Translate

Friday, September 9, 2011

Keluar PAS: "A Tip of Iceberg"

"A small evident part or aspect of something largely hidden"
"Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong....."Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO,"-Ismail Abdullah, 60-Mantan PAS Padang Terap. "Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira...."Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang,"
Sejak bersama-sama dalam Pakatan Pembangkang, PAS telah banyak berubah. Berubah dari memperjuangkan "Sistem Pentabiran Islam dan Negara Islam ke mempergunakan dan memperalatkan Islam untuk mendapatkan kuasa ke Puterajaya"

Dalam perjalanan menuju ke Puterajaya ini, semakin hari PAS semakin berubah dan berubah, Pemimpin PAS semakin mempertahankan banyak perkara yang tidak sama sekali boleh ditoleransi. Dalam banyak perkara, pemimpin PAS menjadi kaku dan ultra liberal terutama bila berdepan dengan keinginan DAP. Pemimpin PAS sanggup menentang organisasi Islam demi menyirami kesuburan DAP.

Isu beer, isu Video Sex Panas China doll dan Omega, Isu memurtadkan umat Islam dan Isu Kemerdekaan yang dikaitkan dengan Tragedi Bukit Kepung' hanyalah "tips of Iceberg". Perkara-perkara yang nyata di hadapan mata pemimpin PAS cuba untuk dinafikan dan perkecilkan walaupun hakikatnya persoalan ini BESAR DAN BERAT. Perkara ini telah banyak membuakkan kebencian rakyat termasuklah mereka yang pernah menyokong PAS dan ahli-ahli PAS.

Kepimpinan PAS sudah berubah menjadi ultra liberal yang bercanggah dengan kemahuan dan ideologi PAS asal. PAS perlu meneliti buka semata-mata isu berkait dengan "journey to Puterajaya". Ikuu rakyat dan pengundi hendaklah diberi perhatian.

Tindakan ahli-ahli PAS Pulau Pinang meninggalkan PAS dulu semasa lawatan PM ke Pulau Pinang dan terakhir ..Ahli Pas masuk UMNO isu Bukit Kepong hanyalah "tips of iceberg". Kepimpinan PAS tidak perlu alpa kerana DAP "sparking the fire" menyokong mereka..DAP bukanlah rakan sejati PAS.

Perkara-perkara yang disebutkan di atas hanyalah tip of iceberg. Silent protes di kalangan rakyat termasuk mereka yang pernah menyokong PAS dan ahli-ahli PAS lebih mengancam dan menghalang perjalanan PAS ke Puterajaya.

RELATED:
Kenyataan Mat Sabu Pamer Gelagat Sebenar PAS-Tun M. 

Thursday, September 8, 2011

Dakyah.

Mat Indera dan Mat Sabu. Apa bezanya?

Mat Sabu telahpun memilih Mat Indera sebagai model perjuangannya. Bagi Mat Sabu, Mat Indera adalah Perjuang Kemerdekaan. Untuk memaksa Mat Sabu menolak atau mengenepikan model perjuangan dan Pejuang Kemerdekaan yang dipilihnya tidaklah semudah menyalin pakaian. 

Sebenarnya ungkapan yang keluar dari mulut Mat Sabu adalah yang terbuku di hatinya hasil dari pemikiran dan hasil dari formulasi otaknya sebagai Mat Sabu. Memaksa Mat Sabu menerima ideologi anda bagai memaksa "haiwan carnivorous menjadi omnivorous"!

Mat Indera dan Mat Sabu apa bezanya?

Mat Indera telah terpengaruh dan menyertai perjuangan bersenjata komunis kerana telah menerima DAKYAH komunis. Lalu Mat Indera telah mengangkat senjata memperjuangkan ideologinya demi menggalas perjuanganya, perjuangan komunis, untuk menyahkan penjajah British. Kerana Dakyah itu, Mat Indera sudah sedia berjuang meskipun terpaksa membunuh bangsanya. Dia sudah bersedia membunuh atau dibunuh!

Melebel Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, penderhaka atau pejuang komunis kini akan tetap dipertikai dalam jangkawaktu yang panjang dan membuang masa!. Malah lebih menyakitkan!. Namun faedah dari pertikaian tidak memberi manafaat yang jitu. Perpecahan mungkin berlarutan dan merugikan!

Mat Sabu dan Mat Indera, apa bezanya?

Mat Sabu sudah menyertai perjuangan Pakatan Rakyat khasnya DAP. Untuk memaksa Mat Sabu menolak dan mengenepikan ideologi perjuangannya dalam Pakatan Rakyat khasnya DAP tidaklah semudah menukar kepiah!

Sebenarnya yang menjadi pilihan Mat Sabu, adalah sebagai menggalas keinginannya untuk merampas Puterajaya. Inilah yang terbuku di hatinya hasil  pemikiran dari formulasi otaknya. Memaksa Mat Sabu untuk menerima ideologi anda atau ideologi Barisan Nasional bagai memaksa lembu mengembik!

Dua Mat: Sabu dan Indera, apa bezanya?

Kedua Mat ini tidak jauh berbeza. kedua-duannya telah menerima DAKYAH. Mat Indera telah menerima dakyah Komunis dan tergamak membunuh bangsanya. Mat Sabu telah menerima dakyah Pakatan Rakyat khasnya DAP sehingga tergamak menggadai maruah bangsanya termasuk agamanya.

Hendak menasihat atau mengajar Mat Sabu!, dia bukan budak kecik. Dia dah Besar Panjang dan Matang. Nak menyembelihnya, dia bukan Binatang Korban. Dia adalah "politician". Baginya fakta sejarah hanyalah hiasan. Jika tidak menguntungkannya, perlulah dia ketepikan.

Untuk mengajarnyanya, biarkan dia rebah digelanggang politik yang menjadi pilihannya. Jika PAS merasakan Mat sabu benar-benar menggadaikan maruah bangsa dan agamanya, PAS perlu melebelnya sebagai liability yang bakal diketepikan. Jika Rakyat merasakan kehadirannya dalam gelanggang politik sebagai penderhaka kerana memilih model politiknya yang salah, rebahkan dia dalam gelanggang pilihannya.

Akhirnya generasi akan datang akan melihat sejarah beza Mat Sabu VS sejarah  Mat Indera!. Tentu sekali TIDAK JAUH BERBEZA!.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.