Translate

Friday, May 22, 2009

ADUN MANIK URAI KEMBALI KE RAHMATULLAH

KOTA BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Haji Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. - Bernama
.
Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beramal soleh dan beriman. Amin.
Ucapan Takziah kepada seluruh anggota keluarga allahyarham. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kesabaran buat kalian.
I.W.R.
Jumaat Mei 22, 2009
Kematian ADUN Manik Urai kehilangan besar kepada kerajaan negeri - Nik Aziz

KUALA KRAI: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan parti PAS.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, 60, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung, sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan. Nik Aziz mengimamkan sembahyang jenazah Ismail di Masjid Manik Urai Lama di sini dengan disertai oleh kira-kira 2,000 yang lain, sebelum dikebumikan selepas sembahyang Jumaat.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat. Balu Allahyarham Siti Zaharah Ibrahim, 58, berkata suaminya dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sejak 26 April lalu.Ismail mewakili kerusi Manik Urai selama lima penggal sejak memenanginya pada pilihan raya umum 1985.
BERNAMA

1 comment:

kelambuharimau said...

pilihanraya kecil lagi la..kali ni BN pasti bertanding..insyaallah