Translate

Wednesday, May 11, 2011

HUDUD HIM

Siapa yang akan buat rejaman yang pertama?

YANG DSAI SUKA DENGAR DAN YANG RAKYAT KUBURKAN.

"Janganlah Makan Petai Pandi Kunti"
WATCH THE REAL CLEAR VIDEO here. 

Seorang penglipur lara politik berkulit gelap dan bermisai tebal duduk dikedai kopi. Beberbicara dengan suara yang lantang, provokatif dan cari pasal. Kadang terpercik air liur dari mulutnya. Siapa yang mencabarnya pasti akan mencetuskan pergaduhan. Ego dan bersikap seakan tiada lagi lelaki dalam dunia..Dia sorang jer.. katanya "kalopun dia main pompuan live depan mata saya, tangkap video warna, saya tetap sokong dia sebab UMNO memang Bankrupt". Sambil menghirup kopi O pekat, habuk rokoknya yang memanjang gugur ke lantai. Soal kebersihan jauh dari benaknya. "Dia" yang dimaksudkannya ialah DSAI.

Saya teringat seorang pemiutang yang tidak langsung dapat membayar hutangnya dari seorang teman. Seorang teman ini memandu Mercedes  dan berumah bunglo hasil usha gigihnya. Anak-anaknya berpelajaran tinggi dan teratur penghidupannya. Sedang si pemiutang tidak mahu meminta agar hutangnya dihalalkan sahaja kerana dia tak mampu membayarnya. Guess what..Kata si Pemiutang..."sesorang itu (yang memberinya hutang) @ dia memang bankrupt".

UNGKAPAN INILAH YANG BARANGKALI DSAI PALING SUKA....

Adakah anda menyukai lelaki ini? Adakah ini yang anda inginkan? Adakah ungkap ini yang anda suka? Adakah pelakon yang disukai oleh lelaki ini yang anda inginkan untuk memimpin negara?

Wahai RAKYAT MALAYSIA..jawablah....

Parti Yang Terdesak Pemimpin Yang Terdesak

YANG TERDESAK
PELAKON INI DESPERADO. lebih jelas di sini
 Rakyat Malaysia sudah matang dan bijaksana menilai. Mereka tahu SIAPA DALAM GAMBAR INI. Mereka tahu siapa yang TIDAK layak menjadi pemimpin mereka.

Bila DSAI mengatakan bahawa Najib dan UMNO adalah TERDESAK. Dalam bahasa lain disebut DESPERADO. Inilah kata DSAI ..."Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."..... siapa sebenarnya yang terdesak?

PKR Bertanding dalam PRU 2011 Sarawak hanya menang 3 kerusi daripada hampir 49 kerusi yang ditandinginya?........Bolehkah Najib dan UMNO Terdesak dalam keadaan ini?

Di Sabah, PKR hanya wujud pada nama. Kepimpinan PKR bertelagah sesama sendiri. PRU yang lepas PKR tidak langsung memenangi sebarang kerusi. Bolehkah Najib dan UMNO Terdesak dalam keadaan ini?

'TIDUR NAJIB TIDAK TERGANGGU DENGAN CEMUHAN DAN BAHASA KESAT DSAI  Najib Tidur Lena". Bolehkah Najib dan UMNO Terdesak dalam keadaan ini?

Parti dan Siapa sebenarnya yang terdesak?