Translate

Wednesday, December 30, 2009

GAGASAN KERAJAAN DUA PARTI: Antara Despirasi, aspirasi dan kompilasi.

(Senjaliza mengangkat  posting ini sebagai penutup tirai tahun 2009). Kepada rakan blogger sekalian dan seluruh masyarakat dunia cyber, Senjaliza mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2010 dan Maju Jaya.

 
DSAI memegang 31 Muka Surat dan empat bahagian resolusi PR yang tersurat. Apakah maksud yang tersirat? Hanya orang politk yang lebih memahami. Dalam politik maksud tersirat lebih penting dari yang tersurat.


Beberapa siri Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan bermula pada 19 December, 2009, memang memukau. Tambahan lagi bila ianya re-enforced dengan tepukan gemuruh audiance yang dipandu oleh barisan “sparket”(kadang disebut pom-pom girls). Sparket ini berusaha sedaya upaya membakar semangat pemainnya agar terus menjadi pahlawan, sedang kesudahan perlawanan masih terlalu jauh dan kabur. DAP lah yang kelihatan amat bersungguh-sungguh dalam proses pembakaran semangat ini bagi menjamin misi mereka tercapai dan kiblat mereka terus dituju.

Dasar PR yang setebal 31 muka surat yang mengandung 4 bahagian sarat mengandung dengan kompilasi isu-isu yang menghangatkan suasana politik tanahair sejak era kelahiran gerakan reformasi. Tiada “exitement” terbaharu melainkan susunan perkataan dan pengkategorian agar ianya mudah difahami. Semuanya digalas dari impian lama untuk merintis jalan merampas Puterjaya yang sekian lama tidak kesampaian. Menyusuri jejak ke Taiwan bagi merealisasi impian 916, gagal dan muslihat Bujet 2010 di parlimen juga tewas. Apakah “Gagasan Sistem Dua Parti merupakan pertanda despirasi bagi mencapai matlamat ke Puterajaya?

“Bermuafakat Dalam Perbezaan” bagaikan menjadi tema Konvensyen PR yang menjadi pra syarat mengujudkan Sistem Dua Parti. Tema ini adalah intipati PR untuk memenuhi idaman menggantikan Kerajaan Barisan Nasional menjelang PRU13. Walaupun tema ini hanya 3 perkataan mudah, namun ianya cukup bertenaga untuk menafikan sesetengah isu pokok yang menjadi tunjang ideologi kepada perjuangan parti-parti dalam PR khasnya prinsip PAS dan DAP.

“Bagi PAS tidak semua haiwan yang belakangnya menghadap langit boleh dihalalkan”. Bagi DAP menerima dan menghormati “hudud” adalah memaksakan “ketakutan” yang mengancam dan menebal di kalangan penyokong DAP. Bagi PKR, terutama yang menganuti fahaman strategist parti, Tian Chua, PAS harus dibiarkan mensesasaikan dan memperjuangkan “hudud” asalkan amalan yang selaras dengannya tidak direalisasikan atau dipraktikan. Bagi majoriti Rakyat Malaysia malah masyarakat dunia, penafian idealisma sesebuah parti siasah samalah dengan “membohongi diri sendiri”.

Menafikan “idealisama sesebuah parti dalam Pakatan Rakyat” hanyalah satu strategi “matlamat menghalalkan cara”. Ianya tidak lebih dari tindakan “superficial” yang berusaha menyembunyikan masalah pokok di bawah timbunan permaidani, mengabui mata rakyat agar terus menjadi penyokong akur dalam kealpaan. Mana mungkin “perbezaan idealisma dapat diperguna membina foundasi yang kukuh” oleh itu tema konvensyen PR "Bermuafakat dalam perbezaan" tidak lebih dari retorik tulin yang diselaputi pesona dan keraguan.

Apakah rakyat Malaysia menerima “bulan di dada Karpal Singh” adalah satu hakikat dan kebenaran? Apakah sudah terukir dan terpahat nama Karpal Singh di sanubari setiap ahli PAS? Apakah kejayaan DSAI menyatukan tiga parti dalam Pakatan Rakyat merupakan kejayaan DSAI menyatukan semua rakyat Malaysia yang majmuk ini? Atau apakah benar penyatuan tiga parti dalam PR wujud pada hakikat yang sebenar-benarnya? Apakah PR bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari politik perkauman sempit lalu menyelar Barisan Nasional sebagai Parti yang mengamalkan perkauman? Jawapan yang sejujurnya kepada persoalan inilah yang yang menjadi penentu utama samada resolusi Konvensyen PR adalah retorik politik semata-mata.

Apakah pula sistem Dua Parti itu bererti Kerajaan Perkongsian antara BN dengan PR? Apakah ianya Perkongsian parti-parti dalam PR? Kenapa dua Parti parti mana yang tersingkir?. Melihat “temtasi” dan aoura gerakan PR, perkongsian dengan BN jauh sekali dari matlamat mereka. Apa yang mereka harapkan ialah PRU13 harus dimenangi dan selepas itu impian melihat “katak-katak emas” berpusu-pusu menyeberangi bahtera mereka menjadi realiti tanpa perlu menjejaki mereka di Taiwan. “Soal idealisma parti”, masa itu bolehlah dilupakan dan dianggap tidal lagi relevent. Bukankah ini impian yang liar?

Transformasi yang dimekarkan selepas peralihan kuasa kerajaan dari Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ke DS Mohd Najib bin Tun Razak telah berjaya memadamkan ketakutan kepada “bayang-bayang PRU12”. Tsumani politik yang ditiupkan Lim Kit Siang dalam politik Malaysia sudah ditenangkan. Konsep 1Malaysia sudah mematikan konsep “Malaysian Malaysia” yang didendangkan PR. KPI-Key Performance Index dan NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Negara telah berjaya menghidupkan semangat juang dan keyakinan rakyat Malaysia bahwa mentari mula terbit di ufuk timur.

Pendekatan Najib yang mesra rakyat, sederhana dan mengutamakan pencapain adalah jelmaan dari seruan “mendengar degup jantung 27 rakyat Malaysia”: Golongan remaja yang berpendidikan sudah mula memahami erti “retorik politik”. Bukanlah kerana Kursus Bina Semangat melalui program BTN, tetapi mereka adalah golongan dinamis. Bukanlah mereka mendambakan perubahan sekadar untuk berubah. Tetapi mereka mendambakan perubahan ke arah yang positif dan realistik. Mereka adalah pelapis dan pewaris yang mengutamakan soal pembinaan ideologi yang kukuh dalam mencapai aspirasi negara yang cemerlang akan datang. “Critical success factors”nya adalah dari tindakan dan keputusan mereka hari ini.

Siapa di antara kita yang lupa mengenai Rundingan Kem David yang ditaja Amerika dan kuasa-kuasa besar dunia. Rundingan itu adalah mengenai keamanan dan Pelan Damai di Asia Barat khasnya di antara Palestine dengan Israel yang berusaha mengenepikan dan TIDAK menyentuh “masalah pokok”, Baitul Makdis, Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestine yang di rampas Isreal?. Apakah kita menafikan kegagalan perundingan demi perundingan di mana Negara Mesir menjadi perantara dan disertai kuasa-kuasa besar dunia adalah berpunca dari penafian masalah pokok ini? Oleh itu apakah tema “Bermuafakat Dalam Perbezaan” yang melaungkan System Dua Parti itu satu gagasan yang berjaya? Atau memangnya berjaya tetapi hanya pada hari Konvensyen itu sahaja?. Atau ketika pagi hening, kemilau embun menitik dan akan hilang bila mentari mula memancar?. Allahuwallam.


RELATED:-

Tuesday, December 29, 2009

Tropical Yuletide at national level Xmas open house


Revellers got to experience fake snow at the national-level Christmas open house at Padang Merdeka in Kota Kinabalu on Tuesday. - 29 December, 2009

Sabah Yang Di Pertua Negeri Tun Ahmadshah placing a star on top a Christmas tree during the national-level Christmas open house at the Padang Merdeka in Kota Kinabalu. Looking on are Najib, Musa and Dr Rais.


 Christmas 1 Malaysia di Padang Bandaran Kota Kinabalu, Sabah.
ham Yau Kong
"Cina nyayi lagu Malayu,India nyayi lagu Cina,Malay nyayi lagu India....mana ada lagi negara lain yang begitu KONGSI hidupan?? Itu lah SATU MALAYSIA ...."

“Let us always keep in mind such values as Christmas should be more than just having a good time,” Najib More


Serahkan Jawatan MB Kepada Anuar Tan


Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengalu-alukan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Mursyidul Am Pas itu benar-benar ikhlas terhadap kenyataannya dan bukan hanya gimik politik, beliau seharusnya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Anuar.[Selanjutnya]

Related Stories:
1. Pisahkan Keluarga Dengan Pentadbiran-Husam
2. Utamakan Keluarga atau Kerajaan?
3. Blog: Nik Azizi Mahu Gugurkan Dua Setiausaha

Setiausaha Akhbar Dan Setiausaha Politik Nik Aziz Letak Jawatan


(Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)-Harakah

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya kerana diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya.

"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini. Selanjutnya

RELATED STRORIES:....
1. TGNA Serahkan Jawatan MB kepada Anuar Tan?
2. TGNA nafi Husam letak-jawatan dan dua pegawainya dipecat
3. Blog: Nik Aziz Mahu Gugurkan Dua Setiausaha.

Monday, December 28, 2009

HAK DEMOKRASI: Gambar yang mana satu pilihan anda?


Gambar A

Gambar B

Gambar C

gambar D

Gambar E
RELATED..

MESSAGE UNTUK RAKYAT MALAYSIA: SEBUAH PENGHARGAAN KEPADA DEMOKRASI OLEH PAKATAN RAKYAT CLAN..


Berpadu dulu lepas itu berubah jadi ghost buster baru ada berkat bila tiga tinggal dua sebab "Whisper"  yang satu lagi disingkir. Siapa ghost sehingga tinggal 2 parti untuk mencapai angan-angan membentuk Kerajaan Sistem Dua Parti!

Salam

Buah kuinin enak rasanya
Mari tengok kereta Limo
Dulu kini dan selamanya
Kera Umngok asyik berdemo
Kutip sabut salai kelapanya
Berok masuk BTN kursus
Umngok reput dari kepalanya
Umngok busuk sampai ke usus
bukti badut2 penyamar ahli PAS:

- tiada sekor pun berkopiah.
- tiada sekor pun berbaju melayu.
- tiada sekor pun bertopi PAS.
- tiada sekor pun membawa bendera PAS.
- tak nampak pun logo PAS kat semua banner2.
- pakai kertas manila jak.hahahaa
- banyak ekor malu tunjuk muka.
- hanya sekor muka mcm biawak.
- Macam sial jak mamat semua tu.hahaha

Ini demo ada permit ke tak ni?.
Mana FRU, POLIS2 yang berbangga dengan watercanon?.
Ni lah demo tajaan UMNO ngok. lawaklah demo nie. hahahah



KOMEN:
"Bila mereka berada dalam bahtera yang sesak dengan predator yang ganas, lapar dan kehausan darah, maka "kopiah" pun berterbangan. Masa itu,  "hahahaah" dipenghujung message di atas sesuai jadi lagu". Mcm kisah pelayaran Nabi Noh (a.s). Nak tunggu "Bulan Gerhana Penuh" kee dalam Pakatan?

RELATED....
PAS Perlu Merdeka Dari Pakatan Rakyat

Kumpulan Desak PAS Tinggal Pakatan Pembangkang Bukan Anggota Parti, Kata Salahuddin: Bagaimana hak demokrasi mereka?



Ketua Kumpulan ini mendakwa sebagai ahli PAS. Apakah dia menghadapi hukuman "pecat" jika didapati keahliannya benar? Bagimana dengan kebenaran memorendum mereka?

PAS menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GPPPS) adalah anggota parti itu. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.[selanjutnya]

Sebelumpun  GPPPS ini melakukan demonstrasi, ramai pihak yang sedia maklum mengenai rancangan itu. .Malah pemimpin PAS sendiri awal-awal lagi menyarankan supaya Hasan Ali jangan terima-memorandum itu supaya mengelak ahli-ahli kumpulan GPPPS tidak merasa diberi perhatian atau merasa menang di peringkat permulaan. Soalnya, kenapa PAS tidak saja mendepani GPPPS ini bagi mempastikan "kebenaran" samada mereka ahli PAS atau penyokong PAS atau kumpulan yang ditaja lawan? Memanglah kumpulan GPPPS ini tidak wujud tetapi bagaimana dengan ahli-ahlinya, apakah status keahlian mereka dalam konteks parti siasah? Apakah mereka tidak berhak bersuara tanpa keahlian itu?

Agaknya GPPPS ini sengaja tidak dilayan supaya lawan dapat dicemuh dengan pelbagai tuduhan dan kecaman seperti mengatakan UMNO sudah tua dan nyayok bersandiwara dan pelbagai lagi sehingga pemimpin tega mengeluarkan perkataan dan "bahasa ibunda" a.ka. bahasa mencaci mereka. Mungkin ada pihak yang meroyan kerana kehilangan "kuasa"!

Sebaiknya kumpulan itu tidak dihalang PAS atau oleh Pakatan Rakyat, yang asasnya lebih cenderung berdemo, sebagai tanda bahawa mereka lebih terbuka, dan bersedia mendengar suara rakyat kendatipun  bilangannya hanyalah 21 orang. Sudah pasti kredit akan menyebelahi PAS kerana mereka bertindak lebih terbuka dan dapat menunjukkan ketinggian sikap lebih menjunjung asas demokrasi., jika GPPPS itu dilayan dengan lebih professional.

Sebenarnya, demi meletakkan hak-hak kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi, di tempatnya rakyat biasa tanpa mengira anutan parti atau tanpa parti sekalipun perlu diberikan hak dan kebebasan  menyampaikan memorendum, menyuarakan kehendak  mereka, kumpulan mereka, asalkan mereka tidak bersikap ganas, menyentuh hal-hal yang sensitif, mendatangkan kerugian dan kemudaratan kepada negara atau melakukan jenayah..


 Dapatkah gambar ini "refresh" ingatan anda mengenai krisis Hassan Ali-Ronnie Liew?. Bagaimapula kes Hassan Ali dengan SELCAT?

Sebenarnya isu yang merka bawa BUKANLAH isu yang baru. Pemimpin-pemimpin PAS dan PR sendiri  sebelum ini pernah menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap cara "governing" Kerajaan Selangor masakini. Ramai yang maklum  tentang YB. Dr. Hassan Ali  yang baru saja dihadapkan ke Badan Displin partinya kerana menyuarakan ketidak puasan hati terhadap cara  kerajaan Selangor diurus tadbir. YB. Zulkifli Nordin pernah menyanggah dengan tegas tindak-tanduk yang bercanggah dengan prinsip perjuangannya dan Islam. barangkali dengan menyebut krisis Hassan Ali-Ronnie Liew dan Krisis Zulkili Nordin-Sivarasa, akan dapat "refreh" ingatan anda.

Apakah GPPPS tiada hak demokrasi?  Apakah ketua kumpulan itu yang mengaku sebagai ahli PAS Gombak adalah ahli palsu?. Jika benar ahli-ahli GPPPS yang berdemo itu terbukti ahli-ahli PAS, apa kah pimpinan PAS akan memecat mereka dari Parti? Fikir-fikirkanlah.

-noreen PJ-

Sunday, December 27, 2009

JOKE RPK: HI DUDE!


Pic: RPK manipulated. Dia dikatakan berada di London dan hidup mewah!.

Hi Dude.. gambar ini bukanlah gambar terkini Raja Petra Kamaruddin. Tetapi sesuai dengan imejnya yang dianggap sebagai orang buruan. Saya kataan "dianggap sebagai orang buruan" kerana dia sebenarnya bukanlah manusia yang "sedang diburu" seperti memburu haiwan. Dia bebas dan masih memiliki hak kebebasan...

Jika dikatakan dia hidup mewah di London, rakyat Malaysia harus besyukur,!! sekurang-kurangnya dia tidak mengemis atau melacur di perantauan. Pelik memang pelik, kerana dia sekejap di London Sekejab di Brisbane. Sekejap ada sekejap takde..macam Chokolate Chipmore!.

Cuma RPK pengecut kerana tidak berani menghadapi trial di Malaysia. Agaknya dia ada undang-undang sendiri. Bukankah dia aktivist yang besedia untuk duduk di penjara demi keadilan?

Dia adalah pengedali blog "Malaysia Today" dan tidak menulis mengenai Malaysia hari ini, sebaliknya dia menulis mengenai Malaysia yesterday, long time ago dan Malaysia Tommorrow menyebabkan dia melanggar adab "Malaysia Today atau hari ini" ? he he

RPK..Hi dude.. Didn't you miss the Sambal Belacan in Malaysia? Anyway have you paid your due to a Uni Professor who sued you for a defarmation last time? So long dude.Take care..
-noreen PJ-

RELATED-----
1. Raja Petra Boleh Kena Akta Imigresen
2. GAP Sahkan Kalimullah Jaga Raja petra Di London

Presiden Ghana sanggup tolak hadiah Krismas takut rasuah


Presiden Ghana, John Atta Mills

ACCRA: Presiden Ghana, John Atta Mills enggan menerima sebarang hadiah yang biasa diberi ketika sambutan Krismas tahun ini kerana gusar ia adalah cubaan merasuah beliau, kata jurucakap kerajaan. Di Ghana, adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang atau ahli perniagaan memberi hadiah dalam bentuk hamper kepada rakan dan kenalan dalam kerajaan ketika sambutan atau musim perayaan tertentu.


Akan adakah Cek seperti ini menjalang pesta menyambut 1 Januari, 2010?
 
INIPUN SATU PERKARA YANG PERLU KITA BANDING BANDING DENGAN PEEL  PEMIMPIN, "UDANG RIMAU" ,  "KETAM BATU" DAN PENGHUNI NEGARA KITA....Selanjutnya

Banding Banding Dulu.


Gagasan System Kerajaan Dua Parti:  Ramai yang masih tidak faham namun tidak kurang yang sekadar mengiakannya.

Perumpamaan Melayu menyebut "Periuk Mengusik Belanga kerana buntut belanga hitam" dan "si ketam mentertawakan si udang kerana kulit si udang menjadi merah saga bila direbus". Oleh kerana keterlaluan "perang usik mengusik" ini, terkadang, belakulah sikap "kentut dibasuh tetapi berak tidak". Kesilapan sekecil zarah di perbesar besarkan sebesar gajah dan kesilapan besar disapu ke bawah "carpet".

Pembangkang mengatakan bahawa "Sistem Kerajaan dua parti adalah satu paradigma baru dalam politik Malaysia yang berpotensi dan ideal untuk diamalkan di Malaysia. Bila diselami gagasasn PR ini, kita akan temui bahawa gagasan kerajaan system dua parti itu hanyalah "among" parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang TIDAK bersaing atau berlawanan sesama mereka merebut taktha kerajaan. Retorik? Tak perlulah kita tanya kerana retorik ada amalan biasa parti-parti politik di Malaysia. Kadang-kadang "Bukan Sekadar Retorik" itulah sebenar benarnya "retorik tulin". Lihat saja janji 916 dan koridor kiri kanan dan timur barat!!. Apa yang menjadi kenyataan ialah 999 di Perak Darul Redzwan, berita menyayat hati Kg Buah Pala, Pulau Pinang dan mengheret kepala lembu berkaitan dengan isu kuil di seksyen 22 di Selangor dan banyak lagi peristiwa yang tergelincir dari norma politik tanah air..

BN dan PR ada dua komponen parti yang bersaing dan berlawan merebut taktha pemerintahan. Jika dilihat dalam kontek definasi yang konvensional, dua komponen parti inilah yang memenuhi kreteria membentuk Kerajaan Sistem Dua Parti kerana mereka sering bersaing dan sering berlawanan. Lebih dari itu mereka mempunyai displin whip masing-masing yang saling bersaing, saling bertentangan.

Tuan Guru Nik Azizi Nik Mat mengatakan "sangat jijik menghampiri UMNO". DSAI mengatakan bahawa lawannya melakukan "kerja musuh jahat, celaka dan sial. Lawan habis-habisan" Dari penyataan ini, jelasah bahawa Kerajaan Sistem Dua Parti yang dikatakan sebagai langkah besar Pakatan Rakyat itu hanyalah antara meraka dan tidak lebih dari gagasan yang "dibesar-besarkan". Pakatan Rakyat adalah gabungan 3 parti, PAS, PKR dan DAP. Jika Kerajaan Sistem Dua Parti diperjuangkan PR, manakah satu di antara 3 parti ini yang akan disingkir atau tersingkir?.

Kita banding banding dulu. Kata Periuk PR, belanga BN Rasuah. Samada kecil atau besar, rasuah tetap rasuah.. Kata Periuk PKR, Belanga BN melakukan rasuah PKFZ dan ada black magic mengupayakan "Engin Jet Pejuang TUDM terbang sendiri ke Argentina!!!!" dan etc etc.

Kata belangan BN, TGNA batal naik haji kerana kedapatan "ekornya" dan menantunya terpaksa meletak jawatan dari PMBK setelah menerima desakan demi desakan dari pelbagai sudut kerana 'rasuah". Tambah belanga BN ini, YB DAP di Selangor pakai peruntukkan ADUNnya seperti menggunakan wang dalam poketnya sambil mengira komisyen.untuk DAP dan etc etc.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, kita patut merasa bimbang akan penyusupan anasir-anasir asing dan survetif ke kancah pertembungan politik dalam negara kita. DSAI dalam Konvenyen PR 19 Dec ada menyebut mengenai peranan 20 consultant, terutamanya syarikat Yahudi, APCO dalam gagasan 1Malaysia. Namun Satu Malaysia tahu dan maklum mengenai hubungan erat DSAI dengan pemimpin-pemimpin Yahudi Amerika, ahli-ahli korporat Yahudi malah dengan Badan Badan dan Oganisasi Inter-Faith di luar negara yang ditentang PAS. Terakini pembongkaraan anasir asing yang menuduh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membazirkan RM200 billion dana negara. Kenapa kini dan tidak semasa kempen PRU12? Kenapa anasir asing lebih tahu Tun membazir?

Banyak perkara yang perlu dibanding banding. Namun di sini terakhir yang nak saya banding banding ialah kemakmuran rakyat dan pembangunan. Adakah Rakyat Negeri Kelantan (di Kelantan) yang di Perintah PR-PAS, lebih makmur berbanding dengan rakyat negeri jirannya seperti Terangganu dan Pahang? Adakah Perak selepas PRU12 di bawah PR lebih maju dan membangun dengan lebih pesat berbanding sebelum dan setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri itu?. Adakah pacuan ekonomi Selangor dan kemakmuran rakyatnya lebih ligat kini di bawah PR berbanding sebelumnya? Dan yang terakhir kita perlu bandingkan ialah adakah semangat perpaduan yang menjadi kekuatan negara ini semakin kukuh selepas PRU12 berbanding sebelumnya atau anxiety rakyat semakin meningkat?

At the end of the day, semua tahu, dunia tahu, matlamat sebuah parti politik atau badan siasah ialah "kuasa". Yang membezannya hanyalah siapa yang "rakus" dan siapa yang menjadi teknokrat yang meletakkan kepenting nasional dari pangkat, harta dan kuasa semata-mata. Banding bandinglah dan fikir fikirkanlah.

Selamat menyambut tahun 2010.

-noreen PJ-
RELATED....
1. Inilah-negeri-di-bawah-pakatan-rakyat.
2. Worth comparing This SEXcallency with CSL and Elly Wong!!
3. Angin-politik-darul-aman.
4. Guan Eng , Lim Kt Siang Cuba Tutup Penyelewengan dan salaguna kuasa

Friday, December 25, 2009

Season Greetings and Happy Holiday.


Saya ucapkan Selamat Hari Natal Buat seluruh Rakyat Malaysia Malaysia dan semua yang merayakan Perayaan Hari Christmas.

Teristimewa kepada:-
Anak-anak Timor Leste,
54, Jalan Dahlia 7,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruang,
Melaka.

Gambar dari: RantingsbyMM.

Wednesday, December 23, 2009

Anwar Kembali Menerajui PKR Sabah: Asap peperangan masih berkepul-kepul.

 
Pengerusi Parti KeADILan Rakyat Sabah Yang baru, Yang Berhormat Dato Seri Anwar bin Ibrahim.Gambar ini diambil ketika dia berucap merasmikan Konvensyen Barisan Nasional yang Pertama di Sabah yang bertemakan "Solidariti". Pemimpin yang menjadi sasaran ancaman dalam ucapannya ketika itu ialah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang dianggapnya bersikap "perkauman" dan anti-nasional.


“Saya telahpun membakar jambatan saya”…” . “I may decide sooner before the three months end,” ...."I can always do something else." . ..“Anwar himself has not been in contact with me for some time,…. “We are no longer going to be used by these people (in Kuala Lumpur) for their own politics.” -Jeffrey Kitingan (selepas perlantikan Thamrin Haji Jaini sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah)


PKR Pusat menjadi semakin kecut dengan tindakan dan penyataan umum dan  terbuka Jeffrey ini. Seolah-olah waktu itu PKR sudah berada di ambang senja dan terus saja boleh melupakan niat untuk bertapak di Sabah, salah sebuah Negeri yang menyelamatkan Kerajaan Barisan Nasional selain Sarawak. Sudah pasti kesan politiknya amat besar dan berat terhadap pergolakan politik di Semenanjung Tanah Melayu yang amat negatif kepada PKR dan Pakatan Rakyat secara keseluruhan. Manakala peluang PKR di Sarawak yang bakal melangsungkan PRU akan bertambah malap sebagai tambahan kepada kepedihan PRK Batang Ai.

Jawatan Majlis Pemimpin PKR Negeri Sabah dan Sarawak (MPPNSS) dikurniakan DSAI kepada Jeffrey dan kembali sebagai Naib Presiden PKR Malaysia dilihat sekadar membersihkan arang yang terpalit di muka PKR Pusat yang bertindak menyingkirkan Jeffrey dan Christina Liew. MPPNSS adalah satu jawatan yang tidak wujud dalam mana-mana PKR negeri dalam Malaysia dan tidak termaktub dalam perlembagaan PKR perse. Jawatan ini  hampir sama dengan Jawatan Jeffrey sebagai Penyelaras Majlis Mesyuarat PKR bagi Sabah dan Sarawak yang pernah dikurniakan kepadanya sebelum PRU12. Ianya hanyalah direkacipa  atau rekaan atau dalam bahasa kegemaran DSAI, "rekayasa", bagi memujuk rayu Jeffrey agar tidak meneruskan niatnya menubuhkan parti baru yang mula disebut-sebut sebagai Parti Cinta Sabah-PCS dan tidak meninggalkan PKR selepas tamat tempoh cutinya menjelang pertengahan Januari, 2010.

Christina Liew juga meluahkan perasaan kecewanya dengan mengatakan PKR Pusat tidak mengenang jasanya yang berkhidmat selama 9 tahun dengan setia tetapi disingkir dari jawatannya sebagai naib Pengerusi PKR Negeri. Dia digantikan dengan Kong Hong Ming, yang bercita-cita besar menyingkir  ADUN DAP, Jimmy Wong di Tawau, Sabah. Berikutan dengan itu Christina dan Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam PKR kecuali keahlian yang ditangguh sehingga pertengahan Januari, 2010.

PKR Pusat sudah menyedari kesilapan dan kelemahan keputusan mereka yang menyingkir pemimpin pembangkang dari suku yang besar, Jeffrey dan Christina dari kaum Cina yang hampir memenangi ADUN dan MP dalam PRU12. PKR beranggapan dua suku kaum ini adalah berpotensi besar akan menyokong PKR. (Agaknya pemimpin PBS, UPKO, PBRS, LDP dan komponen BN, mula tersengih membaca penyataan ini. Saya kira SAPP dan DAP juga demikian)

Bukankan benar seperti yang dikatakan Jeffrey bahawa mereka hanya diperalat pemimpin KL untuk memberikan kerusi kemenangan di peringkat Pusat @ alat politik?

Lalu kita bertanya. Ke manakah perginya penyataan “patuh, tinggalkan parti atau disingkir” yang buat Anwar selepas PKR Pusat bermesyuarat mengenai struktur atau kedudukan pimpinan PKR Negeri-Negeri termasuk Sabah sebelum ini?

Sebahagian pemimpin dalam PKR mengatakan bahawa “Ada kemungkin Anwar "reappoint" Jeffrey just to help him dig his own burial deeper and deeper. Saya bersetuju dengan tuan that Anwar sudah masak dengan politik Sabah dan Jeffrey”.-Pemimpin PKR Negeri.

Pandangan Pemimpin PKR ini selaras dengan pandangan pemimpin-pemimpin KDM yang sememangnya melihat Jeffrey telah menjilat ludahnya, hilang kredibiliti dan “menjadi strike breaker” kepada gagasannya sendiri setelah kembali semula ke PKR tergesa-gesa sebelum cutinya tamat. Dia bagaikan kelabu mata menerima “jawatan tidak wujud” dalam Parti.yang ditawarkan DSAI. Bukankah sebelum ini sebahagian  besar penyokong dan ahli-ahli PKR mengatakan bahawa :Gapari adalah  risiko besar kepada PKR Sabah?

Konvensyen PKR yang diadakan di Sabah pada 20 Disember di Atlantis Restaurant dihadiri lebih kurang 2,000 orang (tidak semua penyokong PKR) itu bertemakan "PKR Sabah- Menerajui Cabaran Ke Arah Sistem Dua Parti". Jauh berbeza dengan matlamat dan tema Konvensyen di Kuala Lumpur yang menekankan gerakan “merintis jalan ke Puterajaya” @ mengambil alih pemerintahan, BUKAN berkongsi kerajaan. Kedatangan DSAI membawa utusan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan Isteri DSAI. Antara lain untusan itu ialah:-

Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang – Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang – YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan – YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak – YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Menggantikan Ahmad Thamrin Haji Jaini-PKR Sabah)
6. Kedah – YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan – YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis – Encik Johari bin Shafie
9. Melaka – Encik Khalid Jaafar
10. Johor – Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak – Encik Osman Abdul Rahman
12. Terengganu – Encik Wan Rahim bin Wan Hamzah

Cumanya, utusan ini tidak menyatakan “Patuh, berundur atau disingkir”.

Selepas konvensyen itu, DSAI muncul dengan kenyataan bahawa “Krisis Kepimpinan PKR Sabah Selesai”.. Sesetengah penyokong PKR sendiri mengatakan “berkecai”.

Ahmad Thamrin Haji Jaini yang diberi kepercayaan mengetuai PKR Negeri Sabah dalam mesyuarat Penuh PKR Kebangsaan sebelum ini, tersingkir. Perlantikan Thamrin sejajar dengan perlembagaan-pkr dan jawatan itu wujud dalam parti. Dia yang telahpun merangka perjalanan parti menghadapi PRU13 telah membariskan barisan kepimpinan PKR Negeri dan jawatankuasanya sehingga konvensyen PKR Sabah dilangsungkan. Barangkali dengan penyingkirannya barisan ahli jawatankuasa itu juga “jumud” dengan sendirinya. Tidak perlu ditanya apa perasaan mereka. Kita tahu perasaan kita bila kepercayaan seumpama itu ditarik balik.

“Semua tahu, dunia tahu”, meminjam kata-kata Datuk Ghapur Salleh., kem Jeffrey plus kem Christina tidak sehaluan dengan kem Thamrin plus kem Kong Hong Ming. “Peperangan dua kem ini masih berasap bekepul kepul". Senapang yang berasap muncungnya masih di tangan masing-masing. Mereka berkumpul apabila “Maharaja PKR” datang bertandang. Pulangnya maharaja membawa cerita “selesai”, sedang yang ditinggalnya menanggung kecederaan yang berdarah. Luka mereka dilukai dan masih bersiap siaga mengangkat senjata..


RELATED STORIES....
Jeffrey Still Unhappy
Sabah-PKR-Convention-2009-The Good The Bad and The Ugly.....
Omong Kosong Pembangkang Untuk Kuasai Sarawak
Anwar-tahu-siapa-Jeffrey-Kitingan
Teguran-Yusuf-Al-Qadawi-kepada-anwar
on-pakatans-big-day-najib-looks-the-winner-leslie-lau 

Sunday, December 20, 2009

DSAI Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak.


Kedudukan PKR terkini dalam kontek struktur organisasi tidak jauh dari Carta Organisasi selepas PRI 12 yang menyaksikan PKR tidak berjaya memenangi sebarang kerusi di Sabah. Apakah formula lama ini akan membawa cahaya baru dalam PKR Sabah?

Krisis Kempimpinan PKR Negeri-Negeri yang tidak berkesudahan akhirnya terpaksa akur sekali lagi dengan keputusan PKR pusat melantik DSAI sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak. Sekurang-kurangnya tiada lagi pihak yang bersengketa dalam PKR "secara nyata" di mata umum.

Sekaligus DSAI menjadi pemegang rekod menjadi Pengerusi Perhubungan sebuah Parti yang pertama bagi Malaysia Timur beribu pejabat di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini DSAI juga dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bagi Negeri Selangor.

Dengan Perlantikan DSAI ini dan Perlantikan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Pengerusi Majlis Penyelaras PKR bagi Sabah dan Saarawak, masih menjadi tandatanya apakah status Thamrin Haji Zaini yang sebelum ini dilantik oleh PKR Pusat sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Kedudukan "line-up yang diusahakan Thamrin semasa menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah juga masih belum diketahui.

Apakah percaturan ini mampu menenangkan PKR Sabah yang berkocak dan berkecamuk sebelum ini? Apakah hubungan Jeffrey dan kemnya akan bertaut semula dengan Thamrin dan kemnya?. Siapakah peneraju Sabahan yang senior dalam PKR Sabah, Jeffrey atau Thamrin?. Apakah perkembangan terbaharu ini mampu menguatkan kedudukan dan pengaruh PKR di Sabah? Sama-sama kita tunggu selepas DSAI mengumumkan intipati perencanaannya.

Jika bagi PKR strategi mengembalikan status quo lama PKR Sabah sebagai perintis jalan ke Puterajaya, tidaklah mudah bagi rakyat Negara ini melupakan strategi lama 916 yang berbunyi seiras walaupun tidak  sama. Fikir-fikirkanlah.

Related Stories:
PKR Makin Parah Lagi-Ahli PKR Keluar Parti
pakatan-setapak-lagi-ke-arah-mungkar
Analisis: Halatuju Pakatan Kabur
Impian PKR Menapak Di Sarawak Satu Mimpi?
Kenapa-pkr-ijok-tutup?

Cuti Yang Di Pendikkan Tidak Merobah Kedudukan Jawatan No 1 PKR Sabah..


 Encik Thamrin Haji Jaini, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.


 Mungkinkah Jeffrey buntu dan tidak menemui ramuan politiknya. Lantas dia ke Kucing, Sarawak untuk menyelamatkan keberadaannya dalam PKR?

Tidak siapa menduga bahawa Datuk Dr, Gapari Kitingan @ Jeffrey akan memendikkan cutinya. Memang ramai yang tahu hakikatnya bahawa cuti itu BUKAN cuti sebenarnya kerana Jeffrey pasti akan melakukan kerja-kerja orang politik. Dia telah membuat perkiraan mengenai ramuan masa depan politiknya. Campur itu tolak ini, Jeffrey bagaikan menemui jalan yang buntu kerana ramuannya tidak menemukannya dengan formula yang mujarab.

Sedikit masa lalu dia pernah mengatakan bahawa dia yakin akan dapat melakukan sesuatu apabila dinafikan Jawatan No 1 PKR Sabah. Malah dia menjadi lebih vokal mengatakan bahawa dia tidak mungkin membiarkan dirinya dan penyokongnya diperalat oleh pemimpin Kuala Lumpur semata-mata kerana nafsu serakah politik mereka. Lebih jelas, dia menyindir DSAI yang teramat mengidam jawatan Perdana Menteri. Walaupun Jeffrey tidak mengisyitiharkan "perang terhadap PKR" namun tindakannya membakar jambatan dan ancaman penyokongnya terhadap pimpinan PKR Sabah dan PKR Pusat sudah memadahi dilihat sebagai "gendang perang". Bukti jelas ancaman gendang perang ini dapat dilihat apabila kumpulan Jeffrey mula bertindak mengecam DSAI sendiri dan dasar-dasar PKR Pusat yang dikatakan mengabaikan mereka. dan camputangan dalam urusan PKR Negeri Sabah yang sepatutnta diberi taraf "autonomi politik". Mereka juga telah memohon untuk mendaftarkan PCS atau Parti Cinta Sabah yang jelas tidak selaras dengan prinsip PKR.

Ketika krisis kepimpinan PKR Sabah memuncak antara kumpulan Thamrin Haji Jaini dan Kumpulan Jeffrey, utusan khas DSAI teah dihantar ke Sabah yang diketuai oleh Tian Chua, seorang perangka strategi politik PKR. Jelas kedatangan Tian Chua ke Sabah ketika itu memperlihatkan biasnya terhadap Jeffrey. Ini menunjukkan team Bukan Melayu dalam PKR lebih condong kepada Jeffrey berbanding Thamrin walaupun keputusan PKR Pusat memilih Thamrin melalui suara musyawarah.

Apakah kumpulan Tian Chua sebagai perangka strategi PKR telah berjaya memujuk dan melembutkan DSAI, yang pernah mengeluarkan kenyataan tegas dan keras, "patuh, berundur atau dipecat", untuk membina semula jambatan yang telah dibakar Jeffrey? Apakah soal-soal prinsip mula diketepikan dan cuba diremehkan apakah berdepan dengan masalah "menjaga hati" dan menyelamatkan diri dari terjerumus dari aib rakyat dan kecaman masyarakat Sabah khasnya yang dikatakan "Fix Deposit" BN? Apakah benar kecaman tidak beralih ke isu lain atau berubah wajah?

Kemungkinan besar Jeffrey akan tersingkir dari PKR jika dia tidak mengadap DSAI di Kucing. Talian hayat barangkali "dikejarkan" oleh broker-broker politik sehinggalah DSAI mengembalikan jawatan Jeffrey seperti jawatan dulu ketika Tuan Haji Ansari Abdullah menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah yakni "Penyelaras PKR Sabah dan Sarawak". Apa yang Jelas Thamrin Haji Jaini masih Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan masih memegang jawatan sebagai No.1 PKR Sabah.

Apakah "jawatan lama" Jeffrey yang dikurniakan semula ini akan mengembalikan kemelut lama dalam kepimpinan PKR Sabah seperti ketika Ansari menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah? Desas desus sudah mula berkumandang bahawa kembalinya Jeffrey ke dalam PKR akan mengundang risiko besar kepada PKR Sabah dan akibat risiko itu pula akan lebih berat dan sukar untuk dirungkai.

Menutup "Mulut Tempayan" tidaklah semudah menggunakan falsafah "politik is a game of possible". Pastinya kecam mengecam akan berterusan terutama di kali lima dan media cyber. Esok Konvensyen PKR Sabah akan dilangsungkan. Pastinya pembubaran cabang atau ranting-ranting PKR di DUN Ijok Selangor yang melibatkan lebihkurang 500 orang (ada yang lapor 1,000 orang tapi mungkin syok depan PC) ahli PKR yang menyertai UMNO akan dijawab dan dinafikan. (lihat "wayangnya" di sini) Terpenting masyarakat Sabah akan memerhati di manakah duduknya Jeffrey esok hari? Mungkikah dia akan dibooo? Namun yang pasti Thamrin Haji Jaini akan duduk di sisi, sebagai orang kanan, DSAI kerana dia adalah pemegang jawatan paling senior, No. 1. PKR Sabah, sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.

Saturday, December 19, 2009

MOU to enhance ties-Masidi


Kota Kinabalu: TOURISM, Culture and Environment Minister, Datuk Masidi Manjun, witnessed the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) between the Sabah Cultural Board and Gyeonggi Arts Centre, Korea, at the Pentas Budaya, Kampung Warisan at the State Museum, in Kota Kinabalu, Tuesday.

Representatives for the two cultural bodies were Datu Rosmadi Datu Sulai, who is General Manager of Sabah Cultural Board, and Park In Gun, President of the Gyeonggi Arts Centre. Read More

Friday, December 18, 2009

Apakah PAS sekadar tempat betenggek DAP buat sementara?


 Gambar ini barangkali memadahi untuk menerangkan isu dan persoalan yang dihendak diketengahkan.. Jadi SL tidak perlu fikir menaip cerita yang panjang bagi mengemukan soalan-soalan yang SL perlu kepastian.. 


Selamat Menyambut Maal Hijrah.
(Paparan ini adalah paparan lama SL. Sekadar mengingatkan SL bahawa kita berada pada tahun baru namun isu lama masih releven hingga kini).

".....Ada apa dengan Pakatan Rakyat?  DSAI adalah individu yang berjaya menimang telur di hujung tanduk dan menatang minyak yang penuh akan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat hanya menjadi mimpi ngeri. Mudah saja orang politik menafikan tiada persengketaan demi "strategi peperangan". Tetapi menyembunyikan hanyirnya bau bangkai gajah tidak semudah menyembunyikan jerawat di pipi.

DAP ada (adalah pemegang)  rekod meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif kerana hubungannya dengan PAS masa itu tidak menguntungkan DAP. Hubungan DAP dan PAS pula di Bagan Pinang telah merugikan PAS. Dalam banyak perkara PAS dan DAP amat sukar berjalan seiring. Lakukanlah apa saja innovasi dalam PAS bagi keselesaan DAP atau Pakatan Rakyat namun hakikat perbezaan ideologi dan prinsip bukanlah satu perkara yang mudah dipandang remeh. Katakanlah apa saja, termasuk menuduh saya memperlaga PAS -DAP, namun hakikat tidak semudah ditolak...." Wallahuwallam

Thursday, December 17, 2009

Selamat Bung


 Selamat Bung...Kalu Karpal Singh kepingin sebut "Big Foot", iya sebut saja. Yang pasti Bung bukan Big Foot.  Jauh sekali Bung. Bung adalah pria tulin yang ganteng. Selamat Bung. Nantinya ada orang bisa  betulin tali leher @ dasi mu itu. Gue ngak percaya kalo orang si bilangin ramai MP ngak dateng ngundi  bujet 2010 pasal si nontonin Bung duduk di pelaminan. Tapi gue percaya Bung pria sejati, berani dan bertanggungjawab pasal  Bung ngak pergi nyorok di Siam. Bung Karno juga suka yang gini-ginian. Selamat  ya  Bung.

Related Story
Bung Nafi

Wednesday, December 16, 2009

Drama lewat malam di Parlimen...cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya. Salah Siapa?


Najib diiringi Muhyiddin meninggalkan Parlimen selepas pengundian Bajet 2010 selesai Isnin malam. Akan berlaku lagikah peristiwa seperti ini dalam "belah bahagian yang lain?" Siapa yang harus dipersalahkan?


Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya. Selanjutnya

Jika percubaan pembangkang berjaya, siapa yang harus dipersalahkan. Tidakkah MP BN menyedari bahawa soal bujet itu perkara pokok yang penting untuk negara dan maruahnya? Bukankah BN pernah seringkali hampir kalah dalam proses "belah bahagian" di Dewan Rakyat ini? Kenapa kejadian ini berlaku berulang-ulang? Bukankah pemimpin sering menasihati rakyat supaya turun mengundi dalam PRU atau PRK? Apakah MP BN perlu "tambang" untuk turun mengundi dalam "belah bahagian" ini? 3 orang MP PAS juga telah tidak berada dalam Dewan semasa belah bahagian ini. Apakah tren ini menggambarkan MP memang "letih" menghadiri sidang Dewan?.

RELATED NEWS:-
Taktik Pembangkang Gagal

Monday, December 14, 2009

"ANWAR BINA SEMULA JAMBATAN YANG DIBAKAR JEFFREY?"


Apakah pengumuman DSAI menolak Perletakkan Jawatan Jeffrey dapat memadam bahang Jambatan yang dibakar Jeffrey? Apakah itu gambaran perubahan kepada "style politik DSAI ke arah berlembut atau sekadar menutupi kekhilapan pimpinan PKR Pusat?

Sedikit masa lalu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah mengisytiharkan perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan semua jawatan dalam parti itu kecuali sebagai ahli biasa. Dia telah membuat kenyataan bahawa kedudukan keahliannya itu hanya akan diumumkannya selepas dia bercuti rehat pada pertengahan Januari tahun 2010. Jika dia "senang" mungkin akan mengumumkan keputusannya lebih awal. Apabila kita belum terdengar keputusan awal Jeffrey mengenai keahliannya dalam PKR bermakna dia "tidak senang" atau dalam loghat Cina di Sabah "tiak sinang".

Majoriti rakyat Malaysia malah sebahagian penduduk dunia sudah mengetahui keputusan Jeffrey yang mengatakan sudah "tidak mahu diperalat pemimpin Kuala Lumpur" semata-mata untuk mencapai "Jawatan politik". Lalu Jeffrey bertindak "Membakar Jambatan" perhubungan dengan PKR. Sehingga kini bahang jambatan yang menyala itu masih dirasakan penyokong peribadi Jeffrey terutama kem KDM dalam PKR

DSAI pula dalam kenyataannya pernah memberi amaran kepada mereka yang "tidak menghormati keputusan pucuk pimpinan parti" harus "meninggalkan parti atau dipecat". Kenyataan in seolah-olah khas ditujukan kepada Jeffrey dan Christina Liew serta penyokong mereka yang mempersoalkan tindakan tidak mengenang budi dan jasa PKR pusat terhadap perjuangan dan pengorbanan mereka setelah Ahmad Thamrin Haji Jaini dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah menggantikan Azmin Ali.

Ramai yang meramalkan Jeffrey sudah tiada jalan lain melainkan meninggalkan PKR. Berikutan dengan itu, SAPP mula bertindak dengan memberi isyarat awal bahawa pintu SAPP terbuka luas bagi mereka yang disisihkan PKR ini. Ada juga pihak yang membayangkan Jeffrey akan kembali berjuang dengan PBS sebagai membela nasib KDM yang menjadi 'landmark" dan "trademark" perjuangan asalnya. Tidak kurang juga mereka yang rapat dengan Jeffrey mengatakan bahawa Jeffrey adalah individu di belakang tabir penubuhan sebuah parti baru yang masih belum diterima pendaftarannya oleh ROS.

Sebelum itu, Jeffrey juga telah mula mengeluarkan penyataan yang berupa jalan "ke arah perdamaian". dalam PKR Dia meminta "autonomi politik" dalam PKR di mana semua keputusan PKR Sabah adalah hak PKR Sabah tanpa adanya campurtangan PKR Pusat. Ramai yang melihatnya sebagai permintaan yang "melebihi batas" norma parti-parti politik di Malaysia yang berpusat di Ibu Negara. Tidak kurang pula yang melihat permintaan Jeffrey ini sebagi "helah" untuk dia benar-benar berpatah arang dan berkerat rotan dengan PKR dan kepimpinan PKR.

Bagaimanapun, berita terakhir Anwar menolak perletakan Jeffrey sebagai Naib Presiden PKR. Semasa perasmian progranm PKR di Kucing, Sarawak. Ini adalah sesuatu yang di luar dugaan ramai memandangkan DSAI adalah species yang "pantang berlembut" dengan tekanan politik seperti yang dilakukan Jeffrey dan Christina Liew. Tindakan DSAI ini mendahului keputusan Jeffrey yang bakal mengumumkan keputusannya kedudukan "keahlian dalam PKR" menjelang pertengahan Januari, 2010.

Apakah ini menunjukkan perubahan drastik "style" politik DSAI? Atau PKR sedang berada di tahap "desparado" sehingga sanggup bertindak membina semulka "jambatan yang dibakar Jeffrey" setelah Jeffrey dinafikan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah? Atau barangkali tindakan DSAI ini menunjukkan satu lagi episod bahawa "prinsip" sanggup dibelakangkan semata-mata kerana keinginan tinggi menggapai kuasa memandangkan Sabah dan Sarawak menyimpan 56 MP yang berjaya mengekalkan kerajaan BN dalam era PRU12?

Kini bola kembali berpindah ke tangan Jeffrey.Apakah dia akan mengelicik bola itu dengan cermat untuk kembali menentang BN melalui PKR?. Tentu ramai yang akan mengatakan bahawa Jeffrey, jika kembali dalam PKR dengan menerima jawatan itu, sebagai politikus yang "mengutip sampahnya" atau restore file yang telah dipadamnya dalam "recycke bin". Paling buruk jika ada yang mengatakan bahawa "dia menjilat kembali ludahnya". Apakah Jeffrey pula menjadi pihak yang "desparado" akan sebuah bahtera, walaupun telah menyisihnya, semata-mata memerlukan bahtera PRU 13 akan berada di ambang pintu 2-3 tahun lagi?

Apaka pula penolakan perletakan jawatan Jeffrey itu sekadar usaha "menutupi" khilap yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan PKR pusat terhadap Jeffrey, pemimpin KDM dan Christina Liew, pemimpin Kaum Cina dalam PKR? Atau ianya bertukar menjadi "pembunuh sebenar" masa depan kerjaya politik Jeffrey?

Pertengahan Januari 2010 semakin hampir. Jeffrey akan mengumumkan pendiriannya mengenai keahliannya dalam PKR selewat-lewatnya pada masa itu. Keputusan DSAI menolak lebih awal perletakan jawatan Jeffrey sebagai Naib Presiden dan semua jawatan dalam Parti sudah pasti akan mengundang beberapa "gelaran" terbaru dalam pergolakan politik tanahair.Asas gelaran itu sudah pasti berpaksikan prinsip dan "moral standard" berpolitik di Malaysia.

RELATED...
Pembangkang Masih Banyak Kelemahan

Wednesday, December 9, 2009

Anwar guna Melayu hancur Melayu?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan sendiri orang Melayu. Anuar Shaari yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar berkata, walaupun begitu, masih ada yang tidak menyedari gerakan liciknya itu mampu menghancurkan bangsa tersebut dan Islam.

“Dia sememangnya licik mengatur strategi politik sehingga menyebabkan sebilangan orang Melayu menjadi begitu taksub kepadanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bahawa orang Melayu akan hancur jika terus menyokong Anwar dan konco-konconya.

Ibrahim berkata, Anwar sanggup menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada Pas dan DAP tanpa memikirkan kepentingan dan nasib orang Melayu dan Pas. Anuar menambah, setelah Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjaya mencabut akar orang Melayu di dalam PKR.

“Dia mengatakan PKR adalah parti pelbagai kaum dengan berteraskan orang Melayu tetapi selepas 2004, itu semua telah bertukar,” katanya. Read More

Sunday, December 6, 2009

SIAPA ORANG MUDA YANG BERSONGKOK ITU?



ADA YANG MENGATAKAN BAHAWA DIA IALAH YB Chan Ming Kai Adun DAP Simpang Pulai Bertakbir Raya. Ada yang mengatakann bahawa dia ialah ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dari PKR pula. Apapun dia adalah "CHAN MING KAI" yang "TUKAR BULU".

Friday, December 4, 2009

Borneonisasi Dinafikan: Yong Mudah Lupa?


Apakah Semangat "Lawan Tetap Lawan" telah merobah "Semangat Konsensus" yang dilaungkan Yong semasa dia menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah?

Ada sesuatu yang Datuk Yong Teck Lee, Presiden Parti Progresif Sabah-SAPP, terlupa bila dia mengatakan bahawa Borneonisation Ignored dan konsep  merujuk HQ keterlaluan apabila calon ahli parliment  atau DUN terpaksa disahkan (endorsed) di peringkat Persekutuan. Barangkali kerana pada ketika ini, SAPP  merupakan satu-satunya parti "Pembangkang Negeri " yang  aktif  di mana pencalonannya tidak ditentukan atau dirujuk di Peringkat Pusat atau tidak perlu "concern"  pemimpin mereka. di Kuala Lumpur Parti-parti pembangkang lain seperti DAP, PKR dan PAS memang perlu endorsement dari Pusat. Lalu Yong membawa masyarakat Sabah untuk melupakan parti-parti  lain yang mengamalkan konsep ini termasuk melupakan UMNO, DAP, PKR, PAS, MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya. Selanjutnya,  mereka mesti ingat SAPP.

Barangkali Yong cuba membayangkan bahawa Parti Pakatan Rakyat adalah juga opponents SAPP  menjelang PRU 13 nanti kerana Parti-Parti itu perlu menghormati keputusan Ibu Pejabat mereka di Kuala Lumpur? Yong juga melebel tindakan terpaksa merujuk Kuala Lumpur ini sebagai sehaluan dengan system kolonial. "As such it was not wrong to say that political control of Sabah has shifted from colonial capital London to national capital Kuala Lumpur (now Putrajaya)," Kata  Yong.

Yong juga barangkali lupa yang dia adalah penyanyi yang terlalu nyaring melagukan "Wawaasn 2020" dan lagu "Barisan Nasional Barisan Kita" ketika dia menjelajah Negeri Sabah  menjaja semboyan "Malaysia Boleh Sabah Boleh". Ketika itu ada juga pihak yang melaungkan "Yong Boleh" kerana "mengambil hati Ketua Menteri". Yong terlupa kerana jika jawatan Ketua Menteri yang bergilir tidak dirujuk ke Kuala Lumpur yang dianggapnya kini sebagai London, dia barangkali tidak disebut "Mantan Ketua Menteri Sabah" pada hari ini.

Lagu yang dinyanyikan oleh Yong kini adalah lirik lagu Dr. Jeffrey Kitingan.? Majoriti rakyat Negeri ini tahu bahawa "Lagu Borneonisasi"  adalah karya Jeffrey Kitingan. Apakah "Lagu Borneonisai" ini  sengaja dinyanyikan oleh Yong, beriring buluh perindu, untuk mengubat hati Jeffrey yang dilukai Dato Seri Anwar Ibrahim setelah Ahmad Thamrin Haji Jaini dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah? Jika demikian, maka Yong mengundang konfrontasi dengan Pakatan Rakyat khasnya PKR dan DAP. Atau pun memangnya Yong mesti berkonfrontasi dengan mereka (PKR dan DAP) kerana mereka adalah Parti yang terpaksa merujuk "Kuala Lumpur @ London"!! dan berkongsi "kawasan sasaran" dalam Pilihanraya.

Kita menyoal demikian kerana dengan tiba-tiba, Yong sebagai seorang pakar  jurusan undang-undang tiba tiba menjadi sejarahwan. Memanglah kita tidak memperkecil keupayaan Yong mengenali sejarah. Tetapi penggunaan fakta sejarah untuk memperkuat hujahnya dengan bertubi-tubi, bagaikan satu wadah dan wacana yang  menjelma merobah selera seorang peguam menjadi sejarahwan.

Yong juga lupa bahawa dulu dia dilihat sebagai ikon yang mampu mengikat penyatuan komponen Barisan Nasional. Dia layak menjadi bapa pelopor kepada "Konsep Konsensus" ketika itu. Dia pernah mengatakan bahawa parti kecil seperti SAPP mempunyai suara yang "sama besar" melalui konsep konsensus yang diamalkan Barisan Nasional di Peringkat Nasional. Apa agaknya yang membuatkan Yong lupa semua ini?

Yong memang berhak "to change his mind" dalam negara yang berpegang kepada konsep demokrasi berperlembagaan. tetapi melihat kepada perubahan besar pendirian Yong yang terlalu jauh berbeza, dan mendadak, membuat kita bertanya apa sudah jadi dengan Yong?. Yong berhak melupai atau sengaja melupakan atau terpaksa melupakan semua itu. Tetapi sebahagian Rakyat Sabah, terutama di Likas,  masih mempunyai daya ingatan yang kuat.

Apakah "Change of mind itu juga bererti Change of principle" bagi Yong?

Tuesday, December 1, 2009

"Not to know Jeffrey, is not to know the politics of Sabah".?


Kenyataan yang terbentang di hadapan kita ialah Ahmad Thamrin Haji Jaini adalah Pengerusi Perhubungan Parti KeADILana Rakyat (PKR) Sabah.


Bila ditanya media suatu waktu dulu samada pelantikannya sebagai Pengerusi PRK Sabah adalah berasakan kepada "loyalty"nya kepada parti, Ahmad Thamrin tidak menjawab dengan spontan. Dia seakan terbaca bahawa ada kecenderungan pihak tertentu yang cuba mengait dan mengheretnya sebagai individu yang "mengikut telunjuk" kepimpinan PKR pusat. Namun akhirnya, sambil menghirup kopi tanpa susu bersama teman-teman,  dia mengatakan "I am loyal to the party.. kenapa harus persoalan itu ditanya dengan saya. Orang tahu tahap loyalti saya kepada perjuangan party, pucuk pimpinan parti faham dengan struggle saya.. sepatutnya soalan seperti itu ditanya kepada pucuk pimpinan PKR yang memilih saya". Dia lantas tersenyum mengakhir hujahnya yang serius. Dia lebih tahu  dan masak dengan politik Sabah.

Bagaimanapun pemilihan Thamrin masih dipersoal hingga kini, terutama pihak yang menyokong Dr. Jeffrey. Mengikut Thamrin, sebelum keputusan melantik Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, semua pihak bersetuju terhadap bakal keputusan PKR Pusat masa itu. tetapi bila keputusan diumumkan ada pula yang tidak bersetuju. Seolah-olah menolak persetujuan yang mereka sendiri telah berikan.

Apapun yang terjadi dengan PKR Sabah, samada ahli-ahlinya di Papar dan yang menyokong Dr Jeffrey akan meninggalkan PKR, perjuangan PKR di bawah Thamrin akan diteruskan. Akhirnya rakyat akan membuat keputusan selaras dengan amalan sistem demokrasi.

Dr. Jeffrey yang bercuti.

Keputusan samada Jeffrey dan penyokongnya meninggalkan PKR hanya akan diketahui pertengahan Januari , 2010 apabila cuti berisytirehat Jeffrey berakhir. Namun ramalan dan justifikasi sudah direncana umum bahawa untuk bersama ke pangkuan PKR sudah tiada lagi jalan kembali. Jeffrey sudah dikatakan berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR. Jambatan yang dibakar dulu, kini jadi arang dan abu. Tak mungkin Jeffrey meratapi "susu yang tumpah". Persoalannya apakah mungkin Jeffrey dan penyokongnya melayari politik Sabah sehingga ke PRU 13 tanpa bantera?

Penyokong fanatik Jeffrey gah mengatakan "Not to know Jeffrey, is not to know the politics of Sabah". Seolah-olah politik Sabah adalah politik yang dicorakkan Jeffrey. Seolah-olah perjuangan tokoh-tokoh politik yang agung terdahulu seperti Tun Mustapha Datu Hatun, Tun Fuad Stephen, Datuk Peter Mojunting, GS Sundang dan lain-lain, malah abangnya sendiri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, telah diatasi dan dibayangi Jeffrey. Jika demikian halnya, jika politik Sabah di hujung jari Jeffrey, kenapa pula dia tidak pernah menang dalam pilihanraya setelah meninggalkan PBS, NOT even DUN Bingkor yang pernah dimenanginya atas tiket PBS?

Realitinya, memang sukar bagi PKR menerima corak kepimpinan Jeffrey. Tidak mungkin Deklarasi Tambunan menjadi asas perjuangan politik PKR untuk seluruh Sabah.Tidak mungkin ada autonomi polilik PKR di Sabah dari PKR Pusat. Sistem pentadbiran parti berautonomi seperti ini tidak pernah terjadi atau diamalkan dalam sejarah politik Malaysia. Malah jika Jeffrey sendiri mempunyai parti pimpinannya, tidak mungkin dia sendiri terbuka hati untuk memberikan "autonomi" kepada Perhubungan Partinya di Negeri lain. Langkah segelintir penyokong Jeffrey yang masih mengharapkan sokongan dengan menggunakan "janji manis", janji di bibir mengenai autonomi politik hanyalah usaha yang sia-sia.

Toe the line or leave the parti" kata Dato Seri Anwar Ibrahim yang direstui Presiden PKR Malaysia. Barangkali ini juga yang dikatakan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Atau barangkali dia akan mengatakan bahawa dia lebih faham dan matang dengan selok belok politik Sabah dari Jeffrey kerana itulah dia dipilih menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.

ARTIKAL BERKAITAN......
Serik bersama pembangkang kini sertai BN

Sunday, November 29, 2009

Dua orang kuat PKR sertai Umno

PAPAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar, Sabah), Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri, Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno.

Kedua-dua ‘orang kuat’ PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini.

Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN). Baca selanjutnya....

Related Article...
‘Orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bahagian Papar bersama-sama ahli hampir 200 orang

Doa mohon hapuskan PM tidak masuk akal.

 KLUANG: Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendoakan supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS. Baca selanjutnya

Friday, November 20, 2009

The "old trick used by crook in Corporate Sector" Akhirnya Nak Di Perjelaskan Dengan Telus.

Anwar Beri Jaminan Urusan Ambil Alih Hutang Talam Akan Dilakukan Secara Telus & Terbuka

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hari ini, parti itu akan memastikan sebarang pemindahan wang kerajaan negeri dalam urusan pengambilalihan hutang Talam Corp Bhd dengan anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor akan dilakukan secara telus.

Malah katanya, segala urusan berkaitan isu itu terbuka untuk penelitian awam.

Sehubungan dengan itu katanya, para pemimpin dalam PKR berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung perkara tersebut.

“Tuntas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa transaksi tersebut terbuka untuk penelitian awam,” kata Anwar dalam laman blognya hari ini. Berita selanjutnya.

Berita ini seakan membenarkan ramalan SL beberapa hari lepas bahawa kerajaan Selangor mengikut telunjuk Penasihat Kewangannya yang "underpaid". Apapun nanti "DSAI the Underpaid Economic Advicer", Tak Boleh Di Persalahkan Dalam Isu RM392 Juta Tambahan Khas Budget Selangor 2010".

Thursday, November 19, 2009

Malaysia calls for halt to hostile actions against Saudi Arabia


Datuk Seri Najib Tun Razak, The Prime Minister of Malaysia.
 
KUALA LUMPUR: Malaysia wants an immediate halt to all hostile actions against the Kingdom of Saudi Arabia and condemns any intervention which supports the Houthis rebels, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Prime Minister said: "We denounce firmly the perpetration of violence by Houthis rebels along the borders of Saudi Arabia. "This brutal act, which resulted in civilian deaths and injuries, is unjustified," he said a four-paragraph statement released here today. Najib said Kuala Lumpur recognised the legitimate right of Riyadh to defend its sovereignty and territorial integrity and to protect the regional security of the Gulf Cooperation Council (GCC).

"The people of Malaysia express our solidarity with Saudi Arabia and its people in defending its independence, sovereignty, homeland security and way of life," he added. -- Bernama

Sokongan Generasi Muda Ke Atas PAS Merosot?



Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan. Dia memikul tanggungjawab yang amat berat setelah isu keganasan Pemuda berlaku di Bagan Pinang. Apakah dia sendiri adalah punca sokongan pemuda merosot ?

Dewan Pemuda PAS membentuk kumpulan khas bagi mengenalpasti punca persepsi negatif dan kemerosotan sokongan dari kalangan generasi muda .Ketuanya, Nasrudin Hassan (Gambar) berkata, kajian tersebut dikendalikan oleh sebuah institut kajian dasar dan isu-isu semasa bawah dewan itu, Institut Kajian Polisi (IPS)."Kita telah tubuhkan satu kumpulan pengkaji dalaman. Pandangan ahli akademik luar itu satu aspek. Tetapi kita mahu dapatan lebih terperinci dari sudut angka, faktor dan kedudukan generasi muda sekarang," katanya.

"Kalau faktornya disebabkan politik, maka kita ambil pendekatan politik. Kalau disebabkan imej, kita betulkan imej," tambahnya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata, pertemuan dengan beberapa ahli akademik terkenal seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan Prof Dr Mohammad Agus Yusoff merupakan sebahagian usaha mendapatkan maklumat untuk membantu kajian tersebut. Seterusnya....

senjaliza.blogspot.com

Saya tertarik dengan kenyataan berikut: "Kalau faktornya disebabkan politik, maka kita ambil pendekatan politik. Kalau disebabkan imej, kita betulkan imej,".Ketua Dewan Pemuda PAS.

Soalan saya pula ialah: Kalau faktornya ialah kerana PAS terlalu bersekongkol dengan DAP dan PKR sehingga menjadikan PAS terikat dengan idelogi kumpulan erdogan  dan dakyah politik DAP, lalu bagaimana? Adakah PAS akan meninggalkan kumpulan itu? Atau PAS bersedia meninggalkan dan membiarkan golongan muda yang dinamik pergi dari PAS semata-mata mempertahankan kemahuan DAP dan PKR? Ini adalah fakta yang terbentang di hadapan mata PAS masa kini yang menjadi cabaran kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS. Walahuwallam.

Wednesday, November 18, 2009

"DSAI Underpaid, Tak Boleh Di Persalahkan Dalam Isu RM392 Juta Tambahan Khas Budget Selangor 2010"


 Gambar terkini PM dengan DSAI.
"Dato Seri PM, Kalo engkau nak ambikalih Kerajaan Selangor ambilklah, Dorang  bayar aku gaji RM1.00 sebulan. Tak patut. Aku advice dia cukup-cukuplah. RM392 juta tuu ahh. Engkau ambilah Selangor tu balik. Perak tu kira gone case ahh"

Belum sampai sebulan Dato Seri Anwar bin Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, sudah kedengaran "dentuman" menghentam dan mempersoal keupayaan DSAI merobah keadaan Ekonomi Selangor. Tun Mahathir Mohamad, bekas boss DSAI sudah memulakan pandangan sinisnya dengan mengatakan bahawa DSAI hanyalah pakar berhujah tetapi bukan pakar ekonomi. Bagi Tun Mahathir,  “Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,”  .Tun M merujuk formula yang diketengahkan DSAI berhubung dengan tindakan IMF dan kegiatan spekulator matawang yang ladeni George Soros pada tahun 1997-98, tahun krisis ekonomi Malaysia, akibat angkara penyangak dan spekulator matawang.

Nyatanya Tun M, dalam soal ini, memang tidak sependapat dengan Margaret Thatcher, semasa menjadi PM Britain, yang pernah mengatakan bahawa jika dia diberi kebebasan memilih Penasihat Kewangan Kerajaan Britain, sudah tentu dia pilih DSAI. Barangkali juga kerana Margaret Thatcher menyedari bahawa dia tidak memiliki kebebasan itu maka dia berseloroh mengungkapkan perkataan yang mustahil sekadar untuk mengusik atau menyenangkan hati DSAI dan rakyat Malaysia di Britain dan di Malaysia.

Budget Kerajaan Negeri Selangor 2010 sudahpun dibentangkan. DSAI pun sudah ditauliahkan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dengan gaji RM1.00 sebulan sebelum itu. So, jika DSAI sendiri TIDAK perform sewajarnya, rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor TIDAK boleh menyalahkan DSAI kerana gaji itu tidak memadahi. Malah lebih jauh rendah dari gaji pembantu rumah Indonesia, Nirmala Bonet, yang pernah di dera majikannya di Selangor. Dengan gaji RM1.00 (Ringgit Malayia: satu sahaja) sebulan, biasakan DSAI dipersalahkan jika berlaku sesuatu yang "kurang enak" dalam ekonomi Selangor?. Tugas berat dengan permainan yang lecek!

Pembentang Budet Negeri Selangor menyaksikan Datuk Mohamed Satim bakal dihadapkan ke SELCAT kerana mengungkit hutang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebanyak RM66.6 juta kepada Bank Islam. Soal ini dikaitan dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor " to buy over " hutang Talam Corporation yang bernilai RM392 Juta kepada agensi-agensi kerajaan Negeri Selagor. Kalo Mohamed Satim diusulkan untuk diadili SELCAT, dia pembangkang. Samada memang privillegenya atau tidak, kerajaan Selagor memang sengaja cari alasan untuk menyahkan dia dari DUN Selangor..

Bagaimanapula dengan cerita ini. Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehuddin Hasyim yang membuat kenyataan berikut::-


"We must get Khalid to answer," .."Was this matter ever discussed in detail with PKR state exco? This is an old trick used by the crooks in the corporate sector. Are we using them as consultants?" ...."Have we totally forgotten our promise to the rakyat? Or is it politics as usual for us who promised change and yet perpetuate old tricks? ...."I am embarrassed even for this matter to have seen the light of day. Either we are totally ignorant or we don't care!"-Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. Datuk Salehuddin sendiri pernah diuar-uarkan dan dispekulasikan meninggaklan PKR sedikit masa lalu.

Jika orang kuat PKR sendiri menuduh tindakan Abdul Khalid itu sebagai "old trick used by crook" dalam sektor korporate, apakah dia juga akan terpaksa dihadapkan ke SELCAT?. Atau barangkali  Mr. Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor telah memberikan nasihat ekonomi yang silap kepada Kerajaan Negeri Selangor.  Dia sudah tentu TIDAK boleh dipersalahkan kerana dia underpaid, RM1.00 sebulan!!.

Tuesday, November 17, 2009

Kebebasan Bersuara Patah: "Privileges Committee" Yang Tiada "Privilege"


Media massa telahpun meuar-uarkan tuntutan Bank Islam ke atas MB Negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai hutangnya sebanyak RM66.6 juta yang diperolehinya semasa membeli saham Guthrie Group pada tahun 1998. Perkara ini dibawa ke Persidangan DUN Selangor oleh YB. Datuk Momamed Satim semasa perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Mohamed Satim bakal menghadapi kemungkinan dihadapkan Priviledge Committee DUN Selangor, SELCAT atas tindakannya dan berkemungkinan bakal digantung dari menghadiri Sidang DUN Selangor. Sekaligus segala kemudahan alaunnya akan dinafikan. Mohamed Satim sebenarnya hanya mempersoalkan kredibiliti MB Selangor itu sebagai seorang yang disyaki tidak melangsaikan hutang yang menjadi tanggungjawabnya kepada Bank Islam dan rakyat yang melabur dalam Bank berkenaan.

Alasan MB Selangor hanyalah kerana dia telah memperolehi kebenaran Mahkamah untuk menjawab tuntutan Bank Islam itu dan dia merasa diaibkan. Kes itu pula "pending" di mahkamah.

Beberapa hari yang lalu, kita telah mendengar tuduhan Tian Chua, MP Batu ke atas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Afdal di Parliment Malaysia. Namun kita tiada terdengar Tian Chua dihadapkan ke Priviledge Committe di atas tuduhan liarnya. Manakah kes yang lebih serius dan liar antara tuduhan Tian Chua ke atas Shafie dan komen Datuk Mohamed Satim terhadap Khalid?

Sebelum ini kita juga telah mendengar Kes MP Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung dari menghadiri Dewan Rakyat setelah committee yang serupa mengambil tindakan menggantungnya dari menghadiri Dewan Rakyat selama setahun. Gobind ju dinafikan alaunnya sebagai MP. Gobind bertindakbalas dan memenangi kesnya dan dibayar alaun yang dia layaki. Kesnya lebih kurang serupa dengan apa yang diimpikan Priviledge Committe DUN Selangor. Kenapa perkara seperti ini masih dijadikan senjata?. Akah Mantan MB Selangor, Dr Khir Toyo dan empat lagi ADUN BN di Selangor yang diambil tindakan serupa seperti Gobind tidak berhak dihakimi seperti Gobind?

Jika selama ini kita dihidangkan dengan isu kebebasan bersuara (yang tidak melampaui batas), apakah "Priviledge Committe" pula berfungsi untuk menyekat kebebasan ini?. Di manakah ketelusan yang cuba diperjuangkan oleh semua terutama Pakatan Rakyat yang melaung-laungkan "kebebasan dan ketelusan agar tiada ketirisan" di segenap pelusuk negara? Di mana pula kebebasan bersuara dikuburkan oleh DUN Selangor melalui Priviledge Committe ini? Apakah privilege committee means no previlege at all? Apakah Selangor memiliki special privilege memegang "Licence to Kill" yang tidak boleh dimiliki DUN lain atau Dewan Rakyat?

Trend mematahkan privilege Wakil Rakyat ini untuk bersuara dilihat tidak selari dengan konsep "Kebebasan Bersuara dan Ketelusan Berkerajaan". Malah ianya tidak selaras dengan konsep kebebasan bersuara antarabangsa. Jika trend ini berterusan dan menjadi amalan pengurusan kerajaan, maka akan kembalilah kita ke era kuku besi yang berteraskan hukum rimba, bagai enau dalam belukar. melepas pucuk masing; survival of the fittest. Di manakah tapak kita akan kuburkan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh sebilangan besar pemimpin kita jika Priviledge Committe sendiri dibiarkan menghambat privilege untuk bersuara?

Monday, November 16, 2009

Kerusi Kota Siputeh Diisytihar Kosong, Mahkamah Perintah Pilihan Raya Baru


Keputusan PRU 12 DUN Kota Seputeh, Kedah

Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini . Seterusnya

Dalam pada itu Suruhanjaya pilihanraya-SPR diberitakan telah memohon penangguhan bagi pelaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Anwar isytihar perang pertahan S'gor


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. "Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.. "Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya....Selanjut

Rasanya siapapun jadi PM dalam kerajaan BN pasti DSAI akan tentang  dan serang habis-habisan. Dulu dia serang Pak Lah. Najib, semasa jadi TPM juga dia serang habis-habisan sebab Najib bakal jadi PM. Apa pasal,  jawatan PM itu milik peribadi dia kee?.

Jangan Sekat Golongan Muda Dan Profesional Sertai Umno - Shafie


Shafie Haji Afdal, Naib Presiden UMNO.

Pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat diingatkan supaya tidak menyekat mana-mana golongan muda dan profesional daripada menyertai parti.

Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin-pemimpin Umno sebaliknya perlu menggalakkan penyertaan golongan ini kerana kehadiran mereka akan membawa banyak manfaat kepada parti dan negara dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata pindaan perlembagaan Umno baru-baru ini mempermudahkan lagi permohonan mana-mana pihak menganggotai parti, di mana seseorang itu hanya perlu mendapatkan tanda tangan ketua Umno bahagian, pemuda wanita dan puteri untuk menjadi anggota.

"Jika ada sekatan yang menghalang mana-mana pihak yang nak masuk Umno di mana-mana cawangan, mereka diminta menghantar borang permohonan terus ke ibu pejabat supaya proses urusan keanggotaan dapat dipercepatkan," katanya selepas menghadiri program bersama rakyat di sini pada hari Ahad. Selanjutnya