Translate

Saturday, February 28, 2009

Betulkah YB bekas teman lelaki Elizabeth?...


1. Soalan ditujukan kepada MP Batu: "Betulkah YB bekas teman lelaki Elizabeth dan sama-sama ke Taiwan memburu MPs BN?... " Now you can smash my head. I have black belt......
2. Apakah Tian Chua anti kebebasan media?
3. Apa yang Tian Chua dan Elizabeth dan lain dapat accoplish di Taiwan ketika itu?
Sekian Terima Kasih.
Yang Menanti Jawaban.
Romandawi
b.p. Anti Pornography
NB.
“We have the numbers already. (merujuk kepada dakwaan Dato Seri Anwar bahawa PR sedia mengambil alih tampuk kerajaan pada 16 September, 2008). We are just going there to have coffee and spend time with........”- Tian Chua (Sekembalinya "memburu" dari Taiwan).

SEMAKIN DEKAT SEMAKIN JAUH














Lim Kit Siang.. Pakar 4F . Semakin dekat dia nampak semakin jauh!

1. Najib semakin dekat manakala Anwar jauh untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam keadaan semakin dekat bagi Najib inipun Lim Kit Siang-DAP tetap menyalak dan menggembar gemburkan bahawa Najib terus mengiakan banyak perkara yang sepatutnya ditidakkan. Katanya "“foul is fair and fair is foul". Inilah yang menjadi amalan dan budaya LKS. Dulu bila orang PR berarak ke jalan menuju parliment dan dihalang pihak keselamatan di kata ini menghalang proses menegakkan demokrasi. Perarakan itu beramai-ramai sehingga menutup jalanraya ke Bangunan Parliment. Beberapa hari yang lalu, beberapa ahli pergerakan pemuda, agaknya tak sampai 14 orang, LKS kata mereka ini "...obstructing and menacing Karpal in the discharge of his parliamentary duties...". Agaknya LKS AMATLAH setuju Karpal menyalak dengan perkataan "Singh is king" dan "Celaka". LKS juga barangkali AMAT setuju diadakan Perayaan Hari Jadi di bangunan Parlimen ketika sidang itu sebok membincangkan masalah negara..?
.
2. LKS juga barangkali setuju bila ELI bogel, dibogelkan atau membogelkan diri, terus menjadi YB walaupun skandal dan gambar bogelnya tersebar kepada umum ("skandal" dan "gambar bogel" adalah dua perkara dan isu yang berlainan)?. Semakin dekat Eli melepaskan jawatannya untuk tidak lagi layak jadi YB semakin jauh pandangan LKS untuk Eli kekal YB.

3. Bila Tan Sri Khalid di siasat MACC berkaitan dengan aduan rasuah 46 ekor lembu, LKS kata Pesuruhjaya MACC, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, "main politik" sebab Pesuruhjaya itu mengatakan bahawa cukup keterangan/prima facia untuk mendakwa TS Khalid melakukan rasuah. Semakin dekat kita membenteras rasuah, semakin jauh LKS mahukan kita dari melaksanakan tanggungjawab kita membenteras rasuah. Agaknya LKS guna cabang lidahnya yang lain?.

4. Kata LKS “Foul is fair, fair is foul”, agaknya LKS lah yang memiliki Phd dalam bidang pengajian 4F ini, (“Foul is fair, fair is foul”) kerana dia sebenarnya pakar dalam bidang "putar belit" kerana kelebihanya memiliki lidah bercabang.

'SINGH IS KING' BUAT KARPAL BESAR KEPALA?

'SINGH IS KING' BUAT KARPAL BESAR KEPALA?
Friday, 27 February 2009
Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen.

Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.

Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.
Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa "Singh is King" menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.

Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat.

Sekian, Terima Kasih.

MUKHRIZ MAHATHIR

Thursday, February 26, 2009

"Singh Is King", TAKTIK DAN NORMA


"Singh Is King"
1. Ungkapan "Singh Is King" dan "celaka" terhadap Pemuda UMNO oleh Pengerusi DAP Karpal Singh di Dewan Rakyat semalam (25 Februari, 2008) menunjukkan satu sikap yang melampau dan tidak beretika. Masyarakat kita terus saja membuat kesimpulan bahawa ini ada kaitannya dengan perbuatan biadapnya terhadap Sultan Perak. Inilah gambaran kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa PR tidak mampu mewujudkan kepimpinan yang menjurus kepada perpaduan kaum, harmoni dan muhibbah. Jelas bahawa taktik ini dapat ditafsir sebagai emosinya yang "anti-raja"

Sebagi seorang peguam dan MP yang dianggap "senior" dalam Dewan Parliment, beliau sudah semestinya menunjukkan norma dan nilai-nilai yang dapat menjadi contoh kepada kepimpinan hari ini dan akan datang. Saya masih ingat bila beliau bercakap dalam parliment. Sebelum bercakap dia mulakan dengan.. lebih kurang.. "suruh itu Big Foot Kinabatangan jangan kacau saya". Ini menunjukkan budaya yang melanggar norma-norma. Mungkin sebagai taktiknya tetapi tetap dianggap "unpalimentary words" dan contoh yang hodoh kepada rakyat Malaysia.

2. Melepas anjing tersepit... hampir semua tahu peribahasa ini. Selepas PRU 12, Perak menghadapi sedikit kemelut mengenai bakal Menteri Besar. DAP dan rakan akrabnya PKR hampir memulaukan sidang angkat sumpah MB masa itu, Mohd Nijar dari PAS. Hanya beberapa kerat kerusi yang dimenangi PAS di Perak tetapi menjadi Nombor satu dalam Kabinet Perak. DAP masa itu sudah mengaum dan hampir menerkam. Sepatutnya di perlu dimekarkan dalam ingatan PAS dan anak-anak PAS. Ingat peribahasa Bangsa Kita itu.

3. Bagaimanapun, Mohd Nijar sebagai MB masa itu kalah taktik. Kalah kerana dia terlalu menghormati norma-norma sedangkan pihak lain terus menggunakan "taktik" tanpa menghirau norma-norma "governing". Dia melulus tanah yang semua tahu bahawa tindakannya itu sesuatu yang BUKAN normal. Ini kerana dia tersepit. Dia kalah taktik.

Bila dia dilantik MB, Sultan Perak disanjung. Orang-orangnya, PAS dan orang Melayu menyanjung Sultan. Namun bila dia kehilangan majoriti dan digantikan dengan MB yang baru mereka menyalak dan cuba menggigit. Langkah Karpal mahu "Mengheret Sultan ke Mahkamah" adalah satu usaha untuk mengaibkan institusi beraja di negara ini. Ketidak patuhan terhadap norma norma ini, tentu saja dianggap "deviant" bagi masyarakat kita yang menghormati sistem ini.
.
4. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong yang dianggap umum sebagai "morally unfit" untuk jadi YB, dilanjutkan cutinya sebelum keputusan samada perletakkan jawatannya diterima oleh Kerajaan PR Selangor. Ini satu taktik BUKAN norma. Tambahan lagi bila DYMM Sultan Selangor tidak berkenan mencampuri urusan itu, Walaupun baginda mampu, PR membesar-besarkan isu seolah-olah DYMM bersetuju supaya peletakkan jawatanya TIDAK diterima. Jadi DYMM nanti dijadikan alasan dan sandaran atau andaian bahawa Elizabeth Wong boleh saja atau bilang saja okkkay meneruskan jawatanya sebagai EXCO dan ADUN atau salah satu darinya dengan direstui Sultan. Mana prinsip Pakatan Rakyat?

5. Dulu, Dr Chua Soi Lek didesak di segenap penjuru oleh PR supaya letak jawatan dengan serta merata. Kemudian perletakkan jawatan Dr Chua sendiri diterima. Ini satu Norma. Kenapa Elizabeth Wong yang didapati melakukan perbuatan tidak bermoral dan tersebar gambar lucahnya tidak ikut norma ini...? Taktik!!.. Jawatan EW juga tidak dinyatakan digantung. Jadi, gaji jalan DUIT SIAPA?. Saya tanya pada TIAN CHUA mahukah dia bercuti untuk confort EW yang tertekan?. Setujukah Tian Chua agar gaji EW terus jalan atau dibayar terus dengan wang rakyat? Diakan cuma cuti?

6. Taktik yang menghairankan, orang letak jawatan diberi cuti dan kini disambung cutinya oleh Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. So, " Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mencipta nama dan kedudukan dalam kerajaan Barisan Nasional" meluluskan tambahan cuti kepada ADUN yang didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan tersebar gambar bogelnya". Setuju atau tidak...angkat tangan!!!.

Apapun yang terjadi, taktik tidak sepatutnya digunakan untuk menghancur lumatkan norma-norma dan system yang sedia ada. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam system yang sedia ada pihak yang berwajib semestinya bersedia untuk melakukan INNOVASI bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah kepada pelanggan iaitu RAKYAT. Sekiranya setiap langkah dan tindakan yang dilakukan pihak PAKATAN RAKYAT semesti adapt atau menggunakan TAKTIK... maka lambat laun...tik tok..tik tok... PR akan jadi PT "Pakatan Taktik". Apakah kita rakyat Malaysia yang kaya budi pekerti yang baik membiarkan diri kita menerima taktik ini...?

Related....

Constitutional Monarchy Successful In Countering Extremism

Wednesday, February 25, 2009

SEMANGAT LEMBU.


"Lembu jantan tak akan sampai ke mana".

1. Apakah yang anda lakukan bila anda telah kekeringan idea?. Biasanya cari kawan agar percambahan fikiran menjadi subur; baca buku, menonton tv, film, blogging dan sebagainya. Amalan biasa orang yang "kaki golf" ialah ambil putter dan praktis di ruang tamu di carpet. Orang "kaki demonstrasi" biasanya akan peka kalau mau ada demo. Lepas tu balik rumah penat dan perut lapar, kaki lenguh. Semangat tak seberapa. Itulah "Semangat Lembu". Yang "gila pangkat" tuan lembu. Biasanya yang anti lembu ini ialah lembu , "petani" dan "pemandu yang selalu datang ke Kota Belud".

2. Rasanya gerakan AMK, "Semangat 46 lembu", sudah jauh tersasar dari matlamat perjuangan PKR, malah tergelincir dari landasan dan norma politik Malaysia. Dia mula meradu tanah simpanan. PKR sudah melampau. Mereka anti UMNO, anti MCA, anti MIC, anti PBS, anti PBRS, anti LDP, Anti PPP, anti BN Sarawak-sebab merekapun "Anti Kuching" sebab itu mereka tidak "welcomed" di Kuching. Di Perak mereka anti Sultan dan anti Setiusaha Kerajaan Negeri Perak. Sedikit masa lagi mereka barangkali jadi "anti rakyat"!.

3. Bila semua agensi dan organisasi awam mula dijadikan sasaran oleh mereka, nampaknya mereka mula jadi "lembu jantan mengamuk". Barangkali umur tuannya sudah lanjut dan teori R.A.H.M.A.N tidak menyebelahinya maka "sasaran" kini ialah public services. Mula-mula anti BN. Dulu polis. Selepas itu SPR. Diikuti institusi atau badan kehakiman. Kini mula jadi "lembu jantan" dan akan menanduk apa saja di hadapannya.

4. Masa depan "Negara dan bangsa" tidak mungkin terjamin bila semua agensi awam dijadikan sasaran. Kita akan bakal menjadi bumi yang berantakan kiranya situasi ini dijadikan budaya. Kita akan balik zaman batu. Maka itu "PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA", PENDIDIKAN DAN ILMU" yang kita tuntut ialah untuk kesejahteraan ummah. Gerak dan reaksi terkini menampakkan mereka mula menjelma jadi "lembu jantan".

5. Anak-anak bangsa yang telah menitiskan airmata untuk negara ini hendaknya jangan lagi terleka dan alpa. Jangan teralpa dan terleka. Kita buka Anak dan Generasi Pak Kadok. Ingat sumpah Melayu. Kita tidak akan menjadi lembu.


6. Realiti yang terbentang di hadapan kita ialah "kegilaan" dan "nafsu pembentukan negara republik". Ingatlah "Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia". Kalau anda ke Ranau datanglah ke Nunuk Ragang. Di sana ada "Tak Kan Dusun Hilang Di Dunia". Oleh itu keharmonian dan muhibbah yang diguggat "lembu jantan" hendaklah kita pelihara dan pertahankan. Kita kini mula sedar "Yang dikata "permata" rupanya "kaca".
.
7. Biarkan lembu jantan mengamuk. Lambat laun ianya jadi "Mee u Chap". Janganlah terlalu bullduzz. Hormatilah sistem seperti manusia dan manusia bertamaddun. Berilah peluang kepada pihak berkuasa menjalankan tugasnya. Hargailah keadilan dan sistemnya. Bukan semata mata KeADILan. Jauhi dari menggunakan sistem "ring" dan "collisium". Ini bumi kita. Bumi kita bersama.
.
8. Bila anda anti kepada terlalu ramai, sudah sampai masanya anda perlu menyoal diri anda. Carilah soalan anda itu. (contoh: kenapa saya memusuhi terlalu ramai pihak?)

Monday, February 23, 2009

BILA KENTUT DIBASUH, BERAK TIDAK


Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat.
Pernah "menggantung" MP Bukit Gelugur dan MP Puchong selama dua hari.

1. Suatu waktu dulu bila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia "menggantung" MP Bukit Gelogor dan MP Puchong dari menghadiri Sidang Parliment selama dua hari kerana bertindak "menggunakan unparliamentary words", para pemimpin PR dan para bloggers yang menyokong dan pro PR "mengaum" dan menuduh speaker bertindak tidak adil, bertentangan dengan konsep demikrasi berpelembagaan, bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, "mockery of the system" dan bermacam-macam lagi .

2. Apabila Perak state legislative assembly speaker V Sivakumar menggantung enam ADUN BN ("Apart from Zambry, the other executive councillors are Manong assemblyperson Datuk Ramly Zahari, Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) and Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).", penyokong PR gembira dan mencabar keputusan DYMM Sultan Perak.

3. Beberapa ketika dahulu bila Raja Nazri Shah, anaknda Sultan Perak, mula mengeluarkan idea mengenai perpaduan dan "good governing", penyokong PR mula membesar-besarkan isu mengutuk kerajaan BN lalu mengsyorkan supaya Raja Nazrin berkecimpung dalam bidang politik dan mengambil alih kepimpinan BN agar ianya benar-benar bersih, cekap dan amanah. Selepas Muhamad Nizar diturunkan dari jawatan MB, siapa yang mengutuk istana dan meminta agar Istana jangan campurtangan dalam politik Negeri Perak?
"Pelukan Undi Tidak Percaya kepada skandal?"

4. Bila penyanyi sensasi Inul dan Rhinna mahu mengadakan pertunjukkan di Malaysia, bantahan dari pelbagai sudut meluap-luap. Kononnya menjolok mata dan tidak sopan. Tapi bila bekas ADUN Bukit Lanjang, Selangor didapati melakukan skandal dan gambar bogelnya disebar kepada orang awam ramai "orang yang membasuh kentut" ini terus mengaum mengatakan "itu hak dan urusan peribadi dia". Simpati sana sini mula kedengaran terutama dari penyokong PR. Ketua Muslimah PAS pun ada peluk Eli Wong bagaikan "undi tidak percaya" kepada skandal itu. Persoalan pokok dan tunjang kepada gambar bogel itu bukannya gambar itu sendiri tetapi "perbuatannya yang tidak fit sebagai ADUN", "berdewasa". Malah ianya dikaitkan dengan rakan-rakan pemimpin dalam PR sendiri. Bagi Eli dan mereka yang sekepercayaan dengan dia "dia tak bersalah". Siapa lagi yang kata dia tak salah?

5. Bila kontraktor bumiputera membubuh nama "Syarikat ABC Bumiputera" dikatakan "rascist" bila kontraktor bukan bumiputera bermati-matian malah "menghulur" untuk mendapat status bumiputera dan menjadi kebanggaannya meletakkan "Syarikat ABC Bumiputera Brothers" ini disanjung. Barangkali kerana dianya lebih "smart" merebut peluang khas untuk bumiputera.

6. Bila Azan di laungkan dia kata "bising". Bila bunyi "tong...tong...tong, singa tahun baru dan mercun sampai jam 3 pagi, kita tak kata apa-apa. Malah saya benar masuk depan rumah sebab, di Sabah penari-penari singa ramai "anak-anak bumuputera" dan sedikit anak-anak Cina.

7. Bila Anwar kata lebih 30 MP BN melompat PR. Dia kata "baru BN tau , ini kalilah!". Bila Satu ADUN DAP di Perak dan 2 ADUN PKR melompat BN dia kata "silaka!!!'" dan dikutuk habis-habisan. Datuk Noh Omar kata mereka itu "orang-orang syorga", jangan disentuh!.

8. Bila Najib kata peruntukan tambahan dan suntikan ekonomi dilakukan bagi merancakkan kegiatan ekonomi; mereka kata ini bakal menjatuhkan ekonomi dan dana negara. Bila dia tunjuk perasaan sana sini dan melawat negara luar memburukkan ekonomi Negara di mata dunia dan menakutkan pelabur asing.. dia kata "bilang saja ok"asalkan dia jatuh aku ganti"

Pada pengelihatan saya, orang-orang politik banyak merosakkan keharmonian dan perpaduan semata-mata kerana "berahi" politik itu sendiri dan berahi kemahuan politik mereka. Terkadang keadilan yang dituntut oleh mereka adalah satu kekejaman dan kezalim kepada umum dan Negara terutama apabila "kentut dibasuh dan berak tidak".