Translate

Saturday, March 13, 2010

Pakar Mesir: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan Sodomi II

Ahli arkeologi kanan Mesir, Zahi Hawass (dua dari kiri) dan kakitangannya menjalankan ujian DNA ke atas mumia Raja Tutankhamun di Luxor, Mesir. - AP
KAHERAH 12 Mac - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang membongkar punca kematian raja Tutankhamun berjaya menyelesaikan satu lagi misteri purba Mesir berhubung kontroversi yang melibatkan mumia Firaun Akhenaten.

Penemuan baru ini akan membantu membuat gambaran tentang era yang mempersonakan lebih 3,300 tahun dahulu ketika Akhenaten buat kali pertamanya dalam sejarah memperkenalkan fahaman monoteisme. [Selanjutnya di sini]

Cadangan:-

Instead of hiring 3 orang pakar dari luar negara yang lebih condong kepada kehidupan gay, why NOT team pembelaan DSAI hire Ahli arkeologi kanan Mesir, Zahi Hawass untuk menguji "benda yang tertinggal di dubur Saiful Bukhari Azlan". Dengan demikian, kedua belah pihak, pendakwa dan pembela, tidak lagi bertelagah mengenai kesahihan "benda" itu!

Cukuplah DSAI, Enough is Enough.

"Tak Penat kee Anwar belakon. Bertaubatlah!". Cukuplah!!. Enough is enough.

Cukuplah. Enough is enough!. Kalo Tidak Dapat Behenti Berpolitik, Berhentilah Berbohong. September 16 tidak akan padam dalam ingatan rakyat. Ianya satu pembohongan politik yang maha dasyat. "I have the number", merujuk kepada lebih 30 MP BN, terutama dari Sabah dan Sarawak, yang kononnya menyertai Pakatan Pembangkang bagi merampas Kerajaan dari Barisan Nasional adalah sesuatu kenyataan yang memalukan.

Apabila Karpal Singh sendiri menyeru supaya DSAI bertaubat, digantikan dengan pemimpin lain, berikutan dengan kejatuhan kerajaan Pakatan pembangkang di Perak, sesungguhnya itu satu pelanggaran etika politik yang amat teruk, menghina dan memalukan bagi DSAI. Kenapa Karpal Singh tidak diambil tindakan tatatertib?

Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa "hutang budi" DSAI dan keluarganya terhadap YB Zulkifli Noordin terlalu besar. Dari gerakan reformasi, Sodomi I, sehingga menawarkan Kerusi MP Kulim Bandar Baharu untuk DSAI bertanding sebelum Permatang Pauh diserahkan Wan Aziziah sehinggalah ke hal ehwal peribadi "yang sulit", Zul telah berkorban. Kekonyong-konyong Zulkifli dipecat. Sudahlah dipecat, dicabar pula untuk mengosongkan kerusi MPnya, dan cuba diungkit serba serbi untuk memperkecilkan sumbangannya dan keperibadiannya.

Adakah di antara orang PAS yang sanggup berkorban seperi yang Zulkifli Noordin lakukan terhadap DSAI dan Keluarganya? Adakah jaminan bahawa PAS tidak akan dihumban ke lembah yang lebih hina oleh DSAI dan kuncu-kuncunya?

Rekod DSAI dengan PAS masih tersimpan dalam lipatan. Rakyat tidak dengan mudah melupakannya:-
“Para pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai pelawak sarkas yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan, sedang mereka hanyut dalam tepukan. PAS kini telah sedia diperalatkan oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan Bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang Melayu dihapuskan-ANWAR IBRAHIM, 22 MAC, 1987 Mesyuarat Perwakian UMNO Bahagian Parit, PERAK.
Cukuplah Kalo Tidak Dapat Behenti Berpolitik , Berhentilah Berbohong.Bukankah DSAI marahkan Utusan Malaysia dengan mengecap UM sebagai melakukan kerja "biadap dan jijik" apabila melapurkan kisah "Saya tidak sanggup diliwat lagi". Konon DSAI kata ini menghina mahkamah. Cukuplah DSAI. Tak sedarkah DSAI bahawa DSAIlah yang terus-terusn membawa Sodomi II di merata pentas di seluruh negara bahkan disetiap negara yang dilawati DSAI diluar negara.. Ini lagi menghina mahkamah. Bukankah ribuan risalah mengenai Sodomi II yang disebarkan oelh pencacai DSAI dan Azmin Ali? Apakah DSAI juga mengatakan dirinya "biadab dan jijik"?

Kenapa DSAI tidal lansung memberikan gambaran yang berkualiti dan berprofessionalisma  dalam menghadapi kemelur supaya generasi mudah dapat mencontohinya? Apakah DSAI sudah mengabaikan golongan muda dan mengamggap mereka sudah taksub dan seperti kerbau dicucuk hidung??

Apakah ini strategi DSAI supaya dia didakwa dengan kes yang lain, menghina mahkamah, supaya akan bertimbun lagi isu yang boleh dijaja di sepanjang jalan? Atau DSAI lebih trla ditangkap menggunakan ISA kerana itu dia tidak segan silu mengutuk dan memprovokasi kerajaan dan pihak keselamatan walaupun mengenai isu-isu yang melampaui batas?

TGNA dan TGHH lebih tahu DSAI perlu bertaubat. Karpal Singh sudahpun menyeru DSAI supaya bertaubat. PAS, TGHH dan TGNA bila lagi?

PERCUBAAN BERBOHONG ANAK DIDIK DSAI dan BALACI-BALACINYA (updated)

 Bahtera dah nak sink, namun sendiwara dan pembohongan masih berleluasa. Benarkah bahawa orang yang taksub akan menelan pembohongan bulat-bulat dan masih mudah untuk terus dibohongi sepanjang zaman?

Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Sodomi II tertangguh-tangguh dan tangguh lagi disebabkan angkara DSAI dan pasukan peguambelanya. Kerana itu rakyat yang perlu menyoal tertuduh, BUKAN AZMIN ALI yang menyoal  pihak lain atau Najib-Rosmah: Rakyat perlu menyoal:-  "Mungkinkah ada sesuatu yang membimbangkan pihak tertuduh maka perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan sehingga 29 kali? Lihat statement Azmin dan balaci-balacinya:-
Mengenai penangguhan perbicaran seperti mana yang digembar gembur, Azmin menjelas yang tangguh bukan Anwar tetapi mahkamah. Misalnya sewaktu pihak peguam Anwar bersedia untuk menyoal balas si pembacuh kopi, tiba-tiba mahkamah menangguh ke tarikh lain, 23 Mac. Jadi dalam soal ini katanya siapa yang "meliwat" kes, bukan Anwar tetapi mahkamah. "Mungkin ada yang sesuatu yang membimbangkanlah maka perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan," jelas Azmin........Mengenai perkembangan perbicaraan ke liwat Anwar ada perkembangan baru yang cukup menyakinkan bahawa tuduhan itu bohong. Salah satu ialah mengenai laporan perubatan dari tiga orang pakar dari Hospital Kuala Lumpur, mereka ialah Dr Khairulnizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siw Sheue Feng. Ketiga pakar itu mengesahkan si pembacuh kopi tidak diliwat. Sepatutnya AG tidak membawa kes mahkamah. [Putar belit di sini]
Soalnya kini jika DSAI begitu yakin dengan keterangan  tiga orang pakar dari Hospital Kuala Lumpur, iaitu Dr Khairulnizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siw Sheue Feng, kenapa DSAI dan pasukan peguambelanya tidak bersedia menyoal balas Saiful Bukhari Azlan? Jika pakar tempatan ini sudah terlalu diyakini DSAI, Azmin Ali dan pasukan pembelaan DSAI, kenapa mesti mengimpot 3 orang lagi Pakar Asing untuk campurtangan dalam Sodomi II? Kenapa takut ke Mahkamah jika dia yakin tidak bersalah?

Bolehkah Azmin dan balaci pencacainya tunjukkan di mana-mana negara di dunia ini mengamalkan sistem di mana pihak tertuduh menjadi hakim dalam perbicaraannya?

Penyataan Azmin dan balacinya  "bahawa ahli tidak perlu gusar mengenainya. Tiga atau empat orang keluar, tetapi ribuan yang menyertai PKR. "Biarlah mereka pergi ia tidak akan menyusahkan kita lagi!", tidak lebih dari menutupi kudis yang sedang bernanah busuk dan dikejar lalat!. Jika benar 3-4 keluar parti ribuan yang menyertai PKR, halaulah dan pecatlah lagi 3-4 orang supaya ribuan lagi akan menyertai PKR!!!. Kenapa mesti pula adakan membership drive?

Setakat ini YB YB Pakatan pembangkang yang meninggalkan perjuangan Kit Siang dan kuncu-kuncunya adalah :-

Kerusi Parlimen


  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
  3. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin (dipecat)
  4. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri
Kerusi DUN
  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
  6. Adun Jelapang Hee Yit Foong (DAP)
Agaknya, Azmin dan pereka jalan cerita ini sudah master ilmu pembohongan yang dipelopori DSAI!. No wonder telalu banyak "iklan ubat", termasuklah super gel, dalam blog ini... Agaknya blog ini "Tukang Jual Ubat"..Mana yang lebih untung , jual ubat kee jual orang?

Friday, March 12, 2010

Kit Siang Mengamuk? "Mana Najib-Rosmah huh?"

 "Guwang ink juga marah.Anak-beranak mau marah. Nanti Dia cari Penempatan orang India. Cari Penempatan Orang Melayu, Kasi roboh sama dia!!  Roboh [di sini]

Tentunya Kit Siang mengamuk. Sejak YB YB Pakatan Pembangkang meninggalkan parti mereka, Perjumpaan  yang dihadiri anaknya, Guwang Ink semakin penuh sesak opps! TERRsalah semakin diboikot. Ini semua pasti Salah Najib-Rosmah dan valaci-valaci UMNO ?????. Kit Siang mesti mau cari Najib-Rosmah. Mesti Kit Siang marah sebab program ANAKNYA Guwang Ink kena boikot.

Pakatan Pembangkang ini parti anak beranak....PKR parti ibu, bapa dan anak , DAP anak beranak double. Kenapa Ibu Bapa Anak, Ibu kepada Ibu, Bapa kepada Bapa, anak kepada anak dan kawan kawan...kenapa tidak datang?? Kalo bapa kena "kacau" orang,  anak marah atau bini marah. Kalo Bapa kena kacau, anak marah, ibu marah. Tapi Kalau Bapa kacau orang macam mana? Kalu bapa kacau Saiful macam mana? Ibu dan anak tak marah kee?

Setakat ini YB YB Pakatan pembangkang yang meninggalkan perjuangan Kit Siang dan kuncu-kuncunya adalah :-

Kerusi Parlimen

  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
  3. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin (dipecat)
  4. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri
Kerusi DUN
  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
  6. Adun Jelapang Hee Yit Foong (DAP)
 Kit Siang nak cari Najib-Rosmah. Kit Siang nak marah Najib-Rosmah sebab Guwang Ink kena boikot!! ini mesti kerja Najib-Rosmah!!!

Mantan Seiausaha Agung PKR menyatakan bahawa lebih ramai lagi yang bakal meninggalkan Pakatan Pembangkang khasnya PKR. Maka bertambah marah lagi Kit Siang.

AWAS Uncle Lim sudah marah!!! Dia mau Putrajaya!!!

-noreen PJ

SODOMI II DAN PENGARAH LUCAH

PENGARAH FILEM LUCAH.

LONDON - Seorang pengarah filem lucah, Anna Arrowsmith (picture)  mengumumkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Britain pada pilihan raya akan datang, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang menguruskan agensi filem porno Easy on the Eye, menyatakan bahawa dia akan bertanding atas tiket Parti Liberal Demokrat di Gravesham, Kent.

Arrowsmith, 38, ialah pengarah filem lucah wanita pertama di Britain dan telah menerbitkan lebih 300 filem porno selain dinamakan pengarah terbaik Anugerah Filem dan Televisyen Dewasa Britain pada 2008 dan 2009.

Wanita itu yang memiliki ijazah sarjana muda Seni Halus dan Sarjana Falsafah berkata, dia bertanding untuk membersihkan politik Britain daripada pelbagai skandal terutamanya kontroversi tuntutan perbelanjaan melampau di kalangan anggota Parlimen.

"Kepada penduduk Kent, saya berharap anda tidak menilai saya berdasarkan kerja saya. Saya melibatkan diri dalam industri filem lucah untuk menjadikan filem itu lebih mesra wanita," kata Arrowsmith.

"Pada era ini, orang ramai yang hidup dalam masyarakat demokrasi sepatutnya diberi pilihan untuk menonton apa yang mereka mahu," tambahnya. - Agensi
  
 TERTUDUH SODOMI II
Seorang aktivist pro gay dari Australia pernah memberikan komen mengenai kes Sodomi II yang dihadapi DSAI. katanya:. ".. if he did it, so what!! he still against the rotten government of Malaysia...". Begitulah sedikit suntingan komen tersebut. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa samada DSAI melakukan sodomi atau sebaliknya, pihak asing, terutama GHLS (Gay, Homosexual, Lesbian dan Sodomi) rights, masih tetap tidak menyenangi Malaysia kerana kita menolak budaya GHLS. Apakah meraka yang menyokong camputangan asing ini pro GHLS?

Kita sudah dapat menilai bahawa camputangan asing bukanlah bermatlamat menghukum "peliwat'. Mereka hanya "BENCI Malaysia" atas sesuatu sebab dan agenda yang hanya meraka yang tahu walaupun kita rakyat malaysia dapat membaca matlamat di sebalik cemuhan mereka terhadap Negara kita. Apakah mereka yang menyokong dan bangga dengan camputangan asing ini juga bangga negara ini disebut rotten? atau meraka tetap menyokong apa-apa dan sesiapa juga yang anti kerajaan Malaysia?

Bila Pengarah Filem Lucah, Anna Arrowsmith, dari Britain mengumumkan bertanding kerusi Parlimen, jelaslah kepada kita bahawa "if he did, so what!!", perkataan yang diungkapkan aktivist GHLS Australia, tidak menjadi masalah kepada mereka yang subscribe kepada budaya Barat.

Jika DSAI really did it, berapa ramaikah rakyat Malaysia yang masih juga memilih DSAI sebagai pemimpin mereka? Adakah TGNA akan menjadi insan yang tetap berada di sisi DSAI dan membelanya dalam segenap isu?

Ku Li kekal UMNO. Dia Sukarela Bantu Yang Lemah.

 Tengku Razaleigh mahu kekal bersama UMNO
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ingin terus kekal bersama-sama dengan UMNO selagi beliau masih dikehendaki oleh parti itu. Selaras dengan pendirian itu, katanya, beliau tidak akan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas seperti yang didakwa beberapa p ihak sebelum ini. ''Kenapa saya perlu meninggalkan parti yang saya telah sertai sejak sekian lama. Saya mahu kekal dengan parti ini dan terus memberikan khidmat bakti selagi mana diri saya masih diperlukan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam program Bual Bicara Perlembagaan: Hubungan Persekutuan Kerajaan Negeri, Patutkah Negeri Diberikan Lebih Kuasa anjuran Majlis Peguam di sini hari ini
So kepada yang gunakan Ku Li senjata nak serang UMNO-BN, kenalah fikir-fikir dulu. Ku Li ini memanglah pemimpin veteran yang memilik skel istimewa. Ideologinya bukan "kemaruk politik". Oleh itu ideologinya tidak berubah sekadar "politik" dan "awan hitam dilangit". jJnganlah curahkan air anda di tempayan. Kini musim kemarau. SL pun tahu PR kemarau. Bagi mereka yang "Kemaruk Politik" bisikan setan Kit Siang baru tiga patah perkataan Puterjaya! Puterjaya! Puterajaya! mereka dah cair dan membiarkan diri, keluarga dan anak bangsa terperdaya.

Insaflah. Dunia ini dah tua. Kiamat nanti tak perlu jawab banyak soalan.

-noreen PJ 

KAMI SUDAH JEMU DENGAN PEMBOHONGAN DAN POLITIK MAIN KASAR"

"fake smile": Lihat senyumnya dan matanya-Tersembunyi Nilai Kepimpinan yang kian luntur.

Anwar sudah tidak lagi kisah dengan  tindakan polis  dan pihak keselamatan sejak dia "dikeluarkan" oleh Tun Pak Lah dari penjara. Dia sudah terlalu yakin bahawa dia "untouchable". Kerana keyakinan ini lah DSAI lepas bebas bercakap mengenai apa jua isu. Menuduh orang membunuh, mengecap polis sebagai anjing kerajaan, rasuah, perampok, perampas harta rakyat dan sebagainya. Tapi ucapannya disuburi dengan tuduhan bahawa orang lain pula memfitnahnya. Kenapa dia terlalu kecut menghadapi saiful jika Sodomi II itu sebenarnya fitnah?

Oleh kerana DSAI bercakap lepas bebas ini, sebahagian masyarakat yang sudah mula adopt peradaban yang serupa. Bayangkan seorang kanak-kanak semasa penamaan calon PRK Batang Ai, Sarawak, yang tidak faham apa-apa tetapi melaungkan "reformasi! dan altantuya!".

Media lepas bebas tanpa menghiraukan sesitiviti kaum dan agama. Tidak pernah keadaan seteruk ini berlaku sebelum DSAI bebas dari penjara dan semasa dan selepas PRU12. Apakah begini rupa bentuk masyarakat yang hendak dibina DSAI berpaksikan "human rights" dan tuntutan demokrasi yang dicanangkannya? Apakah rupa bentuk society yang ingin dibina DSAI? Apakah aman negara ini jika semua penduduknya bebas lepas bercakap seperti DSAI?

Perjumpaan parti tak perlu apply permit supaya dapat mewujudkan suasana huru hara apabila polis mula mengambil tindakan. Sekurang-kurangnya dapat dijadikan modal bahawa kerajaan menzalimi perjumpaan rakyat. Demonstrasi haram yang digunakan untuk meraih sokongan dan simpati tanpa memperduli kesan dan kerugian pihak lain. Selepas itu, diperguna suasana untuk membakar semangat supaya rakyat bangkit menentang kerajaan. Bila polis bertindak, mulalah menuduh pihak kerajaan menzalimi rakyat dan kerajaan gagal mengawal keadaan dan suasana. Siapa yang mewujudkan keadaan seperti itu? Najib dan Rosmah?

Kini "kuasa rakyat" sudah tidak lagi cenderung ke arah itu. Rakyat sudah mula muak. Pemimpin-pemimpin PKR juga sudah muak sehingga bertindak meninggalkan PKR dan Pakatan Pembangkang. Jika kita tanya rakyat kenapa mereka muak, pasti jawabannya "KAMI SUDAH JEMU DENGAN  PEMBOHONGAN DAN POLITIK MAIN KASAR dan GANAS ".

berikut adalah sekelumit dari amalan DSAI yang memakan dirinya dan melemahkan partinya:-
Saya melihat tindakan berterusan polis....ada usaha menakut-nakutkan dengan menggunakan polis. Saya terpaksa berurusan dengan tiga laporan polis yang difailkan oleh polis sendiri dan satu lagi oleh rakyat yang mendakwa prihatin,”....“Kami menentang keras tindakan menakut-nakutkan oleh polis yang berterusan ini. Kami juga menentang keras bagaimana polis digunakan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib dan Rosmah dari Umno untuk menghalang proses demokrasi di negara ini. Jika ini caranya untuk menakutkan kami, maka saya boleh memberi jaminan bagi pihak Pakatan Rakyat bahawa ia tidak kisah langsung kepada kami,” Anwar Ibrahim. Paparan penuh di sini
Rakyat tidak lagi sanggup diperalat. Mereka sudah mula menilai kebenaran. Mereka sudah muak dengan berkarung-karung pembohongan lampau yang disangka mereka perjuangan menegakkan "kebenaran". Setelah mendapatinya bohong dan dusta belaka, mereka mula berpaling tadah, bukan menjadi pengkhianat tetapi tidak sanggup mengkhianati sesama mereka, kerana sebenarnya mereka ingin bangkit menentang pengkhianatan terutama terhadap agama, bangsa dan negara.

Mungkinkah DSAI bercakap lepas bebas kerana dia lebih bersedia terpenjara sekali lagi di bawah ISA dari menerima hukuman Sodomi II?

"anda mampu membohongi mereka pada sesuatu ketika dan beberapa masa. Tetapi anda tidak  akan mampu membohongi mereka sepanjang masa"

Imam Ghazali juga berkata,"Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui, namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Sehinggakan masyarakat mearasa ujub , taksub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan. Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia.”

Najib kata Sasar ekonomi tumbuh lebih 6%, Anwar kata ekonomi Malaysia ranap.

Najib Tun Razak bersalaman dengan ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pada majlis makan malam anjuran dewan perniagaan itu sempena Tahun Baru Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

KENYATAAN YAB. DATO SERI NAJIB TUN RAZAK
KUALA LUMPUR 10 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan pencapaian 4.5 peratus pertumbuhan ekonomi negara yang dicapai pada suku terakhir tahun lalu. Perdana Menteri berkata, beliau hanya akan berasa gembira jika angka pertumbuhan ekonomi mencecah angka enam peratus atau lebih, yang menjadi sasaran pada tahun ini. [Paparan penuh di sini]
 KENYATAAN ANWAR BIN IBRAHIM
Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi (Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam.)."Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," Anwar bin Ibrahim.  [Paparan penuh muslihat di sini]

Anda, terutama generasi muda yang celik IT dan kumpulan intelek masa depan negara, lihatlah bertapa dayusnya Anwar memanipulasi keadaan dengan menggunakan penyataan dan jangka/anggaran IMF yang dicanai dengan MUSLIHAT SETAN!. Lebih dasyatlah bila pencacai DAP dan Anwar menggunakan tipu muslihat IMF itu untuk mengelirukan dan menipu rakyat dengan membesar-besarkan kenyataan songsang itu.

Anda sudah melihat siapa sebenarnya yang lebih "credible" dan cintakan Negara ini. Anwar akan pergunakan segala tipu muslihatnya bagi membohongi rakyat Malaysia. Dengan mengatakan ekonomi Malaysia lembab dan bakal ranap, sekaligus Anwar mengkhianati ekonomi negara dan rakyat negara ini. Pembohongan ini sudah terlalu terang. Ianya berniat untuk menghalau pelaburan asing sebenarnya. Muliakah niat itu?
  
Cukuplah Anwar, kalo tidak dapat berhenti berpolitik, berhentilah berbohong!

Dari perkara yang besar, soal ekonomi negara, gagasan 916 dan "I have the number" sehinggalah soal-soal kecil seperti VCD Professor Yusof Qardhawi ANWAR BERBOHONG. Mahkamah yang memutuskan pemecatnyapun dicabar Anwar sekadar menjadikan modal politik yang busuk bernanah. Sedarkan dia bahawa Sodomi II, ramai yang mengatakan DSAI juga berbohong!

Layakkah Anwar dengan pembohongannya ini menggantikan Najib?. Bukankah DAP berkerja keras memperalat Anwar supaya jadi PM yang bakal mengikut telunjuk, akur kepada DAP dan seperti kerbau dicucuk hidung ,sekurang-kurangnya?. Dan yang lebih penting Anwar kelak mudah disingkirkan, mudah dijatuhkan.

Jika semakin ramai Pemimpin PKR dan ahli-ahli PKR yang meninggalkan PKR dan menentang PKR,  anda sudah tahu sebabnya. Anda tidak perlu hairan kerana PKR memang parti yang self destruct.

KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMENT: Kit Siang guna formula Margaret Thatcher!


"Kalo PAS nak lawan DAP kena langkah mayat PKR dulu"!

Kerusi Parliment PKR di Parliment menurun ke 26. DAP mempunyai 28 kerusi. Manakala PAS memiliki 23 kerusi. Karpal Singh suatu masa dulu pernah memberi amaran kepada PAS supaya melihat muka di cermin kerana PAS kononnya BUKANlah parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat. Sekalugus memberikan gambaran bahawa PAS hendaklah "toe the line" dalam Pakatan Pembangkang sebagi pemegang kerusi minoriti. Inilah juga gambaran bahawa PAS sekadar bermimpi akan dapat menegakkan ideologinya dalam Pakatan Pembangkang. 

Jika benar bahawa PAS menentang BN kerana ideologi politik BN terutama UMNO, PAS tidak perlu pergi jauh untuk keluar mencari tentangan ideologinya, dalam rumah Pakatan Pembangkang sendiri terdapat segerombolan penentang idelogi PAS. Soalnya hanyalah samada PAS sanggup berputih mata dalam menegakkan ideologinya dalam Pakatan Pembangkang atau menanti  tibanya waktu krisis yang sukar dielak sehingga Pakatan Rakyat Malaysia itu "self destruct". Waktu itu perbalahan sesama sendiri mengenai prinsip dan ideologi menjadi puca "perang saudara".

Kit Siang sudah menemui formula politiknya. PKR (26 kerusi) plus DAP (28 kerusi) pastinya akan menutup mulut PAS yang sekadar memiliki 23 kerusi MP. Atas dasar itu, Kit Siang mestilah terus  bertolak ansur, mengampu, mencari formula dan sewaktu dengannya  agar terus mampu "mencairkan DSAI dan mencuri hatinya". Matlamat atau muslihatnya demi mengekalkan 26 + 28 yang terus mampu membuat 23 sentiasa tunduk dan akur. Bagi Kit Siang "cacing yang menjijikan akan terus dijadikan umpan asalkan ikan terus meragut pancingnya".

Bagi mempastikan "kehendak" dan "keinginan" DAP, kerusi Putrajaya, Kit Siang sanggup menyerahkan Ketua Pembangkang kepada DSAI. Kenapa tidak saja terus diberikan kepada TGHH after all, kerusi PAS juga bukan majoriti? Inilah kata manis di bibir madu Kit Siang yang mempu membuat DSAI "terangkat" :-
“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri (Pada suatu masa nanti)..Veteran opposition leader Lim Kit Siang today predicted the Pakatan Rakyat will have an easier time at the next general election if the government jails Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomy"-Kit Siang
Apakah ini akan menjadi precedence dalam politik Malaysia di mana pemegang kerusi yang BUKAN majoriti boleh menjadi Ketua Pembangkang di Parliment? A

Keadaan ini samalah dengan ungkapan Mantan PM Britain, Margaret Thatcher, yang konon akan melantik DSAI sebagai PENASIHAT KEWANGAN BRITAIN jika ada peruntukan sedemikian dalam parlimen Britain. Thather menyedari dengan sebenar-benar sedar bahawa tiada peruntukan itu  dalam sistem perundangn dan pentadbiran Britain maka diungkapkannya sekadar mengambil hati DSAI, kot kot DSAI akan "cair". Agaknya Kit Siang pun belajar dari formula Margaret Thatcher!, formula yang mencairkan!!

PAS "in denial"-Minoriti Yang Jadi Tunggangan Ampuh

TGHH sudah melupakan konsep mengenali jamaah dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
Kalau nak kata SL cuba melaga-lagakan ahli-ahli Pakatan Pembangkang, katalah sepuasnya. SL tetap akan mempaparkan kebenaran. "Selagi Kamu Berkata Benar" memang menjadi slogan SL. Kalo balaci-balaci Pakatan Pembangkang geram, geramlah sepuasnya. Di luar sana ada rakyat yang menilai dan sedang memerhati "KEBENARAN".

Walau sebusuk mana pandang "saudara-saudara" SL dalam PAS terhadap SL, pandanglah sebusuk busuknya, namun kebenaran akan tetap berdiri di mahkotanya.

Pemimpin PAS dan segelintir penyokong dan ahli-ahli PAS sedang berada "in the stage of in denial". Mereka cuba menafikan bahawa nereka menjadi individu yang tegas terhadap hukum hakam Islam tertapi sebenarnya mereka cuba menelan "pahit" kemusnahan idelogi mereka yang tergadai kerana objektif dan matlamat yang berubah. Matlamat PAS berubah dari "silidifying" ajaran Islam ke matlamat politik dan kuasa meskipun beberapa langkah yang kufar terpaksa ditelan dan dilayan. Mereka cuna mengatakan bahawa martabat Islam diangkat dan cuba menfikan bahawa maruah Islam diinjak-injak kerana matlamat kuasa politik dan gagasan merampas Putrajaya!

PAS ternyata cuba melanyak bekas pemimpin mereka yang dipecat dari PKR, Zulkifli Noordin kerana Zul mempertahankan "kesucian Islam dan menyanggah sebarang usaha yang mengancam ajaran Islam". Bila Wan Azizah mengatakan Zul dipecat kerana menjaga perasaan rakan pakatan dan sesuai dengan kehendak dan tuntutan sejagat, tida seorang rakan PAS yang membela Zul. Rata-rata mengutuk kecuali Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS. Itupun dia terpaksa berdiam diri menelan pahit setelah balaci-bali PAS mula "menembak" Zul. Bukankan Datuk Tuan Ibrahim kini "in denial"?

Amaran Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,:Azman Shapawi Abd Rani. “Jadi, kepada mana-mana Ahli Parlimen yang masih bersikap demikian (kritik terbuka), segeralah muhasabah dan baiki diri supaya tidak dikenakan tindakan serupa dengan Zulkifli. Seolah-olah Azman lupa bahawa Zul hanya menegakkan Prinsip Islam yang menjadi pegangannya. Apakah Pemuda PAS sudah tidak lagi kisah dengan prinsip Islam? Atau Prinsip Islam pemuda PAS berbeza dengan prinsip Islam Zul?

Bila Zul menyatakan bahawa "Membiarkan panel Lembaga bukan Islam membicarakan seorang Muslim mengenai aqidah, syariat dan dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam". tiada seorangpun orang Islam PAS yang bersuara. Apakah mereka sudah melupakan ideolgi Islam seperti yang MD Nijar Jamaludin, mantan MB Perak katakan (lebih kurang) "bahawa tunjukkan dalam mana-mana manuskrip PAS yang PAS nak tubuhkan kerajaan dan sistem pemerintahan Islam".

Apa sudah jadi dengan "take beer" yang menyebabkan Pesuruhjaya PAS Dr. Hassan Ali diancam sendiri oleh pimpinan utama PAS kerana dia menyanggah keputusan Ronnie Liew (DAP)? Kenapa Elizabeth Wong yang "bogel" dan disyaki mengadakan hubungan sex rambang lebih dipandang mulia dan berada di pentas PAS berbanding Dato Shahrizat Abdul Jalil atau YB Datuk Shiriln Zulkifli? PAS nyata "in denial".
PAS pula kini menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP malah sanggup mengikut jejak langkah rakan mereka walaupun terpaksa menggadaikan dasar yang menjadi pegangan parti itu. Ini terbukti apabila PAS Kelantan sanggup membatalkan sambutan maulidur rasul bagi mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang. (i"n denial") Malah PAS juga dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Ada kala PAS senada dengan apa yang dilaungkan Umno dan ada kalanya ia mengikut rentak rakannya daripada PKR, ini semua kerana mahu mengaburi mata rakyat yang kononnya mereka senada dan seirama. Sudah tiba masanya untuk pemimpin PAS sedar akan keupayaan mereka sebagai sebuah parti pembangkang yang tidak perlu menumpang mana-mana parti. Sepanjang usianya PAS mampu menghadapi segala dugaan dan tetap utuh bertahan walaupun beberapa parti sebelum ini seperti Semangat 46, berkubur. [paparan penuh di sini]
Di Pulau Pinang, nyata jelas bahawa keputusan merobohkan gerai-gerai perniagaan Melayu direstui LGE, KM Pulau Pinang. PAS pulau Pinang Pula sanggup menuduh bahawa keputusan meroboh Gerai itu ada dibuat Barisan Nasional. Naujubillah.

PAS perlu sedar bahawa gabungan DAP dan PKR mampu memaksa mereka untuk tunduk pada kemahuan mereka. Dalam PKR, terdapat pemimpin-pemimpin berkulit PKR tetapi berisi DAP. Selama ini PKRlah yang membujuk, memujuk dan merayu PAS untuk membuka ruang kepada tolerasi yang memusnahkan nilai dan ideologi PAS.

Jika TGNA mengatakan PAS tidak boleh bekerjasana dengan UMNO dan menolak Kerajaan Perpaduan kerana UMNO memisahkan politik dengan agama, Apakah DAP dan PKR menyatukan Islam dengan politik mereka? Apakah DAP dan PKR lebih menekankan Islam berbandng UMNO? Atau sebenarnya TGNA juga "in denial" semata-mata kerana termakan pujukan, rayuan DSAI dan kumat kami LKS mengenai putrajaya!

Jika PAS leka, kedudukannya yang memiliki minoriti kerusi Parliment berbanding PKR dan DAP ini sudah pasti PAS menjadi minoriti tunggangan PKR dan DAP. Jika PAS terus leka, Pastinya PAS akan hilang "kuasa negosiasi" berbanding DAP dan PKR dengan demikan jadilah PAS akur dengan kehendak dan kemahuan mereka (DAP dan PKR). Bila PAS terus in denial, at the end of the day, PAS akan mendapati bahawa kesepakatan itu menguburkan ideologinya.

RELATED:
-PAS-DAP KAWAN SETIA ? What the hell is this? Penduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiri

Thursday, March 11, 2010

PAS-DAP KAWAN SETIA ? What the hell is this? Penduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiri


PAS-DAP KAWAN SETIA [di sini]? But what the hell is this news? PAS-DAP saja kawan setia  tetapi rakyat ditindas dengan tiada berhati perut.... Zalim betul. IKUTI berita ini :-
PADANG SANAI - Lebih 20 penduduk di Kampung Baru dan Kampung Banggol Sembilan dalam Mukim Batang Tunggang Kiri di sini buntu apabila mendapat surat daripada pihak berkuasa yang menyatakan mereka perlu pindah dan rumah mereka akan diroboh setelah didakwa menceroboh tanah tersebut.

Taha Isa, 80, berkata, surat yang baru dihantar pada 7 Mac lalu menyatakan mereka perlu pindah dalam tempoh empat belas hari dan rumah akan diroboh bagi memberi laluan kepada membaik pulih dan menaik taraf jalan Alor Setar- Kuala Nerang-Durian Burung dan Missing Link Kedah.

“Pakcik memang tak faham tiba-tiba sahaja dapat surat ini dan diarahkan untuk merobohkan bangunan kerana kononnya menceroboh tanah rizab jalan. Sudah lama pakcik tinggal di sini dan tidak pernah terlintas akan masalah ini memandangkan pakcik ada geran dan itu sudah cukup membuktikan pakcik duduk atas tanah sendiri,” katanya.

Menceritakan detik-detik awal pengambilan geran tanah ini, Taha mendapat geran pada 18 November 1969 di mana ketika itu penduduk dibenarkan memiliki tanah lot sendiri.

Bagaimanapun, beliau mendapat surat diarah pindah 7 Mac lalu dan telah diberi masa 14 hari dan ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

“Pakcik tidak akan pindah jika tidak mendapat pampasan yang sesuai. Mana lagi hala tuju kami anak-beranak selepas ini apabila pindah sehelai sepinggang. Tambahan pula ramai saudara mara kami di sini menerima nasib yang sama dan tidak mempunyai tempat lain untuk mengadu,” katanya.

Bagi Ramlah Awang, 55, beliau runsing memikirkan perkara ini kerana tidak mempunyai haluan lain setelah kematian suaminya.

“Saya terkejut dan tidak sangka masalah seperti ini akan berlaku. Geran tanah atas nama suami saya diduduki bersama lima beradik yang lain dan perkara ini menyusahkan kami semua. Sebagai ibu tunggal saya bekerja untuk membesarkan empat orang anak berumur dari 15 hingga 25 tahun dan harta yang ada cuma tanah ini sahaja untuk kami semua,” katanya.

Romlah terkilan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Kasa Asli Ismail, 43, menerima tiga pucuk surat menyatakan beliau terpaksa pindah dan rumah akan diroboh bagi memberi laluan terhadap pembinaan tersebut.

“Kali pertama terima surat pada pertengahan bulan Disember lalu, dan seterusnya menyusul surat kedua pada 1 Februari lalu dan ketiga pada 7 Mac dan kesemua surat ini mengarahkan saya pindah.

“Pelik dan runsing memikirkan masalah ini kerana ia sepatutnya tidak wujud kerana kami mempunyai geran tanah yang asal. Saya harap pihak yang bertanggungjawab menilai kembali status yang mengatakan kami menceroboh ini kerana geran tanah yang kami ada membuktikan segalanya,” katanya.

Sementara itu, bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Baru, Sazalee Abu berkata, setelah dimaklumkan penduduk mengenai perkara ini beliau menasihati penduduk untuk bersabar dan tidak membuat tindakan sendiri.

Sazalee berkata, pihaknya menghubungi Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim untuk tindakan selanjutnya.

“Saya telah menghubungi Datuk Syed Sobri mengenai masalah ini, dan hari ini beliau datang dan mendengar sendiri luahan penduduk. Harapan saya semoga ia dapat diselesaikan dengan elok,” katanya.

Selain itu, Syed Sobri ketika ditemui media berkata, pihaknya kesal dengan pengurusan Kerajaan Negeri sekarang ini yang sewenang-wenangnya menyuruh penduduk pindah walaupun mempunyai geran tanah yang sah.

“Saya kesal dengan masalah yang berlaku ini, ia membuktikan pengurusan yang dibuat tidak cekap dan penduduk menjadi mangsa. Kita semua sedia maklum akan perlakuan penduduk kampung yang sememangnya sensitif mengenai tanah ini dan saya turut kecewa dengan apa yang berlaku ini.

“Sehubungan itu, saya akan mengemukakan surat bantahan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akan bersemuka sendiri dengan pihak tersebut dan berbincang secara aman demi kebaikan penduduk di sini,” katanya.

Selain itu, beliau akan menjadi wakil penduduk dan mahu penduduk terus kekal tinggal di kampung ini serta tidak melakukan sebarang perkara lain.

“Jika ada bayaran setimpal diberi kepada penduduk, saya yakin ia bukan sesuatu masalah yang besar kerana pampasan yang diterima boleh menjadikan penduduk membina hidup baru. Harapan saya, semoga masalah ini dapat diselesaikan dan kesemua pihak akan mendapat faedahnya terutama penduduk yang seolah-olah teraniaya,” katanya.
 Sumber asal: Sinaran Harian  [di sini]

PAS: Bersama UMNO VS Bersama DAP.

Kenapa kita sering mencari perbezaan dan melupakan persamaan dalam persaingan?
“Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. “Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. “Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno,” TGNA.-Read more
-------------VERSUS------------
 However, the strain increased after PAS's election victory and the minority parties' realization that they were losing votes to the fear of an Islamic state. Shortly after the September 11, 2001 attacks, the DAP announced its withdrawal from the Barisan Alternatif on September 21, 2001. The split has led to infighting between the opposition parties in the 2004 general election. As they could not agree in the allocation of seats in each state, many seats had multiple contestants. Ties between Keadilan and PAS were also strained, as was evident in PAS' refusal to support Parti Rakyat Malaysia's bid in the Kota Bharu parliamentary seat.- Read more
Jika PAS menjadikan alasan bahawa UMNO pernah menyakitinya 24 tahun yang lalu (1977), DAP juga pernah menyakiti PAS 10 tahun yang lalu (2001). Menurut rekod, PAS dan UMNO dalam tahun 1977 berpecah kerana "pergelutan politik sesama pemimpin politik". Manakala DAP dan PAS berpecah pada tahun 2001 adalah "kerana perbezaan ideologi dan  matlamat politik".

Dari segi idelogi, PAS-UMNO mempunyai banyak persamaan. Perbezaan PAS-UMNO yang digembar-gembur kini oleh kedua-dua parti hanya lebih kelihatan sebagai desakan dan momokan persaingan politik semata-mata BUKAN pertentangan ideologi di kalangan pemimpin-pemimpinnya per se.

Persaingan merebut kuasa politik dan pola keahlian yang sama antara UMNO dan PAS menjadikan situasi saling mencari danmemberi penekanan terhadap perbezaan antara satu dengan yang lain sambil terus berusaha mengenepikan dan melupakan hakikat sebenarnya bahawa persamaan UMNO-PAS melebihi perbezaan, samada pola keahlian dan ideologi politik. Persaingan PAS-UMNO telah berjalan melebihi 24 tahun menyebabkan "kesumat dan dendam", sakit hati dan seumpamanya telah menebal dan terbuku dengan mendalam di kalangan pemimpin-terutamanya dan ahli-ahli yang fanatik khasnya.

PAS dan DAP pernah berpecah 10 tahun yang lalu. Tetapi mereka mempunyai persamaan objektif yakni menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan atau mendapatkan kuasa. Well, ultimate goal sesebuah parti siasah ialah "mendapat kuasa". Ultimate goal inilah yang mendekatkan semula PAD-DAP yang pernah terpisah. Ditambah pula dengan kehadiran PKR yang berusaha sedaya upaya mengikat silaturahim antara PAS-DAP, walaupun nyatanya kedua parti ini mempunyai ideologi yang jauh berbeza.

PAS asalnya adalah dari "Tulang Rusuk UMNO". Sebahagian PKR adalah dari UMNO dan sebahagian besarnya lahir sebagai "bayi" dari didikan dan induktrinasi atau tarbiyah DAP. Sehingga kini PKR kelihatan sebagai perantara hubungan PAS-DAP kerana dalam darah PKR, mengalir idelogi PAS dan DAP. Justifikasi yang jelas ialah bekas-bekas calon DAP yang gagal dalam PRU 11 mampu meraih sokongan yang memenangkan mereka dengan majoriti yang besar di atas tiket PKR. Bekas ahli-ahli PAS yang bertanding atas tiket PKR juga mampu meraih sokongan yang kuat dan mengalahkan BN. Jelas dengan kesepakatan itu, BN kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen di tangan Pakatan Pembangkang an BN kehilangan kuasa di 4 Negeri di Semenanjung Malaysia..

Perbezaan ideologi tidak menjamin keutuhan hubungan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang. Kenyataan ini adalah benar apabila 4 MP dan 6 ADUN Pakatan Pembangkang bertindak meninggalkan parti. Katakanlah apa saja mengenai peribadi mereka , namun fundamentalnya, mereka meninggalkan parti kerana "PERBEZAAN IDEOLOGI" sehingga berlaku krisis kepimpinan dalam parti yang sukar dikawal.

Perbezaan Idelogi inilah yang mendasari Pakatan Pembangkang sehingga sukar dinafikan bahawa mereka "very vulnerable" untuk berbalah dan akhirnya berpecah.

Adakah jaminan bahawa Pakatan Pembangkang yang berbeza ideolgi antara satu dengan yang lain dapat mewujudkan "KERAJAAN YANG STABIL"?

Kenapa PAS masih menggunakan insiden 27 tahun yang lalu sebagai alasan untuk tidak dapat berkerjasama dengan UMNO atau menjahanamkannya? Kenapa PAS dapat melupakan peristiwa yang berlaku hanya 10 tahun yang lalu dengan DAP sedangkan mereka mempunyai jurang perbezaan ideogi yang amat luas?

Theoretically, jika UMNO dan PAS bersatu dalam Barisan Nasional bersama komponen yang lain, anxiety politik tanahair akan berakhir dengan serta merta. Pastinya PAS akan lebih selesa menanamkan dan menyuburkan ideolgi Islamnya yang sebenarnya bersama orang Melayu dan Islam, tanpa perlu mentarbiyahkan masyarakat Bukan Islam dalam DAP dan PKR. Bukan Islam pastinya TIDAK akan selesa dengan Islamisasi ahli-ahli mereka yang Bukan Islam. Ke arah inilah Kerajaan Sistem Dua Parti lebih logikal untuk difikirkan. Barangkali Pakatan Rakyat-Barisan Nasional?.

Akan timbulkah seseorang, kumpulan atau organisasi yang dapat menghubungkan UMNO-PAS seperti bersatunya Kumpulan Muhajirin dan Ansar? Akan mampukah pemimpin-pemimpin di dalam organisasi ini menghimpun segala persamaan yang begitu banyak bagi menutupi perbezaan yang amat sedikit ini sehinga mereka dapat melupakan kepedihan yang berlaku lebih 24 tahun yang lalu?


Related
-PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
-Pakatan Rakyat Malaysia-self-destruct 

Cabaran: Anwar VS Zulkifli, Satu Lawan Satu Di MP P.18-Kulim Bandar Baharu-(edited)

Zulkifli berkorban untuk Anwar dan Keluarganya.  Zulkifli dikorbankan Anwar dan keluarganya.

DSAI dan Zulkifli Noordin pernah berjuang bersama-sama menentang Sodomi I. Kemudian mereka bersama-sama berjuang dalam PKR. Kedua-duanya adalah ahli parlimen.

Anwar dipecat dari UMNO kerana "liwat". Zulkifli dipecat dari PKR kerana mempertahakna pendiriannya berhubung isu Kalimah Allah dan perbuatan yang mengancam dan mencabuli kesucian Islam.


Keterangan yang DSAI meliwat seperti dibawah ini:-
However, the judges noted “We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.”Read more
Keterangan yang Zulkifli mempertahankan pendiriannya mengenai hukum-hakam Islam seperti berikut:- 
Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH. Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR.-Selanjutnya
Bagi SL, Anwar dipecat dari UMNO kerana masalah moral dan keruntuhan akhlak. Sedangkan Zulkifli dipecat dari PKR kerana membela agama Islam dan mempertahankan moral dan maruah.

Ramai pihak yang menyokong DSAI kerana bermotifkan politik semata-mata. Ramai yang menentang Zulkifli juga kerana bermotifkan politik semata-mata. Ramai yang menyokong Zulkifli kerana ketegasannya mempertahankan pendiriannya dan pegangannya ke atas Agama Islam. Ramai yang menentang DSAI kerana dia kelihatan menjaja dan memperdagangkan Islam.
Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas. Ternyata slogan mencontohi Khalifah 'Umar Abdul Aziz adalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan. Dan yang paling malang, ada segelintir dikalangan kita yang terpedaya dengan mainan politik silap mata yang menjijikkan ini; dan turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri! [Selanjutnya di sini]

Perjuangan demi bangsa, Agama dan negara sedang mekar dalam pendirian Zulkifli. Manakala bagi DSAI semua itu sudah berkubur dan ditalqinkan. Anwar gemar membawa pengaruh asing bagi mencampuri hal-ehwal negara. Manakala Zulkifli tidak lansung berkompromi dengan campurtangan asing.

Now, ramai yang mendesak YB Zulkifli untuk mengosongkan kerusi P.18-Kulim Bandar Baharu. Andainya Anwar Ibrahim VS Zulkifli Noordin berhentap di P.18-Kulim Bandar Baharu,  Satu lawan satu, mahukah Zulkifli mengosongkan kerusi itu? Mahukan Anwar mencabar Zulkifli di situ?

Ada yang mencabar? atau ada yang menyahut cabaran? SL rasa YB Zul bersedia menentang Anwar di Kulim Bandar Baharu.  Satu lawan Satu.

Wednesday, March 10, 2010

Putrajaya! Putrajaya! Putrajaya! Terpedaya!

 
Putrajaya! Putrajaya Putrajaya. Itulah perkataan yang melekat di bibir Kit Siang. Anda jangan terperdaya. Uncle Lim, Silap tu; itu bukan Putrajaya!
“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri (Pada suatu masa nanti)..Veteran opposition leader Lim Kit Siang today predicted the Pakatan Rakyat will have an easier time at the next general election if the government jails Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomy"-Kit Siang
Itulah antara ungkapan LKS yang membuat DSAI pijak semutpun tak mati. Teruja dan cair. Inilah faktor yang menyebabkan PKR sudah terlalu ghairah kendatipun terpaksa mengorbankan pemimpin-pemimpinnya yang telah mengangkat nama PKR dalam arena politik Malaysia. Setakat ini 4 Ahli parlimen PKR dan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR telah meninggalkan parti itu. Manakala 1 orang Adun dari DAP meninggalkan parti itu. Macammana dapat ke Putrajaya?

Kerusi Parlimen
  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
  3. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin (dipecat)
  4. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri
Kerusi DUN
  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
  6. Adun Jelapang Hee Yit Foong (DAP)
Ramalan akan ramai lagi yang meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat disebut di segenap ceruk. Jadi janganlah ada pihak yang kemaruk politik putrajaya sehingga terperdaya dengan ungkapan lali Kit Siang. Putrajaya! Putrajaya! Putrajaya! TERPERDAYA akhirnya.

MENGAMPU-SIAPA KALO BUKAN KEMARUK POLITIK?


Sebenarnya Zulkifli dipecat kerana budaya mengampu PIHAK lain. Now PAS mengidap penyakit mengapu itu dengan teruk. 
Hakikatnya, Zulkifli Noordin dipecat kerana pendiriannya terhadap Kalimah Allah dan pengangan terhadap hukum-hukum Islam yang dicabuli pihak tertentu. Bertolak dari Isu Kandang Babi di Sepang, Beer di Shah Alam sehinggalah ke Kalimah Allah, YB Zul mempunyai justifikasi yang cukup kukuh untuk bertegas dan berdiri di atas prinsip yang dipercayainya. Zul BUKAN PENGAMPU dan tidak berjuang untuk "please" pihak atau rakan lain.

Zul dipecat bukan kerana jenayah, bukan kerana korup, bukan kerana skandal, bukan kerana perbuatan sodomi. Siapa yang boleh menafikan bahawa  Zul juga tidak jadi munafiq kerana kemaruk politik. ZUL DIPECAT ATAS PRINSIP YANG DITEGAKKANNYA. BUKAN juga kerana berubah KIBLAT!. Cermin diri dulu.

IF ZUL JOIN UMNO, SO WHAT? MIND YOUR OWN DAMN BUSINESS!



http://peguampas.blogspot.com/   
Sebagai salah seorang pemimpin PAS Pusat saya tidak boleh menerima apa-apa alasan/ justifikasi sekiranya PAS bersedia menerima semula Y.B Zulkifli Nordin sebagai ahli PAS. Kecualilah PAS ingin diporakperandakan seperti mana Zulkifli berjaya memporak perandakan PKR sebelum ini.

Zulkifli adalah liabliti bukan aset kepada PAS dan juga mungkin kepada mana-mana parti politik. Tidak tahulah kalau Umno anggap beliau sebagai aset. Saya percaya bagi UMNO Zulkifli hanya berguna selagi beliau berada di PKR atau Pakatan Rakyat kerana bodohlah jika Umno tidak suka pemimpin Pakatan sendiri ingin hancurkan Pakatan !!! Ringkasnya Zulkifli hanya berguna kepada Umno selagi Umno boleh gunakan atau salahgunakan beliau. [Selanjutnya di sini]

RELATED:
-Pakatan Rakyat Malaysia self-destruct...

PAKATAN RAKYAT MALAYSIA: self-destruct II?

Doa TGNA tidak mungkin akan berpanjangan selama-lamanya. Lambat laun "kebenaran" akan terserlah. Mentera LKS akan juga hilang bisanya.

TGNA, SL nak lapur ni, DAP's supporters said, pig is cuter than Malay. TGNA and PAS's supporters mostly are Malays, what do you say? Don't tell me none of your business![di sini]
Bayang-bayang DAP dalam PKR semakin menjelma. Batang tubuh yang sekian lama berdiri dengan sembah sujudnya kepada Pakatan Pembangkang semakin terserlah sebagai instrument DAP yang ampuh. Ke mana saja DAP pergi, nawaitu dan paksi perjuangan yang terpacak teguh none other than very big DAP DAP. Pakatan Pembangkang yang didominasi DAP juga adalah instrument yang lebih ampuh untuk membelai dan mengusap dengan hati-hati setiap perasaan dan sanubari rakan-rakan, jika mampu diistilahkan sebagai rakan sebenar, dalam Pakatan.

Garis penamat yang ingin dicapai DAP hanyalah sehingga PRU13. Sejarah DAP meninggalkan Barisan Alternatif hampir pasti akan berulang.

Keinginan DAP pula ialah igauan Putrajaya! Putrajaya! Putrajaya! yang sering keluar di mulut Kit Siang ketika berkumat kamit. Selepas garis penamat itu, you you me me adalah kemungkinan yang amat besar dan hampir tersingkap. Jangalah terperdaya dengan putrajaya Kit Siang. Dia hanya  mengigau dan bermimpi di siang hari.

Ungkapan-ungkapan berikut adalah prelude yang cukup bertenaga untuk dijadikan andaian dan unjuran bahawa Pakatan Rakyat Malaysia sedang diancam “self destruct”. Ramuan paling aktif ke arah self destruct” ialah Democratic Action Party.:-
1. "Saya tidak boleh membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara yang benar, dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada pakatan ini dan saya ulangi kembali pendirian saya hari ini"-Karpal Singh (Kenyataan Karpal Singh yang menyeru DSAI bertaubat dan “over my dead body” kepada PAS jelas keserasian mereka tidak akan kekal dan hanya menunggu masa untuk bertembung sesama meraka)

2. Apakah ada amalan double-standard didalam Pakatan Rakyat? Saya cukup yakin rakyat cukup matang dan dapat melihat sandiwara dan mainan politik murahan yang dilakonkan. Dan saya cukup yakin rakyat sudah muak dengan mainan saperti ini dan akan menghukum mereka dengan keras di dalam pilihanraya akan datang-Zulkifli Noordin (Pemecatan YB Zulkifli Noordin setelah 3 MP meninggalkan PKR menampakkan dengan jelas kezaliman pemimpin PKR di samping kemanusiaan mereka yang kelihatan jelas tidak mengenang budi)

3. Pekikan "Makkal Sakti" pastinya kini "mute" di dalam atau di atas pentas Pakatan Rakyat. Parti Makkal Sakti adalah keterangan jelas bahawa kaum India tidak terbela seperti yang dijanjikan. Apa yang telah mampu diciptakan "Makkal Sakti era Pakatan" hanyalah pemimpin-pemimpin atau YB YB mereka yang tidak dapat membela nasib mereka di dalam kerajaan pakatan Rakyat. (Makkal adalah senjata ampuh DSAI di pentas-pentas terbuka. Kini Makkal Sakti menentang PKR)

4. Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. (Keputusan ini diabaikan menyebabkan kepimpinan PKR Sabah sehingga kini retak menanti belah)

Perbezaan ideologi terutama antara PAS dengan DAP dan PKR amat sukar malah hampir mustahil untuk berpanjangan. SL: tidak fikir bahawa kesepakatan itu dapat dipertahankan. Lambat laun ideologi masing masing tidak lagi dapat disembunyikan. Akhirnya sesama mereka akan saling bertentangan dan akhirnya self destruct. Mei, 2010 nanti, Mesyuarat Agung PRM. Pertembungan para "fir'aun kecil" akan lebih memuncak dan keretakan akan semakin membesar.

Setakat ini, 6 ADUN dan 4 MP Pakatan Pembangkang telah meninggalkan parti. Ramai yang telah meramalkan bahawa lebih ramai lagi yang akan mengikuti jejak langakah rakan-rakan mereka dan meninggalkan Pakatan pembangkang.

RELATED:
-Pakatan Rakyat Di Ambang Senja Yang Merah
-Janji-janji Pakatan Kepada Kaum India Hanya Tinggal Janji-Ke Mana perginya laungan Makkal Shakti 

Tuesday, March 9, 2010

Perisytiharan khas Sheikh Yusof Qardhawi Berhubung Kes Fitnah 2-Kenapa dia tak muncul-muncul?

Perisytiharan khas Sheikh Yusof Qardhawi Berhubung Kes Fitnah 2
Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Dan juga satu Perisytiharan khas oleh Sheikh Yusof Qardhawi berhubung kes fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim-Dari Blog DSAI

Bagaimanapun, Yusof Qardhawi yang disenaraikan untuk membuat "pengisytiharan  khas" sebenarnya tidak turut hadir. Apa yang ada hanyalah CD rekaan manusia yang hendak disebarkan kepada orang ramai. Ini bermakna "pengumuman DSAI dalam blognya" hanyalah muslihat dan tipudaya bagi menarik kedatangan orang ramai. Alahai...Cara inipun masih terpakai juga dalam keadaan terdesak..

Pesanan Yusof Qardhawi kepada TGHH...Berhati-hati dengan Anwar Ibrahim.

Persoalannya: Adakah CD itu dapat membantu DSAI dalam Kes Sodomi II? Atau mampukah CD itu membuat kes Sodomi II ditangguh-tangguh?

-noreen PJ

PROVOKASI HIDUPKAN SEMANGAT REFORMASI YANG SESAK NAFAS.

Bukankah lebih civilise jika permit diperolehi dan pengawasan polis dipohon?

Ini adalah contoh kegagalan Pakatan Pembangkang dalam usaha mewujudkan masyarakat bertatatertib dan masyarakat sivil. Mereka gagal dan sengaja tidak mendapatkan permit supaya dapat memprovokasi pihak keselamatan dan berlaku camputangan polis. Apabila kekecohan berlaku. mereka akan menganggap polis sebagai dalang kerajaan yang bertindak zalim dan melanggar hak asasi dan kebebasan. Dengan demikian modal politik parti diperolehi dan saham parti akan naik.

Salah siapa? Siapa melakukan provokasi? Tian Chua memang pakar "designer" program bagi menghidupkan semula semangat reformasi. Tapi tak perlulah membohongi rakyat dengan strategi bengini. Fight BN as a gantleman BUKAN dengan MUSLIHAT bercorak "gay" dalam sebarang gerakan. Pendekana ini sudah dikenalpasti rakyat. Sudah menunjukkan kegagalan. Ianya memanglah untuk menutupi isu kebocoran PKR dan Pakatan Pembangkang. Tak adakah cara lain?

Apakah civilise mengadakan apa juga perjumpaan politik dengan tiada permit? Apakah kita mahu mengajar rakyat kita menentang system yang ada dan telah terbukti berjaya. Apakah Pakatan Pembangkang dapat meneruska kejayaan PRU12 dengan strategi konfrontasi ini? mereka lupakah bahawa sudah 4 MP PKR meninggalkan parti dan 6 Adun meninggalkan PR kerana sikap konfrontasi ini? Apakah Pembangkang nak ramai lagi yang lari meninggalkan Pakatan Pembangkang? mampukah golongan muda yang intelek dikaburi dengan strategi provokasi untuk keuntuang politik yang murahan? Untung kan Pembangkang atau untung sub-normal (rugi)?.

Siapa yang menyokong hipokrasi yang direkabentuk dan dirancang sedemikian rupa?

-noreen PJ 

RELATED:
-Ulangtahun Dua Tahun PR. Apa Yang Dibanggakan?

Ulangtahun Dua Tahun PR. Apa Yang Dibanggakan?

Banggakah anda dengan pencapaian ini?

Dua tahun pemerintahan di negeri-negeri yang diurustabir Pakatan Pembangkang (PR) sudah cukup lama. Sepatutnya, berlandaskan kepada menifesto yang gariskan PR sebelum PRU12, satu pencapaian yang dapat dilihat rakyat telahpun dinikmati kini. Namun apa yang jelas kita lihat ialah kebergantungan harapan yang lebih dari Kerajaan Persekutuan oleh Negeri Negeri tersebut untuk pembagunan mereka samada pembangunan fisikal dan pembangunan masyarakat.

Dari segi ketertiban sosial dan membentukan masyarakat yang sivil, ternyata PR telah gagal dengan sebenar-benarnya gagal. Sebagai organisasi yang terbentuk dari hasil semangat konfrantasi, PR hanya mampu menyemai semangat konfrontasi kepada masyarakat dalam lingkungannya. Ini satu kegagalan yang amat besar.

Walaupun PR adalah sebagai kerajaan di Negeri-negeri yang ditadbirurus PR, Pulau Punang, Kelantan, Selangor dan Kedah, namun mereka dan penyokong mereka masih mengamalkan sikap konfrontasional, seolah-olah mereka adalah pembangkang dan BUKAN Kerajaan. Tanggapan ini membuat mereka leka bertindak sebagai sebuah "kerajaan" yang perlu menghormati, menanam dan mengamalkan nilai-nilai ketertiban masyarakat sivil yang conventional dalam lingkungan mereka.

Apakah PAS merasa dirinya pembangkang di Kelantan atau kerajaan di negeri itu? Bagaimana dengan PR di Pulau Pinang, Selangor da Kedah? Apakah tanggapan ini tidak mempengaruhi tindak tanduk mereka?

Memang tidak dinafikan bahawa generasi muda adalah kumpulan yang agresif, responsif dan proaktif terhadap perubahan dan innovasi. Kerana itulah gerakan reformasi, demonstrasi menuntut kesaksamaan dan seumpamanya disertai oleh ramai generasi muda. Bagimanapun, bila akhirnya generasi muda ini menyedari bahawa mereka sekadar diperguna dan diperalat untuk tujuan politik, BUKAN perubahan dan innovasi, sokongan merka semakin menurun dan eventually akan hilang. Ini adalah benar dan selaras dengan Pengakuan Nurul Izzah bahawa Suara Generasi Muda Semakin Hilang.

Beberapa demonstrasi yang dianjurkan sebenarnya tidak banyak mengubah sistem dan pelaksanaan system. Demonstrasi Bersih, Gerakan Anti ISA, PPMSI lebih kelihatan gagal mencapai matlamatnya yang sebenar tetapi berjaya membakar semangat konfrontasional. Kerana itulah lebih tepat jika dikatakan kesemua demonstrasi besar-besaran itu adalah demonstrasi politik untuk politik.

Demonstarasi menuntut penurunana harga minyak barangkali dilihat mendesak. Tetapi benarkah kerajaan tidak akan menurunkan harga minyak bila berlaku penurunan harga minyak mentah dunia, tanpa demonstrasi itu? Bagimana demonstrasi di Perak yang mendesak kerajaan minoriti  dikekalkan yang nyata membelakangkan amalan demikrasi?
Pembentukan masyarakat sivil tidak harus dibelakangkan semata-mata kerana kemahuan politik. Majlis Ceramah Pakatan Pembangkang di Kelab Sultan Sulaiman Selangor diadakan pada 8 Mac sebagai sebahagian acara Ulangtahu ke2 PR tanpa permit. Bukankah lebih sivil jika ianya diadakan dengan mendapat permit dan pengawasan pihak keselamatan? Tetapi kenapa tanpa permit? Kenapa pengawasan pihak keselamatan tidak diperolehi?

Kesimpulannya ialah ia diadakan walaupun tanpa permit kerana sebagai provokasi yang terbit dari hasil dan norma politik konfrontasional. Sekurang-kurangnya ia dapat dijadikan isu politik murahan. Sekurang-kurangnya dapat divert perhatian rakyat dari kemelut parti pembangkang yang mengalami kemerosotan dan kelihatan tenggelam. Lihatlah hasil politiknya:-
"Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. [Selanjutnya di sini]

Dalam banyk-banyak perkembangan berkait dengan politik konfrontasional, isu perpaduan memerlukan perhatian yang utama. Perpaduan adalah isu nasional yang mendesak untuk ditangani dengan bijaksana. Kenapa di negeri-ngeri yang diperintah Pakatan Pembangkang perpaduan kaum terancam? Kenapa perpaduan kaum di Semenanjung Malaysia menjadi rumit? Apapun jawaban anda ianya tidak dapat dipisahkan dengan pergelutan politik di Tanah Semenanjung. DAP sebagai parti sosialist tidak dapat menyembunyikan keutamaanya terhadap penyokongnya dari kaum Tionghua. UMNO tidak dapat menyembunyikan keutamaannya terhadap penyokongnya dari Bangsa Melayu.

Soalnya siapa yang lebih mengamalkan toleransi antara kaum? UMNO atau DAP?. DAP tidak mungkin berjaya menyembunyikan ideologinya. Setiausaha Agungnya sudah dilebel sebagi chauvinist, diktator, berat sebelah dan bersikap seperti komunis. Lawatan Kit Siang ke Sabah telahpun meniupkan semangat perkauman dengan mengatakan "KDM" adalah terpinggir dan dipinggirkan kerajaan. Bukankah ini lebih terang dan bersuluh sebagai sikap meniupkan api perkauman? Tetapi kenapa dengan hanya menyebut perkataan "Cina", LKS dan DAPnya akan berdiri telinganya dan menuduh orang lain bersikap perkauaman?. Apapun jawaban anda ianya juga tidak dapat dipisahkan dengan politik.

SL melihat bahawa Perayaan Ulang Tahun Ke II PR hanyalah sekadar perayaan politik. Tulin Politik. Tiada sebarang pembaharuan dan pembangunan fisikal dan kerohanian yang positif yang dapat dibanggakan. Perpaduan kaum yang dilaungkan dengan Malaysia Malaysia dan kemudian diikuti dengan middle Malaysia hanyalah gambar retorik yang amat besar yang mampu dilihat dengan jelas. Tiada pembangunan positif yang dapat dibanggakan mengenai perpaduan. PR gaggal sejak dua tahun yang lalu.

Dalam pembangunan fisikal, tanpa bantuan kerajaan pusat sudah pasti pembangunan negeri-negeri di bawah Pakatan Pembangkang akan terbantut malah mundur. Jangalah cuba mengabui mata rakyat dengan statistik maya kerana mereka lebih melihat realiti.

Pembangunan ekonomi negara jauh sekali diperjuangkan Pakatan Pembangkang. Gambaran bahawa ekonomi Malaysia akan ranap yang dilakukan pemimpin Pakatan Pembangkang hanya dilihat sebagai usaha menakutkan dan menghalau pelaburan asing dari memasuki negara ini. Keadaan sebenar ialah Ekonomi Negara tumbuh positif. Berkemungkinan besar ianya lebih progresif dan pantas tumbuh jika Pakatan Pembangkang TIDAK berusaha membenamkan secara negatif ekonomi Malaysia di mata dunia.

So, apalah sangat yang dirayakan oleh Pakatan Pembangkang Sempena Ulang Tahun KeII selain perayaan politik untuk politik mereka? Bukankah mereka lebih baik melihat kebocoran dan ketirisan parti dan pakatan mereka dari mengajak masyarakat ke arah konfrontasi yang "uncivilised"?

Related:
-Kaji prestasi negeri di bawah BN, pakatan pembangkang

Monday, March 8, 2010

Parti Self Destruct-Sulit akan dideclassify Ke Sungai Buloh?.

Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula!

Ramai yang menyedari bahawa YB. Zulkifli Noordin adalah team pasukan pembelaan DSAI dalam Sodomi I. 12 tahun bersama mengharungi pahit manis bersama DSAI dan keluarganya namun berakhir dengan tragis. YB Zul dipecat dan disesak mengosongkan MP Kulim Bandar Baharu.

Selama ini para blogger dan ramai lagi di luar sana mengatakan bahawa PKR hanyalah "alat" yang diperguna pihak lain untuk mencapai angan rakus politik mereka. Kini kenyataan itu disahkan sendiri oleh YB Zul setelah dia dipecat. Malah mengsyorkan Presiden PKR meninggalkan perjuangan PKR jika dia benar-benar berpegang kepada prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi.
Malahan makin lama makin terbukti beliau sekadar menjadi alat penghias mukadepan bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau. Kalau benar DSWA memegang kapada prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR. Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula! [Selanjutnya di sini]
Penyataan YB Zul ini bukan sekadar menggambarkan PKR semata-mata Ia juga jelas menggambarkan kedudukan PAS dalam Pakatan Pembangkang. walaupun Zul tidak menyentuhnya Terlalu ramai yang melihat PAS sebagai "alat dan diperalat". Baru saja kita melihat Mustafa Ali mengampu LGE di Pulau Pinang sempena perayaan Ulang tahun ke II Pr di Pulau Pinang. Apakah itu hanya "a tip of iceberg"?

Apakah juga dalam PAS Fir'aun kecil bermaharajalela? Apakah para penyokong dan pejuang sanggup dikuasai Fir'au-fir'aun kecil ini semata-mata kerana pangkat duniawi dan memenuhi tuntutan berahi ke Putrajaya yang kepastiannya terlau jauh dan semakin jauh kini?

Kita akan nantikan kerisauan YB Zul mengenai "Perjalanan yang khuatiri berubah ke Sungai Buloh. Sebagai team Sodomi I dia pasti menggenggam segumpal informasi yang "sulit" bagi Sodomi II. Apakah dia akan dipaksa PKR untuk declassify informasi sulit itu?

Parti Self Destruct Melampau: Apakah NILAI dan KEMANUSIAAN seperti ini yang anda harapkan untuk memimpin negara?

 
Gambar Kenangan Zulkifli Noordin dengan Keluarga DSAI meskipun jasa dan pengorbannya kepada mereka tidak lagi dikenang.
PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail has challenged Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin to quit as MP and prove he is still wanted by the voters...“If he is a man of principle, he should vacate his seat and allow the electorate to decide on his fate. If you want to fight, if you want to criticise, then criticise the rivals, not colleagues,” she said in her speech at the Selangor Pakatan Rakyat Convention here yesterday.-[more]
Melampau sungguh budaya PKR ini!. YB. Zulkifli Noordin, MP Kulim Bandar Baharu, selepas dipecat, didesak pula lagi untuk mengosongkan kerusi MPnya. Tidak Zalim kah perbuatan yang melampau ini?. Di mana NILAI dan KEMANUSIAAN insan yang bergelar manusia dan pemimpin? Tidak fahamkah mereka bahawa kerusi MP itu masih Hak Legitimate YB Zul mengikut  hak demokrasi dan sistem perundangan Malaysia dan antarabangsa. Kenapa main rembat dan hentam keromo saja?

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR sendiri sudah terpalit dengan perbuatan yang melampau dalam politik, tanpa peri kemanusiaan, tanpa setiakawan dan sikap tidak mengenang budi. Rupanya politik PKR membuat manusia hilang pertimbangan yang waras.  YB. Zul mengeluarkan kenyataan berikut:-
"Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, DSWA mahukan saya mengosongkan kerusi Parliment kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Look who’s talking!?.....Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan Fir’aun-Fir’aun Kecil bermaharajalela di dalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam. Sudahkah beliau lupa bagaimana Fir’aun-Fir’aun Kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka. Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi ‘the shoulder for her to cry on’ beliau kalau bukan saya!"-[Selanjutnya di sini]
Kejadian yang menimpa YB Zul ini perlu dijadikan iktibar oleh pemimpin yang lain. Lihatlah pengorbanan YB Zul yang dikorbankan PKR semata-mata ingin mengekalkan sokongan tertentu terutama yang disebut "Fir'aun kecil-Fir'aun kecil" oleh YB Zul. Bandingkan pengorbanan anda dalam parti dan keluarga DSAI dengan pengorban YB Zul. Apakah anda kalis untuk dikorbankan? Apakah tindakan Presiden itu mengenang budi?. Apakah NILAI dan KEMANUSIAAN seperti ini yang anda harapkan untuk memimpin negara? 

Kacang sudah lupakan kulitnya...Bravo Amigo atas ketegasan dan  kesabaran anda YB Zul. Sesungguhnya tidak ada siapa-siapa dan apa-apa yang dapat mengambil dari darimu apa-apa hak yang dikurniakan Allah SWT dan ditakdirkan Allah SWT untukmu dan ke atasmu.