Translate

Monday, April 27, 2009

Sabah: Fixed Deposit Musim Inflasi

Masih terngiang-ngiang ditelinga saya kata-kata Yang Berhormat Datuk Ghapur Haji Salleh (DGHS) di Dewan Rakyat yang berbunyi :-
.
“semua tahu , dunia tahu. Kalau bukan Sabah dan Sarawak, 54 kerusi, maka kerajaan BN sudah tidak ada..... Negeri Sabah, Datuk Speaker, Negeri Sarawak yang menyelamatkan BN. Negeri Sabah 3 kerusi menteri. Ini memalukan rakyat Sabah. Ini memalukan. Ini harus diperbaiki. Kita tidak boleh biarkan begitu saja... Sudahlah kita ini ketinggalan, kemudian kita dianaktirikan" dan

....Mungkin itu dianggap oleh pucuk pimpinan Negera enteng, Sabah can be taken for granted... Kalau tidak diperbaiki keadaan ini, pilihanraya akan datang bukan saja BN kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga”
.
Mungkin ini alasan DGHS dulu semasa dia menolak jawatan Timbalan Menteri semasa Pak Lah menjadi PM; Namun kini kata-kata Ghapur itu masih relevant. Sabah yang dianggap sebagai "fix deposit" atau "safety box" tidak seenteng dan seringan yang dipandang. Seandainya Ghapur yang pernah memenangi Kawasan Parlimen Kalabakan tanpa bertanding dua kali berturut-turut dalam PRU 11 dan PRU12, 2004 dan 2008, mengatakan bahawa "pilihanraya akan datang bukan saja BN akan kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga" maka ancaman terhadap fixed deposit masih tetap wujud dan perlu diberi perhatian serius. Kalau ancaman Tsunami Politik terus membuak di Tanah Semenanjung tempiasnya pasti sampai ke Sabah.

Dua bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee dan Chong Kah kini sudahpun berada di luar BN. Malah Chong Kah Kiat sedang berhadapan Musa di Mahkamah bersabit isu Ma Tzu. Dakwaan mereka dan "silent majority" bahawa Tan Su Kiah @ Raymond masih bergayut dalam BN sebagai "BEBAS" semata-mata kerana jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan dan Kerjaya sesuatu yang berasas dan dilengkapi dengan fakta. Bagi mereka gagasan Raymond Tan untuk menubuhkan parti hanyalah retorik yang kosong dan tidak berpenghujung.
.
Andainya Raymond Tan subscribe kepada perjuangan dan ideologi BN kenapa dia tidak menyertai mana-mana komponen BN dalam Negeri? Bukankah telah ramai pemimpin-pemimpin BN sendiri sudah mengatakan bahawa ".....there is no such thing as "BN Bebas" in Barisan Nasional..."?.

Kedudukan Raymon Tan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Timbalannya Datuk Japlin Akim selaku ADUN Usukan, sudah cukup mencacatkan prosedur dan norma yang menjadi amalan politik negara ini. Japlin menghadapi tuduhan rasuah dan ditangkap kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000. Ini amat berbeza dengan keadaan Fairus DUN Penanti di Pulau Penang yang tetap mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I dan kerusi ADUN Penantinya walaupun sudah dibersihkan kesnya oleh SPRM dari tuduhan rasuah. Kenapa Japlin Akim tidak berbuat demikian malah menyerahkan "fate"nya kepada CM?

Apakah agenda tersembunyi Musa Aman mengekalkan pemimpin ini "bergayut" dengan pangkat dan kedudukan mereka?. Apakah dia tidak risau dengan pandangan pemimpin BN yang lain dan "silent majotiri" lalu kita kelak sebuk dengan "post mortem" sedangkan fakta ada di hadapan mata kita? Apakah Musa tidak merestui DS Salleh Tun Said yang kini dilantik Najib sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, untuk bertanding di Usukan sama seperti ceritanya menguggurkan Salleh dari bertanding MP yang menggantikannya dengan Datuk Rahman Dahlan?

Sejarah politik Sabah jelas dan terang. Sabah pernah bertukar kerajaan sebanyak empat kali dan bertukar Ketua Menteri sebanyak 13 kali. Dengan ini tidak mustahil kedudukan Sabah juga Sarawak sebagai "fixed Deposit" akan tergugat kiranya amalan yang terbentang di hadapan mata rakyat sebagai "tidak normal" masih tetap diamalkan.

Ketidak tegasan Musa terhadap isu Raymond Tan dan Japlin ternyata akan menggugat Barisan Nasional Sabah. Seolah-olah Musa gagal melayari gagasan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak, gagasan 1Malaysia dan Transformi dalam pentadbiran yang membawa messege melakar wacana yang ingin mendengar degupan dan denyutan nadi 27 juta rakyat Malaysia. Riak yang memecah dalam BN apabila Pemimpin kanan LDP menyuarakan tegurannya terhadap "BN Bebas" perlu didengar dengan ketegasan bukan dengan alasan yang diputar belit terutama bila politik negeri kini mengalami inflasi..

2 comments:

ASEANTA KINABALU said...

Sila lihat link ini.
http://egagah.blogspot.com/2009/04/no-such-thing-as-barisan-nasionalbn.html
Barangkali '*r di Usukan tidak dapat dielakkan dan Raymond Tan akan Masuk MCA - baharulah wajar dan selaras dengan WACANA PM - 1Malaysia dan Transformasi.

metu said...

replica bags turkey replica bags prada replica bags joy