Translate

Thursday, September 8, 2011

Dakyah.

Mat Indera dan Mat Sabu. Apa bezanya?

Mat Sabu telahpun memilih Mat Indera sebagai model perjuangannya. Bagi Mat Sabu, Mat Indera adalah Perjuang Kemerdekaan. Untuk memaksa Mat Sabu menolak atau mengenepikan model perjuangan dan Pejuang Kemerdekaan yang dipilihnya tidaklah semudah menyalin pakaian. 

Sebenarnya ungkapan yang keluar dari mulut Mat Sabu adalah yang terbuku di hatinya hasil dari pemikiran dan hasil dari formulasi otaknya sebagai Mat Sabu. Memaksa Mat Sabu menerima ideologi anda bagai memaksa "haiwan carnivorous menjadi omnivorous"!

Mat Indera dan Mat Sabu apa bezanya?

Mat Indera telah terpengaruh dan menyertai perjuangan bersenjata komunis kerana telah menerima DAKYAH komunis. Lalu Mat Indera telah mengangkat senjata memperjuangkan ideologinya demi menggalas perjuanganya, perjuangan komunis, untuk menyahkan penjajah British. Kerana Dakyah itu, Mat Indera sudah sedia berjuang meskipun terpaksa membunuh bangsanya. Dia sudah bersedia membunuh atau dibunuh!

Melebel Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, penderhaka atau pejuang komunis kini akan tetap dipertikai dalam jangkawaktu yang panjang dan membuang masa!. Malah lebih menyakitkan!. Namun faedah dari pertikaian tidak memberi manafaat yang jitu. Perpecahan mungkin berlarutan dan merugikan!

Mat Sabu dan Mat Indera, apa bezanya?

Mat Sabu sudah menyertai perjuangan Pakatan Rakyat khasnya DAP. Untuk memaksa Mat Sabu menolak dan mengenepikan ideologi perjuangannya dalam Pakatan Rakyat khasnya DAP tidaklah semudah menukar kepiah!

Sebenarnya yang menjadi pilihan Mat Sabu, adalah sebagai menggalas keinginannya untuk merampas Puterajaya. Inilah yang terbuku di hatinya hasil  pemikiran dari formulasi otaknya. Memaksa Mat Sabu untuk menerima ideologi anda atau ideologi Barisan Nasional bagai memaksa lembu mengembik!

Dua Mat: Sabu dan Indera, apa bezanya?

Kedua Mat ini tidak jauh berbeza. kedua-duannya telah menerima DAKYAH. Mat Indera telah menerima dakyah Komunis dan tergamak membunuh bangsanya. Mat Sabu telah menerima dakyah Pakatan Rakyat khasnya DAP sehingga tergamak menggadai maruah bangsanya termasuk agamanya.

Hendak menasihat atau mengajar Mat Sabu!, dia bukan budak kecik. Dia dah Besar Panjang dan Matang. Nak menyembelihnya, dia bukan Binatang Korban. Dia adalah "politician". Baginya fakta sejarah hanyalah hiasan. Jika tidak menguntungkannya, perlulah dia ketepikan.

Untuk mengajarnyanya, biarkan dia rebah digelanggang politik yang menjadi pilihannya. Jika PAS merasakan Mat sabu benar-benar menggadaikan maruah bangsa dan agamanya, PAS perlu melebelnya sebagai liability yang bakal diketepikan. Jika Rakyat merasakan kehadirannya dalam gelanggang politik sebagai penderhaka kerana memilih model politiknya yang salah, rebahkan dia dalam gelanggang pilihannya.

Akhirnya generasi akan datang akan melihat sejarah beza Mat Sabu VS sejarah  Mat Indera!. Tentu sekali TIDAK JAUH BERBEZA!.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.

5 comments:

United Melayu No Otak(UMNO) said...

HIDUP Mat Sabu,,,,
AL-FATIHAH buat Mat Indera.

anak X-PKR said...

United Melayu No Otak adalah contoh dan model yang menerima Dakyah DAP. Hatta Dakyah Komunispun akan diterimanya.

rakab said...

Terlajak perahu boleh diundur,

terlajak kata ,padah menimpa..Pas binasa !!

Mat Sabu timbalan presiden Pas paling celaka dalam sejarah !!

anak X-PKR said...

Mat Indra dan pasukan kominisnya bukan sahaja membunuh rakus anggota polis Islam, malah membakar hidup-hidup anggota dan ahli keluarga mereka...Pejuangkah Mat Indera ini.

PAS mau tukar idelogi sekali lagi ker? Dari negara Islam ke negera Kebajikan ke Negara Komunis?

United Melayu No Otak(UMNO) said...

Allo anak X-PKR..
Klu lu tak tau citer sebenar tk payah la nk buat2 citer.Belajar betul2 sejarah ye.Klu dok asyik baca utusan meloya,berita hairan,asyik tgok tv 3 suku je mmg kau jd mcm ni la sampai bila2.