Translate

Saturday, April 25, 2009

5 BINTANG KECEMERLANGAN PENGURUSAN 2008.

Kementerian Kerja Raya Malaysia Satu-satunya Kementerian yang mendapat 5-Bintang Kecemerlangan Pengurusan bagi tahun 2008-KSU TS. Sidek Hassan.

Kementerian Kerja Raya Malaysia merupakan satu-satunya Kementerian yang mendapat taraf lima bintang Kecemerlangan Pengurusan dalam tahun 2008. Demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia, "Yang Berhormat" Tan Sri Sidek Hassan pada 21 April 2009 yang lalu. Tahniah ke atas Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Sayang seribu kali sayang Kementerian Kerja Raya Sabah jauh berbeza dengan pencapaian dan apa yang berlaku di Peringkat Nasional. Kementerian Kerja Raya Sabah mengalami kepincangan dan masalah.

Pertama: Menterinya, YB Datuk Raymond Tan Su Kiah, juga selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah "tidak berparti". Dikhabarkan secara tidak resmi bahawa ramai kontraktor malah pegawai dan kakitangan JKR Sabah juga merungut terhadap tindakan menterinya yang mengawalselia dan mengongkong semua GWO walaupun mengenai projek-projek kecil yang urgent.

Kedua: Timbalan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Japlin Akim (DJA), selaku ADUN Usukan, pula menghadapi tuduhan rasuah dan ditangkap SPRM bersma-sama dengan seorang kontraktor, Limus Juri (LJ). Walau bagaimanapun, DJA telah dibebaskan selepas berada dalam tahanan selama tiga hari dengan ikat jamin RM100,000.00. Manakala LJ dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM300,000.

Ke n':..: Cukup. Jalan Bundusan dianugerakan kepada siapa dan oleh siapa dan siapa pelaksananya dan siapa di sebalik tabir? SL nak tanya saja.

Layari Web Kecemerlangan Pengurusan Lima Bintang 2008....
http://images.google.co.uk/imgres?imgurl=http://www.jkr.gov.my/v2/english/image/LogoJKR_c1.jpg&imgrefurl=http://milmoderno.blogspot.com/2008/10/dunia-di-jabatan-kerja-raya.html&usg=__ZAWdU6rmakCNF9xzFFI0NhCfbIM=&h=261&w=370&sz=42&hl=en&start=17&um=1&tbnid=J30RErUJANyCuM:&tbnh=86&tbnw=122&prev=/images%3Fq%3DJabatan%2BKerja%2BRaya%26hl%3Den%26rlz%3D1T4GFRE_enMY317MY317%26sa%3DN%26um%3D1

1 comment:

Ajin b. Gagah said...

Salam SenjaLiza,
Berasaskan panduan yang dihuraikan dalam blog ini, saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya(KKR) Perseketuan dan Takziah kepada Kementerian Kerja Raya (MCW) Negeri Sabah.

Rasa sedih juga kerana pada suatu ketika MCW ada lah Kementerian yang terchanggih dan mempunyai bilangan pegawai-pegawai tahap professional yang terbanyak di Sabah. Satu-satu nya Kementerian yang pertama dilengkapkan dengan system ISO dan TQM (Total Quality Management).

Dalam masa yang sama MCW juga pada suatu ketika telah di ketuai oleh para-para Menteri yang tidak banyak bermasaalah saperti sekarang ini.
Pada suatu ketika,perkara-perkara yang liza bangkitkan saperti berikut tidak timbul;
1) selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah "tidak berparti" serta mengawalselia dan mengongkong semua GWO walaupun mengenai projek-projek kecil yang urgent.
2) Timbalan Menteri menghadapi tuduhan rasuah dan ditangkap dengan ikat jamin RM100,000.00.

Kes saperti ini tidak membantu MCW untuk mencapai missi dan visi nya kearah 2020.
Justru itu ia nya telah menggalakkan lagi pehak KKR untuk mengambil alih kerja-kerja yang di peruntukkan oleh perseketuan di bumi Sabah ini dalam masa yang terdekat...sungguh mengerikan.

Apa-apa pun mungkin ini lah 'Transformasi' yang diilhamkan oleh kerajaan negeri Sabah masa kini.
Sabah Way..Rymond and Musa lead Sabah all the way.....