Translate

Thursday, May 21, 2009

PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kerjasama PAS, PKR dan DAP bermula dengan Barisan Alternatif (BA), satu kerjasama politik untuk menentang dan menjatuhkan Barisan Nasional. BA tertubuh hasil dari gagasan reformasi setelah Dato seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas tuduhan liwat dan rasuah pada 20 September, 1998.
.
Pada PRU 10, tahun 1999, hasil dari kerjasama dalam BA, PAS telah menang dengan cemerlang dan menawan Negeri Terengganu. Kerusi Parliment yang dimenangi PAS juga telah meningkat dari 7 kerusi ke 27 kerusi. Bagaimanapun Barisan Nasional masih mempertahan kan majoriti 2/3 dengan memenangi jumlah kerusi parliment sebanyak 148 kerusi daripada 193 kerusi.
.
Kemenangan PAS juga serentak kemenangan besar BN. Kemenangan BN dalam PRU 10 itu mampu dibanggakan penyokong BN dengan tertumpasnya pemimpin utama DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Kata-kata Karpal Singh "over my dead body" ke atas gagasan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS adalah punca utama kekecundangnnya. Namun begitu pendirian pemimpin itu sehingga kini tidak berubah.
.
Kekalahan Lim Kit Siang pula dilihat dari spekrum dan sudut yang lain. Penyokong DAP telah menyalahkan partinya kerana bekerjasama dengan PAS. Kerjasama dengan PAS dijadikan alasan bahawa ramai penyokong DAP telah bertukar arah kerana meragui dan tidak mempercayai kerjasama dengan PAS. Kebimbangan mereka terhadap gagasan Negara Islam dan Hukum Hudud serta hukum-hukum Islam PAS yang disifatkan akan menyekat kebebasan dan hak mereka, menjadi faktor yang amat jelas.
.
Ketidak beruntungan DAP berada dalam Barisan Alternatif terutama bekerjasama dengan PAS menyebabkan DAP bertindak keluar dari kerjasama itu pada 21 September, 2001. DAP masa itu benar-benar menyalahkan PAS. Kerjasama dengan PAS, bagi DAP merupakan satu kesilapan, satu kerugian. Maka PAS pun ditinggalkan dan BA terkubur tanpa nisan. Namun PAS tetap teguh tanpa DAP.
.
Pilihanraya Umum 11 tahun 2004 menyaksikan kemerosotan besar Pembangkang. PAS Kalah di Trangganu; Kelantan kehilangan majoriti 2/3, malah memiliki hanya majoriti satu kerusi. Namun demikian Kelantan tidaklah riuh dan ribut seperti Perak sekarang ini. Dalam keadaan itu pemimpin PAS dan BN nampak semakin lebih rapat bagai keluarga. Pak Lah (Tun) membimbing tangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Orang-orang PAS dapat duduk semeja dengan orang BN. Malah isu dua Iman dan berlainan Masjid sudah berkubur dan padam dalam ingatan PAS dan UMNO. Sekolah-sekolah Rakyat yang menjadi pusat tarbiah PAS mula mendapat perhatian dan bantuan kerajaan. Demikian rapatnya "mereka-meraka yang bersaudara".
.
Lembaran politik Malaysia berubah apabila DSAI dibebaskan oleh kerajaan dari tahanan ISA. DSAI mula merencana strateginya. Kegagalan BA dulu dianalisa dan diperinci semula. Skil DSAI menyusupi PAS dan DAP adalah satu skil yang bukan alang kepalang. Sentuhannya bagai "midas touch". DSAI dapat menghidupkan kembali kembali BA yang hampir mati berkubur dan mencipta Pakatan Rakyat. DSAI dengan skilnya berjaya menyusupi minda rakyat sehingga Pakatan Rakyat yang belum disahkan kewujudannya kerana belum berdaftar masih tetap diterima. DSAI mampu mewujudkan gegak gempita politik Malaysia dan pekikan "Pakatan Rakyat". Sasaran awalnya adalah menghilangkan 2/3 kerusi majoriti BN di Parlimen dan "determination"nya berhasil. Samada ianya satu kejayaan yang "absolute" masih mampu diperdebat.
.
PRU 12 benar-benar satu kebanggaan kepada pembangkang. 5 Negeri dapat ditawan "melalui" Pakatan Rakyat. Di awal kemenangan Pakatan Rakyat, PAS mampu mendabik dada. PAS menguasai Kedah tanpa kacau bilau. Kelantan tak payah cakap.
.
Di Selangor, Pulau Pinang dan Perak, PAS kelihatan terpinggir walaupun di Perak MBnya adalah PAS. Di Pulau Pinang, barisan exco dari PAS sekadar hanya mencukupkan "korum". Di Selangor, Barisan Exco didominasi oleh DAP dan PKR. Suara PAS juga terkadang tidak diberi perhatian penting. Terakhir bila 4 ADUN BN digantung, PAS tanpa menyedari dirinya kehilangan "bargaining power". DAP dan PKR tidak perlu risau. Tanpa PAS, Pakatan Rakyat masih kerajaan di Selangor setelah 4 BN digantung; sekurang-kurangnya sampai PRU 13. Mereka tidak takut PAS bakal menyetujui Kerajaan Perpaduan dengan BN lalu menyebabkan berkuburnya Kerajaan Pakatan di Selangor. Atas dasar itu PAS tidak perlu disegani dan ditakuti lagi di Selangor.
.
Di Perak...ememmmm tak mau cakap panjang. PAS benar-benar diperalat. Cukup.
.
PAS telah banyak berkompromi dan mengalami perubahan ke arah liberalisasi negatif yang tidak di ingini dan tidak selari dengan prinsip perjuangan PAS dan penyokong "hardcore" PAS. Walaupun ramai penulis Barat mengatakan bahawa PAS dan Islam perlu menerima liberalisasi kerana liberalisasi itu "halal", PAS masih dengan pendiriannya bahawa Al Quran dan Hadis adalah pegangan dan Islam is "a way of life".
.
Kelab Penyokong PAS (KPP) dari kaum Cina yang dilihat semata-mata untuk mengekalkan "keberuntungan DAP" dalam kerjasama "Pakatan Rakyat" juga mula terhidu oleh Tuan Guru Nik Aziz dan ramai pemimpin PAS. Alasan Tuan Guru sebagai "takutkan UMNO" bersabit KPP itu hanyalah alasan politik. Kalau alasan Islam, masakan PAS takut UMNO; PAS hanya takut Allah SWT.
.
Harus diingat kewujudan PAS dahulu adalah kerana UMNO, atas kepimpinan Dato Onn Jaafar yang membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia, satu tindakan yang tidak disenangi mereka yang menubuhkan PAS. Apakah ini berulang.
.
Melihat kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung sudah menampakkan bibit-bibit perbezaan yang bakal meretakkan hunbungan dalam Pembangkang, saya lihat, keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat masih kabur. PAS mampu berdiri sendiri tanpa mengalami perubahan besar dan tanpa kerugian apa-apa. Ternyata PAS masih teguh apabila kerjasama dalam Barisan Alternatif gagal. Ternyata juga apabila DSAI masih dalam UMNO dan masih TPM dan MOF; PAS masih berdiri dengan idelogi yang kukuh dan jitu serta terus mampu menyemai bibit-bibit PAS yang tidak tercemar.
NOTA: (Pandangan saya ini tidak semestinya sama dengan pandangan anda. Namun jangan katakan bahawa anda lebih rapat dengan orang PAS dari saya atau hati anda lebih dekat dengan PAS dari hati saya).
.
Artikal Berkaitan........
.....Mungkin juga kerana ada usul fiqh yang baru dijumpai dari Taha Jabir al alwani atau Yusuf Qadhawi..Dalam muktamar PAS pun perkara-perkara seperti ini tidak lagi kedengaran. Kejayaan Anwar mengenalkan PAS kepada dunia !!..
Selanjutnya....
http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/05/pas-kompromi-maksiat-kerana-undi_21.html

6 comments:

musli oli said...

Tahniah Liza kerana tulisan yang baik dan memberi hujah yang disokong fakta sejarah. Saya hanya ingin menambah bahawa PAS asalnya dari Biro Agama UMNO. Biro ini kemudian menjadi Persatuan Ulama Islam dan keluar dari UMNO kerana tidak suka dengan budaya pemimpin UMNO yang dipengaruhi unsur-unsur Barat dengan memakai kot dan meninggalkan baju Melayu. Ada juga menyediakan minuman keras semasa mesyuarat. Persatuan Ulama akhirnya ditukar kepada nama sekarang, Persatuan Islam Se Malaya atau PAS.

Anak X PKR. said...

Anwar pula pro dan condong kepada pengujudan Badan Perundingan antara pelbagai Agama. PAS kritikal dan konservatif mengenai soal agama. Apakah ini faktor pengukuhan Pakatan Rakyat? Perlu dibimbangi ialah bila segolongan pemimpin PAS khasnya yang condong kepada erdogan dan Anwar mempengaruhi golongan muda. Mereka akan bakal meninggalkan prinsip perjuangan PAS. Apakah PAS akan melupakan perjuangan besarnya seperti yang NIJAR persoalkan bahawa "tiada mana-mana script dan manuscrip atau perlembagaan PAS menyebut mengenai penubuhan negara Islam" @ menegakkan hukum Allah SWT. PKR pula tidak mahu terlepas sokongan golongan muda yang dididik dan ditarbiah dengan perjuangan PAS.

Senjaliza said...

Saudara Musli. Terima kasih atas point tambahan. Bertambah lagi ilmu Liza. Terima kasih daun keladi, Panjang kan umur murahkan rezki.

Senjaliza said...

Kelab Penyokong PAS (KPP) menggesa penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu disegerakan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu kelihatan sudah semakin tepu.Pengerusinya, Hu Pang Chow berkata, sokongan masyarakat Cina dan India perlu ditekankan kerana sokongan kaum Melayu “tidak berubah” - 40 hingga 45 peratus sahaja yang memilih parti pembangkang itu."Kita kena pandang jauh. Jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak ikhtiar (dapatkan sokongan). Macam kita sebut kepada kekasih I love you," katanya.

BAGI SAYA INI HANYALAH HELAH DAN PERKAKAS DAP UNTUK MENGEKALKAN CENGKAMAN. MARK MY WORDS...

SOLYMONE said...

Senja Liza,
Asonong kesuabon,
Saperti biasa atau lebih tepat lagi saperti Saudara Musli, saya juga mengucapkan tahniah kepada Liza kerana usaha gigih Liza dalam mengumpul maklumat (chronicles even) yang boleh dikatakan amat detail.

Justru itu, ia nya telah membantu Liza untuk lebih mewarna warni kan lagi penulisan sehingga kelihatan lebih menarik .
Terutama sekali dalam menunjulkan peranan PAS dalam Barisan Alternatif atau pun sekarang ini lebih di kenali dengan jolokan Pakatan Rakyat(PR).

Peranan PAS dalam PK saperti mana Liza exploitasikan agak mengejutkan saya pada mula nya. Tidak terduga, disebalik tabir rupa nya Liza mempunyai simpati juga kepada perjuangan PAS di Malaysia ini.

Untuk itu, izinkan saya sekali lagi untuk kongsi informasi dengan Liza, pengalaman saya ketika bersama beberapa orang kawan 'elite' saya yang suka bertukar-tukar buah fikiran mengenai perkembangan politik di sana sini ( Nasional dan Global).

Yang menarik, mereka ini kebanyakan terdiri dari golongan bukan Bumiputera dan juga bukan Beragama Islam.
Apa yang menganjakan saya ia lah mereka ini memahami perjuangan PAS.

Menurut mereka kebanyakan kawan-kawan mereka semasa menuntut di Luar Negeri dehulu, terdiri dari mereka yang Pro PAS.

Selanjut nya, hingga kini kawan-kawan mereka itu telah meneruskan perjuangan politik mereka di Malaysia melalui parti PAS.

Disamping itu perhubungan kawan-kawan saya ini dengan kawan-kawan mereka dalam PAS itu maseh lagi berterusan.

Apa yang menarik, mereka ini boleh mengulaskan ideologi PAS dalam kontek perbezaan beragama dan politik.

Namun mereka kesal kerana ruang media di Malaysia tidak cukup luas atau terlalu terhad untuk mempromokan perjuangan sabenar PAS. “ Macam mana nak cinta kalau tak kenal “ kata mereka.

Now, membicara tentang pertambahan pengaruh pembangkang secara menyeluruh di Malaysia ini.
Bagi saya, perkembangan ini tidak lah unik sangat.

Populariti pembangkang hingga kini, bukan lah semata-mata disebabkan oleh kebolehan serba serbi DSAI seorang.
yang saya nampak, peranan beliau lebih banyak kepada penyelarasan, kontrol dan simbol.

selaras dengan itu, banyak juga fakta-fakta sampingan yang telah menjadi penyebab kelemahan dalam BN, yang harus di ambil kira.
Antara lain, termasuk lah perangai Pemimpin pehak BN sendiri, Gejalah 'money poilitik' di kalangan mereka dan yang paling penting, kemunculan mendadak, pengundi-pengundi baru yang terdiri dari golongan belia beliawanis ( ICT oriented-Freedom Thinker) di negara kita ini.

Seada nya, situasi politik kita akan bertambah bercelaru sekira nya tiada perubahan drastic ( paradigm shift) yang dilakukan oleh parti pemerentah masa kini.

Rasa nya , Negeri Sabah juga tidak akan terlepas dari tiupan ‘ Angin-angin surukan’ ini di masa akan datang.

Salam

bayugunung said...

Salam Liza..

Akuronoabarnu?

Saya cuba menarik kebelakang lagi sedikit berkenaan sejarah PAS agar ia nampak lebih jelas.

PAS jika mengikut versi perlembagaan memang ia bermula sejak ia keluar dari UMNO. Namun intipatinya dalam memperjuangkan Islam sebagai rahmat sekalian alam, PAS sudah bermula sebelum itu lagi dengan penubuhan Hizbul Muslimin yang di haramkan oleh kerajaan British kerana mempunyai kaitan dengan ikhwanul muslimin di Mesir.

Melihat kepada usia kemerdekaan yang masih muda ketika itu, ulama-ulama yg ada ketika itu mengambil peluang ini untuk sama-sama membina negara yang diperintah oleh anak watan negara ini sendiri. Satu-satunya parti yang direstui adanya oleh penjajah ketika itu iaitu umno, dipilih menjadi kerajaan.

bukankan ini satu langah bijak oleh ulama-ulama tersebut sesuda bebasnya negara ini daripada cengkaman penjajah yang tidak tahu menahu urusan org tampatan di negara ini?..para ulama ketika itu mengambil langkah proaktif dengan mengenepikan dahulu soal perbezaan ideologi, yg penting pembinaan semula negara ini mengikut citarasa orang melayu-Islam ketika itu.


Oleh kerana umno masih mengekalkan undang-undang penjajah yang tidak memberi kelebihan kepada orang Islam di tanah melayu ketika itu, maka para ulama yang istiqomah dengan Islam memisahkan diri daripada umno dengan memilih ruang yang disediakan oleh demokrasi, maka tertubuhlah PAS sebagai wasah meneruskan Islam sebgai rahmat untuk semua sehingga ke hari ini..PAS 4 All