Translate

Tuesday, June 23, 2009

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Isak Rabin dan Yassir Arafat disaksikan Bill Clinton VS TGHH dan Lim Kit Siang disaksikan DS Anwar Ibrahim. Perbezaan ideologi dan budaya terus menjadi halangan besar dalam proses mencari perdamaian. Perdamaian Israel-Palastine dan Persepakatan Pakatan Rakyat seiras. lihatlah persamaan dan bayangkan perbezaan. Sejauh mana kesepakatan dapat menapak?
.
Perbezaan ideologi di antara Palestine dan Isreal telah membuktikan kepada dunia bahawa keamanan dan kestabilan panjang telalu sukar untuk termeteri dan direalisasikan. Harapan demi harapan sering bertukar menjadi mimpi ngeri. Percikan dan limpahan darah peribumi Palestine berbaur dengan hak mereka di hujung senjata. Kadang dipermain bagai "belalang padang terbuka". Polemik dan retorik sering bertukar ganti menghiasi ungkapan dengan bahasa-bahasa kemanusiaan yang mengasyikkan. Namun semuanya berakhir dengan kekejaman yang menyebakkan dada dan meluluhkan harapan.

Denyut nadi rakyat Malaysia tidak pernah kita dengar selain demonstrasi jalanan yang disembur dengan air berasid dan asap yang memedihkan mata. Sambil belantan sering berhayun mencari sikepala batu.

Lihatlah gambar di atas. Tenung perbezaan dan persamaan. Subuh yang bening nanti, pasangkan lilin, bukan di laluan pedestrian tetapi di kamar sepi. Tanyalah diri apakah harapan rakyat peribumi Palestine bakal menular di bumi Malaysia?

4 comments:

Saya Rakyat Malaysia said...

2 gambar berbeza, satu maksud yang sama.

abd naddin said...

tulisan yang mengena, kita berharap orangorang yang terkena supaya dapat memikir-mikirkan catatan Senjaliza ini.

Jeffry said...

1 - SAMA SEAGAMA, 1 - BEZA IDEOLOGI..1 BERJUANG UTK KEMERDEKAAN TANAHAIR..LG 1 BERJUANG MENJAHANAMKAN TANAH AIR DAN AGAMA

Senjaliza said...

Terima kasih Rakyat Malaysia, Sdr Abd Naddin, Sdr Jeffry. Hati ita meraung melihat saudara-saudara kita di Palestine dibunug dengan kejam. Hak mereka semakin hari semakin diragut dan dirampas dari tangan mereka. Lihat apak kata pemimpin israel:- "The Palestinians are like crocodiles, the more you give them meat, they want more".... Ehud Barak, Prime Minister of Israel at the time - August 28, 2000.

"When we have settled the land, all the Arabs will be able to do about it will be to scurry around like drugged cockroaches in a bottle." Raphael Eitan, Chief of Staff of the Israeli Defence Forces, New York Times, 14 April 1983.

JADI, Bilakah kita mempunyai keinsafan dan terus memberi ruang kepada kebencian pihak minoriti terhadap kita walaupun sesungguhnya kitalah yang memelihara siratulrahim selama ini.