"terdesak" untuk menghadapi kebangkitan rakyat?
Tsunami politik yang melanda Malaysia selepas PRU12 telah reda walaupun kesannya masih dirasai. Setelah beberapa tahun berlalu, negeri-negeri yang diperintah pakatan rakyat hanya memperlihatakan "kebangkitan rakyat" buat sementara. Menilai kejayaan dan pencapaian Negeri-negeri di bawah pakatan rakyat tidaklah seindah yang digebar gemburkan melalui "kertas", program pembangunan yang diumumkan kepada media untuk pengetahuan rakyat.
Pulau Pinang lebih menampakkan penyisihan @ penafian hak rakyat yang memerlukan pembelaan. Pemusnahan gerai-gerai perniagaan tanpa program alternatif bagi penempatan semula perniagaan mereka jelas menunjukkan bahawa hak rakyat diketepikan. Gerakan ini lebih dirasakan oleh Masyarakat Melayu Pulau Pinang.
Tindakan melenyapkan Kampung Buah Pala yang diiringi tangisan rakyat Malaysia yang berketurunan India lebih menyayat hati. Apakah ini menjadi agenda yang boleh dikategorikan sebagai "kebangkitan rakyat" menentang Kerajaan Malaysia atau kebangkitan rakyat menentang kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat?.
Pengunaan "kebangkitan rakyat" oleh hanya "segelintir rakyat" dan oleh "segelintir pemimpin" sahaja tidaklah memenuhi atau menepati kehendak istilah "kebangkitan rakyat". Mungkin Kebangkitan Segelintir" rakyat yang berjaya dihasut atau menganut ideogi politik tertentu sahaja. Dalam keadaan inilah istilah "rakyat" disalahgunakan atau "abused".
Tuntutan Bersih 2 yang berkehendakkan agar bersih senarai pengundi dengan demonstrasi jalanan sudah pasti TIDAK menepati hasrat membersihkan daftar pengundi. Apa yang berlaku jika sekiranya demonstrasi berlaku dijalanan ialah kemusnahan awam dan kerugian kepada ramai pihak terutama peniaga, pemandi teksi dan rakyat sekitar yang terganggu urusan mereka kerana "ketakutan" akan berlaku rusuhan dan keganasan.
Dengan senjata yang disita oleh pihak keselamatan sudah pasti demonstrasi itu mengarah ke kejadian yang tidak diingini atau kacau bilau yang merugikan semua pihak. Ianya juga TIDAK menguntungkan pihak penganjur kerana KEBENCIAN rakyat akan meningkat lantaran hak mereka untuk hidup dalam keadaan selamat dan harmoni tercabul.
Buktikanlah kepada dunia bahawa perhimpunan bersih bermatlamatkan untuk membersihkan daftar pengundi! Lihatlah dan dengarlah nanti bila bersih berhimpun di dalam studium..apakah isu mereka...DAFTAR PENGUNDI ATAU POLITIK ATAU HENDAK MERAMPAS KUASA seperti yang berlaku di negara Timur Tengah...
Apakah tidak benar bahawa Demonstrasi Bersih 2 ini BUKAN untuk menghidupkan semula semangat "reformasi" yang sudah sekian pudar dan dilupakan lantaran "morality" kepimpinan pembangkang yang semakin 'runtuh"? dan kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sudah ramai yang beralih arah kerana telah sedar akan kepincangan dalam parti itu sendiri?
SL tidak fikir dengan waras bahawa organisasi haram akan melakukan aktiviti "halal" dengan lebih berkesan. Soalnya lagi KENAPA ORGANISASI YANG HARAM digunakan sebagai vehicle sekiranya niat membersihkan daftar pengundi sahaja yang menjadi agenda utama?
Rakyat Malaysia akan mengadili perhimpunan organisasi haram, Bersih, di DALAM STUDIUM. Walaupun anih kerana terdapat "organisasi yang halal" berselindung di sebalik organisasi haram, kenyataannya inilah yang berlaku kini.
Now, kita tepuk dada dan tanya selera: Siapakah sebenarnya yang terdesak menghadapi kebangkitan rakyat setelah Tsunami Politik mula membadai Pakatan Rakyat.
Rakyat tidak akan mengangkat maruah pemimpin atau individu yang runtuh kernan perbuatan mereka sendiri. Sodomi II dan Video XXX panas tidak akan tertutup dengan baju kuning. Rakyat Malaysia semakin matang dengan percaturan @ permainan politik terutama mengenali "politik pembohongan dan menghalalkan cara dalam mencapai matlamat".
SL melihat secara keseluruhan PRK yang diadakan menampakkan TSUNAMI POLITIK jelas beralih arah..dan belum ada PRK selepas Sodomi II dan Video XXX panas.
Berjayakah "baju kuning" menyambung nafas reformasi dan "kepala" reformasi yang semakin pening dan memeningkan?
RELATED