Percaturan PAS-UMNO digagalkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat-MPPR. Percaturan Rakyat pasti akan menyusul. MPPR tentu tidak akan mampu menghalang.
.
Semua tahu, dunia tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan ditenggelamkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Semua tahu, dunia juga tahu bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat ADALAH dikuasai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat-PKR.
Semua tahu, dunia tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan ditenggelamkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Semua tahu, dunia juga tahu bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat ADALAH dikuasai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat-PKR.
DAP sudah mula gelabah bila timbulnya Kerajaan Perpaduan. DAP sudah mula memberi amaran kepada TGHH dan pemimpin PAS supaya mereka melihat diri dalam cermin dan menyedari bertapa kerdilnya mereka dalam Pakatan Rakyat. Bagi DAP, pada masa itu, PAS sudah mengalami krisis keyakinan sekaligus tidak teguh pendirian.
Rakyat Malaysia menyedari bahawa TGNA dikelilingi oleh penasihat hasil dari benih yang disemai DSAI. Sejak DSAI dalam UMNO dulu, orang-orang seperti Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Mohd Nor adalah tanam-tanaman DSAI yang sudah bertunjang. Husam Musa lebih akrab dan selesa dengan DSAI dengan mana-mana pemimpin dalam PAS sekalipun.
Zahid Hamidi juga adalah bekas orang kuat DSAI. Semasa dia memegang tampuk sayap Pemuda UMNO, dialah yang membawa isu kronisma dan nepotisma dalam UMNO sebagai persediaan DSAI meruntuhkan dinding UMNO. Bagaimanapun Zahid lebih cepat insaf dam memahami politik manipulasi DSAI. Ini ada gambaran kemampuan DSAI memanipulasi mereka yang berada disekelilingnya meskipun mereka adalah pemimpin PAS.
Dalam PAS, ramai yang menolak kepimpinan DSAI. Mereka menentang gagasan DSAI untuk menjadi PM. Mereka menaruh harapan pada TGHH berbanding DSAI. Kiranya TGHH tidak dapat menjadi PM, mereka lebih rela Dato Seri Najib dan UMNO terus memerintah.
.
DSAI juga mempunyai sejarah yang pahit dengan Mat Sabu. Mat Sabu pernah menuduh DSAI sebagai pemimpin yang memperkaya suku sakatnya dengan menjadikan mereka jutawan dalam sekelip mata. Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adalah antara nama yang jarang digembar-gembur media namun mereka adalah dikaitkan dengan kuasa DSAI semasa dalam UMNO. Apakah tanggapan Mat Sabu ini jumud dan padam? Semasa dalam UMNO, DSAI juga mengganggap PAS sebagai parti yang memporak perandakan perpaduan Melayu. Oleh itu masyarakat menganggap penolakan DSAI terhadap UG bukanlah kerana ideologi, tetapi kerana dorongan unruk mendapat kuasa politik.
Keakraban DSAI dengan DAP berbanding PAS juga sering menjadi perhatian rakyat Malaysia. Menonjolkan Makkal Sakti dan gagasan memusnahkan kontrak sosial ternyata lebih sebagai tindakan mencabaran masyarakat induk yakni Bumiputera dan Melayu.
Rengkasnya keraguan tentang tindakan DSAI mengepalai tindakan menggagalkan Kerajaan Perpaduan meninggalkan kesan yang mendalam ke sanubari masyarakat induk, Bumiputera dan Melayu. Mereka sebenarnya mengharapkan sesuatu yang lebih kongkrit akan dapat dicapai apabila idea Kerajaan Perpaduan akan dibawa ke meja perundingan. Bagimanapun ianya layu sebelum berkembang di tangan DSAI yang mengepalai Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Tentu sekali girang dalam hati LKS dan DAP tidaklah terkira.
.
Kejayan Majlis Presiden Pakatan Rakyat membenam idea Kerajaan Perpaduan belum tentu memusnahkan impian rakyat. PRK Manik Urai sudah cukup meresahkan pihak-pihak yang memusnahkan Kerajaan Perpaduan itu. TGHH dan Nasa dikhabarkan terpaksa dikawal ketat pergerakan mereka di Manek Urai. DAP Kelantan pernah menyuarakan hasratnya supaya TGHH dan Nasa ditegah dari memasuki Manek Urai.
PRK Manek Urai akan bakal menjadi operasi "post mortem". Kiranya PAS kalah atau menang tipis, ianya akan menjadi petunjuk besar bahawa Majlis Presiden tidak akan berjaya menyekat kehendak rakyat menghidupkan UG. Majlis Presiden PR jelas telah menggagalkan UG, sarana TGHH-PAS, namun rakyat akan mampu menjayakannya tanpa mendengar desakan DAP, dan membisu akan seruan PKR.