Jika ada "dalang" di sebalik tentangan terbuka Timbalan Presiden LDP, Chin Su Phin terhadap kepimpanan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Datuk Peter Pang En Yin lebih arif mengenainya. |
Sejak Kong Hong Ming menentang Chong Kah Kiat, (CKK), LDP sering saja berkocak.Kong Hong Ming meninggalkan LDP dan menyertai PBS kemudian menyertai PKR dalam gerakannya memburu pangkat dalam politik. Kong dulu memang selesa dengan rakan-rakan dalam BN tetapi bertentangan dengan Presidennya, CKK. Kong dikatakan "lawan taukee". Dalam PKR Kong masih tidak selesa kerana berkongsi kawasan yang disasarkan dengan DAP di DUN Sri Tanjung dan SAPP di Parliment Tawau.
Kini bercakap dan berdebat pasal "DALANG" di sebalik tentangan Timbalan Presiden LDP, orang ramai tidak perlu main teka-teki dan membuat andaian (spekulasi). Tanya saja Datuk Peter Pang.
Apakah LDP akan meninggalkan BN?. SAPP sudah meninggalkan BN tetapi SAPP juga berpecah. Raymond Tan masih menjadi menteri Kabinet Negeri dan menyertai Gerakan. Datuk Peter Pang sudahpun diandaikan akan menyertai Gerakan. Apakah LDP tidak membaca keadaan bahawa LDP juga akan berpecah jika meninggalkan BN dan terpeksa bersaing dengan DAP, SAPP dan PKR serta parti parti lain yang pernah melawan "taukee" mereka.
SL BUKANnya DALANG. Jangan sembarangan menuduh dan menjadi dalang sebab bila tabir tersingkap dalang sudah menjadi species yang tidak dihargai....
Related:
Timbalan Ketua Menteri Sabah Tinggalkan LDP