Najib diiringi Muhyiddin meninggalkan Parlimen selepas pengundian Bajet 2010 selesai Isnin malam. Akan berlaku lagikah peristiwa seperti ini dalam "belah bahagian yang lain?" Siapa yang harus dipersalahkan?
Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya. Selanjutnya
Jika percubaan pembangkang berjaya, siapa yang harus dipersalahkan. Tidakkah MP BN menyedari bahawa soal bujet itu perkara pokok yang penting untuk negara dan maruahnya? Bukankah BN pernah seringkali hampir kalah dalam proses "belah bahagian" di Dewan Rakyat ini? Kenapa kejadian ini berlaku berulang-ulang? Bukankah pemimpin sering menasihati rakyat supaya turun mengundi dalam PRU atau PRK? Apakah MP BN perlu "tambang" untuk turun mengundi dalam "belah bahagian" ini? 3 orang MP PAS juga telah tidak berada dalam Dewan semasa belah bahagian ini. Apakah tren ini menggambarkan MP memang "letih" menghadiri sidang Dewan?.
RELATED NEWS:-
Taktik Pembangkang Gagal
RELATED NEWS:-
Taktik Pembangkang Gagal
9 comments:
MP MCM NI WAJIB DIKERAT/DIPOTONG. MENYUSAHKAN PM. ATAU....ADA KONSPIRASI LAIN?????
Senja Liza, ini satu pengajaran agar MP-MP BN lebih bertanggungjawab untuk menjalanakn amanah rakyat yang memilih mereka........ bagaimana kalau senario semalam benar-benar terjadi ? mereka yang tidak amanah ini harus memikulnya.......
MP2 BN juga harus ingat yang PR akan gunakan segala cara untuk menjatuhkan kerajaan.
apapun alhamdulillah niat jahat mereka tidak di izinkan ALLAH.
Kenapa MP Pembangkang bertindak menolak usul Bajet???? Inilah pembangkang Malaysia dengan niat JAHAT bukan untuk sama-sama membangun negara TETAPI mahu menjahanamkan Negara.
Berpolitik setiap masa. Apa tujuan MP2 Pembangkang hadir sepenuhnya untuk mengundi sedangkan masa lain yang tidak membabitkan Undian mereka ponteng?? Tidak lain untuk mensabotaj keamanan negara.
Inikah jenis Pembangkang atau MP yang Rakyat Malaysia mahu dan akan pilih pada PRU13 kelak??? Sangat Bahaya.....
Seharusnya apa2 langkah Kerajaan Pemerintah yang baik perlu diSokong tidak kira MP2 Kerajaan atau MP2 Pembangkang supaya negara maju ke hadapan.
Dinzi.
Salam Ziarah
Inilah implikasi yang akan berlaku jika MP-MP BN masih leka dan berasa selesa tidak mustahil Kerajaan akan tumbang dengan cara ini pada masa akan datang.Nampak gayanya BN masih belum mengambil iktibar dari isu DUN Kota Seputeh yang masih lagi dalam rayuan.Kelebihan 3 Undi adalah nasib tetapi takkan selama-lamanya kita mengharapkan kepada nasib semata-mata untuk hala tuju masa depan negara.Renung-renungkan Fikir-fikirkan...................
Tolong Link kan Blog Saya ke Blog Senjaliza jika tidak keberatan Terima Kasih........
MP pembangkang langsung tidak boleh dipersalahkan dalam insiden ini, yang patut bertanggungjawab ialah MP BN yang tidak hadir.
Tidak logik sama sekali menyalakan pembangkang kerana tidak menyokong bajet ini kerana mereka sememangnya tidak yakin kepada bajet itu..
Kalau MP BN mahu mengambil iktibar, belajarlah daripada insiden ini dan jangan menyalahkan orang lain. Kepada para penyokong BN, terimalah dan nasihatilah MP anda, anda yang pilih dan anda yang undi..
Salam.
Tumpang lalu ye....
Perdana Menteri tidak boleh lagi 100% harap dan percaya dengan MP2 nya lagi. Bagi mereka yang tidak hadir mesti dinilai dengan terperinci sekali. Saya pasti ramai diantara MP yang tidak hadir itu bukan kali pertama menjadi MP dan bukan kali pertama mendengar perbahasan bajet dan syarat untuk meluluskan bajet.Mana-manan MP yang berjawatan timbalan menteri eloklah Dato Seri Najib keluarkan dari kabinet.
Salam Anin Dec 16, Sdr Yang Gambi,Sdr Muzaimi, Sdr Zini, Sdr. Lagenda (baling), Datu Sulaiman dan Sdr A. Ramgkuti.
Parliment Malaysia ada sistem wimp di mana kalo pihak kerajaan semua MPnya mesti sokong kerajaan dan Pembangkang mesti sokong pembangkang dalam Dewan. Kalu sistem ini dilanggar oleh MP, periuk nasi mereka pecah. TIDAK seperti negara lain seperti Amerika dimana Demokrat boleh membantah Demokrat dan Republican boleh membantah atau tidak mengundi Republikan. Contohnya Oprap Winfrey adalah ahli Republican tetapi mempromosi Obama sebagai Calon Demokrat. Di UK juga demikian.
Sistem ini terbawa-bawa di luar dewan di mana PAS dan orang-orangnya masih juga mengiakan DAP walaupun DAP ternyata menghina Islam! walaupun sistem wimp tidak lagi applicable di luar dewan. Apakah ini nak jaga periuk nasi, saya tak faham. Mereka yang faham tolonglah fahamkan saya.
Sdr Lagenda ..permintaan sdr sudah saya tunaikan. Blog sdr sudah dalam blog list saya.
Post a Comment