Translate

Saturday, January 30, 2010

"Semua Salah UMNO-BN": Pembangkang Yang Tiris. Rakyat Yang Muak.

 
Najib Sibuk dengan program rakyat dan program Nation Building tanpa menghirau nyanyian sumbang musuh politiknya. Memang Najib di kagumi DSAI.
 
CM Pulau Pinang sudah mula dianggap Diktator oleh Rakan dalam Pakatan. Rakyat pula membakar gambarnya
 
Pasukan Keselamatan dianggap sebagai anjing-anjing kerajaan walaupun mereka menjadi tunjang keselamatan dan "sosial order".

Polis, SPRM, Badan Kehakiman, Askar, Rela, Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan Wanita UMNO adalah kumpulan sasaran Pembangkang yang mesti diserang saban waktu. DS Najib adalah individu utama sasaran pembangkang untuk dibogelkan walau dengan apa cara sekalipun. Hatta komunis Cheng Ping lebih dimuliakan pembangkang dari pemimpin Negara yang berjuang mengembalikan ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Saban hari, sasaran-sasaran ini dihalakan dengan muncung scud politik sehingga kehancuran parti sendiri lalai ditangani. Politik, politik, politik. Nak ambil puterajaya X sejuta menguasai minda dan kemahuan politik yang tidak terhad.

Pembangunan ummah, perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama, pencipataan belia yang exel dalam ilmu dan pendidikan sudah dikesampingkan. Pondok usang yang tidak berpenghuni asalkan tersangkut bendera BN pasti akan menjadi cover atau centerfold paparan media Pembangkang. Menara kemegahan negara.-Sorry No room for it!. Pembakaran semangat rakyat supaya menentang kerajaan menjadi agenda utama. Jika lebih banyak kepala babi dan kepala lembu bertaburan, bagi pembangkang, lebih baik kerana scud politik lebih berbisa. Manakala agenda Nation Buildings sudah padam dari PC politik pembangkang. APA sudah jadi dengan politik Pembangkang?

Oleh kerana budaya politik yang luar biasa ini, bila berlaku ketirisan politik pembangkang samada diduga atau tidak, maka keadaannya sukar dikawal sedang budaya politik sukar dikikis. hentam,! hentam! hentam! Lawan tetap lawan!

Pembangkang, untuk kembali kepada budaya pertembungan politik yang konvensyenal minus kontrovasial amat sukar. Mengetengahkan program neo-pembangunan rakyat yang sekian lama dikesampangkan akan menghadapi skiptisima dan enigma yang menebal. Pembangkang sudah lalai dik keselesaan PRU12. Keselesaan inilah yang telah meruntuhkan tebing pertahanan Pakatan Rakyat akhir-akhir ini. Lupa perkataan "don"t take for granted", tetapi lantang dengan altantuya!..altantuya! reformasi! reformasi! sehingga kanak-kanak yang tidak tahu ertinya dan hujung pangkalnya mula melagukan nyanyian altantuya dan reformasi. Lalai lagi!

Now, dari Perlis, singgah sekejap di Pulau Pinang dan Selangor, sehingga ke Sarawak dan Sabah semakin jelas Pembangkang mula ditolak dengan drastik. Keadaan sudah sukar dikawal. DSAI pula menghadapi tekanan kes Liwat. PKR sudah pening. Tekanan Tsunami Politik semakin deras dan hebat ke atas PKR. DAP dan PAS sudah mula kelihatan memilih jalan selamat malah semakin berkerut dahi menghala dengan tangan terbuka ke DSAI. "Dato Seri apa dah jadi?, apa nak buat?.

DSAI pula dalam masa yang sama terpaksa menangkis scud ciptaanya yang datang dari pelbagai arah. Pemimpin-pemimpin dalam Pakatan mula berhentap sesama sendiri. Selangor, Pulau Pinang dan Sabah menjadi gelangang gusti memposisikan kedudukan politik untuk bakal menjadi teknokrat dan politikus ulung!. Dalam tak sedar, puterjaya yang dikejar semakin jauh, semakin kabur. DS Najib pula semakin selesa semakin sebok dengan rakyat, dengan program Nation Buildings tanpa mendengar lagu-lagu "merdu" yang melalaikan . UMNO-BN yang dianggap menjijikkan mula segar dan PRU13 semakin meyakinkan untuk menjadi genggaman. Pembangkang, masihkan dengan formula "semua salah UMNO-BN?

LATEST UPDATE:
Krisis politik pembangkang amat serius - PM
30/01/2010 1:23pm

Pekan 30 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan krisis politik pembangkang terutama di Pulau Pinang berada pada tahap amat serius.

Beliau menafikan UMNO menjadi dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang. IKUTI DI SINI

NO Politic: KU LI Sedia jadi Perantara Kerajaan Persekutuan dan Petronas Dengan Kelantan.

Thumb Up. No Politicking Please.. Dia hanya Sukarela jadi Mediator Kerajaan Pusat dan Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Bebodong-bondong rakyat Kelantan menyambut kedatangan pemimpin besar negara Tengu Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li bagi menyampaikan "Ceramah Mengenai Isu Pertonas" Nyata jelas harapan mereka yang ghairan berfikir pasal politik bahawa kali ini mesti "breaking News" dalam kancah politik negara. Ramai yang sudah membuat penilaian bahawa Ku Li akan menyokong perjuangan PAS atau menyertai PAS. Konon kerana Ku Li pernah menzahirkan hasrat bertanding Presiden UMNO a.ka. bakal Perdana Menteri Malaysia.

Memang ramai yang mengharap bahawa Ku Li akan membuat kejutan politik, terutama mereka yang sekian kali hanya mendengar exodus pemimpin dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat meninggalkan parti itu. Sekurang-kurang akan ada pengimbang kepada decay Pakatan Rakyat yang "humiliated" kerana sokongan rakyat semakin menurun dan menurun ke atas mperjuangan mereka. Bagi yang mengharap sedemikian, pastinya merasa hampa kerana kunjungan Ku Li hanya sekadar merumuskan bahawa kemungkinan Kerajaan Malaysia kurang yakin dengan kerajaan Kelantan yang diterajui PAS untuk mengurustadbir "royalti minyak".

Ku Li hanya menyatakan kesediaannya menjadi perantara agar Kerajaan Pusat dan Petronas dengan Kerajaan Kelantan selain mencadangkan Jawatankuasa Khas untuk memantau perbelanjaan dan pengurusan dana "royalti minyak" demi kepentingan rakyat Negeri Kelantan secara keseluruhan.

Persoalan yang masih boleh dipertikai ialah, kenapa selama berpuluh tahun, Kelantan bersedia menerima royalti minyak tanpa ribut seperti kini? Agaknya royalti ini buka lagi mengenai isu dana pembanguan dan tanggungjawab kepada rakyat tetapi bertukar menjadi isu politik atau menjadi "permintaan politik". Atau barang kali perkataan Wang Ehsan tidak sedap didengar kerana seolah-olah Kelantan memohon ehsan kerajaan Persekutuan dan Petronas sedangkan itu memang haknya. Agaknya perkataan "Ehsan" itu menggambarkan seolah-olah Kelantan seperti Tok Fakir, meminta belas kasihan!. Jika demikian tukar saja perkataan Ehsan itu ke nama yang lebih mulia?

Sabah, Sarawak dan Trengganu juga pengeluar minyak dan memohon dan mendesak "royalti Minyak dikaji semula. Hanya pendekatan pembangkang berbeza, agak ribut dan terlalu mendesak sehingga menggunakan "politik sebagai kuasa desakan". Barangkali kerana adanya "backing DAP dan PKR?. Atau kerana landskap politiknegara sudah berubah selepas PRU12?. Apakah pendekatan ini akan berjaya? Atau JPP Kelantan akan terus mentadbir urus dana itu untuk rakyat Kelantan, yang mempunyai ‘sovereign rights’ dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat kelantan ?

Apapun, kata Ku Li: "I propose that the Federal and state governments and Petronas set up a committee to monitor the spending to ensure that the money received is being used for the benefit of the people...."I am willing to be the middleman to ensure that everything goes smoothly," selepas ceramah tersebut yag diadakan pada malam Khamis (28 janurai, 2010). No Politicking! berita Seterusnya di sini

Related
1.Pemangku Raja Kelantan minta Petronas bayar royalti petroleum
2.YBM-Tengku Razaleigh-kebalkah-dia?
3.Rakyat Kelantan Akan Terima Hak Ikut Perlembagaan

Friday, January 29, 2010

AHH.. Dah Pening -Tak Percaya lagi kee?

Bila saya katakan pening! Pening! Pening! ahh tak Percaya lagi kee?. Ada sesetengah masih tak percaya lagi kee?. Kak Wan dah pening ni ahh...

Mulanya saya telah taburkan idea bahawa gagasan "Jomm tinggalkan PKR" sedang berlaku di merata Malaysia. Keadaan ini mula dilihat setelah konyensyen PKR dan Pakatan Rakyat bermula. Setelah beberapa siri konyensyen dimonopoli DAP, didominasi DAP, sesuatu yang tidak kena tentu berlaku tetapi disapu di bawah carpet. Mana mungkin prinsip dan idelogi di kesampingkan.

Now, Pertentangan idelogi atau krisis ideologi sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Walau sebijaksana mana disembunyikan di bawah "carpet" dan dielakkan untuk tidak disentuh, perbezaan ideolgi dan prinsip pasti akan timbul dan muncul.

Hal ehwal dalaman PAS dan PKR cuba dicampuri dan dipandu DAP. Semua gagasan mesti dipersesuaikan dengan selera DAP. Ahli-ahli PAS sudah tentu memendam rasa. PKR pula 50-50 kerana mengambil kira untung dan faedah politiknya. lalu selalu mengambil jalan tengah dan memilih jalan selamat. (yang tak selamat akhirnya). Soal pokok dan fundamental amat sukar untuk disembunyikan. Bukan dengan sekadar menyatakan "di dadanya ada bulan" atau menarik perkataan (BUKAN idelogi) "over my dead body". Semuanya hendaklah diluahkan dengan hati, tindakan, keputusan dan nawaitu yang ikhlas.

Semuanya muncul dan timbul dengan tiba-tiba. Cukup memeningkan kepala, cukup tidak terkawal, bagai Tsunami yang melanda tiba-tiba. Tsunami politik Kit Siang yang beralih arah barangkali!.

Apapun percaturan politik Pakatan Rakyat kali ini, penegakkan prinsip dan ideologi parti masing-masing sukar dielakkan atau disembunyikan lagi. Jangkamasa Perkhawinan untuk Convenient berada di penghujung jalan. Ketidak puasan hati satu demi satu bakal diungkapkan. Perbezaan akan terserlah. Tuntutan perceraian bakal menyusul. dan "No tears no goodbye" adalah penghujung bicara. Yang bakal tinggal hanyalah "memory" manis dan terluka.

Inilah yang berlaku dan akan berlaku bertali arus jika pengorbanan hanya suku suku. Ikuti sebahagian yang sedang berlaku:-

Krisis Pakatan Rakyat Merebak Ke P. Pinang, Lim Dikritik Pemimpin PKR

PULAU PINANG: Krisis Pakatan Rakyat (PR) semakin serius apabila ia merebak ke negeri ini selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dikritik keras oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Malah beliau turut menegaskan, pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.[Berita sepenuhnya di sini]

-noreen PJ.

Related Stories:
1. Possible PKR exodus after fallout with CM
2.Zulkifli to Zaid: Stop crying like a child and quit
3.Zulkifli: Act on MP's criticism

"SAMPAH UMNO"

 
Antara Dt. Zaid Ibrahin dan YB Zulkifli Noordin-Kos Melepas.. Siapa yang akan dilepaskan?

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, yang menghadapi tindakan desiplin partinya semalam mencabar Datuk Zaid Ibrahim supaya keluar daripada Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan parti itu yang tidak memecat YB Zul. YB. Zul malah bertindak balas dengan menganggap Zaid sebagai ‘sampah Umno, bekas liabiliti UMNO dan kini menjadi liabiliti PKR.

YB Zul, Betullah t. Ingat, X-gratia?

Masalahanya Datuk Zaid Ibrahin tu Pengerusi, Penaja Pakatan Rakyat Malaysia! Lagipun orang DAP suke sakan dengan species ZI nie. Senang DAP ajak berunding. Apa-apapun dia rujuk "Buku Undang Undang". Hatta mengenai hukum hakam Agama Islam sekalipun dia pakai "buku Undang Undang"!

Alahai, ZI mengutuk kepimpinan parti?

Ini kegemaran Zaid. Dalam UMNO dulu dia kutuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kutuk Tun Dr. Mahathir malah dia juga pernah kutuk TGNA, Kit Siang, DSAI. Kata kawan saya ZI kalo nak kutuk, buatpe kutuk yang kecik-kecik. No Challange!!?

Nampak gayanya ada masalah "kos melepas" dalam Pakatan Rakyat. DAP suka Zaid, sebab dia bole kutu "MELAYU" kerana diapun Anak Melayu Juga". Dia berguna untuk kutuk Melayu. Itu yang DAP suka sangat dengan ZI ni! PAS kalo terpaksa juga memilih, Zaid out 110% sebab ZI pernah kutuk Mursyidur Am PAS, TGNA.

Now, yang masalah besar ni PKR. PKR kalo membuat pilihan masalah besar! besarrr. Ditelan pahit dibuang sayang, ditelan mati emak diluah mati bapak!. Zaid Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat. Yang sambut Zi dalam Pakatan Rakyat pula, DSAI sendiri. Dia sambut sampah kee? DAP pasti desak DSAI supaya jangan buang ZI sebab "Diapun Anak Melayu Juga". DAP memang tak mahu YB Zul sebab dia macam UMNO!! DSAI pula , walaupun terlajak kata dengan YB Zul, dia kena 'toleh belakang". YB Zul bekas ahli penguambelanya dalam kes Liwat 1. Jika Zul menyeberang ke perahu kerajaan; habis, hancur, lenyap, musnah, luluh, berkecai, koyak rabak punah etc peluang dan harapan DSAI mempertahankan Kes Liwat II. Pasti ada 'breaking news" yang dibongkar YB Zul...masalah! masalah!

NOW, kita kena tunggu sebab DSAI ada "skill" menarik bulu dari tepung. Tapi nampak gaya YB Zul tidak akan berdiam dan tiada siapa yang dapat "zipppp" mulutnya. Dia tahu "freedom and liberty"nya sebagai manusia merdeka. YB Zul juga tahu kenapa berlakunya "Gerakan Jomm Tinggalkan PKR".. Kita tunggulah..

-noreen PJ

UJIAN kepada kematangan Exco Sayap Pemuda UMNO.

Era Kemenangan Khairy Jamaluddin Sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pemimpin Datang dan pergi, jatuh dan bangun. Mereka yang meninggalkan perjuangannya tanpa bangun semula tidak lebih dari manusia pengecut.

Sudah ramai yang meramalkan bahawa tidak mudah bagi Khairy Jamaluddin untuk memandu Sayap Pemuda UMNO setelah peralihan kuasa antara Tun Paklah dengan DS Najib Tun Razak. Khairy lebih faham dan mengerti keadaan itu. Khairy sudahpun berusaha untuk memadam "peristiwa silam" dalam era Pak Lah sebagai Bapa Mertuanya tetapi seperti biasa "jerat tidak mudah melupakan pelandok".

Krisis Kepimpinan Sayap Pemuda Pemuda UMNO yang terkini [ikuti di sini] merupakan ujian kematangan dan tahap kesetiaan dan kesediaan EXCO Pemuda menjunjung Perlembagaan Parti dan Perjuangan Parti. Pemimpin datang dan pergi. Ada juga yang kembali  berjuang sekali lagi. Selangkah anda memasuki gelanggang politik, sukar untuk anda keluar walau seinci.

Rasanya Khairy Jamaluddin, seorang yang educated, perlu menunjukkan kesetiaan dan kematangannya. Kata orang "jika terlalu cepat dan tinggi kita naik, pedih rasanya jika kita jatuh kerana ianya juga terlalu cepat. "The bigger  you're the harder you fall". Pejuang yang jatuh dan berdiri semula dengan berjaya mengangkat semula perjuangannya adalah pejuang besar. Tetapi mereka yang terus melupakan perjuangannya tanpa bangun semula adalah manusia yang pengecut. Fikir-fikirkanlah.

Related:
1.Demi-UMNO KJ-wajib-berundur.
2.AKHIRNYA EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA MENJADI ANAK JANTAN YANG BERANI!  

Thursday, January 28, 2010

Wahai Edmund Bon Tai Soon dan Syed Ibrahim, Keselamatan Negara penting. Negara ini buka lokasi "action movie"


Keselamatan Negara ini lebih penting. Jangan sampai meletup sana meletup sini baru bertindak. Negara ini BUKAN lokasi action movie!.

Penangkapan dan penahanan warga asing di bawah Tahanan ISA: 4 Syria, 2 Nigeria, 1 Yemen & Jordan dan seorang rakyat Malaysia bukan semata-mata isu hak asasi manusia. Keselamatan Negara dan rakyat Negara ini juga hak asasi manusia yang perlu dan wajib dilindungi dan ditangani dengan bijaksana.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan sepuluh orang ditahan mengikut ISA kerana terbabit dengan kegiatan keganasan.

Nahh! Lihatlah kepentingan adanya ISA-Akta Keselamatan Dalam Negeri. Keselamatan Negara dan Rakyatnya dilindungi sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku. Ini hak rakyat yang benar dan jelas.

"PALIS...PALIS!" a.k.a 'AMIT AMIT" jika terjadinya keganasan oleh kumpulan yang disyaki mempunyai pertalian dengan pengganas antarabangsa ini a.k.a terlanjur, Apakah  Sdr. Edmund Bon Tai Soon  (foto) dan Sdr. Syed Ibrahim akan berada di barisan hadapan menghentikan keganasan itu? Mungkin mereka akan berada di rumah atau hotel mewah berhawa dingin dan menikmati dinner yang lazat!

Manakah langkah yang lebih bijaksana antara "Cegah sebelum parah a.k.a sebelum terjadi keganasan" atau "biarkan berlakunya keganasan selepas itu blame kerajaan atau Keselamatan Dalam Negeri sebagai gagal menangani keganasan?". Jika tunggu berlakunya keganasan itu "sound like" cara dan strategi pembangkang!.

Kata bidalan "Berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena". Fikir-fikirkanlah.

RELATED
Pembangkang Yang Tidak Tahu Bersyukur.

Zaid, Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia.. Zaid: Sudah Ku Bilang!


Wahai seluruh RAKYAT MALAYSIA, Dengarlah sini baik-baik dan dengan hati yang amat terbuka. Saya sebagai Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia. PKR tak mampu pertahan prinsip sebab tak Pecat YB Zul..."Pakatan Tak Mampu Pertahan Prinsip"

'PKR tak mampu pertahan prinsip'
Tak serius tangani isu Zulkifli -Zaid Ibrahim

Ramai rakan-rakan bloger sudah awal-awal meramalkan bahawa Zaid Ibrahim akan menjadi "duri dalam daging" PKR. Otak orang Blogger memang sharp walaupun tak semua. Duri itu kini semakin tumbuh panjang dan tajam lagi berbisa apabila dia menjadi Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat Malaysia. Orang Law katakan. Dalam Isu Allah diapun nak guna Law!.

Jika Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia, Zaid, sendiri mengatakan "PKR tak mampu pertahan prinsip", itu sudah "bold", atau membotakkan @ menelanjangkan batang tubuh PKR YANG sebenarnya kepada RAKYAT MALAYSIA. BARANGKALI INI SALAH SATU DARI GERAKAN DAN GAGASAN ZOOM aka JOOM TINGGALKAN PKR.? So, Pemimpin Utama komponen dari DAP, PAS dan PKR nak mesyuarat lagi kaee? siapa yang bakal dipecat?. Alamak! akhir-akhir ini sebok pula pecat memecat!.

Apa akan jadi kepada PKR jika Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia sendiri sudah "bilang" PKR tak mampu pertahan prinsip? Apa pula anggapan dan tanggapan RAKYAT MALAYSIA mengenai PKR yang tak mampu pertahan prinsip ini? JOOM lah ramai-ramai....

Satu lagi Projek ZI: Dulu minta TS Muhyiddin Yassin, TPM dipecat dari UMNO, dan bagi X-gratia jutaan ringgit wang rakyat. NOW mintak pula YB Dzul dipecat? Ada bagi tahu TGNA kee ambik jee wang ehsan , after all,  dah bertahun.tahun ambik!


Ikuti Laporan itu:-

Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Zaid Ibrahim, menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang tidak mampu mempertahankan prinsip utama perjuangannya.

Beliau berkata, keputusan PKR yang ingin merujuk kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ke Lembaga Disiplin parti jelas membuktikan dakwaannya itu dan menyifatkan PKR tidak serius dalam menangani isu itu.Bila Zaid kata PKR tak mampu pertahan prinsip [di sini]

RELATED
Anwar at crossroads over Noordin

Wednesday, January 27, 2010

Lihatlah Nafsu Politik Orang PKR: Masih mabuk ke Puterajaya.

 Di saat-saat PKR mengalami "decay" dan ditinggalkan ramai pemimpin , ahli dan penyokong, masih ada segelintir yang masih mengidam merebut Puterajaya. Anehnya, awal-awal lagi mereka sudah meramal bahawa DSAI akan terpenjara kerana Liwat 2. No wonderlah DSAI terlalu berusaha "tangguh, tangguh dan tangguh" kerana penyokongnya sendiri sudah yakin bahawa dia bakal didapati bersalah.

Kit Siang awal-awal lagi saya telah katakan akan menjadi manusia yang paling gusar di Malaysia kerana "wayarnya" bakal putus dengan PAS. Saya dan ramai lagi sudah mengulas perkara ini. Sampai masanya "Malaplah DAP".

Sabah dan Sarawak sedar bahawa PKR diletakkan dalam kumpulan parti yang bakal memperoleh Zero Seat dalam PRU13 di Negeri-Negeri itu. Alasanya dulu dirasakan kehadiran PKR seperti ada UMMPH dan "bawa angin perubahan". Tetapi kini perubahan itu sudah terselah, rahsianya,  perubahan yang berkecamuk dan huru-hara. Siapa nak? Joooommm! Tinggalkan PKR.



 Lihatlah Nafsu Politik PKR ini:-

KALAU ANWAR TAK ADA/SEMUA ORANG PKR JANGAN KHUATIR/RAKYAT BERKUASA/MAKIN MEREKA TEKAN MAKIN MEREKA MENGHAMPIRI KERAJAAN MAMPUS!

AHLI-ahli PKR dan keseluruhan Pakatan Rakyat tidak usah risau kalau Kerajaan Beruk bakal memenjarakan ANWAR kerana begitulah yang dijadualkan sebab pembangkang biasanya kes-kes begini akan kalah sebab ada saja caranya untuk memereka mendapatkan bukti atau menyalahkan siapa saja yang berani melawan kerajaan, termasuk juga saya barangkali/Silakah duhai kerajaan Beruk.

Penasihat DAP Lim Kit Siang meskipun mengulangi kebimbangan ramai bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan terjejas tanpa kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan untuk terus mara - sasaran menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.-(DARI PEMIMPIN PKR SABAH).

YB. Zul, Saksikan sendiri firaun dan serigala itu. Tinggalkan saja mereka

YB. Zul, YB sedang menyaksikan segala-galanya di hadapan mata...

Mereka bercakap mengenai kebabasan. Tetapi mereka mengunci mulut mereka yang bercakap mengenai kebenaran semata-mata kerana keselesaan politik beberapa kerat individu.

Mereka bercakap mengenai hukum Islam, Negara Islam, cara hidup Islam. YB Zul, kita sedang menyaksikan bahawa segala-galanya hanya berpaksikan keselesaan politik dan fahaman dan idelogi Islam semakin dikendurkan..dikendurkan dan toleransinya sudah melebihi batas.

Jika mereka bercakap mengenai setiakawan. Kita tidak buta, kita tidak bisu. Firaun dan serigala sudah semakin tamak dan buas. Sudah beberapa kerat pemimpin, jika dia layak bergelar pemimpin, yang melompat dalam Pakatan Rakyat hanya sekadar mencari tempat berpijak untuk menggapai mimpi menjadi YB, sedang rakyat semakin hari semakin muak.

Sudah berapa utusan Selamat Tinggal dan timbunan kekecewaan kepada kepimpinan utama Pakatan Rakyat khususnya PKR. PKR sudah tidak terkawal lagi kerana terlalu ramai tangan-tangan ghaib yang melakar agenda, sedang nawaitunya untuk diri dan puak-puaknya.DSAI bukan lagi individu yang dihormati dalam Pakatan Rakyat. Dia hanyalah "alat yang terhormat" buat sementara. PAS pula sekadar Pacuan Emat Roda.. oleh ...tak perlu saya katakan, YB lebih menyedarinya kerana saban hati melihatnya.

Cukuplah semua itu, YB Zul. Tinggalkan saja mereka. Datanglah kepada mereka yang lebih menyayangimu. Mereka pasti menyambutmu dengan mesra.

Tuesday, January 26, 2010

Pening Tambah Pening- Tiris, Tiris dan Tiris lagi....


"Akak dah Pening dah siang dan malam.. ok..ok 1Malayasia tu kira oklah".

Bila tutup lubang di sini, sana pula bocor, ketirisan tak henti-henti. Tiris, tiris dan tiris lagi. Segelintar masyarakat menganggap ini sebagai karma terhadap DSAI yang selalu bercakap dan mengutuk dengan menggunakan perkataan "tiris".

Nak dengar desakan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin PKR sendiri terpaksa dikorbankan. Nak retain semua, timbul pula bermasam muka. Beginilah yang terjadi Di Sabah. Sekumpulan dalam sebuah perahu, sebahagian mendayung ke hulu dan sebahagian bendayung ke hilir. Bila nak sampai ke "puterajaya".? Begitulah kejadian antara Team Jeffrey Kitingan dan Team Thamrin Haji Jaini dalam PKR Sabah.

Di Tuaran Sabah, khasnya di kawasan Sulaman, aktivis PKR, Tuan Haji Omar Salleh dan ahli-ahli penyokongnya meninggalkan PKR dan menyertai UMNO dalam satu Program "Juara Rakyat" di Sulaman pada 24 Januari lalu yang disempurnakan perasmiannya oleh Ketua UMNO Bahgaian Tuaran, Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor, selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tuan Haji Omar Salleh memang mempunyai ramai pengikut di Tuaran. MP Tuaran Datuk Wilfred Bumburung-UPKO dan ADUN Tamparuli TB Datuk Jahid Jahim (PBS) turut memeriahkan program tersebut. Itulah mananya sepakat dalam BN.

Dengar-dengar cerita PKR Sg Besar, Selangor pun dah nak terkucil dan diancam Tsunami Politik ciptaan Kit Siang dan Khalid Gagap Ibrahim.

Belum dapat dipastikan setakat ini apakah tindakan PKR dan Pakatan Rakyat ke atas YB Zulkifli Noordin, MP (PKR) Bandar Baru Kulim. Kalu nak diambil tindakan dan dipecat, ini akan mengakibatkan ketirisan yang besar. Kalau dibiarkan akan membawa bahana yang panas dan panjang kerana pemimpin dalam PKR dan Pakatan Rakyat sendiri mendesak agar pemimpin mereka sendiri di pecat. Ajaib sungguh PKR dan Pakatan Rakyat ini. Jika demikian halnya yang pening tambah pening dan yang tiris akan bertambah tiris lagi. Macam lagu "tutup lubang gali lubang"...namun ketirisan menjadi terlalu sukar di kawal. Pening tetap pening...

Salam 1Malaysia.

RELATED.
1. MAHAGURU 58: Zulkifli Noordin-keseorangan menghadapi Serigala-serigala PKR
2. Ahli Parlimen PKR lepas dua jawatan
3. AMK Selangor desak Zulkifli dipecat dari PKR

Zaid Ibrahim: Oopps! I did it again

Zaid Ibrahim (foto di kiri- atas) adalah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dia popular dengan kisah wang ex-gratia jutaan ringgit sebagai saguhati kepada bekas-bekas hakim yang "dipecat". Sebagai seorang peguam , konon Zaid faham benar hati budi seorang hakim/peguam. Maka dalam beberapa hari peguam-peguam/mantan hakim-hakim yang telah bersara ini menjadi jutawan atau extra jutawan. Tidaklah perlu dipersoal wang x-gratia yang diperolehi mereka  itu kerana mereka tak pun minta, Zaid yang beria-ia nak bagi!

Semasa jadi Menteri di JPM, Zaid rasa idea dia brilliant dan perlu didengar pucuk pimpinan kerajaan BN. Opps!.

Lalu bila diuar-uarkan PM masa itu Tun Pak Lah setuju untuk peralihan kuasa, Zaid merasa kedudukannya dalam kerajaan agak terancam kerana Tun Pal Lah yang "hand picked" dia menjadi Menteri di JPM. Dia tidak bertanding dalam PRU12, bukan juga Ketua Bahagian UMNO dan tiada jawatan  besar dalam politik. Bila kena pick, dia boleh gah. Dia merasa kebrilliantannyalah membantu dia jadi Menteri di JPM.

Hatta, selepas Tan Sri Muyihiddin Yassin melawat Singapura suatu ketika dahulu, TSMY membuat kenyataan mengsyorkan agar peralihan kuasa jawatan Presiden UMNO cum Perdana Menteri disegerakan. Maka berdirilah telinga Zaid. Orang yang bertanggungjawab menjadikan dia Menteri di JPM diminta segera mengosongkan kerusinya. Zaid mengsyork agar "TSMY dipecat dari UMNO" sekaligus dipecat dari jawatan yang dipegangnya masa itu sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Wahh! brianlliant sungguh idea Zaid ini. Maka kerana itu TSMY kini memegang jawatan TPM dan Menteri Pendidikan. Di mana Zaid?

Tak semena-mena Zaid pula "terpecat @ meletakkan jawatan sebagai Menteri di JPM yang akhirnya expire sebagai "Senator". Dia menyertai PKR. Jadilah Zaid brilliant "Anak Melayu" dalam PKR. "Sayapun Anak Melayu" katanya. So jika dia mengata dan mencerca Bangsa Melayu, Orang Melayu terpaksa menerima hakikat bahawa "Zaidpun Anak Melayu" maka bersoraklah Bukan Melayu dan berdirilah bulu roma Zaid merasa bangga dan teruja bila dia mendapat sorakan gemuruh kerana mencerca bangsanya. Brilliant!

"Oopps! I didi it again" Dalam PKR, Zaid sekali lagi cuba menonjolkan diri. Bermula dengan usaha mengenepikan arahan Azmin Ali agar dia tidak mengadakan road show dengan Bahagian-Bahagian/Cabang-Cabang PKR Sabah. Zaid silap walaupun merasa tidak silap kerana Azmin adalah anak emas DSAI. Maka bercutilah Zaid dan menemui beberapa ketua Cabang di Kota Kinabalu.  Namun  missi nya ke Sabah tiada yang 'accomplished". PKR Sabah "Tang tu jua"

"Opps! I didi it again". Kali ini, Zaid melakukan sesuatu yang sama seperti apa yang dilakukannya kepada TSMY. Kali ini, dia meminta supaya YB Zulkifli Nordin  (foto di sebelah kiri) dipecat dari PKR. Kali ini, Peguam VS Peguam. Kali ini, Zaid "langgar batu besar". YB Zul kata dia teguh berdiri seperti "menument" terhadap pendiriannya. Sebagai orang lama dengan DSAI, YB Zul tentu difahami DSAI. Dia mantan ahli peguambela DSAI dalam Kes Liwat 1. Brilliant lagi..Opps!

Peguam VS Peguam. Kita lihat siapa yang brilliant. Dan jangan lupa kedua-dua mereka pernah dicop orang Pakatan Rakyat sebagai "orang UMNO dalam Pakatan". Ramai yang pemimpin Pakatan rakyat yang menyokong supaya YB Zul diambil tindakan seterusnya dipecat. Namun YB Zul tetap tersenyum kerana pendiriannya teguh dan firm. Dia tahu apa yang dilakukannya.

Related:
1. YB. Zul: Dang-wangi-repot
2. YB Zul: "Firaun Kecil" cuba jatuhkan saya 

Monday, January 25, 2010

Orang mabuk pun tak percaya dia mabuk!


Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mula pening kepala. Ramai orang-orangnya meninggalkan PKR. DSAI sebenarnya sudah hilang kawalan terhadap PKR. PKR Ijok sudah runtuh. PKR Kuala Selangor sudah roboh.  YB. Azan Ismail, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, MP kawasan Indera Mahkota pula meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi. Pening!, pening!, pening!

YB Zulkifli Nordin, MP Kulim Bandar Baru (PKR) bertelagah dan bercanggah dengan YB Khalid Abdul Samad, MP Shah Alam (PAS). Dulupun masa kes "Takebeer", di Shah Alam, Zukkifli juga yang membela hak penduduk Islam dan menegakkan larangan Allah SWT BUKAN Khalid sebagai MP Shah Alam dan PAS. Khalid sebagai MP kawasan itu sepatunya lebih sensitif. Walaupun sebagai MP Kawasan dan PAS, tetapi dia tidak bersuara dalam isu "Takebeer". Zul juga yang mendepani masalah itu dengan terbuka. Khalid hanya timbul membela "tapak Kuil" dan apabila isu kepala lembu diheret dan diarak.

Kegusaran Lim Kit Siang (DAP) semakin bertambah. Kit Siang sememangnya mengharapkan DSAI  kekal sebagai "PBB dalam Pakatan" yang "menyambung wayar" untuk menyemarakakan sokongan PAS ke atas DAP dan Pakatan. Bagi Kit Siang, tanpa Anwar, hubungan DAP-PAS akan menjadi malap. Jika mlap, Pakatan akan bertukar mejadi persengketaan. Kembali seperti DAP meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif dulu kerana PAS merugikan dan memalapkan peluang dan perjuangan DAP. Dengan itu PAP di Singapura akan kecewa.

Di Sabah, ada pemimpin PKR yang "memberukkan" UMNO dan meminta PKR agar tidak risau jika Anwar sudah tidak lagi memimpin PKR. Seolah-olah mereka sudah menyedari dan mengakui bahawa DSAI akan terpaksa meninggalkan mereka dalam PKR. Ke mana DSAI akan pergi? Apakah mereka sudah merasakan bahang bahawa DSAI akan kecundang menghadapi Saiful Buhari Azlan?

Pimpinan PKR Sabah kini bermasam muka antara satu dengan lain. Ketua PKR Tenom Benedict Gonsubin Yosundang, pula meletakkan jawatan sebagai ramuan tambahan kepada kekeruhan pertentangan dua kem PKR, Kem Jeffrey Kitingan dan Christina Liew dengan Kem Thamrin Haji Zaini dan Kong Hong Ming, yang semakin hari semakin keruh.

Ramai yang melihat keadaan PKR kini sebagai berada di hujung tanduk. Untung batu tenggelam untung sabut timbul. Bagi mencapai era PRU 13, PKR masih dan masih kabur dan kabur lagi. Orang PKR masih juga tidak percaya bahawa PKR di ambang kehancuran. Biasalah, orang mabukpun tak percaya yang dia mabuk.

Related.
BELANTAN: zulkifli-jawab-emel-anwar-dakwa.DSAI tidak neutral..
MSO: Buang Si Temberang 

(Posting dibuang. Bagaimanapun inilah sahaja yg tertinggal) 25 Jan 2010 ... Buang Si Temberang. Usah Simpan Duri Dalam Daging - Pecat Zulkefli Nordin SAYA telah lama menulis mendedahkan sikap dan perangai buruk ahli ...PAK MIE: kes-liwat-anwar-gelabah-saiful-tenang

DSAI tak akan ada Guts!


Kisah amaran DSAI "patuh atau dipecat" selepas Krisis Kepimpinan PKR Sabah tidak membawa apa-apa erti. Dr. Jeffrey Kitingan dan Christina Liew yang telah meletakkan jawatan dari PKR tidak menerima apa-apa tekanan dari PKR Pusat. Malah mereka di "reinstate" untuk kembali memegang jawatan dan Jeffrey Kitingan diberi peranan sebagai Pengerusi Penyelaras Majlis Permesyuaratan PKR Sabah dan Sarawak selepas Konvensyen PKR Sabah. Jeffrey "membakar jambatan dengan PKR" dan menyifatkan DSAI, pemimpin Kuala Lumpur, sebagai pemimpin yang menggunakan sokongan Sabah untuk kepentingan politik. 

Ternyata DSAI tidak akan ada "guts" untuk memecat Jeffrey ataupun Christina.  Begitupun dua kumpulan dalam PKR Sabah masih terus bermasam muka sehingga kini. Dari pengalaman ini, DSAI tak akan ada guts untuk mengambil tindakan kepada YB. Zulkifli Nordin, MP Kulim Bandar Baru seperti yang diperkatakan agendadaily di bawah ini.

Beranikah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak terhadap Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu? Apakah beliau akan dipecat dari parti atau sekadar diberi amaran atau apa?.

Ada juga pemerhati yang menilai ini semua gempak PKR saja. Ini cerita yang semua orang nantikan bila Biro Politk parti itu bermesyuarat esok. Penasihat PKR itu kata malam tadi kali ini Zulkifli sudah ‘cross the line’ bila buat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad mengenai isu kalimah Allah Sabtu. Katanya beliau kecewa dengan Zulkifli yang selama ini telah diberi peluang menyuarakan pandangannya.Menurut Anwar beliau sudah menulis kepada Zulkifli memintanya bagi penjelasan sebelum mesyuarat Biro Politik PKR bersidang.
 
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu tegas berpendirian haram bagi bukan Islam mengunakan kalimah Allah yang berbeza langsung dengan pendirian rasmi PKR yang bersikap terbuka. Zulkifli sudah beberapa kali berbeza pendapat dengan pimpinan parti itu mengenai isu agama. Tindak tanduknya termasuk berperang dengan Khalid dikatakan cukup memeningkan kepala pimpinan pembangkang.

TUNGGU DAN LIHATLAH....DIA TAK AKAN ADA GUTS!

RELATED
1. Lagi orang PKR tinggalkan Parti....Jom Tinggalkan PKR...
2. Tidak-percaya-YB-Kulim-sertai-umno?
3. Azan-ismail-zulkifli-nordin
4. Ketua-PKR Tenom, Sabah letak-jawatan