Translate

Monday, February 23, 2009

BILA KENTUT DIBASUH, BERAK TIDAK


Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat.
Pernah "menggantung" MP Bukit Gelugur dan MP Puchong selama dua hari.

1. Suatu waktu dulu bila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia "menggantung" MP Bukit Gelogor dan MP Puchong dari menghadiri Sidang Parliment selama dua hari kerana bertindak "menggunakan unparliamentary words", para pemimpin PR dan para bloggers yang menyokong dan pro PR "mengaum" dan menuduh speaker bertindak tidak adil, bertentangan dengan konsep demikrasi berpelembagaan, bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, "mockery of the system" dan bermacam-macam lagi .

2. Apabila Perak state legislative assembly speaker V Sivakumar menggantung enam ADUN BN ("Apart from Zambry, the other executive councillors are Manong assemblyperson Datuk Ramly Zahari, Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) and Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).", penyokong PR gembira dan mencabar keputusan DYMM Sultan Perak.

3. Beberapa ketika dahulu bila Raja Nazri Shah, anaknda Sultan Perak, mula mengeluarkan idea mengenai perpaduan dan "good governing", penyokong PR mula membesar-besarkan isu mengutuk kerajaan BN lalu mengsyorkan supaya Raja Nazrin berkecimpung dalam bidang politik dan mengambil alih kepimpinan BN agar ianya benar-benar bersih, cekap dan amanah. Selepas Muhamad Nizar diturunkan dari jawatan MB, siapa yang mengutuk istana dan meminta agar Istana jangan campurtangan dalam politik Negeri Perak?
"Pelukan Undi Tidak Percaya kepada skandal?"

4. Bila penyanyi sensasi Inul dan Rhinna mahu mengadakan pertunjukkan di Malaysia, bantahan dari pelbagai sudut meluap-luap. Kononnya menjolok mata dan tidak sopan. Tapi bila bekas ADUN Bukit Lanjang, Selangor didapati melakukan skandal dan gambar bogelnya disebar kepada orang awam ramai "orang yang membasuh kentut" ini terus mengaum mengatakan "itu hak dan urusan peribadi dia". Simpati sana sini mula kedengaran terutama dari penyokong PR. Ketua Muslimah PAS pun ada peluk Eli Wong bagaikan "undi tidak percaya" kepada skandal itu. Persoalan pokok dan tunjang kepada gambar bogel itu bukannya gambar itu sendiri tetapi "perbuatannya yang tidak fit sebagai ADUN", "berdewasa". Malah ianya dikaitkan dengan rakan-rakan pemimpin dalam PR sendiri. Bagi Eli dan mereka yang sekepercayaan dengan dia "dia tak bersalah". Siapa lagi yang kata dia tak salah?

5. Bila kontraktor bumiputera membubuh nama "Syarikat ABC Bumiputera" dikatakan "rascist" bila kontraktor bukan bumiputera bermati-matian malah "menghulur" untuk mendapat status bumiputera dan menjadi kebanggaannya meletakkan "Syarikat ABC Bumiputera Brothers" ini disanjung. Barangkali kerana dianya lebih "smart" merebut peluang khas untuk bumiputera.

6. Bila Azan di laungkan dia kata "bising". Bila bunyi "tong...tong...tong, singa tahun baru dan mercun sampai jam 3 pagi, kita tak kata apa-apa. Malah saya benar masuk depan rumah sebab, di Sabah penari-penari singa ramai "anak-anak bumuputera" dan sedikit anak-anak Cina.

7. Bila Anwar kata lebih 30 MP BN melompat PR. Dia kata "baru BN tau , ini kalilah!". Bila Satu ADUN DAP di Perak dan 2 ADUN PKR melompat BN dia kata "silaka!!!'" dan dikutuk habis-habisan. Datuk Noh Omar kata mereka itu "orang-orang syorga", jangan disentuh!.

8. Bila Najib kata peruntukan tambahan dan suntikan ekonomi dilakukan bagi merancakkan kegiatan ekonomi; mereka kata ini bakal menjatuhkan ekonomi dan dana negara. Bila dia tunjuk perasaan sana sini dan melawat negara luar memburukkan ekonomi Negara di mata dunia dan menakutkan pelabur asing.. dia kata "bilang saja ok"asalkan dia jatuh aku ganti"

Pada pengelihatan saya, orang-orang politik banyak merosakkan keharmonian dan perpaduan semata-mata kerana "berahi" politik itu sendiri dan berahi kemahuan politik mereka. Terkadang keadilan yang dituntut oleh mereka adalah satu kekejaman dan kezalim kepada umum dan Negara terutama apabila "kentut dibasuh dan berak tidak".

3 comments:

JomoSamaTuaran said...

Salam Sis....

Bukan berakkah yang perlu dijamak, kentut tidak....!!! Kentutpun perlu juga basuh meh!!

SOLYMONE said...

Oii nah Liza,
Analisa dan ulasan politik mu ini, bukan alang kepalang.
Untuk menghayati chronicle isu yang liza rangkaikan boleh buat sakit kepala juga. Cukup mantap lagi berani dan provocative tahap 5 bintang. Solute untuk kamu.

Saya rasa analisa kamu ini boleh mencabar kreadibiliti para penganalisa politik professional yang sedia ada, masa kini.

Secara am nya, ulasan mu, bagi saya ada lah satu suntikan ‘moral boosting’ yang mujarab untuk ahli-ahli BN. Disebalik nya, akan menjadi racun yang berbisa pada parti pembangkang. Terutama sekali, PKR.

Walau pun kadang-kadang ideology politik kita berbeza namun dalam kontek ini saya tidak lah berniat untuk mengulas ‘ betul atau pun tidak nya’ analisa mu. Kerana ;
1) Liza tetap tidak akan response pada komen ( saperti biasa)
2) Bagi saya, ulasan mu ada lah setakat pandangan peribadi, ‘purely intellectual, autonomy.dan non-commitment’.

Apa yang penting saya lihat disini ia lah kenapa pemimpin-pemimpin BN tidak memberi kamu ruang dan saterunya menyerap kamu dalam komponen mereka selaku ‘golongan elite dan think-tank’ mereka.

Apa lagi akhir-akhir ini BN sedang dalam usaha untuk megadakan perubahan drastik pada komponen mereka (ruj: http://ajinbgagah.blogspot.com/2009/01/bn-perlu-perubahan-drastik.html).
Apa-apa pun saya doakan semuga berjaya dan teruskan menulis.
Assalammualaikum

Senjaliza said...

Terima kasih atas komen kalian. Saya teruja dengan komen solymone. Kali ini saya akan berkata yang selalu di sembunyikan di bawah carpet sedangkan ianya perlu penyelesaian yang professional. Kita akan menghargai pendapat yang mengulas BUKAN sekadar mengutuk tanpa hujung pangkal. Terima kasih JomoSama Tuaran. Saya selalu mengikuti perkaebangan kamu berdua termasuk Sabahkita.