Para Pemimpin Utama Pakatan Rakyat. DS Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Apakah Pakatan Mereka sudah tidak lagi sepakat? Apakah mereka akan sesepakat BN?
Bila Speaker DUN Perak mengumumkan bahawa dua DUN PKR, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Behrang dan Changkat Jering, telah meletakkan jawatan melalui surat yang ditandatangani pada Mac, 2008, ramai yang bangkit mengenai isu perletakan jawatan kedua-dua DUN itu. Kedua-dua DUN itu mengatakan bahawa mereka tidak meletakkan jawatan dan bertindak sebagai DUN Bebas mesra Barisan Nasional.
Awal-awal lagi, pengerusi DAP mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan menyaman SPR yang mengekalkan kedudukan dua DUN Perak sebagai "Wakil Rakyat yang sah, hanya akan "Sia-sia cabar keputusan SPR - Karpal" sebagai usaha menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Kepimpinan PAS lebih cenderung kepada langkah agar Pilihanraya UMUM diadakan di Perak. Manakala Anwar Ibrahim lebih kepada menasihati Ir. Mohd Nizar Jamaluddin untuk tidak berganjak dari rumah resmi MP, pejabat dan jawatannya sebagai MB Perak. Malah demonstrasi PTI berterusan tanpa penyertaan orang DAP dan masyarakat India.
Karpal Singh pula mahukan supaya Sultan Perak diheret ke mahkamah. Perbuatan ini dilihat sebagai biadap dan derhaka kerana menentang Raja Melayu. Perbuatan Karpal mendapat tentangan hebat dari segolongan besar masyarakat Melayu dan Pemuda UMNO.
Selain itu, Karpal Sing juga mencabar Anwar supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua PR dan Ketua Pembangkang berikutan kegagalannya membendung perbuatan meninggalkan PKR oleh DUN PKR.
Dalam banyak perkara yang berkait dengan krisis politik di Perak, Pakatan Rakyat kelihatan sudah tidak lagi sepakat. Kalau dulunya mereka mengampu kepada Golongan Istana dan Raja-raja Melayu supaya mencampuri urusan politik; misalnya dalam "demonstrasi gelombang kuning", kini mereka kelihatan menentang institusi raja.
Lim Kit Siang pula mula berani mempersoal tindak-tanduk Anwar. Terkini LKS sudah mula tidak sehaluan dengan Karpal, Pengerusi Partinya.
.
Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin pula "memohon kelulusan istana untuk menderhaka" dengan memohon untuk tidak menerima keputusan dan budibicara Sultan Perak. Dia mula mengeluarkan kenyataan "rakyat berdaulat" sebagai usaha menyelamatkan kedudukannya sebagai MB. Bila "Rakyat Berdaulat" maka para demonstrant bolehlah membuat poster "Daulat Rakyat". Apa akan jadi dengan norma dan slogan "Daulat Tuanku"?
Umum melihat bahawa Pakatan Rakyat kini sudah tidak lagi sepakat. Malah ramai yang melihat bahawa hubungan DAP dan PKR dengan PAS hanya sebagai "pakai-buang". Apakala PAS dapat secara konsistan mengembangkan pengaruhnya, PAS dijadikan rakan kongsi dalam politik, namun dalam masa yang sama gagasan utama PAS untuk membentuk sebuah Negara Islam yang mengamalkan system Islam ditentang DAP dan tidak disokong PKR. Karpal Sing pernah mengatakan "over my dead body" ke atas gagasan PAS ini.
.
Apakah keadaan ini bakal merobah pandangan umum bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak lagi sepakat? Apakah Anwar juga sebagai kuda tunggangan dalam PR untuk memecah belahkan BN khasnya UMNO? Apakah kerapuhan ikatan Pakatan Rakyat akan mula longgar dan bakal putus bermula di Perak dan bakal tanpa ikatan? Apakah ini menifestasi bahawa rakyat mula hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat?
Read Also...