Mampukah MB Selangor ini mendesiplinkan Penjawat Awam di Selangor?
Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Selangor "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat). Manakala PAS Pusat pula dikatakan sedang menimbangkan tindakan yang lebih keras terhadap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Y.B. Dr. Hassan Ali, di atas kelantangannya secara terbuka mempersoalkan tindak tanduk Selcat termasuk kebertanggungjawaban dan ketelusan badan itu apabila ianya hanya dikuasai oleh pemimpin politik Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat yang selama ini mencanangkan badan bebas lebih jelas TIDAK melakukan apa yang mereka katakan, war-warkan dan perjuangkan. Campurtangan Selcat dalam urusan pentadbiran awam, dianggap keterlaluan oleh penjawat awam jelas memadamkan gagasan kebebasan yang PR Perjuangkan. Dengan ini mulalah sektor awam mempersoal kewibawaan PR untuk membentuk dan mengurus tadbir negara. Jelaslah bahawa apabila system dan peraturan umum yang selama ini menjadi peraturan dan norma pentadbiran dan terbukti berjaya diketepikan maka kekecamukan yang menimbulkan kebencian rakyat pasti akan timbul.
Pemuda PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tidak sehaluan dan PAS Pusat berkait isu Selcat dan tidak tanduknya. Selcat pula dipengerusi Speaker Selangor dari DAP yang pernah popular mencampakkan "peraturan Mesyuarat" DUN Selangor ke dalam tong sampah. Oleh itu kewibawaanya sebagai pengerusi sendiri dipersoal dalam melaksanakan urustadbir dan system mengikut peraturan. PAS pula tersepit dalam dilema antara mempertahankan DAP sebagai rakan Pakatan atau terpaksa mengorbankan pemimpinnya sendiri demi keutuhan Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama, rakyat terus mempersoal perjuangan PAS dan idelogi perjuangannya. Apakah PAS tergamak mengorbankan Pemimpinnya sendiri semata-mata menjaga hati DAP atau menegakkan dasar perjuangan PAS?
Segelintir masyarakat sudah membuat andaian bahawa perangai dan sikap ini hanyalah satu lakunan tpemimpin politik terutama apabila menjelang pilihanraya kecil seperti Bagan Pinang, Negri Sembilan, PAS cuba memperlihatkan tentangannya terhadap tindak tanduk dan dasar-dasar DAP dan pegangannya terhadap prinsip perjuangan PAS diperketat sebagai daya tarikan dan gambaran terhadap sokongan pengundi Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat dari PAS. Apakah cara dan pendekatan ini mampu untuk mengabui mata rakyat? Atau rakyat mula menghidunya sebagai lakonan?
Bila Dr Hassan Ali dan Azmin Ali (bukan adik beradik) diwar-warkan sebagai YB di Selangor yang bakal menggugat kedudukan Menteri Besar, YAB Abdul Khalid bin Ibrahim, keadaan ini sudah mula menjadi tekanan kepada Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Selangor sudah mula goyah. Meraka dihantui kejatuhan dan keruntuhan seperti yang telah terjadi dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Tidak kurang penganalisa politik yang melihat bahawa era ini merupakan buat pertama kali rakyat Malaysia memberi kepercayaan dan mandat kepada "Pembangkang" melalui PRU 12. Oleh itu, tindak tanduk pembangkang, Pakatan Rakyat, yang tidak menampakkan permuafakatan dan kesepakatan yang matang sudah mula menyingkap keraguan rakyat terhadap kredibiliti dan akauntabiliti PR sebagai kerajaan. Keadaan di 4 negeri dalam Malaysia tidak banyak berubah malah mengalami kemerosotan. Sehingga kini rakyat sudah mula dan meneruskan penimbang taraan. Tidak mutshil rakyat akan menarik semula mandat ini menjelang PRU 13 atas dasar ketidak yakinan dan hilang kepercayaan.