kepada Mahkamah Tinggi sekali lagi bahawa Persidangan DUN pad 7 Mei, 2009 tidak sah dan tarikh keramat yang hendak digapai, 13 Mei, 2009, akan membawa "good luck" kali ini?

Beberapa persoalan yang belum terungkai akan menjadi perhatian umum. Apakah DSAI dan LKS akan meneruskan niat untuk berbincang dengan PM mengenai kemelut politik Perak atau menukar niat setelah melihat sinaran mentari PRU Negeri? Apakah PR mampu mewujudkan kerajaan Perak yang stabil dan memperolehi 2/3 atau lebih kerusi. Apakah BN pula yang akan dapat menumbangkan PR jika PRU Negeri diadakan? Apakah PRU Negeri akan menjadi kenyataan?. Terlalu awal untuk dibuat analisa.

Related...
Latest...
ADA LAPURAN AKHIR PULA YANG LAIN.. Tak Nak Minta Bubar DUNlah pula. (Ada advice baru kee? atau nak pertahankan "Camry"): Baca link Berita Harian di bawah:-
MUNGKIKAH KEGEMBIRAAN Pakatan Rakyat ini sementara sahaja? Baca link Malaysiakini berikut:-

Sunday, May 10, 2009

13 Mei Gagal Digapai Pembangkang Di Perak.

Loke Chee Yan (DAP) Berdiri di atas meja: Agaknya dia berguru di Taiwan.
Namun bintang tidak lagi tergapai dan tetap berkerdip di langit.
Kejatuhan Kerajaan Pembangkang sesuatu yang legitimate, satu hakikat.
Tarikh 13 Mei merupakan satu tarikh bersejarah pahit bagi negara Malaysia. Tarikh ini, pada tahun 1969, merupakan tarikh berlakunya titik hitam dalam sejarah negara di mana perbalahan kaum berlaku. Titik hitam itu menjadi titik tolak kepada kesedaran tentang peri pentingnya keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang majmuk dipupuk dan dipelihara.

Malaysia menjadi negara contoh yang dikagumi dunia kerana kejayaan mengikat tali silaturrahim pelbagai kaum yang menganuti pelbagai agama, kepercayaan dan kebudayaan. Tahap toleransi rakyat negara ini pada masa itu, berada pada satu kemuncak yang mampu dikagumi dan menjadi kebanggaan setiap kita yang bergelar rakyat Malaysia.

Pada saat kejayaan itu, kita bangga dengan Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Nasional, Pendidikan Nasional, Integrasi Nasional dan banyak lagi faktor. Di luar negara, bila saja kita menyebut Malaysia, mereka lantas menyampuk.. : “oh I know...Mahathir Mohamad right and colorful society ?”. Kitapun rasa megah.

Serentak dengan kepesatan pembangunan Malaysia, ruang-ruang makin terbuka untuk rakyat Malaysia dari pelbagai kaum untuk mengorak langkah merebut peluang untuk kesejahteraan dan menikmati kemakmuran hasil dari Kemerdekaan Negara. Pendik dan rengkasnya “equal right to be unequal” menjadi intipati demokrasi dan kebebasan mengikut acuan Malaysia. Manakala peritiwa pahit 13 Mei hampir diletak di atas para dan dilupakan.

“Vernacular School” atau kadang disebut “vernacular education” akhirnya menjadi satu kebanggaan dan asas yang menjadi gambaran bahawa toleransi benar-benar tumbuh subur di bumi Malaysia. Pun begitu, bukan sedikit rakyat Malaysia dari Keturunan India, Cina dan Melayu serta indigenous yang mempunyai tanggapan yang berlainan dan meragui mengenai masa depan dan kewujudan vernacular school kerana dikuathiri akan diresapi golongan tertentu yang berfahaman kiri lalu mengancam kewujudan dan keutuhan integrasi nasional. Ternyata apabila berlakunya penolakan terhadap “national school” oleh pihak-pihak tertentu walaupun pada dasarnya teras dan tunjang “national school” ialah perpaduan. Rengkasnya, nasional schoolpun diresapi elemen politik dan dipolitikkan. Lihat saja gerakan anti PPMSI yang bertukar menjadi demonstrasi politik.

Sukar dinafikan kenyataan bahawa “pergelutan politik” adalah unsur utama yang mengancam perpaduan nasional dan integrasi nasional. Malah bangsa serumpunpun boleh berselisih faham kerana fahaman politik. Orang Melayu PAS dan Orang Melayu UMNO tidak semuanya boleh duduk semeja semudahnya. Orang Cina DAP dengan orang Cina MCA dan Gerakan tidak semua dapat duduk semeja meminum Teh Cina dengan aman. Orang India DAP dan PKR sudah pasti tidak selesa duduk semeja dengan Orang India MIC dan PPP. Ada juga keadaan di mana “tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain”. Politik mempunyai logika dan desiplin yang bertunjangkan dan bermatlamat memperolehi kuasa. Namun kuasa tidak semua akan memperolehinya.

Akhir-akhir ini, 13 Mei 2009 menjadi satu tarikh keramat yang amat berharga kepada Pembangkang terutama di Perak. Mereka ingin menggapai tarik itu biarpun bagai menggapai bintang di langit. 13 Mei perlu dilepasi di Perak kerana dengan tidak teradanya “sidang DUN Perak” pada tarikh 13 Mei 2009, maka akan mengizinkan dan membolehkan DUN Perak terbubarkan dengan sendirinya dan seterusnya pilihanraya Umum Negeri terpaksa diadakan.

Soalnya, bukankah kerajaan Pembangkang dahulu mempunyai kesempatan membubarkan DUN Perak semasa mereka memerintah. Kenapa mereka tidak bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri?. Kenapa pula apabila Barisan Nasioanl menjadi peneraju kerajaan Perak, setelah berjaya “mencuri” dan memperolehi “simple majority”, maka pembangkang mendesak untuk DUN Perak dibubarkan? Tidakkah mereka belajar dari politik Sabah dulu yang disebut oleh Dr. Tan Chee Koon sebagai “The Triumph of Demcracy” apabila PBS membubarkan semula DUN Sabah pada awal 1986 walaupun mereka membentuk kerajaan “simple majority” pada tahun penghujung 1985? Barangkali kerana “pangkat dan kedudukan” yang datang tiba-tiba dan dengan tidak disangka-sangka telah melalaikan mereka mengenai “strategi untuk mengekalkan kuasa” itu?.

Kini setelah kerajaan pembangkang jatuh, menggapai 13 Mei 2009 telah menjadi bagai menggapai bintang di langit yang bakal tidak akan kesampaian kerana murid-murid sekolah rendah , walau di “vernacular schools” sekalipun, tahu menjawab bahawa 28 + 3 lebih banyak dan majoriti dari 28. Berdiri di atas meja DUN Perak dan tidak berganjak dari kerusi Speakerpun atau mengoyak baju sendiripun, tidak mudah mengubah jawapan mathematik yang simple itu. Malah tuduhan “perampas kuasa” akan hanya dilihat sebagai gembar-gembur politik “seperti anjing dengan bayang-bayang”. Tulang terlepas dan kuyup di air. Ianya satu kejatuhan yang legitimate. Satu hakikat.
Related story..
Sultan bukan pecat Nizar tapi disingkir ikut Undang-Undang Tubuh Perak

ROMBAKAN KABINET SABAH: Japlin tersingkir?


Kenyataan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengenai rombakan Kabinet Negeri Sabah berikutan penyertaan Datuk Raymond Tan Su Kiah ke dalam Parti GERAKAN membuat umum meramalkan sesuatu dan membuat pelbagai spekulasi. Lawatan kerja selama dua hati Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, ke Sabah juga menjadi asas kepada spekulasi bahawa rombakan kabinet itu akan dilakukan Musa selaras dengan kemahuan dan kehendak Najib yang inginkan gagasan 1Malaysia yang bersih dari kepimpinan kontrovasi dan rasuah. Sesuatu bagaikan telah dibisik Najib ke telinga Musa.

Raymond Tan sudah melepasi halangan kontovasi setelah Tan Sri Ko Su Kon, Presiden Gerakan dan Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan bahawa Raymond Tan telah secara resminya menyertai Gerakan. Berikutan dengan penyertaan itu, level “partyless” terhadap Raymond Tan dengan sendirinya lenyap dan “null and void”. Pengkritik Raymond Tan seakan terpaksa menelan pahit. Yang tinggal cuma persoalan kenapa ahli Parti Gerakan yang terbaharu dan terkini masih terus memegang jawatan senior, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Negeri Sabah?. Oleh kerana ini proregatif Ketua Menteri Sabah, maka pengkritik Raymong Tan terpaksalah menelan air liur yang lebih pahit.

Kontrovasi yang masih menyelubungi Musa ialah kedudukan Datuk Japlin Akim sebagai Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Naib Ketua Bahagian UMNO Kota Belud. Ketua Bahagian UMNO Kota Belud pula ialah Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, mantan Ketua Menteri Sabah, mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, mantan Ahli Parlimen P.169, Kota Belud dan Mantan ADUN Usukan. Salleh digugurkan Musa pada PRU12 dengan menggantikannya dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Japlin juga adalah ADUN N.8-Usukan masakini, kawasan yang pernah diwakili Salleh semasa dia memegang tampuk Ketua Menteri Sabah. Dalam masa yang sama Japlin adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Kota Belud yang diketuai Salleh Tun Said. Dalam beberapa keadaan, Salleh seakan membayangi kedudukan Japlin. Kerana itu ramai yang meramalkan bahawa Japlin akan tersingkir, bukan sahaja sebagai Pembantu Menteri, malah sebagai ADUN N.8-Usukan dan Salleh akan diberi tanggungjawab oleh Musa memandangkan Salleh kini adalah Timbalan Musa, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Langkah ini, menurut spekulasi umum, adalah sebagai “menebus” kesilapan Musa yang telah menggugurkan Salleh sebagai calon MP Kota Belud pada PRU 12. Dengan berbuat demikian, kononnya Musa akan kembali dikelilingi pasukan yang kuat yang selari dengan kehendak Perdana Menteri melalui gagasan 1Malaysia.

Salleh pula, setelah dilantik Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, awal-awal lagi telah berikrar bahawa status Sabah sebagai “Fix Deposit” kepada Barisan Nasional khasnya UMNO, akan dipertahan. Namun demikian, mobiliti dan keberkesanan Salleh untuk merealisasikan ikrarnya akan terpaksa menghadapi rintangan dan halangan kerana Salleh BUKAN ADUN atau MP. Dia hanya Pengerusi Perbadanan Kraftangan Malaysia. baca link berikut:http://sskeruak.blogspot.com/2009/04/salleh-ikrar-kekalkan-sabagai-sebagai.html

Melihat senario politik kini, kedudukan Japlin semakin menjadi kurang relevan lagi dengan Musa. Japlin menghadapi tuduhan rasuah dan terbukti melakukan rasuan politik wang sekaligus dijatuhkan hukuman. Keahliannya digantung selama tiga (3) tahun. Sekiranya kes Japlin ini dibandingkan dengan kes Tan Sri Isa Samad, mantan Naib Presiden UMNO, mantan Menteri Besar Negri Sembilan dan mantan Menteri Wilayah Persekutuan; Kes Japlin lebih terang dan bersuluh. Dia terpaksa membayar jaminan sebanyak RM100,000 sebelum dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Seorang kontraktor tempatan, Limus Juri (Pemuda UPKO) yang juga ditangkap SPRM bersama Japlin terpaksa membayar RM300,000 sebelum dibebaskan dari tahanan. Berdasarkan fakta ini, apakah kesalahan Japlin sekadar politik wang?

Melihat akan senaro ini, Musa akan terpaksa menghadapi kritikan besar dan berterusan kiranya dia mengekalkan Japlin. Kiranya Japlin pula terpaksa dikekalkan dalam barisan kabinet Musa, maka Japlin terpaksa membersihkan diri dan membebaskan statusnya dari rasuah. Kes mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Fairus Kamaruddin, perlu dijadikan tauladan dan diambil iktibar oleh Ketua Menteri Sabah dan Japlin sendiri. Kiranya Japlin meletakkan jawatan dengan sukarela atas dasar prinsip, barangkali mudah masyarakat dan rakyat memahaminya. Tetapi kiranya diingin kekal maka dia terpaksa menghadapi kritikan yang berterusan. Dalam masa yang sama dia terpaksa bertamengkan Musa yang akan terpaksa menerima serangan bertubi-tubio dan bertali arus pihak lain terutama dari pembangkang.

Fakta dan keadaan yang tidak memihak kepada Barisan Nasional, UMNO, Japlin, dan Musa ini, menguatkan spekulasi bahawa Japlin akan tersingkir dan disingkirkan dari Barisan Kabinet Sabah setelah Musa membuat rombakan Kabinet. Kedudukan Japlin sebagai ADUN juga terguggat dengan sebenar-benar guggatan. Walahuwalam.
Related story. Please click the link below:-

Peluang niaga di luar bandar-Skim bantuan Mara boleh diperluas-Shafie

Gambar: MOHD SHAFIE beramah mesra dengan penduduk ketika majlis bersama rakyat di Padang Pekan Semporna, Semporna, semalam.

SEMPORNA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bercadang menyediakan peluang perniagaan bagi masyarakat luar bandar menerusi kepakaran agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam usaha melengkapkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi mereka. Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata usaha berkenaan penting bagi membantu mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan dan kemiskinan tegar.
Selanjutnya...

HILANG

KARMILA BINTI SUKIRMAN, PELAJAR KOLEJ NEGERI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILANDilaporkan hilang pada 1 April 2009(No.Repot Polis : PANDAMARAN/002622/09)Sekiranya anda pernah melihat gadis ini ATAU tahu di mana dia berada, tolong hubungi nombor di bawah: 014-3110344 – Madie (Abang)/014-3110347 – Sue (Kakak) 016-3462388 - Sarjan Azmi (Officer Incharge Balai Polis Pandamaran) 012-6036977 – Encik Syafiq ( Kolej Negeri, Seremban 2, Negeri Sembilan) Ibunya di Sandakan, Sabah menitiskan airmata setiap hari…Kepada yang masih ada keprihatinan dan kasih sayang, sila sebarkan gambar ini. Mudah-mudahan Si Ibu yang bakal menyambut HARI IBU tidak lagi menitiskan airmata…..DOAKAN JUGA KESELAMATAN KEPADA GADIS YANG BARU MENGENAL ERTI HIDUP INI. WALAUPUN DI MANA DIA BERADA, HARAP DIA KEMBALI…KERJASAMA SEMUA DIUCAPKAN TERIMA KASIH.