Translate

Showing posts with label Shafie Afdal. Show all posts
Showing posts with label Shafie Afdal. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

TAHNIAH BUAT SABAHAN.

Perlantikan empat Menteri Penuh dan lima Timbalan Menteri rasanya sudah wajar menunjukkan bahawa dalam Kabinet Malaysia membanggakan.

Selain ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee yang juga dari Sabah, tidaklah wajar lagi dikatakan bahawa Sabah dianak tirikan dalam barisan Kabinet Malaysia. Tidak lagi perlu timbul soal "memalukan" dan "rumah teres" yang pernah di perkatakan YB Datuk Ghapur Salleh MP Kalabakan dan YB. Datuk Anipah Haji Aman, MP Kimanis sedikit masa lalu.

Soal yang penting yang perlu diberikan penekanan pada masa ini ialah soal peruntukkan pembangunan. Soal "slice of pie" yang lebih adil dan saksama bagi Sabah memandangkan lebih banyak "yang perlu dilaksanakan" di Sabah memandangkan Sabah di lihat masih mengalami gejala kemiskinan yang tinggi.

Saya tidak yakin bahawa Pembangunan Korridow adalah jawaban kepada masalah gejala kemiskinan penduduk. Barangkali Pembangunan Korridow dapat mengubati "kemiskinan hati" sesetengah pemimpin yang tergamak melihat kemiskinan dan derita rakyat dengan program yang memperkaya golongan yang kaya raya.

Mungkin gejala kemiskinan di Semenanjung Malaysia berbeza dari segi ciri dan sifatnya. Kemiskinan di Sabah banyak dipengaruhi oleh kekuarangan atau langsung tiada kemudahan infrastruktur khasnya infrastruktur yang utama seperti Jalan Raya, Letrik dan Air.

Andainya "Little Jenny berkunjung ke Pedalaman dan membina infrastruktur ini, penduduk pedalaman ini tidak perlu meminta jenny untuk memberi mereka wang. Mereka mampu berdikari dengan kekayaan sumber yang ada".

Kemiskinan di Semenanjung Malaysia tidak lagi menyebut Jalan Raya, Jambatan Gantung, Paip air, Sistem Pengairan Pertanian khasnya padi, Klinik Desa, Sekolah Rendah, Tadika dan seumpamanya. Semua kemudahan itu hampir telah tersedia. Namun di Sabah, kemudah ini masih terlalu kurang terutama di Bahagian Pendalaman. Hakikat yang perlu di fahami ialah Sabah itu luas dan densiti kependudukannya di kawasan Pedalaman rendah.

"Slice of pie" ke Sabah sesungguhnya perlu wajar dan adil kerana sesungguhnya dan sebenarnya "Sabah menyertai Malaysia sebagai sebuah Negara".

Sunday, October 19, 2008

Datuk Shafie Haji Afdal Cacat Sejarah.

Datuk Shafie Haji Afdal Pemimpin dari Sabah yang telah dapat mendalami budaya politik di semua peringkat Persekutuan dan Negeri

Shafie catat sejarah
Oleh Saufi Hamzah, Siti Nur Almizan Aripin, Bennie Zie Fauzi dan Nurul Farina Nazlan bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mencatat sejarah sebagai pemimpin Sabah pertama melayakkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Sehingga malam tadi, Shafie mengumpul 26 pencalonan selepas mendapat pencalonan dari Kemaman, Raub, Pokok Sena, Padang Rengas, Merbok, Gelang Patah, Kinabatangan, Batu Sapi dan Alor Star. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut layak apabila meraih 21 pencalonan termasuk dari Bachok, Padang Rengas dan Tebrau. Syarat layak bertanding jawatan Naib Presiden ialah 20 pencalonan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mengungguli pencalonan jawatan Naib Presiden apabila mengumpul 38 pencalonan termasuk dari bahagian Merbok, Padang Rengas, Pokok Sena, Raub, Bachok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengumpul 17 pencalonan selepas meraih pencalonan dari Kemaman, Bachok, Pokok Sena, Merbok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kini mendapat lapan pencalonan termasuk dari bahagian Kemaman sambil bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menerima pencalonan dari Raub untuk mengumpul tiga pencalonan setakat ini, manakala bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menambah dua lagi pencalonan masing-masing dari Padang Terap dan Padang Besar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan masih dengan dua pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad (empat) dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim (lima). Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada di depan untuk merebut jawatan Presiden apabila mengumpul 43 pencalonan setakat malam tadi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila mengumpul 37 pencalonan termasuk 13 semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing masih dengan tiga pencalonan setakat ini bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.