1. Elizabeth melepaskan jawatan itu dengan hati yang amat berat. Pilu hatinya menitiskan airmata walau tidak sesungai. Satu jawatan yang bukan mudah dicapai dan digenggam oleh seorang wanita muda yang masih membujang dan sihat fisikal dan tubuh badannya. Kita berbohong jika itu satu perkara yang mudah baginya. Namun "Prinsip" tidak terbeli dengan wang ringgit dan pangkat jika ianya satu prinsip yang tulin.
2. Bila Eli melepaskan jawatannya, bukan sahaja Eli berkata mengenai "prinsip" malah sahabat dan rakan taulannya juga bercakap soal "prinsip" dan "pemimpin yang berpegang pada prinsip" yang mengaku satu kesilapan telah dilakukan atau "terlakukan" kerana itu tindakan Eli perlu "ditabek". TERDENGAR DAN TERBACA oleh umum "..dia meletakkan jawatan demi prinsip perjuangan dan kebertanggungjawaban terhadap merakyatkan perjuangan rakyat....". Inilah prinsip Eli. salah satu prinsip kepimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Kononya!
3. Lihatlah kini. Eli kembali menerajui Exco Pelancongan Negeri Selangor dan DUN Bukit Lanjan setelah MB. Selangor TIDAK RELA melihat Eli pergi. Ramai lagi ADUN-ADUN lain yang belum di beri taraf EXCO, namun bagi MB Selangor yang pernah tergelincir lidahnya semasa PRK Ijok suatu waktu dulu dengan merayu pengundi supaya "mengundi Barisan Nasional", Eli juga yang yang tidak direlakannya pergi. Kenapa? ..Persoalan yang berlegar di ruang legar pentas politik PKR yang sukar dirungkai rakyat biasa. Apakah sukar kita memahami keluh rintih "Jejak Kasih"?
4. Bila Eli kembali, dia di sambut dengan "warna warni". Jambangan bunga "dari taman sari yang dipetik tangan-tangan halus bidadari semasa senja sedang berlabuh" dihadiahkan Ronnie Liu (DAP) terpapah kadang terjinjing di sisi Eli. Namun Eli tetap tersenyum lebar. Rambutnya fesyen baru. Agaknya akan ramailah yang akan tiru potong rambut baru seperti orang tukar fesyen "kacamata" bila Sarah Palin bertanding Naib Presiden USA dulu?. Eli bagai tak sabar kembali duduk di kerusi empuknya.
5. Ronnie Liu (DAP) sendiri sedang menghadapi tuduhan melindungi "sindiket pelacuran di Lembah Klang" setelah cuba menghalang pihak Polis dan para Pegawai Majlis Perbandaran memeriksa satu hotel yang disyaki menjadi sarang kegiatan "membogel dan menjual tubuh badan" secara informal (tapuk-tapuk) dan haram.
6. Sejak awal ramai yang menganalisa kes Eli. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa gambar bogel itu satu perkara yang lain. Perkara lain yang lebih diberikan perlu "ketegasan' (meminjam perkataan pilihan DSAI) ialah perkara tersirat yang telah berlaku, dilakukan dan dipraktikkankan secara amali sehingga timbul kes disebalik tabir "gambar bogel" Eli. Halal dan haramnya tidak banyak dipersoal seperti amalan makan makanan haram (misalnya daging babi).
7. Kembalinya Eli telah mengguris perasaan sebilangan ADUN PKR, khasnya YB Zulkifli Nordin yang tidak mendapat layanan sehebat Eli. Apakah kerana Eli ada backing dari DAP manakala YB. Zulkifli Nordin diragui DAP akan menyokong parti lain?
.
8. Kembalinya Eli sendiri telah memecahkan prinsip, malah telah memadankan sendiri prinsip yang dulu cuba dirintisnya di Malaysia. Prinsip itu runtuh bagai Istana pasir diselinapi air obak yang sedikit berbaur airmata Eli!. Andainya ini asas "ketegasan" perjuangan, perletakkan jawatan TMB I Pulau Pinang harus mengikuti landasan "ketegasan" itu. Jika tidak, ketegasan yang sekali lagi ingin "ditegaskan" (sekali lagi meminjam perkataan pilihan DSAI) hanyalah dilihat seperti "prinsip udang di sebalik batu". Apakah batu ini sekeras batu seperti Batu yang diwakili Tian Chua sehngga sukar ditembusi ADUN-ADUN lain dari PKR?..
.
Melindungi pelacuran....Baca dan tontolah video link beikut:-
5 comments:
Saya mengambil pendirian tidak menyokong langkah kerajaan PR mengekalkan YB Eli sebagai exco.Bagaimanapun keputusan ini tidak menggambar pendirian PR secara keseluruhan. Kita anggap ini keputusan PR Selangor dan MB nya Tan Sri Khalid.
Dalam PR semua pemimpin dan Wakil rakyatnya bebas menyuarakan pendirian dan pandangan terhadap sesuatu isu yang dibuat keputusan oleh parti atau pemimpin parti (mengambil contoh YB Kulim Zulkifli noordin)tetapi hal seperti ini jarang berlaku dalam BN.
Sampaikan dalam parlimen pun ahli yang bersetuju dengan usul parti pembangkang, sekalipun benda itu baik untuk rakyat maka silap langkah akan diambil hukuman..Ini bezanya PR dan BN dan saya percaya ramai orang UMNO dan BN merasa cemburu denga kewibawaan YB Zulkifli Noordin MP Kulim ini.
Pendirian Datu Sulaiman mcm juga tiada pendirian. Sama mcm pendirian PKR secara umum. Lihat saja Eli Bogel. Letak jawatan menangis nangis. Kenapa terima. Dia kudah di jilat balik.
Hal jilat menjilat ini tiada dalam BN. Ini perbezaan BN dan PKR. Lihat Sabah..PKRnya hidup segan mati tak mahu. Anwar suruh kasi balik @ bayar duit pilihanraya sebijipun tiada kasi balik. PKR tahukah pejabat PKR Sabah di rumah Jeffrey. Mana Pejabat PKR Sabah?.
PKR memang cemburu pada BN. Lihat saja cemburunya ANWAR AL Juburi setelah Najib dilantik PM dan membentuk kabinet.
Kabinet Bayangan @ Kayangan Anwar menggariskan orang Bunian dan Bidadari..INI BUKAN CEMBURU KEE?
Datu Sulaiman, saya tidak pernah cemburu pangkat Datu mu. Salam Dau. Teruskan menyokong DAP..
Saya syorkan agar PKR buat PLAYBOY MANSION-dibuat di Pulau Pinang. Eli jadi Pengerusi Playboy Mansion Development. Guan Eng- MD. DSAI jadi Banker dan Saiful dilantik "Tukang Putar Rolate" atau ketua Janitor yang tonggang tonggek.
Datu dan Datuk-Datuk boleh datang main "Jackpot" pakai duit rakyat. Datuk Osu yang disokong Musa Aman menumbangkan Datuk Rahim Ismail bolehlah beraksi semula dan Musa pasti sponsor lagi dari duit duit corridow's Investors.
Ainah Datu Sulaiman....
Silap sudah ko dalam hujah-hujah ko ni, BILA MASA PULA YB BN TIDAK PERNAH BANTAH KEPUTUSAN PIHAK ATASAN DALAM BN??
YB2 BN cukup lantang dan pantang, bila soal sokong usul-usul tertentu dalam mana-mana perbahasan atau mesyuarat... hinggakan ada diantara mereka yang kena `gam', kena label sebagai anti-persekutuan, tak kenang budi dan sebagainya dalam Dewan atau dimana-mana saja tempat.
Dalam Soal ini..(kes Eli-Bukit Telanjang)jelas menunjukkan bahawa PR ini bukannya seperti apa yang mereka uar-uarkan, konsep dan pendirian yang mereka laung-laungkan hanyalah RHETORIK sahaja.. PEMANIS MULUT(DESSERT). Tertubuhnya PAKATAN PEMBANGKANG bukan untuk memperjuangkan rakyat..(rakyat sudah `gamuk-gamuk' bah dipelihara oleh BN)tetapi..untuk agenda politik ANWAR IBRAHIM.
RAKYAT pilih PAKATAN PEMBANGKANG kerana mereka marahkan TUN.M, atas permainannya terhadap ANWAR IBRAHIM. Kalau ANWAR tiada... PAKATAN RAKYAT ni pasti akan terkubur begitu sahaja...GONE WITH THE WIND. Sudah terbukti dahulu.. DAP dan PAS sudah diambang pintu kubur, hanya kembali `hidup' semula bila ANWAR kena `lipatan maut' TUN.M.
Jadi...kesimpulannya,PAKATAN RAKYAT bukannya ada idea untuk jadi pemerintah.... tetapi, secara tidak sengaja.. menjadi pemerintah oleh pengundi-pengundi yang MERAJUK dengan BN. ITU lah sebabnya... kini, mereka jadi kucar-kacir dalam memerintah kawasan-kawasan yang mereka `menangi'... dan, RAKYAT kawasan tersebut...tidak boleh merungut atau apapun... sekiranya, KERAJAAN PERSEKUTUAN tidak ambil peduli dengan permasalahan mereka.
Tak lama lagi... negeri2 yang dibawa pemerintahan PAKATAN PEMBANGKANG itu, akan menjadi yang `termundur dan tersisih' seperti KELANTAN.. dan mungkin, ada..yang tidak akan dapat bayar gaji kakitangan-kakitangan kerajaan dinegeri2 itu...(Chapter 11..anyone)NAK SALAHKAN SIAPA..???
PENANG,KEDAH,SELANGOR,..nak cari duit dari mana...AIPAC???
JomoSama Tuaran..(kes Eli-Bukit Telanjang. Salah eja kee. Bukit Lanjan lah bro... apapun faham jugalah nawadays banyak istilah laser.
Post a Comment