Selepas menyertai sembayang mendiang Teo, Dato Seri Anwar ke Jakarta Menziarahi Gus Dur dan WS Rendra, sahabat lamanya. Maklumlah Gus Dur tidak pernah menerima hakikat bahawa DSAI itu tega melakukan sodomi. WS Renda pula seorang seniman yang mempunyai hasil pena yang cukup tajam dan pernah menghadiahkan "rajawali" buat DSAI. Saya meminati hasil seni karya W.S Rendra sejak di bangku sekolah lagi. Mudah-mudah dia sihat dan tenang.
Di Indonesia, sedikit masa lalu, pernah menjadikan DSAI satu rancangan lelucon TV. Satu skrip yang saya masih ingat ialah (lebih kurang)..." o ya! yah! Bapa Anwarrr ya, Annuwarr Ibbrrahimm yang sukak makan SOTO MEE itu..." (diungkap dengan loghat Jawa).. Cuba sebut "SOTO MEE" dalam slang JAWA!)...dah dapat maksudnya?
Selepas mengumumkan musnahnya kerajaan perpaduan, PRK Manek Urai, dan cerita "time bom" PKZ, DSAI tidak banyak menerkam Perdana Menteri dengan isu Altantuya Monggolia lagi. Ia menjadi senjata tumpul dan memuakkan. Isu kematian Teo sedikit meniupkan asap kelabu dalam kes liwat II DSAI. Publik agak kurang menceritakannya isu liwat II ini dengan pelbagai teori.
Keretakan demi keretakan dalam kepaduan Pakatan Rakyat mencemaskan DSAI. Kegagalan memenangi Manek Urai dengan "flying color" menurunkan tone DSAI. Peningkatan populariti Datuk Seri Najib sebagai PM juga tidak dapat dipandang ringan oleh PR. Berikutan dengan itu DSAI meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan meletakkan kepercayaan kepada anak emasnya, Azmin Ali, MP Gombak. Ini adalah gambaran kepada politik Malaysia dan rakyat Malaysia bahawa DSAI dan PR harus melupakan impian menawan Sabah dan Sarawak. Orang Sabah juga perlu fikir bahawa Gus Dur dan W.S Rendra lebih utama dan penting pada DSAI!. Misi Paris untuk "baca ucapan perutusan (keynote address)" DSAI dulu, serentak dengan lawatan Najib ke Cina, juga lebih bererti bagi DSAI dari PKR Sabah yang masih terumbang ambing di lautan politik Sabah yang tenang.
Pengaruh Gus Dur di Indonesia memang sudah malap di Indonesia. Apatah lagi di arena antarabangsa. Kenapa agaknya DSAI amat gemar menemui GUS Dur. Apakah kerana Gus Dur memiliki resepi rahsia bagaimana masak Soto Mee yang lazat?
Melawat Rendra memang mudah difahami kerana dia memang seniman agung yang hebat berpidato dan menusuk kalbu hasil karyanya. Kalo punya kelebihan, siapapun yang mencintai karya Renda pasti akan menjenguknya dalam keadaan dia sakit.
.
Apapun, karya Renda tidak akan terpadam dalam dunia penulisan dan akan tetap menguntum dalam sanubari pembacanya.
.
Balik dari Indonesia nanti DSAI dan Kak Zizah jangan lupa lawat "Kak Min" (Yasmin Ahmad) seorang serikandi seni negara yang juga sakit!
.
.
Kita hanya menunggu kembalinya DSAI dari indonesia. Kalupun dia tidak dapat "tapau soto mee" harap-harap dia bawa pulang ole-ole "jamu seri rapat" buat hadiah Saiful Buhari!, bekas pembacuh kopinya. "Mas si, Jangan lupa dong. Kok kedekut amat!"