Translate

Wednesday, December 9, 2009

Anwar guna Melayu hancur Melayu?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan sendiri orang Melayu. Anuar Shaari yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar berkata, walaupun begitu, masih ada yang tidak menyedari gerakan liciknya itu mampu menghancurkan bangsa tersebut dan Islam.

“Dia sememangnya licik mengatur strategi politik sehingga menyebabkan sebilangan orang Melayu menjadi begitu taksub kepadanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bahawa orang Melayu akan hancur jika terus menyokong Anwar dan konco-konconya.

Ibrahim berkata, Anwar sanggup menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada Pas dan DAP tanpa memikirkan kepentingan dan nasib orang Melayu dan Pas. Anuar menambah, setelah Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjaya mencabut akar orang Melayu di dalam PKR.

“Dia mengatakan PKR adalah parti pelbagai kaum dengan berteraskan orang Melayu tetapi selepas 2004, itu semua telah bertukar,” katanya. Read More

4 comments:

YANG GAMBI said...

Bro, beginilah caranya Anwar untuk mendapatkan sokongan bagi mencapai cita-citanya, menjual bangsa dan agama..... itu sahaja modal yang Anwar ada.....

Anonymous said...

Dosa DSAI adalah menubuhkan PKR seterusnya memecahbelahkan Org Melayu,selain itu DSAI juga bertanggungjawab merosakan perpaduan antara kaum di Malaysia dgn menyayikan lirik yg berbeza mengikut keprluan politik.Diakui tekanan yg dia hadapi tapi itu silap dia,mengapa dia lakukan pekara yg terlarang dan tidak bermoral juga mengheret kuasa luar Amerika... See More(Yahudi Laknatullah) kedlm kancah politik negara.Kerana pangkat dan kuasa DSAI sanggup memperjudi nasib bangsa dan rakyat,manusia jenis apakah dia ni....?

Datu Sulaiman said...

Jika ditakdirkan PR membentuk kerajaan pada PRU 13 nanti maka Anwar Ibrahim akan menjadi PM. Seluruh rakyat Malaysia akan memperolehi seorang PM yang ditunggu-tunggu, harapan baru untuk Malaysia.

Sdr.Liza dan geng-geng akan menyaksikan betapa efisyen kerajaan baru itu nanti, penuh kredbiliti dan membawa pembangunan dan membentuk masyarakat madani.

Anonymous said...

I encourage and support freedom of speech, freedom of expression, freedom of choice, freedom of press, and most importantly "FREEDOM OF ASSOCIATION". You can be friends with anybody you wish. :-}

Datu Sulaiman is pridicting and hoping it will be such. BETTER GOVERNMENT. Or, it could be the other way around. or maybe worst. Either way, thats ok. Its ok to hope or predict something will happen. In other words, "DREAMING". Dream is good. Just make sure it doesn't turn into "NIGHTMARE". :-}

YANG GAMBI and Media Cyber, on the other hand, are ACCUSING and ASSUMING.

When you accuse someone of wrongdoing, you must support it with evidence and proof. And must be specific. What SPECIFIC evidence do you have that Anwar is "MENJUAL BANGSA DAN AGAMA"?

There is a saying about assumption.
WHEN YOU ASSUME...YOU MAKE AN ASS OUT OF YOURSELF...

Lets assume its true...then, you will witness an exodus of PKR members into BN. Count me in.

But, if its not true. Then,
"LETS BE FREE" and "WAIT AND SEE".

Aziz