Translate

Wednesday, January 27, 2010

Lihatlah Nafsu Politik Orang PKR: Masih mabuk ke Puterajaya.

 Di saat-saat PKR mengalami "decay" dan ditinggalkan ramai pemimpin , ahli dan penyokong, masih ada segelintir yang masih mengidam merebut Puterajaya. Anehnya, awal-awal lagi mereka sudah meramal bahawa DSAI akan terpenjara kerana Liwat 2. No wonderlah DSAI terlalu berusaha "tangguh, tangguh dan tangguh" kerana penyokongnya sendiri sudah yakin bahawa dia bakal didapati bersalah.

Kit Siang awal-awal lagi saya telah katakan akan menjadi manusia yang paling gusar di Malaysia kerana "wayarnya" bakal putus dengan PAS. Saya dan ramai lagi sudah mengulas perkara ini. Sampai masanya "Malaplah DAP".

Sabah dan Sarawak sedar bahawa PKR diletakkan dalam kumpulan parti yang bakal memperoleh Zero Seat dalam PRU13 di Negeri-Negeri itu. Alasanya dulu dirasakan kehadiran PKR seperti ada UMMPH dan "bawa angin perubahan". Tetapi kini perubahan itu sudah terselah, rahsianya,  perubahan yang berkecamuk dan huru-hara. Siapa nak? Joooommm! Tinggalkan PKR.



 Lihatlah Nafsu Politik PKR ini:-

KALAU ANWAR TAK ADA/SEMUA ORANG PKR JANGAN KHUATIR/RAKYAT BERKUASA/MAKIN MEREKA TEKAN MAKIN MEREKA MENGHAMPIRI KERAJAAN MAMPUS!

AHLI-ahli PKR dan keseluruhan Pakatan Rakyat tidak usah risau kalau Kerajaan Beruk bakal memenjarakan ANWAR kerana begitulah yang dijadualkan sebab pembangkang biasanya kes-kes begini akan kalah sebab ada saja caranya untuk memereka mendapatkan bukti atau menyalahkan siapa saja yang berani melawan kerajaan, termasuk juga saya barangkali/Silakah duhai kerajaan Beruk.

Penasihat DAP Lim Kit Siang meskipun mengulangi kebimbangan ramai bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan terjejas tanpa kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan untuk terus mara - sasaran menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.-(DARI PEMIMPIN PKR SABAH).

No comments: