Translate

Wednesday, April 22, 2009

TUAN SPEAKER: "Point of order".

TIADA YANG LEBIH unprorofessional selain dari tindakan orang yang mengaku dirinya professional dan sebenarnya memiliki latarbelakang akademi dari menara gading tetapi melakukan tindakan songsang. Amat sukar untuk menilai tahap “professionality” seseorang andainya tidak diukur, dianalisa dan diambil kira melalui tindak tanduknya dan caranya membuat keputusan.

"Jangan campur tangan kerja kerja saya sebagai Speaker dewan Undangan Negeri Perak, saya bukan budak kecil dan tidak berpendidikan, saya tahu apa yang dibuat, pihak lain tidak perlu mempengaruhi saya." Ini kata-kata yang diungkapkan oleh V. Sivakuman, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, apabila Dato' Chan Koy Youn, Timbalan Presiden GERAKAN yang menyatakan Speaker DUN Perak telah bertindak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya. So, kiranya tindakannya salah bagaimana?
.
Gambar: Tan Seri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat: Apa kata anda jika sekiranya Tan Seri Pandikar yang menggantung 8 orang MP Pembangkang selama setahun atau enam bulan?
.
Sehubungan dengan ini, kenapa tidak saja V. Sivakuman membuat penyataan serta penafian mengenai “transcript” yang tersebar meluas di laman web yang ada kitannya dengan teguran Dato’ Chan Koy Youn. Apakah itu bukan pihak lain yang mempengaruhi tugas Speaker?.? Atau bila DAP mempengaruhi keputusan dan tindak tanduknya, itu bukan pihak lain tetapi bila orang GERAKAN dianggap pihak lain?. Dengan tindakan sebegini, maka nilailah tahap professionality seorang speaker yang mengatakan dirinya “bukan budak kecil yang tidak berpendidikan” atau tidak menyebelahi malah berkecuali dalam soal-soal dan isu-isu perdebatan orang-orang politik.
.
Gambar: Speaker DUN Perak, V Sivakumar: Kenapa dia terlalu "resistance" menerima teguran pemimpin lain?

Demi keadilan (bukan KeADILan), cuba kita andaikan kes Speaker ini diterbalikkan; Dia sebagai Speaker BN lalu menggantung seramai 8 orang DUN Pakatan Rakyat termasuk YB. Mohd. Nijar Jamaluddin. Selepas itu YB. Dato Tajol Rosli akan menghantar teks seperti Transcript yang diutus khas oleh Ngeh (DAP). Apa pula kata orang DAP, PAS dan KeADILn?

Sedang Speaker Dewan Rakyat, Tan Seri Pandikar Amin Haji Mulia, menggantung MP Jelutong beberapa hari, seluruh Malaysia ribut!. Lim Kit Siang mengatakan tindakan itu menafikan “hak demokrasi seorang MP yang mewakili rakyat”.

Sehubungan dengan statement Speaker DUN Perak, apakah pula hak demokrasi di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah dikuburkan? Berapa ramai yang menyertai pembacaan talqin ketika ia dikuburkan?. Siapa yang tidak tahu kes DUN Perak ke Mahkamah, dan bila mahkamah membuat keputusan, siapa yang masih tetap mempersoal keputusan mahkamah? Siapa tidak tahu muslihat dan “tiupan seruling bambu” memperlambatkan persidangan DUN Perak supaya PRU dapat diadakan?. Siapa pula yang tidak tahu bahawa mereka telah cemas kerana akan kehilangan kuasa?

Rasanya Dato’ Chan Koy Youn telahpun “exercise” hak demokrasinya. Tegurannya adalah nyata dan jelas selaras tuntutan demokrasi yang diamalkan di Negara ini. Bukan sahaja kerana dia sebagai pemimpin parti politik malah sekalipun dia sebagai rakyat biasa hak itu tidak boleh dinafikan.

Go! Dato” Chan Koy Youn Go!. Exercise your legitimate right under the umbrella of democracy ; say something about malpractices done by anyone.. I mean anybody. Executing law is damn right BUT manipulating it is really BAD!
CERITA LAIN....

1 comment:

Anonymous said...

oright girl....you go girl. Keep up the good work...itu dia, senjaliza sudah mengibarkan sayapnya....DUNIA,TERIMALAH.. SENJALIZA.