Translate

Wednesday, November 16, 2011

"ASAL BUKAN UMNO" TERLINDUNG!

Perdana Menteri Pakatan pembangkang, BUKAN Perdana Menteri Malaysia. Mampukan menusia  ini melindungi Islam?.

Anda tentunya masih ingat ketika kerajaan bersiap sedia membentangkan buget 2012, Pakatan Pembangkang juga sebok menyediakan Buget Pembangkang. Konon lebih baik. Tetapi Buget Pembangkan padam begitu sahaja dan tidak lagi ujud. SL tak fikir Pakatan Pembangkang bersungguh-sungguh soal budget. Mereka hanya berminat mendapatkan KUASA.

SL Lihat KUASA yang diidamkan Pakatan Pembangkang semakin hari semakin jauh dari jangkauan Pakatan pembangkang.

Ketika negara memperkenal Transformasi Ekonomi Malaysia, Pakatan Pembangkang sebok dengan Buku Jingga. Transformasi Ekonomi negara mendapat sanjungan negara maju termasuk Amerika Syarikat. dan kuasa-kuasa ekonomi dunia. Anehnya, Buku Jingga pula tiba-tiba terpadam, sekalipun dalam benak sesetengan pemimpin pakatan Pembangkang. Seolah-olah mereka sudah menerima hakikat bahawa Buku Jingga sekadar membawa agenda mengabui mata Rakyat Malaysia telah memakan diri Pakatan Pembangkang sendiri. Tidak ada kesan yang Rakyat Malaysia lihat walau sekelumit dari pelancaran buku jingga Pakatan pembangkang. Hanya Rafizi sahaja yang menjadikannyasebagai modal politik peribadi.  Tetapi siapalah Rafizi!

Bila Najib menunaikan ibadah Haji ke Tanah Suci, Pakatan Pembangkang sebok menghiasi dada dunia cyber mengatakan Anwar juga telah terlebih dahulu menunaikan ibadah itu. Sayangnya apa yang Pakatan Pembangkang hidangkan mengenai Anwar ke Tanah Suci ialah gambar kotor "photoshoped" Saiful ke  Tanah Suci yang dilapis dan lepat leput dengan wajah Anwar. Berdosa belakang kira. Pokoknya Pakatan Pembangkang mahu kemarok meroyan agar manusia seperi "gambar di atas"  menyaingi Najib yang ke Tanah Suci.

Ketika Lim Guan Eng mengatakan Anwar "..tetap menjadi pilihan Pakatan Pembangkang untuk menjadi PM", ayam-ayam jantan yang ekornya bergelumang tahi mula berkokok berderai-derai. Takpe lah bagilah dia PERDANA MENTERI PAKATAN PEMBANGKANG. Itupun kenalah menjawab samada manusia seperti gambar di atas layak jadi Perdana Menteri pakatan pembangkang!. 

Guan Oink pada hakikatnya tahu jika DSAI jadi Perdana Menteri Pakatan Pembangkang, DSAI akan menjadi PM yang teramat rapuh dan mudah ditubangkan DAP. Maruah DSAI seperti cacing yang menjijikkan tetapi masih digunakan DAP sebagai umpan kerana cacinglah yang disambar ikan buas.

Sukar dinafikan bahawa DAP menguasai Pakatan Pembangkang. Lain-lain komponen hanyalah "pak yes man". Tidak kira yang berjanggut macam kambing dan bertengkolok kering. Oleh itu, mampukan pakatan pembangkang meletakkan Islam ke mercunya dan terpelihara serta terlindung?.

Anwar sendiri berdolak dalik mengenai Hudud. Katanya Hudud tidak bertempat dalam Ideologi pakatan pembangkang. Bagaimana pula Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerang PAS Pusat mengatakan pakatan pembangkang melindungi Islam? Atau ASAL BUKAN UMNO, termasuk DAP,Teresa Kok, Elizabeth Wong, dan Tony Phua dapat melindungi Islam!..pokoknya "ASAL BUKAN UMNO"!

"Asal Bukan UMNO" ini akan memakan PAS sendiri. Barangkali SYAITAN dan DZAJAL dapat menlindungi Islam kerana Syaitan dan Dzajal bukan UMNO. Asal Bukan UMNO lagi!

Barangkali "Perdana Menteri Pakatan Pembangkang" (gambar di atas) dapat melindungi Islam kerana dia juga bukan UMNO.."Asal Bukan UMNO"...

ASAL BUKAN UMNO HAH!