Translate

Saturday, February 28, 2009

SEMAKIN DEKAT SEMAKIN JAUH














Lim Kit Siang.. Pakar 4F . Semakin dekat dia nampak semakin jauh!

1. Najib semakin dekat manakala Anwar jauh untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam keadaan semakin dekat bagi Najib inipun Lim Kit Siang-DAP tetap menyalak dan menggembar gemburkan bahawa Najib terus mengiakan banyak perkara yang sepatutnya ditidakkan. Katanya "“foul is fair and fair is foul". Inilah yang menjadi amalan dan budaya LKS. Dulu bila orang PR berarak ke jalan menuju parliment dan dihalang pihak keselamatan di kata ini menghalang proses menegakkan demokrasi. Perarakan itu beramai-ramai sehingga menutup jalanraya ke Bangunan Parliment. Beberapa hari yang lalu, beberapa ahli pergerakan pemuda, agaknya tak sampai 14 orang, LKS kata mereka ini "...obstructing and menacing Karpal in the discharge of his parliamentary duties...". Agaknya LKS AMATLAH setuju Karpal menyalak dengan perkataan "Singh is king" dan "Celaka". LKS juga barangkali AMAT setuju diadakan Perayaan Hari Jadi di bangunan Parlimen ketika sidang itu sebok membincangkan masalah negara..?
.
2. LKS juga barangkali setuju bila ELI bogel, dibogelkan atau membogelkan diri, terus menjadi YB walaupun skandal dan gambar bogelnya tersebar kepada umum ("skandal" dan "gambar bogel" adalah dua perkara dan isu yang berlainan)?. Semakin dekat Eli melepaskan jawatannya untuk tidak lagi layak jadi YB semakin jauh pandangan LKS untuk Eli kekal YB.

3. Bila Tan Sri Khalid di siasat MACC berkaitan dengan aduan rasuah 46 ekor lembu, LKS kata Pesuruhjaya MACC, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, "main politik" sebab Pesuruhjaya itu mengatakan bahawa cukup keterangan/prima facia untuk mendakwa TS Khalid melakukan rasuah. Semakin dekat kita membenteras rasuah, semakin jauh LKS mahukan kita dari melaksanakan tanggungjawab kita membenteras rasuah. Agaknya LKS guna cabang lidahnya yang lain?.

4. Kata LKS “Foul is fair, fair is foul”, agaknya LKS lah yang memiliki Phd dalam bidang pengajian 4F ini, (“Foul is fair, fair is foul”) kerana dia sebenarnya pakar dalam bidang "putar belit" kerana kelebihanya memiliki lidah bercabang.

No comments: