Translate

Friday, May 1, 2009

Pas dikecam beku jentera pilihan raya


Pas dikecam beku jentera pilihan raya

GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang semalam mengecam tindakan Pas Permatang Pauh yang membekukan jentera pilihan raya parti itu untuk menghadapi pilihan raya kecil Penanti. Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata beliau terkilan dengan tindakan Pas dan melihatnya sebagai tidak menghormati semangat setia kawan yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat (PR). "Saya tidak faham kenapa mereka masih membuat bising dengan berbuat begini sedangkan pemimpin tertinggi PR sudah membuat keputusan untuk mencalonkan Mansor Othman sebagai calon PR.

"Sepatutnya mereka menerima keputusan dengan hati terbuka dan tidak hanya memikirkan diri sendiri. Ini bukannya sikap ahli PR yang lazimnya menerima keputusan pucuk pimpinan," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau diminta mengulas tindakan Pas Permatang Pauh yang membekukan jentera pilihan raya, sekali gus memberi tamparan hebat kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.
MORE..............

No comments: