Translate

Friday, July 27, 2012

Lajim: Mengejar impian menjadi Ketua Menteri?

DSP Lajim, Janang Gayuh.

DSP Lajim Haji Okin, semasa dalam PBS, pernah menimbulkan sedikit kekecohan di Istana Negeri Sabah kerana beliau tidak dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah, sebaliknya Datuk Baharum DSP Haji Abu Bakar Titingan dilantik oleh pucuk pimpinan PBS untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri. Lajim mengecap Baharum sebagai "TKM yang kalah" kerana masa itu Bararum tewas di kawasan DUN yang ditandinginya dalam PRU.

Lajim pernah menentang Baharum merebut jawatan Timbalan Presiden PBS kouta Islam dalam Mesyuarat Agung Pemilihan PBS tetapi Lajim kalah. Mungkin inilah juga faktor yang menyebabkan Lajim meninggalkan PBS dalam tahun 1994 dan menyertai UMNO.

Penyertaan Lajim dalam UMNO masa itu sekaligus menjatuhkan kerajaan PBS. PBS mengutuk Lajim sebagai pengkhianat kepada Parti PBS dan Negeri Sabah. Namun Lajim tahu bahawa penyertaannya dalam UMNO masa itu akan memberi jaminan bahawa dia akan diberi tempat dan kedudukan yang baik dalam kabinet negeri Sabah.

DSAI juga dikhabarkan pernah menjanjikan jawatan KM kepada Lajim jika dia menyertai UMNO, namun janji nitu tidak tertunai malah DSAI pula terpecat dari UMNO.

Jika dalam PBS, Lajim dinafikan jawatan TKM, antara lain kerana latar belakang akademik beliau, dalam UMNO Lajim berusaha memperbaiki akademiknya. Beliau mula mengambil kelas tuisyen Bahasa Inggeris bagi memberikannya peluang memperbaiki akademiknya.

Pada suatu ketika Lajim pernah menggunakan "tittle" Dr, satu gelaran yang dianugerahkan oleh salah sebuah University di Britain. Namun selepas beberapa ketika, tittle itu tidak lagi digunapakainya setelah timbul isu kontroversi mengenai "sijil beli" sehingga Kabinet Negeri masa itu terpaksa meredakkan keadaan.

Kini, Lajim meninggalkan UMNO dan menyertai Pembangkang. Bezanya, kali ini, tindakan Lajim tidak menyebabkan pertukaran kerajaan. BN tetap memerintah. Sebab utama yang kedengaran ialah, kemungkinan Lajim tidak lagi menjadi "favorite" pucuk pimpinan BN Negeri untuk dicalonkan semula dalam PRU13. Oleh itu Lajim perlu menyelamatkan kerjaya politiknya dengan menyertai Pembangkang.

Pastinya akan berlaku "vacuum". Tempat Lajim akan diambil alih oleh pemimpin UMNO Bahagian Beaufort. Kemungkinan Lajim juga terpaksa berhadapan melawan mantan pengikuti-pengikutnya dalam UMNO dulu, sudah satu kepastian. Dulu, kekuatan Lajim adalah kerana kekuatan UMNO dan BN di samping pengaruh peribadinya.

Di pihak UMNO, sudah kedengaran kutukkan terhadap Lajim sebagai pengkhianat perjuangan. Sebahagian ada pula yang bertekad untuk mengajar Lajim tentang tinggi rendah langit menjelang PRU13 kelak. Janang Gayuh akan diuji.

Kali inilah kewibawaan Lajim diuji. Pilihan adalah antara Pemimpin "Janang Gayuh" atau BN yang banyak berjasa kepada Negara termasuk kepada Lajim dan Kawasan Pilihanrayanya. Pastinya Kawasan Beaufort akan menjadi "panas" semasa PRU13 nanti. Panas kerana Janang Gayuh pastinya mengejar impian yang dijanjikan DSAI yang belum tertunai.....

(Bersambung).....

Sunday, July 22, 2012

Kitingan vs Kitingan

Kitingan  vs kitingan: Jefrey tidak penah menang melawan abangnya, Joseph Pairin.
Pertembungan Kitingan vs Kitingan memang agak normal bagi masyarakat Tambunan khasnya dan Sabah amnya. Datuk Dr. Jefrey Kitingan bertembung ideologi politik dengan TS Joseph Pairin Kitingan. Adik sering melawan abangnya. Setakat ini, kemenangan tidak pernah memihak Jefrey menentang abangnya Pairin.

Jefrey hanya pernah menang semasa dia bersama-sama berjuang dengan abangnya dalam PBS. Dia menang sebagai ADUN Bingkor atas tiket PBS. Kemenangannya itu disebut-sebut kerana dia menumpang "tuah abangnya"

Semua tahu bahawa Jefrey melakar kelebihan politik dan membina empayar ekonominya semasa dia dalam PBS. Masa itu dia berjuang bersama, selari dan sehaluan dengan abangnya, Pairin. Sukar bagi Jefrey menolak kenyataan bahawa tuah bersama abangnya selalu membawa kejayaan baginya. Selanjutnya di sini..