Apakah pengumuman DSAI menolak Perletakkan Jawatan Jeffrey dapat memadam bahang Jambatan yang dibakar Jeffrey? Apakah itu gambaran perubahan kepada "style politik DSAI ke arah berlembut atau sekadar menutupi kekhilapan pimpinan PKR Pusat?
Sedikit masa lalu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah mengisytiharkan perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan semua jawatan dalam parti itu kecuali sebagai ahli biasa. Dia telah membuat kenyataan bahawa kedudukan keahliannya itu hanya akan diumumkannya selepas dia bercuti rehat pada pertengahan Januari tahun 2010. Jika dia "senang" mungkin akan mengumumkan keputusannya lebih awal. Apabila kita belum terdengar keputusan awal Jeffrey mengenai keahliannya dalam PKR bermakna dia "tidak senang" atau dalam loghat Cina di Sabah "tiak sinang".
Majoriti rakyat Malaysia malah sebahagian penduduk dunia sudah mengetahui keputusan Jeffrey yang mengatakan sudah "tidak mahu diperalat pemimpin Kuala Lumpur" semata-mata untuk mencapai "Jawatan politik". Lalu Jeffrey bertindak
"Membakar Jambatan" perhubungan dengan PKR. Sehingga kini bahang jambatan yang menyala itu masih dirasakan penyokong peribadi Jeffrey terutama kem KDM dalam PKR
DSAI pula dalam kenyataannya pernah memberi amaran kepada mereka yang "tidak menghormati keputusan pucuk pimpinan parti" harus "meninggalkan parti atau dipecat". Kenyataan in seolah-olah khas ditujukan kepada Jeffrey dan Christina Liew serta penyokong mereka yang mempersoalkan tindakan tidak mengenang budi dan jasa PKR pusat terhadap perjuangan dan pengorbanan mereka setelah Ahmad Thamrin Haji Jaini dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah menggantikan Azmin Ali.
Ramai yang meramalkan Jeffrey sudah tiada jalan lain melainkan meninggalkan PKR. Berikutan dengan itu, SAPP mula bertindak dengan memberi isyarat awal bahawa pintu SAPP terbuka luas bagi mereka yang disisihkan PKR ini. Ada juga pihak yang membayangkan Jeffrey akan kembali berjuang dengan PBS sebagai membela nasib KDM yang menjadi 'landmark" dan "trademark" perjuangan asalnya. Tidak kurang juga mereka yang rapat dengan Jeffrey mengatakan bahawa Jeffrey adalah individu di belakang tabir penubuhan sebuah parti baru yang masih belum diterima pendaftarannya oleh ROS.
Sebelum itu, Jeffrey juga telah mula mengeluarkan penyataan yang berupa jalan "ke arah perdamaian". dalam PKR Dia meminta "autonomi politik" dalam PKR di mana semua keputusan PKR Sabah adalah hak PKR Sabah tanpa adanya campurtangan PKR Pusat. Ramai yang melihatnya sebagai permintaan yang "melebihi batas" norma parti-parti politik di Malaysia yang berpusat di Ibu Negara. Tidak kurang pula yang melihat permintaan Jeffrey ini sebagi "helah" untuk dia benar-benar berpatah arang dan berkerat rotan dengan PKR dan kepimpinan PKR.
Bagaimanapun, berita terakhir
Anwar menolak perletakan Jeffrey sebagai Naib Presiden PKR. Semasa perasmian progranm PKR di Kucing, Sarawak. Ini adalah sesuatu yang di luar dugaan ramai memandangkan DSAI adalah species yang "pantang berlembut" dengan tekanan politik seperti yang dilakukan Jeffrey dan Christina Liew. Tindakan DSAI ini mendahului keputusan Jeffrey yang bakal mengumumkan keputusannya kedudukan "keahlian dalam PKR" menjelang pertengahan Januari, 2010.
Apakah ini menunjukkan perubahan drastik "style" politik DSAI? Atau PKR sedang berada di tahap "desparado" sehingga sanggup bertindak membina semulka "jambatan yang dibakar Jeffrey" setelah Jeffrey dinafikan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah? Atau barangkali tindakan DSAI ini menunjukkan satu lagi episod bahawa "prinsip" sanggup dibelakangkan semata-mata kerana keinginan tinggi menggapai kuasa memandangkan Sabah dan Sarawak menyimpan 56 MP yang berjaya mengekalkan kerajaan BN dalam era PRU12?
Kini bola kembali berpindah ke tangan Jeffrey.Apakah dia akan mengelicik bola itu dengan cermat untuk kembali menentang BN melalui PKR?. Tentu ramai yang akan mengatakan bahawa Jeffrey, jika kembali dalam PKR dengan menerima jawatan itu, sebagai politikus yang "mengutip sampahnya" atau restore file yang telah dipadamnya dalam "recycke bin". Paling buruk jika ada yang mengatakan bahawa "dia menjilat kembali ludahnya". Apakah Jeffrey pula menjadi pihak yang "desparado" akan sebuah bahtera, walaupun telah menyisihnya, semata-mata memerlukan bahtera PRU 13 akan berada di ambang pintu 2-3 tahun lagi?
Apaka pula penolakan perletakan jawatan Jeffrey itu sekadar usaha "menutupi" khilap yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan PKR pusat terhadap Jeffrey, pemimpin KDM dan Christina Liew, pemimpin Kaum Cina dalam PKR? Atau ianya bertukar menjadi "pembunuh sebenar" masa depan kerjaya politik Jeffrey?
Pertengahan Januari 2010 semakin hampir. Jeffrey akan mengumumkan pendiriannya mengenai keahliannya dalam PKR selewat-lewatnya pada masa itu. Keputusan DSAI menolak lebih awal perletakan jawatan Jeffrey sebagai Naib Presiden dan semua jawatan dalam Parti sudah pasti akan mengundang beberapa "gelaran" terbaru dalam pergolakan politik tanahair.Asas gelaran itu sudah pasti berpaksikan prinsip dan "moral standard" berpolitik di Malaysia.
RELATED...
Pembangkang Masih Banyak Kelemahan