Translate

Saturday, April 25, 2009

5 BINTANG KECEMERLANGAN PENGURUSAN 2008.

Kementerian Kerja Raya Malaysia Satu-satunya Kementerian yang mendapat 5-Bintang Kecemerlangan Pengurusan bagi tahun 2008-KSU TS. Sidek Hassan.

Kementerian Kerja Raya Malaysia merupakan satu-satunya Kementerian yang mendapat taraf lima bintang Kecemerlangan Pengurusan dalam tahun 2008. Demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia, "Yang Berhormat" Tan Sri Sidek Hassan pada 21 April 2009 yang lalu. Tahniah ke atas Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Sayang seribu kali sayang Kementerian Kerja Raya Sabah jauh berbeza dengan pencapaian dan apa yang berlaku di Peringkat Nasional. Kementerian Kerja Raya Sabah mengalami kepincangan dan masalah.

Pertama: Menterinya, YB Datuk Raymond Tan Su Kiah, juga selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah "tidak berparti". Dikhabarkan secara tidak resmi bahawa ramai kontraktor malah pegawai dan kakitangan JKR Sabah juga merungut terhadap tindakan menterinya yang mengawalselia dan mengongkong semua GWO walaupun mengenai projek-projek kecil yang urgent.

Kedua: Timbalan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Japlin Akim (DJA), selaku ADUN Usukan, pula menghadapi tuduhan rasuah dan ditangkap SPRM bersma-sama dengan seorang kontraktor, Limus Juri (LJ). Walau bagaimanapun, DJA telah dibebaskan selepas berada dalam tahanan selama tiga hari dengan ikat jamin RM100,000.00. Manakala LJ dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM300,000.

Ke n':..: Cukup. Jalan Bundusan dianugerakan kepada siapa dan oleh siapa dan siapa pelaksananya dan siapa di sebalik tabir? SL nak tanya saja.

Layari Web Kecemerlangan Pengurusan Lima Bintang 2008....
http://images.google.co.uk/imgres?imgurl=http://www.jkr.gov.my/v2/english/image/LogoJKR_c1.jpg&imgrefurl=http://milmoderno.blogspot.com/2008/10/dunia-di-jabatan-kerja-raya.html&usg=__ZAWdU6rmakCNF9xzFFI0NhCfbIM=&h=261&w=370&sz=42&hl=en&start=17&um=1&tbnid=J30RErUJANyCuM:&tbnh=86&tbnw=122&prev=/images%3Fq%3DJabatan%2BKerja%2BRaya%26hl%3Den%26rlz%3D1T4GFRE_enMY317MY317%26sa%3DN%26um%3D1

KARPAL JATUH

Karpal Singh, Pengerusi DAP hampir menngalamai kecelakaan bila terjatuh di Mahkamah Tinggi . Barangkali dia akan menyaman pemilik bangunan itu? atau "tukang sorongnya" kerana "neglegence"..?

Bank Islam seeks US$18.5m from Selangor MB

KUALA LUMPUR: Bank Islam is seeking a summary judgment against Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim for alleged default of US$18.5 million (RM66.6 million) in Islamic loan facilities made to him in 1998 in relation to the purchase of shares in Kumpulan Guthrie Bhd (KGB).The suit was heard before Justice Rohana Yusof of the KL Commercial High Court who has reserved decision on the summary judgment to May 27.If Bank Islam succeeds in getting the summary judgment, it is tantamount to Khalid being liable for US$18.5 million.

However, if the judge does not agree with the bank’s arguments, the matter would proceed to trial. Tommy Thomas and Ganesan Nethi appeared for Bank Islam while Malek Imtiaz and Thomas Philip defended Khalid.

Read More....
http://www.theedgemalaysia.com/business-news/4987-bank-islam-seeks-us185m-from-selangor-mb.html

Thursday, April 23, 2009

DSAI: Lindungi Saudara Kita Dari Burma.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, harmoni dan perpaduan, sudah pasti setiap kita ingin melihat penindasan tidak mendapat tempat dan ruang di bumi Malaysia. Demikian juga keinginan dan hasrat kita selalu mendambakan untuk mewujudkan suasana masyarakat sihat yang tidak terjerus ke lembah hina. Saranan "yang ditegaskan" oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kita melindungi rakyat Burma yang terpaksa meninggalkan negara mereka kerana ketidak stabilan politik ditindas dan dizalimi hendaklah kita berikan perhatian yang sewajarnya atas dasar peri kemanusiaan dan kebertanggungjawaban.
Gambar hiasan: Lawatilah laman yang mempaparkan kisah dan keperitan hidup rakyat Burma. Pasti menghiris hati. Tindakan proaktif pihak keselamatan negara semestinya mendepani masalah yang terjadi di Malaysia (jika ada). Kenapa harus menunggu lapuran rasmi?

Dalam posting blog DSAI yang meyarankan agar di Lindungi Saudara Kita Dari Burma!. Bagaimanapun, saranan DSAI ini berbaur wasangka bahawa pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengurus dan sepatutnya melindungi mereka, terutama gadis-gadis dari Burma ini, sebaliknya telah mengambil kesempatan dengan melacurkan dan memperdagangkan mereka.
.
Sebaiknya laporan kepada pihak berkuasa dan berwajib perlu dilakukan oleh mana-mana pihak yang merasa diri mereka bertanggungjawab supaya siasatan dan tindakan yang lebih sistematik dapat dilakukan dan "evidence" dapat dikumpulkan dan seterusnya pihak yang di syaki melanggar undang-undang dan melakukan kezaliman dapat dibawa ke muka pengadilan.

Masalah yang timbul di sini ialah apabila sebilangan rakyat kita "bernafas-politik, minum-politik, makan-politik, pejam mata-politik, tidur dan bangun-politik, hatta, hampir segala-galanya berbaur politik. Kerana itulah DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah pernah bertitah bahawa sebenarnya "Malaysia mengalami politik berlebihan". Kenapa tidak DSAI mengarahkan orang-orangnya untuk membuat lapuran pihak berkuasa misalnya pihak polis agar tindakan dapat segera dilakukan jika apa yang "ditegaskannya" itu berasas. Atau barangkali laporan media asing, Financial Times, itu lebih "sentimental" pada DSAI maka diperguna untuk membalun penjawat awam Malaysia dan kerajaan Malaysia? Kenapa media tempatan tidak melaporkan kes ini?. Kenapa Suara Keadilan tidak membuat liputan mengenai perkara ini supaya dapat meletakkan kelemahan kepada polis yang sering dituduh PR sebagai serigala BN?.
.
Pihak keselamatan khasnya polis dan imigresen pula sepatutnya tidak menunggu lapuran rasmi dari individu atau kumpulan baru bertindak merancang dan memulakan siasatan. Sepatutnya pihak keselamatanlah yang mendahului tindakan setelah menerima atau mendengar saranan yang ditegaskan seperti DSAI ini. Mereka seharusnya sensitif dan proaktif dalam mendepani masalah seperti ini jika ingin menjadi penjawat awam atau agensi yang cemerlang. Sekurang-kurangnya mereka dapat menghindari tomahan seperti ini, tomahan seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
.
Lebih jauh dari itu, kita juga merayu agar rumah-rumah dan sarang-sarang pelacuran ini terus "dimusnahkan" agar gadis-gadis seperti gadis-gadis Burma ini tidak "dilindungi" dan dipelihara oleh para pemilik "perniagaan pelacuran" atau rumah-rumah pelacuran seperti yang belaku di Hotel Chile, Pucong di mana seorang YB menghadapi tuduhan menghalang penjawat-penjawat awam melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah kegiatan pelacuran. Kita juga mahu pemilik perniagaan ini dihukum.
.
Sesungguhnya apa-apa yang kita lakukan itu hendaklah disertai dengan nawaitu yang ikhlas dan jelas.
Wallahuwallam.
READ....
Malay officials accused over human trafficking.
By Demetri Sevastopulo in Washington
Published: April 22 2009 16:41 Last updated: April 22 2009 16:41

An influential US senator has accused Malaysian officials of complicity in the human trafficking of Burmese refugees who have been sold into prostitution and other kinds of forced labour in recent years.

Richard Lugar, the top Republican on the foreign relations committee, on Tuesday handed the Malaysian government a report on a year-long investigation into allegations that refugees who fled the Burmese junta for Malaysia had been handed over to traffickers on the Malaysia-Thailand border.
Link....
MALAY OFFICIALS ACCUSED OVER HUMAN TRAFFICING.
“[Burmese women] are sold at a brothel if they look good,” recounted one refugee. “If they are not beautiful, they [the traffickers] might sell them at a restaurant or house-keeping job.”
By Demetri Sevastopulo in Washington, Financial Times
Watch this video:

CONSRTUCTION OF RM100M SMK NABALU PUT OFF

Kota Kinabalu: The construction of SMK Nabalu in Kiulu has been postponed because it will cost more than RM100 million to build the school.

Tourism, Culture and Environment Minister, Datuk Masidi Manjun, said the site has been inspected and valued by the Education Ministry. But because the cost to build it is more than RM100 million, he said the Ministry has postponed its construction.

(Pic: Datuk Masidi Manjun, The Minister of Tourism, Culture and Environment)

"So to overcome the problem of a growing pupil population there, the Sabah Education Department has planned to build two schools in Tuaran district equipped with hostels that could accommodate 300 pupils," he said when winding up at the State Legislative Assembly, Wednesday.
MORE.....
Datuk Masidi yang memaklumkan mengenai keputusan Kementerian Pelajaran itu memang maklum benar dengan situasi di Pekan Nabalu. Kawasan ini merupakan salah tempat persinggahan utama commuters dari Ibu Negeri ke Kundasang, Ranau dan Pusat Bandar (CBD) di Pantai Timur seperti Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Saban minggu saya me"limpasi" (melewati) Pekan Nabalu. Di Pekan Nabalu ini terdapat gerai-gerai menjual makanan tempatan, buah-buahan dan kraftangan. Terdapat sederet bangunan gerai yang masih kosong di pekan ini yang dibangunkan oleh MARA (setelah melihat signbords yang tertera pada bangunan gerai-gerai tersebut). Namun yang menyedihkan gerai-gerai ini masih kosong dan tidak digunapakai oleh peniaga-peniaga di situ. Berapa kos pembenaannya saya tidak pasti, namun aggarannya mencecah lebih kurang ratusan ribu ringgit.Pekan Nabalu sebenarnya terletak dibawah "rating" Daerah Kota Belud, tetapi segala urusan Negeri yang berkait soal tanag dan pentadbiran, ianya di bawah Daerah Kecil Tamparuli dan Tuaran.

Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berwajib, khasnya MARA, supaya kemudahan ini dapat berfungsi sewajarnya dan perbelanjaan dana dapat di"justify". Ianya suatu pembajiran jika dibiarkan begtu sahaja..

Berbalik kepada soal SMK Nabalu; keadaan topography Pekan ini yang berbukit bukau dan berlereng curam; ditambah dengan kepadatan penduduk yang rendah, rasanya belum sampai masanya atau tidak "urgent" untuk sebuah sekolah berharga ratusan juta dibina di kawasan itu. Adalah lebih baik dan ideal kiranya kemudahan asrama di sekolah-sekolah menengah di sekitar atau yang berhampiran Pekan Nabalu, seperti Asrama SMK Tamparulu, SMK Badin, SMK Kiulu, SMK Nangka dan sebagainya dinaik taraf. Dengan demikian pelajar-pelajar dari Pekan Nabalu dapat ditempatkan di asrama-asrama ini dengan lebih selesa.

Ibu bapa di bandar-bandar besar sekalipun menggalakkan anak-anak mereka untuk tinggal di asrama sekolah demi mewujudkan suasana pembelajaran dan process soalisasi yang baik. Pelajar-pelajar Asrama penuh misalnya menunjukkan prestasi dan keputusan akademi yang cemerlang.

Saya setujulah keputusan itu dan Datuk Masidi juga rasanya setuju. Apa yang disampaikan oleh Datuk Masidi ada asasnya yang perlu difahami oleh semua pihak.

SELAMAT DATANG KE SABAH..



Selamat Datang Ke Sabah. Blogging ..blogging juga tapi minda kena dibersihkan, disuburkan dan fikiran mesti ditenangkan. Datanglah ke Kundasang, Ranau, Sabah, Di sini ada Taman Negara Kinabalu-The World Heritage, Mansilau Hilang Resort-Istimewa di Kaki Gunung Kinabalu, Poring-Hotspring-Kolam Air Panas dari mata air panas (airmata bumi yang menangisi kejahilan manusia barangkali!). Di Kundasang juga terdapat Tugu Peringatan di mana askar-askar tentera Berikat dipancung, dibunuh oleh askar-askar Jepun dalam WWII. klik link ini..http://lifeinborneo.com/2008/09/09/kundasang-war-memorial/

Bila anda kembali, pastinya blog anda akan penuh dengan cerita istimewa. Barangkali anda yang rasa penat dengan sepak terajang politik di Tanah Semananjung Permata Nilam, dan "sambal belacan" di Perak dan Penanti akan mula menulis Sabah yang dikuasai BN. tentunya anda tidak akan percaya bahawa "Sabah Negeri Termiskin". Datanglah... Bawa duit banyak-banyak..

Anda yang belum pernah ke sini pastinya akan hairan. Di sini tidak ada politik perkauman yang extreme. Di sini terdapat 3o lebih suku kaum. Yang extreme di sini hanyalah "orang luar". So, anda datang di sini sila tinggalkan "extreme"(jika ada) anda di alamri di rumah anda.. Di persila..
.
KLIK LINK INI....

Wednesday, April 22, 2009

TUAN SPEAKER: "Point of order".

TIADA YANG LEBIH unprorofessional selain dari tindakan orang yang mengaku dirinya professional dan sebenarnya memiliki latarbelakang akademi dari menara gading tetapi melakukan tindakan songsang. Amat sukar untuk menilai tahap “professionality” seseorang andainya tidak diukur, dianalisa dan diambil kira melalui tindak tanduknya dan caranya membuat keputusan.

"Jangan campur tangan kerja kerja saya sebagai Speaker dewan Undangan Negeri Perak, saya bukan budak kecil dan tidak berpendidikan, saya tahu apa yang dibuat, pihak lain tidak perlu mempengaruhi saya." Ini kata-kata yang diungkapkan oleh V. Sivakuman, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, apabila Dato' Chan Koy Youn, Timbalan Presiden GERAKAN yang menyatakan Speaker DUN Perak telah bertindak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya. So, kiranya tindakannya salah bagaimana?
.
Gambar: Tan Seri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat: Apa kata anda jika sekiranya Tan Seri Pandikar yang menggantung 8 orang MP Pembangkang selama setahun atau enam bulan?
.
Sehubungan dengan ini, kenapa tidak saja V. Sivakuman membuat penyataan serta penafian mengenai “transcript” yang tersebar meluas di laman web yang ada kitannya dengan teguran Dato’ Chan Koy Youn. Apakah itu bukan pihak lain yang mempengaruhi tugas Speaker?.? Atau bila DAP mempengaruhi keputusan dan tindak tanduknya, itu bukan pihak lain tetapi bila orang GERAKAN dianggap pihak lain?. Dengan tindakan sebegini, maka nilailah tahap professionality seorang speaker yang mengatakan dirinya “bukan budak kecil yang tidak berpendidikan” atau tidak menyebelahi malah berkecuali dalam soal-soal dan isu-isu perdebatan orang-orang politik.
.
Gambar: Speaker DUN Perak, V Sivakumar: Kenapa dia terlalu "resistance" menerima teguran pemimpin lain?

Demi keadilan (bukan KeADILan), cuba kita andaikan kes Speaker ini diterbalikkan; Dia sebagai Speaker BN lalu menggantung seramai 8 orang DUN Pakatan Rakyat termasuk YB. Mohd. Nijar Jamaluddin. Selepas itu YB. Dato Tajol Rosli akan menghantar teks seperti Transcript yang diutus khas oleh Ngeh (DAP). Apa pula kata orang DAP, PAS dan KeADILn?

Sedang Speaker Dewan Rakyat, Tan Seri Pandikar Amin Haji Mulia, menggantung MP Jelutong beberapa hari, seluruh Malaysia ribut!. Lim Kit Siang mengatakan tindakan itu menafikan “hak demokrasi seorang MP yang mewakili rakyat”.

Sehubungan dengan statement Speaker DUN Perak, apakah pula hak demokrasi di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah dikuburkan? Berapa ramai yang menyertai pembacaan talqin ketika ia dikuburkan?. Siapa yang tidak tahu kes DUN Perak ke Mahkamah, dan bila mahkamah membuat keputusan, siapa yang masih tetap mempersoal keputusan mahkamah? Siapa tidak tahu muslihat dan “tiupan seruling bambu” memperlambatkan persidangan DUN Perak supaya PRU dapat diadakan?. Siapa pula yang tidak tahu bahawa mereka telah cemas kerana akan kehilangan kuasa?

Rasanya Dato’ Chan Koy Youn telahpun “exercise” hak demokrasinya. Tegurannya adalah nyata dan jelas selaras tuntutan demokrasi yang diamalkan di Negara ini. Bukan sahaja kerana dia sebagai pemimpin parti politik malah sekalipun dia sebagai rakyat biasa hak itu tidak boleh dinafikan.

Go! Dato” Chan Koy Youn Go!. Exercise your legitimate right under the umbrella of democracy ; say something about malpractices done by anyone.. I mean anybody. Executing law is damn right BUT manipulating it is really BAD!
CERITA LAIN....

Tuesday, April 21, 2009

Amarah Perjuangan Pakatan.

1. Di Perak, DAP dan Ngeh sedang sebok “menarik hidung” Speaker DUN, V. Sivakumar mengarahkannya menurut kehendak DAP. Ngeh sedang sebok sebab kerajaan BN akan mengambil-alih Sidang. Dia mesti sebok dengan usaha-usaha menghalang. V.Sivakumar sudah gagal menghalangnya. Dia mesti sebok menjadi wira walaupun belatinya tinggal kurang dari “simple majoriti”. Dia mahu juga menghalang. Kalau gagal tittle EXCOnya dan rakan-rakan akan gugur.
.
(Gambar: YB. Karpal Singh, Pengerusi DAP, mengatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah banyak melakukan "kebinasaan dan harus meletakkan jawatan)
.
2. Di Selangor Eli baharu saja kembali dari “naik hajjah” dari Kelantan. Dia menemui Tuan Guru YAB Nik Azizi Nik Mat sebagai tanda kesyukuran kerana dilepaskan dari dosa “berbogel” dan melakukan “perbuatan orang dewasa di luar pagar”. Eli juga adalah “ikon” DAP yang memakai bintang “mata lebam”, lambang PKR. Jambangan bunga dari Ronnie Liu (DAP) barangkali masih tersimpan di kamar sepinya dalam “jar”. Barangkali, airnya barangkali sudah mula ditawan nyamuk Aides.
.
(Gambar: YB Elizabeth Wong, Exco Pelancongan dan ADUN Bukit Lanjan Selangor. Dia sudah "naik hajjah di Kelantan, Serambi Mekah").

3. Di Pulau Pinang, khasnya di Penanti, Lim Guan Eng sedang mengatur skel silat dan langkah pahlawannya, memberi amaran yang amarah, bahawa calon PKR hendak calon yang tidak seperti UMNO yang mempertahan hak Bumiputera dan Melayu. Guan Eng mahu Calon yang menggantikan Fairus mestilah ikut telunjuk Ketua Menteri DAP. DSAI sudah mula kecut. Dulu Karpal Singh, Singh Is King” dan “Celaka” sudah petah menegaskan bahawa Pakatan Rakyat perlu kepimpinan baru dan dinamik @ Pro DAP, yang lain dari Anwar Ibrahim. Katanya Anwar sudah banyak melakukan “kebinasaan” di Negara ini. Guan Eng Menolak Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hasyim sebagai calon menggantikan Fairus. Dia, Zahrain, dituduh Guan Eng bersikap seperti menyebelahi UMNO. Apakah DSAI akan bertarung habis-habisan dengan “reformasinya” dalam Pakatan Rakyat sendiri yang sudah mula menampakkan menolakan ideanya dan ideologinya? Atau Anwar hanya berguna dan berfaedah kepada DAP pada musim pilihanraya sahaja sebagai “pemecah belah” undi Melayu dan tukang “rrrrooobahhh?
.
(Gambar: YB Zulkifli Nordin, Seorang Peguam, Lulusan Victoria Uni, New Zealand, juga Ahli Parliment, PKR, orang pilihanya tidak mendapat peluang menjadi EXCO. Apakah kerana tidak mendapat dokongan DAP?).
.
4. Di Sabah DAP nampak menguatkan genggaman. Mereka ke hulu ke hilir “posing” di hadapan bangunan-bangunan dan parit-parit yang masih dalam pelaksanaan atau bermasalah kerana tekanan ekonomi. Mereka bertindak sendiri sendiri, seolah-oleh PKR tidak wujud di bumi Negeri Di Bawah Bayu ini. Mereka juga tidak risau malah perlu lupakan SAPP yang lebih condong kepada kepimpinan PKR dan menjadi saingan mereka. Gambar posing DAP ini banyak kelihatan dalam blog http://www.sabahkini.net/. Atau barangkali DAP tidak tahu Pejabat Perhubungan PKR Negeri kerana Ketua Perhubungannyanya barangkali ada di Permatang Pauh atau berada di mana-mana kerana “perlu menegaskan sesuatu” atau merencana wacana mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dato Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak. Sedang PKR Sabah yang diketuai DSAI berantakan dan tidak mampu ditadbirnya. Di Penang saja DSAI sudah dicabar. Karpal juga sudah mencabarnya. Orang-orang setianya juga dicabar dan diketepikan di Selangor demi ELI, “ikon” DAP. Di mana sebenarnya Pejabat Perhubungan PKR Sabah?..

5. Apakah keadaan ini meyakinkan kita sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keharmonian, kesinambungan kemajuan dan pembangunan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang terpacu laju pemodennanya di Asia Tenggara? Apakah bukan kerana “krisis” politik yang diterjah DSAI dalam Negara ini melalui pekikan “Makhal Shakti” (bukan Sangkakala) menyahkan pelaburan. Manakala tiupan “Malaysian Malaysia” menyebabkan keharmonian yang terbina sejak 51 tahun lebih, goyah dan ekonomi Negara menjadi ‘perlahan”?

6. Media asing juga dijadikan medan bagi melepaskan “geram” kerana kegagalan segala gagasan 916, dan gagasan ke Puterajaya dan seumpamanya. Bermacam isu-isu yang sonsang dalam media antarabangsa. Kembalinya “Mahathirisma, Korupsi, Kroni, Kapal Selam”, “Altantuya” dan seumpamanaya menjadi hiasan dada akhbar antarabangsa. Apakah mereka lebih tahu dari kita yang berada di tanahair yang kita cintai ini mengenai hal dan kejadian sebenar atau “Penjajah yang teringin sangat untuk kembali” di bumi Malaysia ini setelah peluang terbuka melalui DSAI. Dalam masa yang sama DSAI dan orang-orangnya menafikan bahawa dia bersekongkol dengan orang tertentu di peringkat antarabangsa dan Barat.

7. Hatta dari keadaan ini maka kita harus melihat sejarah dan kejadian yang nyata dalam Negara kita sendiri. Lihatlah kejayaan kita dan sekeliling kita. Apakah kejayaan kita selama ini adalah hasil dari pekikan “rrrobbbahah” atau "refomasi" sambil merosakkan harta awam?. Apakah usaha kita untuk mempertahankan jambatan harmoni ini perlu dipersoal. Apakah kita telah menghalang rakyat kita untuk maju? Apakah kita perlu dan terlalu perlu mempersoal hak sedangkan kita telah menunjukkan perkongsian kuasa yang nyata. Apakah amaran yang amarah dari Guan Eng di Penanti satu perkongsian kuasa yang luhur?. Apakah pengongkongan V. Sivakumar di Perak satu sanjungan kepada Masyarakat Malaysia berketurunan India. Apakah mereka hanya mempercayai pemimpin yang hanya mengikut telunjuk mereka dan mengenepikan soal-soal nasional dan Negara Malaysia?. Keinsafan dan masa akan menjawabnya.
.
Baca lagi yang ini........

Sunday, April 19, 2009

SPEAKER DUN PERAK, V.SIVAKUMAR PATUT LETAK JAWATAN

Tindakan Gantung Tugas Setiausaha Dun Tidak Sah
By: Ramjit

(Gambar: Mungkin Tindakan Timbalan Speaker DUN Perak, YB. Yee Yit Foong, terpaksa meninggalkan Kerajaan Pakatan kerana tidak mahu mengikut telunjuk)

IPOH, 18 April (Bernama) --Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak seperti yang dilaporkan media hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.Beliau berkata jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak."Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak."Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya di sini, Sabtu.
.
Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan."Ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah sebagai mana yang dilaporkan media dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.
SELANJUTNYA..........
(Gambar: Lihatlah siapa yang mengemudi kemelut politik perak khasnya tindak-tanduk Speaker. V. Sivakumar yang berbaju batik kanan sekali kelihatan terlalu kerdil dan sebagai pelakun tambahan sedang Ngeh di tengah-tengah bagai pemegang watak utama).

1. Tindakan Speaker DUN Perak itu menunjukkan bahawa dia sudah tidak lagi "fit" untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau sebagai "speaker" yang memerlukan tindakan yang bebas dari pengaruh "politiking" terutama yang bermuslihat. Speaker tidak boleh bertindak menyebelahi satu pihak.

2. Barangkali inilah yang menyebabkan Timbalan Speaker DUN Perak meninggalkan DAP dan menjadi "BEBAS" yang menyokong Barisan Nasional.

3. Kecelaruan DUN Perak banyak dipengaruhi oleh tindakan Speaker yang ternyata jelas dimanipulate oleh Ngeh and Ngo. Ini disokong oleh beberapa kenyataan yang mengatakan bahawa Speaker berkenaan "dilacurkan" apabila beberapa salinan transcript "teks perbincangan" yang mengarah dan mengarah speaker tersebut menjalankan tugasnya mengikut kehendak mereka atau dia "dipecat". Bolehkah dia dipecat oleh kumpulan DAP? Andainya boleh, bermakna Kerajaan BN sekarang di Perak boleh juga memecat Speaker?

4. Kita tegaskan di sini (meminjam kata-kata favorite DSAI), kiranya Speaker sudah tidak lagi mampu melaksanakan tugasnya dengan mengikut norma-norma kebertanggungjawaban ke atas DUN dan terpaksa mengikut telunjuk segelintir YB yang menakut-nakutkan beliau, adalah wajar bagi V. Sivakumar meletakkan jawatan sebagai Speaker DUN Perak.

PRINSIP dan Udang Di Sebalik Batu.

1. Elizabeth melepaskan jawatan itu dengan hati yang amat berat. Pilu hatinya menitiskan airmata walau tidak sesungai. Satu jawatan yang bukan mudah dicapai dan digenggam oleh seorang wanita muda yang masih membujang dan sihat fisikal dan tubuh badannya. Kita berbohong jika itu satu perkara yang mudah baginya. Namun "Prinsip" tidak terbeli dengan wang ringgit dan pangkat jika ianya satu prinsip yang tulin.

2. Bila Eli melepaskan jawatannya, bukan sahaja Eli berkata mengenai "prinsip" malah sahabat dan rakan taulannya juga bercakap soal "prinsip" dan "pemimpin yang berpegang pada prinsip" yang mengaku satu kesilapan telah dilakukan atau "terlakukan" kerana itu tindakan Eli perlu "ditabek". TERDENGAR DAN TERBACA oleh umum "..dia meletakkan jawatan demi prinsip perjuangan dan kebertanggungjawaban terhadap merakyatkan perjuangan rakyat....". Inilah prinsip Eli. salah satu prinsip kepimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Kononya!

3. Lihatlah kini. Eli kembali menerajui Exco Pelancongan Negeri Selangor dan DUN Bukit Lanjan setelah MB. Selangor TIDAK RELA melihat Eli pergi. Ramai lagi ADUN-ADUN lain yang belum di beri taraf EXCO, namun bagi MB Selangor yang pernah tergelincir lidahnya semasa PRK Ijok suatu waktu dulu dengan merayu pengundi supaya "mengundi Barisan Nasional", Eli juga yang yang tidak direlakannya pergi. Kenapa? ..Persoalan yang berlegar di ruang legar pentas politik PKR yang sukar dirungkai rakyat biasa. Apakah sukar kita memahami keluh rintih "Jejak Kasih"?

4. Bila Eli kembali, dia di sambut dengan "warna warni". Jambangan bunga "dari taman sari yang dipetik tangan-tangan halus bidadari semasa senja sedang berlabuh" dihadiahkan Ronnie Liu (DAP) terpapah kadang terjinjing di sisi Eli. Namun Eli tetap tersenyum lebar. Rambutnya fesyen baru. Agaknya akan ramailah yang akan tiru potong rambut baru seperti orang tukar fesyen "kacamata" bila Sarah Palin bertanding Naib Presiden USA dulu?. Eli bagai tak sabar kembali duduk di kerusi empuknya.

5. Ronnie Liu (DAP) sendiri sedang menghadapi tuduhan melindungi "sindiket pelacuran di Lembah Klang" setelah cuba menghalang pihak Polis dan para Pegawai Majlis Perbandaran memeriksa satu hotel yang disyaki menjadi sarang kegiatan "membogel dan menjual tubuh badan" secara informal (tapuk-tapuk) dan haram.

6. Sejak awal ramai yang menganalisa kes Eli. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa gambar bogel itu satu perkara yang lain. Perkara lain yang lebih diberikan perlu "ketegasan' (meminjam perkataan pilihan DSAI) ialah perkara tersirat yang telah berlaku, dilakukan dan dipraktikkankan secara amali sehingga timbul kes disebalik tabir "gambar bogel" Eli. Halal dan haramnya tidak banyak dipersoal seperti amalan makan makanan haram (misalnya daging babi).

7. Kembalinya Eli telah mengguris perasaan sebilangan ADUN PKR, khasnya YB Zulkifli Nordin yang tidak mendapat layanan sehebat Eli. Apakah kerana Eli ada backing dari DAP manakala YB. Zulkifli Nordin diragui DAP akan menyokong parti lain?
.
8. Kembalinya Eli sendiri telah memecahkan prinsip, malah telah memadankan sendiri prinsip yang dulu cuba dirintisnya di Malaysia. Prinsip itu runtuh bagai Istana pasir diselinapi air obak yang sedikit berbaur airmata Eli!. Andainya ini asas "ketegasan" perjuangan, perletakkan jawatan TMB I Pulau Pinang harus mengikuti landasan "ketegasan" itu. Jika tidak, ketegasan yang sekali lagi ingin "ditegaskan" (sekali lagi meminjam perkataan pilihan DSAI) hanyalah dilihat seperti "prinsip udang di sebalik batu". Apakah batu ini sekeras batu seperti Batu yang diwakili Tian Chua sehngga sukar ditembusi ADUN-ADUN lain dari PKR?..
.
Melindungi pelacuran....Baca dan tontolah video link beikut:-