Translate

Friday, February 6, 2009

Perak: "Melabok" atau Di Rampas?


YAB Dato' Seri Najib Tun Razak bersama-sama DUN Keadilan dan DAP yang meninggalkan Pakatan Rakyat. Kalau ini macam Zionist, Apa pula 916 Dato Seri Anwar Ibrahim menggoda MP BN?

Hinanya Najib merampas Perak!
........Wan Nordin Wan Yaacob2009-02-06 10:37:58
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - "Rampasan kuasa", itulah yang disifatkan Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas ketika membuat ulasan mengenai perkembangan di Perak.............
.........
Apakah pula 916 Dato Seri Anwar Ibrahim dalam gerakanya menawan Puterajaya?. Ini macam cerita "si ketam menyindir si udang yang kulitnya menjadi merah bila direbus" atau "si belanga mengata buntut kuali hitam".

Saya rasa kanak-kanak sekolah rendah mula diajar mengira 1+2=3. Bila sampai darjah agak tinggi sedikit mereka mungkin diajar seperti 28+3=31. Bagi kanak-kanak, ini masih mudah. Dengan membilang mengguna jari mulai 28 tambah tiga jari mereka akan menjawab dengan suara kanak-kanak "tiga poloh satooo". Mereka juga tahu 31 lebih banyak dari 28. Kenapa orang politik tidak melihat 31 adalah majoriti dari 28?

Sekiranya 31 berbanding 28, 28 itu minoriti. Maka 28 itu melaboklah!. Apa susah-susah!
Baca Lagi....
........''Jangan mulai bentuk politik 'hijack' seperti ini. Ini satu pengajaran kepada pakatan. Mereka sendiri yang terima balasannya," .......

Thursday, February 5, 2009

Sia-sia cabar keputusan SPR - Karpal

(Dari-email seorang sahabat)

Percaturan Politik Di Perak......
Sia-sia cabar keputusan SPR - Karpal
.
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Adalah sia-sia untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Behrang dan Changkat Jering di mahkamah, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
.
Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan berkata, ia "akan hanya membazirkan usaha dan masa" untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan hari ini, kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa.
.
Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu, Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.
.
"Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
MORE...

Wednesday, February 4, 2009

BARISAN NASIONAL AMBIL ALIH KERAJAAN DI PERAK?


Mereka yang meninggalkan PKR, DAP dan kembali semula
ke UMNO ada bersama TPM.
Apakah ini tidak menunjukkan bahawa mereka menyokong BN?.

Dua ADUN PKR, satu ADUN DAP dan 1 kembali ke pangkuan UMNO. Mereka semua mengistyiharkan menyokong BN sementara menyatakan diri sebagai DUN "BEBAS". Samada mereka sebagai DUN Bebas atau menyertai BN, apa yang jelas kerajaan Pembangkang dulu telah kehilangan majoriti DUN di Perak.
.
Keberadaan mereka di Puterajaya bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak menceritakan segala-galanya bahawa mereka menyokong Barisan Nasional.
.
Apakah Menteri Besar semasa Kerajaan Pembangkang di Perak berhak membubarkan DUN Perak sedangkan kerajaan itu kehilangan majoriti?. Semua keputusan kini masih ditunggu untuk dinyatakan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.