Translate

Sunday, December 28, 2008

President Ahmadinejad talks with Syrian,Qatari presidents

Tehran, Dec 27,

Iran-Syria-Qatar President Mahmoud Ahmadinejad on Saturday called for an immediate action to stop Israeli crimes in Gaza. In telephone conversations with Syrian president and Emir of Qatar, Ahmadinejad condemned Israeli attack on Gaza Strip. Israel carried massive air strikes on Gaza on Saturday killing 195 and wounding more than 250 Palestinians.
OIC condemns mass
killing of Palestinians in Gaza
Riyadh, Dec 27,

OIC-Gaza-Condemn Secretary General of Organization of the Islamic Conference (OIC) Ekmeleddin Ihsanoglu on Saturday strongly condemned massive killing of Palestinian people in Gaza Strip by the Zionist regime. Issuing a statement, Ihsanoglu called Palestinian massacre in Gaza as a clear violation of international law and Geneva Convention.

He also called for emergency meeting of the OIC executive committee at the ministers level to consider Zionist regime crimes in Gaza. OIC secretary general has also called on international organizations to stop Israelis crimes in the region. The Zionist regime in a wide air strike on Saturday morning killed 195 palestinians and wounded more than 250.
source...

OVER 4,700 MALAYSIAN TO LOSE JOB IN NEXT 3 MONTHS: MINISTER


More than 4,700 Malaysians will lose their jobs in the next three months as the electronics sector is hit by the global economic downturn, the country's human resources minister has warned.

S. Subramaniam told state news agency Bernama that 102 companies had informed the Labour Department that 4,749 workers would be put out of a job between January and March, with most coming from the electronics sector. "We cannot stop companies which are making losses from retrenching their workers. But we will do all we can to aid these workers to receive their compensation," he told Bernama late Monday.

"I am very thankful that the workers' unions here have not been violent, unlike in other countries, that they have been quite calm about all of this," he added. Subramaniam told Bernama his ministry had set up an action centre at every district to monitor companies or employers who might be facing financial difficulties. "Our officers will visit these companies and compile a weekly report which would be sent to the state and finally be compiled at central level. This would enable our ground force to ensure that the employers will meet their obligations towards their workers," he added.

He said the workers included 1,500 at hard-drive manufacturer Western Digital, which announced the losses last week at its plant in the eastern state of Sarawak on Borneo island. Malaysia's electronics sector has been hit hard by a drop in global demand for electrical and electronics goods, with the government announcing a 7 billion ringgit (2.01 billion dollar) stimulus package to reinforce the economy and maintain growth momentum.
Source:

Thursday, December 18, 2008

MABUL-PEMBANGUNAN MENYISIHKAN MASYARAKAT


Pembangunan Mabul: Kelihatan Penempatan masyarakat mabul semakin terasing dan tersisih. Teori Pembangunan semata-mata dan Retorik eksekutif hanya akan tambah menyisihkan mereka.

Pembangunan yang menyisihkan komuniti adalah antara pemangkin utama yang menggalakkan jurang perbezaan taraf hidup dan pendapatan antara masyarakat. Keadaan ini ternyata jelas tidak selaras malah bertentangan dengan konsep dan dasar "Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat" yang pernah di gariskan sebagai "Dasar" dan "polisi" kerajaan.

Keadan semasa menunjukkan bahawa masyarakat Pulau Mabul "terasing" dari "iklim pembangunan" yang sedang berlaku di Pulau Mabul.

Industri Pelancongan tidak mungkin dapat disertai oleh Penduduk sebenar Pulau Mabul secara berkesan dalam erti kata yang sebenarnya. Meskipun tertulis dalam perancangan pembangunan dengan menggunakan "istilah yang berat-berat" dan "menjadi kebanggaan" seperti "limpahan pembangunan", "fringe Benefit", "pembangunan in-situ" dan pelbagai lagi istilah; namun pada hakikat sebenar-benarnya, temtasi untuk "mengabaikan masyarakat" dan menguasai keseluruhan Pulau Mabul untuk pembangunan di atas matlamat mencipta dan menjana "kekayaan" amat ketara. Masyarakat Pulau Mabul yang rata-rata miskin dan bergantung hidup pada hasil laut "mungkin hanya dilihat sebagai "belalang di padang".

Keadaan semasa kini menceritakan segala-galanya.

Begitulah yang berlaku dengan isu kemiskinan dalam Negeri Sabah. Ianya berada di hadapan mata setiap kita. Setiap hari ianya menghiasi layar kehidupan samada di kota atau di desa. Pelbagai pendekatan dan program yang "lemah" dicanangkan. Pelbagai graf dan stastistik semakin jelas dan berwarna-warni dengan bantuan kepesatan IT. Namun semuanya berunsurkan subjek yang "menunding jari kepada masyarakat miskin itu sendiri" apabila setiap pendekatan dan program itu gagal mencapai matlamatnya.

Sesekali kita perlu menyoal diri kita sebagai pencipta kepada pendekatan dan program yang lemah dalam pelaksanaan "pembasmian kemiskinan"...."Kenapakah memperkayakan yang kaya lebih diutamakan untuk di realisasikan dari memberikan peluang kepada masyarakat berpendapatan rendah dan miskin untuk mengejar dan mengecapi erti kemerdekaan secara vital dan serius?"..dan "Kenapakah isu kemusnahan alam sekitar dan ekosystem diletakan lebih teratas dari kemusnahan kehidupan dan masa depan masyarakat?

Friday, November 28, 2008

CALON-CALON PEMILIHAN AMT UMNO MAC 2008.


Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman dan
Y.B. Datuk Anifah Haji Aman

Datuk Masidi Manjun dan Datuk Bung Mokhtar Radin

Datuk Haji Lajim Haji Okin, Janang Gayuh (Presiden Persatuan Bisaya) dan
Datuk Salleh Tun Said, Presiden USBO (Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah)

Majlis Tertinggi (10)


1. Noh Omar ( 158)2. Musa Aman ( 143)3. Ir. Mohd. Zin Mohamed ( 143)4. Mustapa Mohamed ( 138)5. Abdul Ghani Othman ( 133)6. Zainal Abidin Osman (132)7. Ismail Sabri Yaakob ( 129)8. Azian Osman ( 120)9. Tajuddin Abdul Rahman ( 120)10. Adnan Yaakob ( 113)11. Azalina Othman Said ( 113)12. Dr. Abdul Latif Ahmad ( 102)13. Mohamad Hasan (99)14. Shahrir Samad ( 98)15. Mahdzir Khalid ( 94)16. Hamzah Zainudin ( 92)17. Dr. Mohd. Puad Zarkashi (89)18. Husni Ahmad Hanadzlah (87)19. Ahmad Shabery Cheek (86)20. Noraini Ahmad (81)21. Zulhasnan Rafique (77)22. Dr. Awang Adek Hussin (74)23.Johari Baharom (72)24. Mohamad Norza Zakaria (72)25.Shahidan Kassim (71)26.Abdul Aziz Sheikh Fadzir (67)27. Idris Haron (65)28. Lajim Ukin (63)29. Anifah Aman (62)30. Dr. Zambry Abd. Kadir (61)31. Saifuddin Abdullah (60)32. Shaziman Abu Mansor (60)33. Idris Jusoh (59)34.Ahmad Said (59)35.Mohd. Alwi Che Mat (48)36. Dr. Md. Isa Sabu (44)37. Syed Ali Alhabshee (43)38. Bung Moktar Radin (41)39.Abdul Latif Mirasa (40)40. Dr. Hilmi Yahya (38)41. Abdul Azeez Abdul Rahim (35)42. Hasan Malek (33)43. Dr. Noraesah Mohamad ( 29)44. Dr. Jamaluddin Jarjis (29)45. Shahrizat Abdul Jalil ( 27)46. Abdul Rahman Bakar (26)47. Abdul Aziz Shamsuddin (25)48. Halimah Mohd. Sadique (24)49. Raja Ropiah Raja Abdullah (23)50. Radzi Manan (21)51. Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (20)52. Astaman Abdul Aziz (18)53. Masidi Manjun (18)54. Mohd. Tajol Rosli Ghazali (18)55. Ghazali Ibrahim (17)56. Ishak Ismail (16)57. Salleh Said Keruak (16)58. Siti Zaharah Sulaiman (16)59. Subahan Kamal (15)60. Ahmad Lebai Sudin (15)61. Azhar Ibrahim (15)62. Zahidi Zainul Abidin (14)63. Wan Adnan Wan Mohammad (14)64. Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (14)65. Radzi Sheikh Ahmad (13)66. Kapten (B) Abu Zahar Hashim (13)67. Azimi Daim (13)68. Dr. Abdullah Md. Zin (13)69. Syed Hamid Albar ( 12)70. Abdul Rahim Thamby Chik (12)71. Tengku Putera Tengku Awang (12)72. Sazmi Miah (11)73. Dr. Ibrahim Saad (10)

Sabah MCA picks new line-up.


Sabah MCA picks new line-up
By RUBEN SARIO

KOTA KINABALU:
A major revamp has swept through Sabah MCA with state party chief Datuk Edward Khoo Keok Hai replacing most of the 14-member liaison committee. “This is part of our renewal process,” he said after meeting the new committee members and the previous ones here yesterday. He said the changes were made as many senior leaders had stepped aside for the younger ones to take over.

Tuesday, November 25, 2008

Tan To Drop The Idea?

Dari: DAILY EXPRESS NEWS

Tan to drop the idea?
Kota Kinabalu:

Deputy Chief Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah has hinted he may be having second thoughts about forming a new party. He said "finding ways to get back the people's confidence in Barisan Nasional (BN) was more important than forming new political party".

"It's no use opening a new party without addressing the issue of getting back the people's support for BN," said the former Sabah Progressive Party (SAPP) Deputy President, who is now partyless. SAPP headed by Datuk Yong Teck Lee pulled out from BN on Sept 17, but Tan decided to stay put in BN.


Datuk Raymond Tan Su Kiah.
Menteri Penuh dan Timbalan Ketua Menteri Sabah
yang TIADA PARTI.

NOTA SENJALIZA

Sehingga kini Datuk Raymond Tan Su Kiah (RTSK) belum mempunyai parti. Bagaimanapun beliau memegang 2 jawatan yang biasanya dipegang oleh oleh seorang wakil rakyat yang "memiliki parti" dan komponen parti kerajaan. Jawatan itu ialah: Menteri Kerjaraya dan Pembangunan Infrastruktur dan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Bila kenyataan "Tan To drop The Idea?" ini disiarkan. Saya tertarik membacanya. Dulu ada ura-ura dan tekanan bahawa Kabinet Negeri "terpaksa disusun semula" memandangkan isu keluarnya SAPP dari BN dan RTSK kononnya terpaksa meletakkan jawatan atau akan menubuhkan parti baru yang bakal menyertai BN untuk "menyelamatkan jawatan" yang dipegangnya. Namun semua itu hanya tinggal ura-ura dan hura-hura..

Hakikatnya, RTSK masih memegang jawatan-jawatan penting dalam kabinet kerajaan TANPA PARTI. Ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun BUKANlah sesuatu perkara yang URGENT bagi RTSK kerana dia tahu rupanya atau sekurang-kurangnya ada pihak membisikan ditelinganya, yang meyakinkannya, bahawa "KHDMAT" dia masih diperlukan.....

Sunday, November 23, 2008

Anwar akan bawa formula Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Gerakan Rampas Kuasa Yang Terbenam.


Anwar akan bawa formula Semenanjung ke Sabah, Sarawak
Harakahdaily Sat Nov 22, 08 9:02:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin dapat menyatukan semua parti utama dalam barisan pembangkang di Sabah dan Sarawak untuk meletakkan seorang calon sahaja menentang calon Barisan Nasional (BN) di setiap kawasan pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, formula seumpama itu, yang diilhamkan oleh KeADILan, DAP dan PAS di semenanjung, ternyata telah membawa kejayaan yang besar kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lepas.

Selanjutnya:......



GERAKAN RAMPAS KUASA TERBENAM
Senjaliza

Apabila kenyataan ini (Anwar akan bawa formula Semenanjung ke Sabah, Sarawak) di buat DSAI, sahlah bahawa janjinya yang bermula "Ogos, 2008" , "916" dan "sebelum aidil adha" untuk ambil alih kuasa dari BN tidak lebih dari "janji terang bulan politik". Bagaimanapun janji-janji itu telah meninggalkan "impian yang lebur" di kalangan pengikut PR yang dulunya dalam keadaan seakan sanggup dan berani bersumpah bahawa BN akan jatuh dengan formula DSAI merampas kuasa. Kalau adat ikut kampung "entah mana nak disorokan muka" setelah mendabik dada bahawa pemimpin mereka sekejap lagi jadi PM. Sekuang-kurangnya mereka turut menabur "janji manismu". DSAI kini telah membuat penyataan "berubah" bahawa akan menghadapi PRU13 ikut formula Semenanjung bagi Sabah dan Sarawak. Kenyataan inipun sukar menjadi kenyataan kerana Sabah dan Sarawak lebih kelihatan cenderung kini dalam memegang semangat memilih parti tempatan, terutama dalam keadaan politik mutakhir yang seakan melupakan soal dan isu rakyat yang pokok, soal masa depan anak-anak dan pendidikan, soal kemiskinan dan pengangguran tetapi lebih kepada "Politik Gila Merebut Kuasa" dan "bercakaran sesama rakan kerana kuasa".

DSAI juga melawat Sabah baru-baru ini. DSAI cuba menyatakan kepada rakyat Sabah dan seluruh Malaysia "Kononnya PKR Sabah tidak menghadapi krisis kepimpinan". Penyataan ini tidak lebih tidak kurang sebagai mengatakan "buntut belanga itu putih" atau "ketam mengajar anak-anaknya berjalan lurus". Setiap pemerhati politik di Negeri ini faham dan arif; malah orang-orang PKR sendiri lebih arif; bahkan pemimpin PKR Sabah sendiri mengakui bahwa PKR Sabah menghadapi "Krisis Kepimpinan". Krisis antara "Kem Tuan Haji Ansari Abdullah, Ketua Perhubungan PKR Sabah dengan Kem Datuk Dr. Jefrey Kitingan, Naib Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu PKR Sabah dan Sarawak". Calon-calon PKR yang kalah dan tidak dapat bertanding juga membuat penyataan bahawa "krisis kepimpinan PKR adabah adalah salah atu faktor kegagalan PKR Sabah meraih kerusi dalam PRY12. Oleh itu, adalakah DSAI berkata benar kali ini?

Sejak gagasan "rampas kuasa" yang ditiupkan DSAI terbenam, rasanya DSAI, rasanya sukar bagi DSAI meyakinkan rakyat Sabah bahawa PKR Sabah tidak mengalami krisis kepimpinan. Kalau dulu dia cakap "tak betul" kali ini sudah mula lagi "cakap tak betul"-dengan mengatakan tiada krisis kepimpinan. Apakah kita rakyat Sabah mula menerima fahaman secara taksub lalu kita terima bila pemimpin kita kata tak betul kira langsung saja kata "tak betul ada krisis kepimpinan"?.

Antara kegagalan PKR menarik ramai penyertaan kumpulan professional di Sabah untuk turut serta dalam Pakatan Rakyat ialah 'krisis kepimpinan dalam PKR Sabah. Formula "siapa banyak makan garam berjenama PKR, dia mesti diutamakan. Walaupun masih terdapat ramai golongan professional berhajat untuk menyumbang kepada negara melalui saluran "politik yang sihat", keinginan mereka pudar oleh jenama garam dan krisis itu. Adalah benar bahawa mereka ini tidak mahu menjadi sebahagian dari gagasan "rampas kuasa yang terbenam" atau nama bakal di delete bila pilihanraya bakal menjelang. Sedapatnya mereka akan mengindari "Krisis Kepimpinan" dan "terbenam dalam gerakan rampas taktha"

Sunday, November 16, 2008

Concern over Mabul resort plan

SEMPORNA: A plan to build Malay­sia’s first and biggest oceana­rium resort of luxury chalets in Mabul, in the east coast of Sabah, is facing a wave of opposition. Environmentalists, villagers and dive operators warn that the proposed project on a 33ha parcel of shallows will bring disaster to Mabul marine life and may also degrade the eco-sensitive coral reefs of Pulau Sipadan, a 20-minute boat ride away.

Application for a 99-year lease for the parcel facing south of Sipadan was first put in by a local company based in Kota Kinabalu in September last year. Unspoilt, for now: The parcel of 33ha of shallows at Mabul where the oceanarium is approved to be constructed. The island in the background is Sipadan.
The Semporna Assistant Collector of Land Revenue approved the application early this year and the Sabah Cabinet endorsed it last month, according to state officials. They said the project was supposed to be undertaken by a local and Japanese joint venture based on an environment-friendly building concept.

Work will only commence after a thorough study of the environment impact assessment report. The sources added that the oceanarium would be surrounded by five villages of more than 200 sea-view bungalows and semi-detached villas, with side pools and spa villas as well as staff and scientist quarters.

Sabah Environment Protection Association president Wong Tack asked if the oceanarium was necessary because one could easily see fishes swimming in the clear Mabul waters. Tourist attractions: Holiday chalets on Mabul island. Dive operators believe that the existing chalets in the area are enough to cater to tourist needs.“How can approval be given to such a massive project before the terms of the EIA are known?” he asked.

Citing scientific studies of corals in tourism islands such as Fiji and elsewhere, Wong said any major construction activity in the shallows is bound to have negative impact on the reefs. He added that tonnes of construction material would have to be brought in by barge and sand pumped in from the shores of the island, thus heavily impacting the rich exotic Mabul marine life.
Wong said the authority that approved the resort project should remember what happened in Sipadan in 2006 when a construction barge ran aground, destroying a coral reef patch the size of three tennis courts and putting Malaysia in a bad light.

He said the existing four resorts for higher-bracket tourists and five to 10 home-stay places for backpackers with a total of more than 250 rooms provided enough accommodation for 120 divers given permits to dive in Sipadan waters every day.

Wong said the 2,000 local Bajau and Suluk villagers living on Mabul island were also worried about relocation and that their historic grave site would be removed to make way for the oceanarium resort project.
Concern over Mabul resort plan
By P. KATHARASON
Source:
READ ALSO.......
Lim Kit Siang

Sunday, November 9, 2008

JANGAN JADI GOLONGAN MURTAD, MUSYRIK


Al-makr : Jangan jadi golongan murtad, musyrik
kelolaan Ustaz Zainudin Hashim Fri Nov 07, 08 8:26:11 am MYT

dari harakah daily

Sejarah manusia dengan agama yang diredai Allah SWT untuk mereka, sentiasa dinodai dengan kuman-kuman yang disebarkan oleh syaitan dari zaman ke zaman.

Kerananya manusia sering dan berulang kali dihinggapi satu penyakit yang sangat parah iaitu penyakit yang disebut oleh Allah sebagai syirik lalu menjadi musyrik, di mana dengannya menjadikan manusia buta dari melihat, pekak dari mendengar dan beku dari memikirkan segala petunjuk Allah.

Istilah buta, pekak dan sebagainya adalah digunakan oleh Allah tanpa segan silu, kerana seluruh manusia yang dihadapkan kata-kata itu adalah hamba-hambaNya belaka. Manusia pada hakikatnya ialah roh, yang kejadian dan kewujudannya, merupakan suatu daripada rahsia dari pengetahuan Allah SWT, dan di luar batas pengetahuan manusia.

Manusia yang wujudnya di alam nyata ini ialah hasil dari gabungan roh dan jasad, yang mana jasad itu baharu sahaja terjadi dan kesuburannya adalah bersumber kepada tanah dengan segala bahan-bahan yang terdapat di planet bumi ini. Kehidupan manusia di bumi ini adalah kehidupan yang terlalu singkat, apabila diingatkan betapa roh mereka telahpun ada sejak beberapa lama sebelum kelahiran mereka ke dunia ini dalam bentuk jasmani dan rohani.

Allah menerangkan betapa semua roh itu telah ditanya : Tidakkah Aku ini Tuhan kamu? Dan sekelian roh menjawab : Benar sekali. Adapun pertanyaan dan jawapan ini telah lama sekali berlaku di alam yang tersendiri. Manusia dengan jasadnya tanpa roh adalah bangkai yang terlalu busuk baunya sekiranya dibiarkan terdedah. Busuknya bau bangkai manusia jauh lebih busuk dari bangkai binatang-binatang yang lain.

Demikianlah manusia ini, mereka dicipta dan dilahirkan ke dunia melalui sebuah planet yang dinamakan ?al-Ardh? atau bumi dengan sebaik-baik kejadian. Manusia dianugerah dengan akal dan budi bicara. Mereka dapat pula berkata-kata untuk menyampaikan sesuatu yang lahir dari pemikiran dan perasaan.

Mereka juga dilengkapi dengan kebolehan daya usaha dan daya cipta yang dapat mempergunakan segala benda yang disediakan oleh Allah, iaitu apa-apa yang ada di planet bumi ini bagi kepentingan mereka. Semuanya ini adalah sebagai ujian kepada mereka, kemudian mereka akan dikembalikan kepada sebusuk-busuk bangkai, iaitu seburuk-buruk kejadian dan hancur luluh bersama tanah di bumi yang mereka dilahirkan.

Seluruh kehidupan manusia sebagai kehidupan sementara di dunia ini adalah merupakan ujian terhadap mereka, sama ada mahu menjadi makhluk yang berterima kasih atau syukur kepada Allah, atau mahu menjadi makhluk yang degil, keras kepala, sombong, bongkak atau kufur ingkar kepada Allah seperti golongan jahiliyyah yang menyembah berhala. Secara sedar ia adalah tindakan keterlaluan mencintai Allah melalui penciptaan patung-patung yang kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah yang digambarkan sebagai tuhan-tuhan.

Demikianlah di antara yang berlaku secara sedar, adapun yang tidak sedar ialah dengan mengambil dan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka yang biasanya ialah manusia yang gagah, berkuasa, kejam dan zalim sebagai tempat untuk menyerah jiwa raga mereka dan dipatuhi secara membuta-tuli kerana hajat-hajat kehidupan menurut pertimbangan nafsu mereka sendiri.

Sejarah manusia selepas kewafatan nabi-nabi dan rasul-rasul sering menjadikan manusia terdedah kepada tipu daya syaitan yang pernah berhenti dari memperdaya dan memesongkan manusia supaya terpesong daripada jalan yang benar yang menyaebabkan mereka akhirnya menjadi murtad.

Begitulah yang terjadi sesudah Nabi Isa a.s. sehingga kitab Injil terbahagi kepada empat jenis yang berbeza-beza pendekatan dan arahannya, ia berlaku kerana tindakan songsang yang memurtadkan pelakunya.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan sebagai Rasul terakhir untuk sekelian manusia, baginda telah berhadapan dengan zaman penyembahan berhala dan api, atau menyembah pemimpin-pemimpin negara, di man semuanya itu disifatkan sebagai musyrik kerana mengambil sesuatu yang lain daripada Allah.

Sesungguhnya da pelbagai keterangan Allah berhubung dengan murtad, syirik dan musyrik dan pelbagai keterangan dan penjelasan Nabi Muhammad dalam hal ini yang sepatutnya menjadi oanduan yang baik untuk kita semua renungkannya.

Sebahagian rencana hasil tulisan al-Marhum Amaluddin Darus menerusi risalah kecil ?Islam Agama Manusia Sejagat? m.s 21 -28. _

Friday, November 7, 2008

JASA ZAID IBRAHIM?

Zaid Ibrahim. Pemain peranan utama pembayaran ex-gratia. Tiada pengajaran kah yang dia perolehi dari politik wang yang pernah diamalkannya?

Apakah Datuk Salleh Tun Said Keruak, Ketua UMNO Bahagian P.169-Kota Belud akan dilantik mengambil alih tempat Zaid sebagai Senator?

EX-GRATIA...Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada enam hakim yang dipecat sebagai bayaran ex-gratia. Menteri Jabatan Perdana Mentei Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengumumkan jumlah itu di Dewan Rakyat Khamis berkata, daripada jumlah itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas menerima jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM5 juta.

Wang siapa ini?. Inikah jasa dan bakti Zaid Ibrahim selama menjadi Senator dan Menteri DI JPM?

Monday, November 3, 2008

TAHNIAH BUAT DATUK SALLEH

Melihat blog sahabat-sahabat yang mengucap tahniah buat Datuk Salleh atas kemenangannya sebagai Ketua UMNO Bahagian P.169 Kota Belud, tergerak hati saya untuk menulis sepatah dua. Pada beberapa bulan yang lalu, saya telah memberikan sedikit komen mengenai keadaan UMNO Kota Belud. Rata-rata warga UMNO Kota Belud telahpun meluahkan kehendak mereka yang menginginkan Salleh untuk kembali menerajui UMNO Bahagian Kota Belud yang sudah tidak ditadbirurus dengan baik dan tidak mengikut tatasulila dan ketertiban pentadbiran.

Masalah yang menjadi hambatan kepada keinginan warga UMNO Kota Belud ialah keadaan politik memilih "kem" oleh pucuk pimpinan UMNO Negeri. Salleh dan rakan-rakan disingkirkan dari politik negeri dalam PRU12 walaupun ternyata mereka mempunyai karisma dan pengaruh yang kuat di kalangan masyarakat bukan sahaja di Kota Belud dan kawasan mereka, malah segenap pelusuk negeri dan peringkat Nasional. Ramai yang mempersoal tindakan ini, terutama tindakan YAB Pengerusi Perhubungan Negeri yang ternyata membelakangkan pucuk pimpinan UMNO Malaysia dan tidak disenangi oleh pimpinan UMNO Pusat.

Langkah memilih bulu dan "kem" ini ternyata tidak digemari oleh ahli UMNO Sabah. Kerana itu jika diperhatikan kini, ramai pemimpinan akar umbi yang kecundang gara-gara sistem dan amalan "kem". Sebenarnya amalan "kem" ini amat bertentangan sekali dengan amalan demokrasi. Malah ianya menyuntik dan menanam semangat pilih kasih di kalangan sesama ahli UMNO sendiri. Seakan terdapat "boundry" di antara sesama ahli.

Apabila ahli-ahli UMNO kembali kepada "mendemokrasikan UMNO", maka akibatnya para pengamal politik "kem" ini mulai satu persatu tumbang dan kecundang.

Tahniah buat ahli-ahli UMNO yang telah berjaya membaca dengan tepat kehendak rakyat yang ingin demokrasi itu wujud dan subur semula dalam UMNO.

Kembali Menerajui UMNO Kota Belud: Datuk Salleh Tun Said Keruak

Pada kesempatan ini saya Ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT DATUK SALLEH TUN SAID di atas kemenangannya menerajui semula UMNO Kota Belud.

Saya doakan Salleh akan berjaya membuka lembaran baru bagi menghidupkan "demokrasi dalam UMNO" dan dapat mendekatkan diri dengan masyarakat terutama mereka yang "segan" bertemu beliau dan masyarakat desa yang benar-benar memerlukan pembelaan. Mudah-mudahan perancangan pembangunan dan agenda mengajak masyarakat agar dapat bersama-sama bergiat dalam arus perdana pembangunan, terutama aspek-aspek memajukan ekonomi dan taraf hidup, dapat segera di rancang, direalisasikan dan dijelmakan sebagai satu wadah baru.

Tahniah Datuk dan seluruh anggota AJK Bahagian UMNO P.169 Kota Belud. Sesungguhnya Kota Belud sebagi tempat lahirnya anak sulung UMNO Sabah mesti berusaha dengan gigih membela masyarakat yang memerluka kepimpinan yang dinamik.

Wednesday, October 29, 2008

MB Selangor, Sudah Jadi Kerbau Dicucuk Hidung

Ronnie Liu-DAP dan Tian Chua-PKR mengapit Khalid Ibrahim. Mana Orang PAS?
Dulu KI dijadikan alat mengemukakan Bantahan Toll. Kini dia jadi alat untuk lantik pegawai kesukaan mereka tanpa menhiraukan PAS, Tanpa Menghiraukan Hiraki Pegawai.

Ada kumpulan yang cuba bermain isu perkauman dengan menyatakan bahawa tindakan MB Selangor melantik Pn. Low Siew Moi sebagai pemangku GM PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, mendapat tentangan atas dasar bahawa "kerana Pn Loh Siew Moi adalah berbangsa Cina".
.
Dengan mengatakan demikian maka akan timbul kerisauan atau ketegangan bahawa orang yang berbangsa Cina ditindas atau diketepikan haknya maka orang-orang Cina akan jadi penasaran atau marah. Itulah yang diharapkan oleh kumpulan ini. Dengan demikian mereka akan dapat sokongan dari orang-orang Cina kerana kononnya Bangsa mereka dinafikan hak mereka semata-mata kerana mereka itu Cina.
.
Kumpulan ini tidak kisah mengenai fakta. Cukup andainya mereka dapat meniupkan isu perkauman. Dalam masa yang sama mereka akan menuduh bahawa orang lain bersifat perkauman sedangkan "mereka adalah yang sebenar-benarnya bersifat perkauman". Bagai sibelanga menuduh buntut sikuali terlalu hitam"' Khalid Ibrahimpun bagai kepala kura-kura keluar masuk dari tempurungnya. Takut dituduh MB racist oleh orang-orang yang racist.
.
Apabila orang-orang PAS, khasnya Selangor Pas commissioner Datuk Dr Hasan Mohamad Ali, membantah perlantikan Lo sebagai Pemangku GM PKNS oleh MB Khalid Ibrahim, PAS pun dipersoal, "Merit doesn't count", colour matters...are we heading backwards?". Sekaligus satu tamparan kepada PAS yang dituduh berfikiran mundur.
.
Mengapa dua Pegawai Melayu yang hirakinya lebih tinggi dari Loh tidak dilantik?. (Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan, Tuan Haji Md. Nasir bin Md. Arshad PPT AMN dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Encik Abdul Ghani bin Hashim).
.
Ternyata Khalid Ibrahim kini bagai kerbau dicucuk hidung yang hanya sekadar ikut kemahuan orang tertentu dalam PKR dan DAP. Dulu KI lah orang yang "juara diperalat" mengemukan kertas kerja orang lain membantah TOLL. Kini dia juga juara diperalat dan tulang belakang utama melantik Loh dengan menafikan dua pegawai "Melayu? yang lebih tinggi hirakinya dalam PKNS.
.
Apakkah MEMANG BENAR BAHAWA PKR HANYALAH KUDA TUNGGANGAN DAP?.. Dan inilah sebabnya bantahan PAS sekalipun sebagai rakan kongsi dalam PR, sudah tidak perlu didengar oleh Khalid Ibrahim? Apakah Khalid Ibrahim sudah bersedia mengenepikan PAS? Manakala PKR dan DAP juga sudah bersedia menghalau PAS dari Pakatan Rakyat?
.
Bagaimanapula semangat rakyat Selangor, Apakah mereka sekadar menjadi penonton dan menjadi mangsa sehingga terbuai oleh dodoian Sang Penglipur Lara yang menjanjikan "Keadilan", dihypnotise dengan janji tukar kerajaan.
.
Commond.. Rakyat Malaysia kita tidak mampu untuk menghancurkan keharmonian yang dibena sekian lama kerana ketamakan pangkat..
.
Katakan pada Ronnie Liu kita anti "pelacuran",. Katakan pada Khalid kita tak mahu pemimpin "Kuda tunggangan" dan seperti "kerbau dicucuk hidung", Katakan pada Tian Chua main isu basikal ke parlimen tak laku.
.
Apa kata mereka yang arif..
'
PAS opposed the appointment of Mdm Low as the new GM of PKNS on the grounds that she was part of the management team which caused PKNS to lose Billions of Ringgit. In order to ensure an effective change, a new management made up of new people needs to be appointed. PAS’s opposition is NOT based on race.
Read more......
..
Pas Unhappy With Siew Moi's Appointment As PKNS Boss
http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=367743&cat=ct

Tuesday, October 28, 2008

PERTANDINGAN KETUA PEMUDA UMNO

Mukhriz, Khairy dan Dr Khir Toyo.
Apakah P.O.L.I.T.I.K adalah lesen untk memperkecil-kecilan dan menghina mereka?

PERTANDINGAN MEREBUT PEMUDA UMNO: KATA ORANG PAS.

Rengkasnya beginilah kata orang PAS; mereka yang bertanding khasnya Khairy dan Mukhriz BUKAN orang marahen. Dr. Khir pula tak dapat lawan Teresa Kok. Bila Mukhriz diumum layak bertanding, semua bersorak; tetapi bila Khairy diumum semua boo. Konon yang lebih layak bertanding adalah orang yang tidak bertanding seperti Mokhzani, abang Mukhriz, kerana beliaulah yang aktif politik sebagai bekas Bendahari Pemuda UMNO. Semuanya tak kena dengan pencalonan ini dari kacamata orang PAS.

Terkadang, sokong Khairy supaya mereka bisa membalun Khairy yang mempunyai rekod terbanyak dalam simpanan “peti balun” di stor PAS. Mukhriz pula dicop sebagai “menang sorak” di samping Tun Mahathir yang “menyalak”. Manakala Dr. Khir hanya kelam, ada pancing sejengkal yang tak mampu berhujah dengan Teresa Kok. Akhirnya, Khairy pula disuruh “bungkus awal” bila PM, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tahun 2009.

Semua ini kerana politik. Semua orang UMNO tak layak. Yang layak orang PAS, orang PR. Di Perak bila ada kes “sedekah sex” dan rasuah yang dipersalahkan BPR; manakala hukum Allah SWT tidak diperkatakan dan dikaitkan denga kes itu. Semuanya kerana P.O.L.I.T.I.K.

Ternyata isi dan kandungan tulisan ini berintipatikan bahawa semua “contenders” tak layak. Lalu mereka seharusnya konon berbalah sesama sendiri agar orang PAS dapat menonton mereka “live” bergaduh sesama sendiri. Rupanya kerana P.O.L.I.T.I.K. juga bisa menjadikan manusia kurang rasional. Apapun, orang luar dari UMNO dan tiada kaitan dengan UMNO tidak wajar menjadi pencatur kepada pertandingan dalam UMNO. Mereka sekadar penonton “pertandingan” tanpa membeli tiket. Mereka memang sah tidak layak menjadi pengadil atau memberi kritikan sebagai mempengaruhi “efundi”.

Cuma yang harus mereka lakukan ialah berwaspada agar “jangan terlebih”. Pada pengamatan saya mereka “terlebih sudah” kerana mereka langsung mengenepikan nilai-nilai yang positif seorang insan, malah mereka menjadi “penghina”. Apakah amalan menghina insan lain itu salah satu amalan yang disyorkan oleh PAS dalam kepimpinannya? Atau kerana P.O.L.I.T.I.K. si penulis mendapat lesen sah lalu “examted” dari dosa walaupun perbuatan memperkecil-kecilkan dan menghina insan lain? Apa pula hukuman bagi melaga-lagakan orang lain?

Read....

Mukhriz hanya menang sorak

Puteri: Rosnah 'rampas takhta' pencalonan

YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Pemilihannya sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia akan bakal merapatkan integrasi Nasional antara Sabah dan Kerajaan Pusat.

Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kembali mendahului pencalonan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia dengan jumlah keseluruhan pencalonan sebanyak 59

PEMILIHAN.

Melihat kepada situasi politik Malaysia kini, Rosnah merupakan pilihan yang lebih wajar memandangkan Rosnah mampu merapatkan hubungan antara Sabah dan Negeri-Negeri di Semananjung Malaysia melalui Pergerakan Puteri. Ini tidak bermakna calon-calon yang lain tidak berkebolehan atau berkelayakan. Mereka semua mempunyai ilmu dan pengalaman yang dapat dibanggakan. Rasanya Rosnah dapat membawa puteri Malaysia untuk melihat Malaysia dalam prospek yang lebih besar bila puteri melebarkan sayapnya ke Sabah. Ramai yang belum pernah ke Sabah, malah barangkali enggan ke Sabah kerana anggapan dan secara statistikal "Sabah adalah Negeri Termiskin" di Malaysia. Namun itulah yang seharusnya menjadi perangsang kepada golongan muda, para puteri, untuk menembangkan sayap ke Sabah.

Jejakilah Sabah bila Rosnah menjadi Ketua Puteri. Lihatlah bertapa anggapan itu tidak semuanya benar belaka.

Read more....
http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e226cbb9-7f000010-1ab7a890-19f4aeb6

Saturday, October 25, 2008

KENAPA MUKHRIZ MAHU PEMUDA UMNO 'BERANI BERUBAH'?

MUKHRIZ MAHATHIR:
Berani Berubah.
Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Apapun orang kata tentang Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tidak boleh tidak terfikir atau tidak terlintas nama mantan Perdana Menteri yang menerajui negara selama 22 tahun.Mukhriz sememangnya boleh mendapat apa saja keistimewaan, tidak kira di mana mahupun untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun parti sekiranya Tun masih menerajui parti dan jadi Perdana Menteri.Tapi hakikat itu hanya boleh diperkatakan saja, ianya tidak berlaku. Kalau berlaku pun, bukan Mukhriz tapi mungkin abangnya Mokhzani yang satu ketika sudah berada dikalangan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
.
Kini, dalam usia 44 tahun anak ketiga Tun menawarkan diri untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama calon-calonnya Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pemimpin muda Perlis Datuk Zahidi Zainol Abidin

Dari Agendadaily
Read more.....
http://www.agendadaily.com/tips/index.jsp

Thursday, October 23, 2008

STIMULUS USD700 BILLION-DIAM; STIMULUS MYR5 BILLION -BISING: INCONSISTANCY?

Wang Rasuah atau Stimulus?
(Gambar Hiasan)
Stimulus USD700 billion: Diam
Stimulus MYR5 Billion: Bising.
“inconsistancy”?.


Bila Ahli Parlimen Sg Burong jolok sarang isu exco Kerajaan Perak yang terlibat dengan rasuah, Ahli Parliment Gombak, Anak Emas DSAI, YB. Azmin Ali, mula melenting dan telinganya mula berdiri lalu dengan hujah yang tersusun indah dan dengan wajah serius mengatakan bahawa Exco Kerajaan Perak yang rasuah itu adalah permainan BPR dan dia ada bukti kukuh. Itulah intipati perkataan Azmi di Parliment Malaysia. Seolah-olah bila orang KeAdilan melakukan rasuah ianya “Halal”. Seolah-olah bila orang keadilan menerima “sedekah sex” ianya “diluluskan” dan yang salah ialah BPR. Inconsistancy?

Barangkali bagi Azmin Ali, selaras dengan isu di atas, akan mengatakan bila manusia digoda oleh hawa nafsu dan syaitan dan tewas oleh godaan, yang salah ialah hawa nafsu dan syaitan bukan manusia yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Di manakah kitab rujukan Azmin Ali ini?. Adakah Azmin Ali memperkecilan dan membelakangkan para alim ulama negara dengan penyataan demikian semata-mata kerana membela sahabat seanutan parti politik yang 100% menerima “sedekah sex” seperti yang dia sendiri akui? Demikianlah pendirian seorang “anak emas”. Inconsistancy?

Nah, ini inconsistancy besar. USD700 billion diluluskan oleh kerajaan Amerika untuk meyelamat institusi-institusi kewangannya. Demokrat dan sebahagian Republikan mengutuk langkah itu. Kepimpinan dunia, sebahagian besarnya mengkritik langkah Amerika itu kecuali Presiden Filipina Gloria Macapoagal Aroyo yang memuji dan menyanjung tinggi langkah itu. Fasal duit memang GMA pasti akan puji. Inconsistancy?

Di Malaysia orang pertama yang saya terbaca pandangannya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun kata bahawa suatu waktu dulu US mempersoal tindakan “bail out” Malaysia khasnya oleh Petronas, kini kita lihat USD700 billion diluluskan oleh orang yang menuduh Malaysia suatu waktu dulu, sebagai mengamal “bail out”. Inconsistancy?

Orang pertama yang saya harapkan untuk membuat komen ialah DSAI. Dia adalah orang pilihan pertama Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri British, untuk dijadikan sebagai Menteri Kewangan British kiranya keadaan mengizinkan. Malangnya, dalam kes USA ini, DSAI tidak menonjokan diri. Pakar kewangan dan ekonomi dunia bagi Margaret Thatcher ini sepi seribu bahasa. Seolah-olah dia telah menutup mata dan hatinya mengenai isu bail out Amerika yang berjumlah USD700 billion. Barangkali bila ada berita di dada akhbar mengenai bail out USD 700 billion ini, DSAI skip, “tak nak bace”. Inconsistancy?

Bila Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengemukakan stimulus ekonomi dengan suntikan modal sebanyak MYR5 billion, DSAI, pilihan no.1 Margaret Thatcher ini mula bangkit mengaum dan mengatakan bahawa “kerajaan tidak bertanggungjawab”. Tapi kerajaan US tidak pernah DSAI kata tidak bertanggungjawab. Nampaknya bila stimulus US700 dia diam, Stimulus MYR5 billion dia bising. Nampaknya inilah persamaan “Anak Emas dengan Bapa Emas”. "Bapa Borek Anak Rintik" atau "trademark". Bagi Bapa emas, kalau sahabat, USA, buat stimulus ekonomi USD700 billion dia “thumb up”, Malaysia buat, dia “thumb down. Bagi anak emas, kalau pemimpin PKR melakukan rasuah, belum sempat siasatan dibuat, dia kata yang salah BPR, kalau orang BN, belumpun dibuktikan bersalah dicop sebagai “Pengkhianat Negara”. Inconsistancy?

Wednesday, October 22, 2008

Laporan Polis Terhadap TPM dan Menifestonya: Usaha di Lorong Sempit dan Kesempitan

16 September 2008 telah berakhir tanpa ada “yang tertunai”. Janji Oktober berakhir dengan janji baru, “Janji Sebelum Aidil Adha” . Itulah beberapa siri Janji Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia khasnya para penyokongnya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke enam.

Entah penyair dari dunia mana yang berupaya mindanya menggambarkan bertapa “setianya”mereka yang mendokong janji-janji DSAI yang tiada penghujung itu. Barangkali lebih mudah digambarkan dengan mata pena yang sering diraut dan duduk dimeja bersuluhkan pelita antiq kiranya mereka dan DSAI “menyalahkan rakyat kerana memilih Barisan Nasional”.

Sehingga kini kemenangan BN bagai merupakan satu hakikat yang DSAI dan pengikutnya tidak dapat terima dengan hati terbuka dan murni. Apabila YAB Dato Seri Mohamad Najib Tun Razak akan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri, lorong-lorong sempit terpaksa diharung bagi menghalang “penobatan” itu walau ianya semakin sempit dan menyempitkan.

Menifesto Najib yang tersiar dalam Malaysiakini adalah satu “naked truth” yang menunjukkan sebarang usaha akan dilakukan oleh mereka yang kesempitan fakta bagi memburukkan maruah dan imej bakal Perdana Menteri Malaysia itu. Penulisnya atau penyumbang artikal itu, Wong Choon Mei, dilapurkan meletakkan jawatan dari media itu kerana mengakui kesilapannya. Ini menunjukkan bahawa ianya bertanggungjawab terhadap kesilapannya; tetapi hasil tulisan itu masih terpampang dimedia itu sehingga tulisan ini dibuat. Apakah sikap media itu bertanggungjawab?

Apakah ini cara intelek "Bangsa Malaysia" membuat laporan polis?


Kenapa tidak pernah ada banner sebegini sehingga terpaksa saya guna foto manipulasi.

Dalam keadaan yang “normal” sesebuah laporan polis terhadap kesalahan seseorang individu atau mana-mana kumpulan atau sebagainya dibuat tanpa perarakan. Paling maxima ianya disertai oleh peguam yang membawa fail yang mengandungi rekod yang ingin dilaporkan. Bukalah mata dan hati kita. Renungkanlah cara sebuah laporan polis yang dibuat terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia. laporan itu di buat di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini, 21 Oktober, 2008 oleh kumpulan tertentu pro DSAI yang berselindung di sebalik tabir di ruang terbuka. Kepastian mengenai affiliation dan association mereka 99.99%.

Keganjilan cara dan “style” yang lengkap dengan “banner” ini bagi saya adalah satu budaya ganjil dalam cara membuat laporan polis. Bagi saya inilah “retorik yang asli” ciptaan dan ramuan pembalun. Apakah mereka ini “bersungguh” membuat laporan polis atau lebih kepada menunjuk dan menonjolkan keghairaan yang melampau?. Apakah ini model “Bangsa Malaysia” yang kita inginkan? Apakah ini kaedah para professioal dan para intelek? Atau sekadar Usaha-usaha Di hujung lorong Sempit dan Kesempitan?.

(We should take care not to make the intellect our god; it has, of course, powerful muscles, but no personality.- Albert Einstein)
.......
Read More......
DPM unveils manifesto for top Umno job

Sunday, October 19, 2008

Datuk Shafie Haji Afdal Cacat Sejarah.

Datuk Shafie Haji Afdal Pemimpin dari Sabah yang telah dapat mendalami budaya politik di semua peringkat Persekutuan dan Negeri

Shafie catat sejarah
Oleh Saufi Hamzah, Siti Nur Almizan Aripin, Bennie Zie Fauzi dan Nurul Farina Nazlan bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mencatat sejarah sebagai pemimpin Sabah pertama melayakkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Sehingga malam tadi, Shafie mengumpul 26 pencalonan selepas mendapat pencalonan dari Kemaman, Raub, Pokok Sena, Padang Rengas, Merbok, Gelang Patah, Kinabatangan, Batu Sapi dan Alor Star. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut layak apabila meraih 21 pencalonan termasuk dari Bachok, Padang Rengas dan Tebrau. Syarat layak bertanding jawatan Naib Presiden ialah 20 pencalonan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mengungguli pencalonan jawatan Naib Presiden apabila mengumpul 38 pencalonan termasuk dari bahagian Merbok, Padang Rengas, Pokok Sena, Raub, Bachok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengumpul 17 pencalonan selepas meraih pencalonan dari Kemaman, Bachok, Pokok Sena, Merbok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kini mendapat lapan pencalonan termasuk dari bahagian Kemaman sambil bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menerima pencalonan dari Raub untuk mengumpul tiga pencalonan setakat ini, manakala bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menambah dua lagi pencalonan masing-masing dari Padang Terap dan Padang Besar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan masih dengan dua pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad (empat) dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim (lima). Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada di depan untuk merebut jawatan Presiden apabila mengumpul 43 pencalonan setakat malam tadi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila mengumpul 37 pencalonan termasuk 13 semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing masih dengan tiga pencalonan setakat ini bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.

Saturday, October 18, 2008

TUBUH SURUHANJAYA DI RAJA: BILA MUSANG BERBULU AYAM.

Tidak semestinya musang terus menerus
menang melawan keluarga ayam.
.
Bila politik sudah menjadi hidangan sarapan, makan tengahari, dan makan malam akibatnya perut telah masuk angin rasa kenyang bagai telah menjamu selera di hari raya terbuka hari pertama. Tidurpun bagai dibuai mimpi berada di taman, dengan anak-anak sungai mengalir riang, sedang bidadari dengan bau wangi-wangian memenuhi udara yang cukup nyaman dan mengasyikkan.

Cuma barangkali, bagi orang politik hyper dan sewel pasti akan merasa boring berada di sana kerana bidadari akan tetap enggan memasang poster “undilah saya” atau memasang banner “tubuh suruhanjaya di raja”. Orang politik pasti akan marah dan menghentak meja. Tanpa tak sedar dia menghentak kepala isterinya yang tidur lena di sisinya. Astagfirullah ilaziim.. Teruknya orang politik.

Dalam Kes Video Linggam dulu desakan pernah dilakukan agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi membersihkan Badan Kehakiman dan sistem judiciari yang lebih terus. Sudahpun tertubuh dan laporan Suruhanjaya telahpun dibuat. Namun kesannya semakin banyak klip video di net yang dimulakan dengan “CORRECT, CORRECT, CORRECT”. Rungutan terhadap Badan Kehakiman tidak juga terhenti. Barangkali inilah yang dikatakan “mulut manis, hati lain-lain” . Maka membuat helahlah si musang. Musng berbulu ayam.

Kalau niat untuk membersihkan nama YAB Dato Seri Najib Tun Razak, bakal Perdana Menteri; maka Suruhanjaya Diraja ditubuh, seperti syor Lim Kit Siang, konon agar Perdana Menteri Malaysia tidak jadi bahan lelucuan dunia, amat ketara di depan mata kita “niatnya adalah lain-lain”. Maaf saya katakan kiranya itulah niatnya, membersihkan nama Najib, itu adalah niat “kura-kura”. Siapa yang mencemar Najib?. Hatta, tiba-tiba orang BN lain yang jadi Perdana Menteri, misalnya Dato Jamluddin Jarjis sekalipun, pasti dicaci dan dikata oleh orang-orang seperti LKS dan cyber troopernya (CT). Mereka tidak akan pernah puas. Barangkali, andainya Lim Guan Eng jadi perdana Menteri barulah LKS an CT bernada lain.

Perkara ini tidak lebih dari helah mereka yang subscribe kepada budaya “musang berbulu ayam” disangka rakan sebaya tetapi sebaliknya pemangsa yang licik. Saya kira lebih tepat niat disebalik kemahuan dan desakan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tersembunyi niat dan persoalan “kenapa Najib jadi PM bukan Anwar”. So, sila siasat. Jangan nanti suruhanjaya menjadi "suruhaniayah".
.
Jawaban saya amat ringkas dan padat-"Anwar dan PRnya kalah dalam pilihanraya kerana itulah Anwar tidak jadi Perdana Menteri. Kalau kalah jangan buat-buat menang".
.
Najib tidak terlibat dengan kes Altantuya dan telah bersumpah. LKS tak akan faham makna “sumpah” kerana ketebalan keraguan dihatinya.

Kalau video Linggam masih “korek, korek, korek”, kes Altantuya tetap akan jadi “Mongolia, Monggolia, Monggolia”. Akhir ul kalam tidak banyak berubah. Sebaiknya jangan dipersenda suruhanjaya di Raja dek ketagihan, kecanduan, dan kerakusan politik. Bina maruah, bina bangsa dan tanahair yang merdeka, bermaruah dan bertamadun.

Friday, October 17, 2008

Apakah Salah Malaysia Pada Anwar?

Rakyat Indonesia Anti Malaysia di Indonesia suatu waktu dulu. Apakah mereka dipenasarankan?

Lawatan kerja DSAI ke Indonesia baru-baru ini menampakkan kita bagaimana DSAI mengerjakan Malaysia. Dia mengupas Malaysia menggunakan pisau tumpul dan berjeriji. Malaysia yang menjadi pilihan sebilangan besar rakyat Indonesia untuk mencari peluang ekonomi dengan pekerjaan digambarkan DSAI sebagai “negara pasung” tempat rakyat Indonesia didera dan diekploitasi. Kegembiraan, nikmat hidup yang lebih baik, dan ketinggian keinginan rakyat Indonesia untuk menjadi penduduk tetap Malaysia tidak langsung disentuh. Pendiknya, hanya gambaran yang negatif mengenai rakyat Indonesia yang bekerja di Bumi Malaysia diberikan keutamaan dengan cara mercikkan api kemarahan rakyat Indonesia kepada Kerajaan Malaysia.

Pada hari berikutnya, ternyata rakyat Indonesia di bumi Indonesia tiba-tiba menjadi “penasaran” kerana baranya ditiup DSAI.

Akhbar-akhbar di Indonesia mula menyiarkan rakyat negaranya yang teraniya di Malaysia. Digambarkan kanak-kanak bawah umur dibiarkan menjadi buruh memungut buah kelapa sawit di Malaysia. Digembar-gemburkanlah beberapa pembantu rumah yang didera majikannya. Kesemuanya digambarkan seolah-olah seluruh warga Indonesia mendapat layanan yang tidak berperikemanusiaan di bumi Malaysia. Seolah-olah tindakan tidak berperikemanusiaan oleh segelintir para majikan yang zalim adalah tindakan Malaysia. Seolah-olah Negara Malaysia adalah Negara yang kejam dan zalim terhadap rakyat Indonesia.

Apakah salah Malaysia terhadap DSAI dalam kes ini?. Bukankah semakin hari semakin ramai rakyat Indonesia yang menginginkan untuk bekerja di Negara ini. Kalau boleh mereka memohon untuk diberi kerayaatan Malaysia. Bukankah ini gambaran bahawa mereka lebih senang berada di bumi Malaysia.

Rakyat Indonesia yang ditimpa kemalangan apabila tongkang/boat/kapal yang membawa mereka karam semasa cuba menyusup secara haram ke Malaysia adalah insiden malang yang mampu jadi iktibar. Ini menunjukkan ada segelintir pihak yang menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang di kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia, yang cuba mengekploitasi rakyat Indonesia. “Ada pembeli maka adalah penjual; ada permintaan maka adalah penawaran”. Tetapi aktiviti ini bukan aktiviti Kerajaan Malaysia. Boat bukan boat rakyat Malaysia.

Amerika, Australia dan England adalah negara-negara yang telah maju. Isu pendatang tanpa izin masih mereka hadapi. Presiden mereka silih berganti namun masalah pendatang tanpa ini berterusan. Apakah dengan DSAI menjadi PM maka negara ini bebas dari pendatang tanpa izin? aApakah pula kata-kata pujian Gus Dur terhadapa DSAI mampu mempengaruhi rakyat Indonesia?

Mudah-mudahan hubungan baik negara dan rakyat kedua negara ini tidak mampu dipenasarankan oleh mana-mana pihak.

Ingat catatan sejarah. Sejarah bilamana batalion tentera elite Indonesia mendarat di Kalabakan Sabah dalam usaha “mengganyang Malaysia”. Setibanya mereka di situ tiada siap yang “ingin berperang dengan mereka” kerana sebenarnya Kalabakan masa itu aman damai. Apa yang berlaku hanyalah gestapo di Indonesia yang diterajui oleh mereka yang berfahaman komunis. Meraka berjaya mempanasarankan tentera elite Indonesia lalu meninggalkan buminya dan akhirnya tidak dapat mempertahankannya kerana mereka di Kalabakan.

Penjelasan Kepada Fitnah Mengenai IMF

Sejak peristiwa mengangkat sumpah ini, janji-janji semakin banyak ditabur tetapi bertebaran. Strategi apa sehingga Tajuk lain Isi lain pada artikal bertajuk di atas? Turut kelihatan Ialah Dato Sei Nazri Azizi dan YB Zaid Ibrahim yang belumpun meletakkan jawatannya sebagai Senator sehingga kini.

Penjelasan Kepada Fitnah Mengenai IMF
http://anwaribrahimblog.com/2008/10/16/penjelasan-kepada-fitnah-mengenai-imf/

Saya melayari blog DSAI kerna tertarik mengenai tajuk "Penjelasan Kepada Fitnah mengenai IMF. Saya juga ingin mengetahui kalau-kalau ada alasan ataupun penjelasan DSAI mengenai hubungan baiknya dengan Barat sehingga dia di sambut dengan lebih terhormat dari seorang Perdana Menteri suatu waktu dulu.

Saya mula menggeleng kepala apabila yang saya temui dalam melayari tajuk besar ini ialah TV PAS yang menerangkan janji DSAI mengambil alih kerajaan Persekutuan...."jangan risau mengenai 16 September (2008), tidak minggu ini , minggu depan, tidak minggu depan minggu yang satu lagi....kita berada di atas landasan...mungkin dua tahun lagi..mungkin sebelum Aidiladha......"

Saya mengambil pendirian bahawa DSAI hanya ingin menggunakan Tajuk Besar ini, tetapi isinya TV PAS. Seakan-akan menguatkan lagi kebenaran kenyataan saya bahawa DSAI "menumpang" kredibiliti YAB. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk menggoda kepercayaan masyarakat Melayu bagi memperbaiki imejnya yang remuk dan lumat dek pendustaan. Apa tidaknya Tajuk mengenai isu IMF, isi TV PAS.

Ungkapan demi ungkapan DSAI dalam TV PAS terutama mengenai "pengambilalihan Kerajaan Persekutuan" cukup menampakkan degree ketidak yakinan yang tinggi DSAI sendiri dengan apa yang beliau ungkapkan.

Dari seri menepati tajuk posting, saya nyatakan bahawa isi kandungannya benar-benar keluar tajuk namun saya tidak hairan. Sedangkan janjinya lebur, apatah lagi menepati tajuk utamanya. Saya merasa bagai terperangkap dek muslihat tajuk ini.....
Update: 17 Okt.
Baiklah. TQ sebab Video sudah tukar.

Thursday, October 16, 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar

Saya yakin bahawa kenyataan dalam artikal ini adalah BUKAN kenyataan Tuan Guru yang sebenarnya dan sepenuhnya. Hanya Tuan Guru yang dapat mengesahkannya.

Bila saya terbaca tulisan bertajuk tersebut di atas yang tersiar di blog DSAI, saya terus saja melihat Harakah Daily Online. memang saya suka membaca Harakah. Saya mula mencari kenyataan seperti tajuk tersebut di atas. Agak terkejut saya kerana tajuk besar seperti ini tidak langsung terdapat dalam Harakah Daily. Beberapa persoalan bermain di kepala saya. Apakah ini pernyataan sebenar Yang Mulia Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat?. Saya semakin menjadi "curious". Saya terus melayari beberapa blog yang lebih cenderung menyiarkan penyataan Tuan Guru, namun saya tidak menemui penyataan ini.

Akhirnya saya kembali meneliti dan membaca dengan detail artikal ini dalam blog DSAI. Ianya adalah tulisan Oleh G. MANIMARAN, satu nama yang terlalu asing bagi saya yang sering membaca akhbar tempatan. Akhirnya saya mula meragui seragu ragunya penyataan dalam artikal ini. Saya pasti meragui sesuatu itu adalah hak saya.

Pada hemat saya, setelah sekian lama DSAI berjanji mengenai mengambil alih kerajaan persekutuan, satu janjipun belum pernah dikotakan. Kini DSAI berjanji lagi dan akan mengotakannya pada bulan December, 2008 di ambang Aidil Adha dan menegaskannya sebagai "bukan olok-olok". Namun bagi saya dan bagi rakyat kebanyakan, janji itu tidak lebih dari janji palsu dan janji "terang bulan".

Ramai pemerhati dan para pesimpati terhadap perjuangan PKR, mula melupakan PKR dengan mengatakan bahawa sebenarnya mereka tidak bersetuju dengan pengumuman berulangkali mengenai MP BN Lompat PKR dan tarikh mengambil alih Kerajaan Persekutuan seperti digembar-gembur DSAI. Lebih-lebih lagi apabila janji itu gagal ditunaikan DSAI dan sering berubah-ubah. Kini lebih ramai para professional dan para kader-kader PKR mula meninggalkan PKR. Mereka sebenarnya kecewa kerana mengharapkan PR menjadi "Check and balance" dalam urustadbir negara. Namun mereka kecewa kerana anggapan dan harapan mereka meleset. Saya pernah duduk semeja dengan mereka, kerana itu saya berani berkata demikian dan yang terpenting saya TIDAK berbohong mengenai soal ini.

Saya memberanikan diri bertanya seorang individu yang dianggap sebagai "konsultan" PKR dan seorang lagi bekas AMT PKR samada terdapat 30 + MP BN melompat PR; dia menjawab dengan yakin "sebenarnya tidak ada, mana ada" sambil menadah tangan kosongnya. Katanya lagi, dia pernah menjalankan rundingan dengan Para MP Sabah, namun tiada seorangpun yang berminat melompat ke PR atau PKR. Atas dasar inilah saya yakin dengan sebenar-benarnya yakin bahawa DSAI telah berbohong dan akan berbohong lagi.

Dari itu, di sini saya menyimpulkan bahawa artikal mengenai penyataan Tuan Guru ini adalah satu artikal yang tidak dapat dipercayai dan telah diputarbelitkan. Artikal ini bagi saya adalah merupakan satu muslihat penulis yang hanya berniat mengheret Tuan Guru dalam kancah pendustaan DSAI dan berniat membuat kenyataan yang seolah-olah benar agar rakyat mempercayai DSAI yang selama ini membuat janji palsu. Penulis menggunakan Tuan Guru kerana bagi saya dan umum tahu bahawa Tuan Guru tidak berbohong seperti DSAI.

Saya kira, kiranya posting itu adalah satu kenyataan sebenar Tuan Guru, ianya pasti menjadi tajuk "Muka Depan Harakah" ataupun ditulis oleh mereka yang lebih rapat dan memahami secara dekat akan Tuan Guru. Ini satu "topik besar" dan "Breaking News". Malangnya ia disiarkan dalam Blog DSAI dan di tulis oleh orang yang saya kira hanya taksub dan fanatik PR.

Kiranya ini satu kenyataan yang diputarbelitkan, alangkah tambah malang bagi PKR dan PR dalam membuat keputusan menyalahgunakan "kenyataan" Tuan Guru. Bukankah ini sebagai satu tindakan "desperado" atau terdesak dan bakal menambah kebencian atau memadamkan kepercayaan terhadap agenda DSAI samasekali. Malah mencemar nama baik Tuan Guru, Mursyidul Am PAS yang saya amat hormati.
.
Read more...

Sunday, October 12, 2008

KETUA PEMUDA UMNO; MUKHRIZ GO GO..BERANI BERUBAH

BERANI BERUBAH.
Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia,
Dato Mukhriz Tun Mahathir

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan Ketua Pemuda Umno dengan memperoleh 27 pencalonan, berbanding saingan terdekatnya, Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang mendapat 14 pencalonan sehingga jam 10 malam tadi.
UPDATE
13 OKT, 2008.
Jumalh Pencalonan kelayakan=38 Bahagian.
Mukhriz : Pencalonan = 40

Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, Setiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.
NOTA:
Kimanis, Kalabakan, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar dan Beaufort adalah antara "core" UMNO Sabah.

Khairy : Pencalonan = 19
Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Baharu, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.

Dr Mohd Khir : Pencalonan = 12
Tumpat, Kapar, Cheras, Taiping, Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Nibong Tebal, Sungai Siput dan Kinabatangan.

Zahidi : Pencalonan 1
Padang Besar
NEWS:
Rais: Populariti Mukhriz menunjukkan Pemuda mahu perubahan
....................................................................................................

Penghargaan kepada Chedet atas petikan berikut:-

KHAIRI'S DILEMMA

1. I feel so sad about the plight of Khairi Jamaluddin, one of the candidates for head of UMNO Youth. He says that he is being prevented from meeting UMNO youths. This might result in his losing the race for the much coveted post.

2. I would advise him not to be disheartened. There are so many other ways of influencing Pemuda than meeting with them. I will not enumerate them as he will know how to use these other ways.

3. If I remember correctly he won the post of Deputy Chief of Pemuda without anyone casting any votes. He won it uncontested. Apart from UMNO Youth chief Hishamuddin Hussein who gave other possible candidates a tongue lashing - telling them in no uncertain terms that they must not contest the position because it was reserved for the Prime Minister's son-in-law, others suspected of having ambitions to contest for the post received phone calls from family members of the PM and other influential supporters not to do anything to spoil the ambition of this first time UMNO member with absolutely no track record from winning uncontested.

"PERDANA MENTERI MALAYSIA MENJELANG AIDIL ADHA"

Iklan Kempen Mencegah Demam Denggi "saya sokong" . Tapi Janji Palsu saya bantah.

Yang Berhormat Dato Seri Anwar bin Ibrahim berjanji lagi. Kali ini katanya bukan lagi olok-olok. (jadi yang lepas-lepas itu olok-olok?). Ini ungkapan janji-janji ke berapa ribu kali..sukar dibilang kerana terlalu berkali-kali diulang, diungkit dilaungkan dan sebaginya.

Kali ini dengan formula yang sama yang lapuk, MP BN lompat, DSAI kata December 2008, Dia bakal jadi perdana menteri. BN KONON akan jatuh dan PR naik dan DSAI jadi PM. Jadi barangkali rakyat Malaysia akan "bakal" merayakan Hari Raya Aidil Ahda dengan "Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Bin Ibrahim"!!!!.

Mudah-muahan saya diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan murahkan rezeki. "Saya nanti dapat melihat 'PERUTUSAN AIDIL ADHA SEORANG PERDANA MENTERI" di kaca TV.

Astagfirullah ilaazim. Ini janji ke berapa oiii? Ini Janji Bulan Purnama yang ke berapa?. lebih Istimewa kerana "Janji ini bukan janji olok-olok ok. Janji dulu memang olok-olok. Kali ini bukan olok-olok. Ingat ya, kali ini bukan olok-olok. Dengar baik-baik BUKAN OLOK OLOK. Janji dulu memang olok-olok. Tapi janji kali ini (eja baik-baik) BUKAN OLOK OLOK, December ...Ya December kerajaan Baru, PM baru..". Cuma "memuakkan" Tambah memuakkan lagi bila DSAI menyatakan agar tiada siapa yang mempersoal "kemahuannya". "Don't question my credibility" http://www.malaysiakini.com/news/91107. Saya teringat tulisan Tuan Haji Subky Latif mengenai kerajaan ".....raja Firaun dan Namrud...." yang tidak boleh dikritik dan dipersoal. Andainya inilah kenyataannya, saya khuatir "demokrasi di negara ini akan mati" dibunuh.


Saya pohon kepada Tuan Guru, "Yang Mulia Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat..Tolonglah nasihatilah orang itu. Jangan sampai dia tergelicir jauh. Lidahnya memang sejak lama dulu tergelincir". Terima kasih.

Monday, October 6, 2008

RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Semangat Hari Raya Aidilfitri sepatutunya dihormati oleh Hindraf mengikut norma, tatasusila dan acuan Malaysia.


Setiap tahun, Hari Raya terbuka disambut dengan rasa kesyukuran atas kejayaan melawan "hawa nafsu". Semua kaum di Malaysia menyambutnya bersama dengan perasaan muhibbah dan harmoni. Pelbagai hidangan dihidangkan untuk dikongsi dan dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan, pangkat, lepercayaan agama dan ideologi politik. Malah amalan ini menjadi bebanggaan kita semua. Rakyat asing kagum dengan cara kita.

Perayaan-perayaan keagamaan yang lain juga disambut sedemikian rupa. Hari Christmas, Xong Xi Fa Chai (CNY), Depavali tidak kurang meriahnya. Malah perayaan tradisi yang lain seperti Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Pesta Kalimaran, Pesta Dragon Boat dan Pesta Rumbia disambut dengan semangat perpaduan dan harmoni yang amat terpuji. Kita bangga keraa kita memiliki masyarakat yang menunjukkan semangat perpaduan yang unggul.

Jamuan Hari Raya Datu Salleh Tun Said yang saya hadiri amat meriah. Datuk Yong Teck Lee dan rombongan SAPP yang telahpun meninggalkan BN turut hadir dan tetap mesra dengan tuan rumah dan para pengunjung walaupun mereka telah memilih ideologi politik yang berbeza. Tidak ramai pemimpin kanan UMNO, walaupun ramai ahli-ahli UMNO, yang hadir ke Jamuan Hari Raya Datuk Salleh, khasnya dari UMNO Bahagian Kota Belud. Ini menunjukkan bahawa kebersamaan anutan parti politik tidak semestinya akan bersama-sama dalam jamuan Hari Raya Terbuka.

Rumah terbuka Hari Raya BN di PWTC pula diberitakan kecoh dengan kehadiran penyokong Hindraf yang membawa message yang meminta pemimpin mereka yang ditahan di bawah ISA dibebaskan. Semua yang masih baik daya ingatannya pasti ingat bahawa lima pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA selepas mengetuai Hindraf menganjurkan tunjuk perasaan yang menyebabkan keadaan kecoh di Bandaraya Kuala Lumpur.

Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, bagi saya adalah tempat yang amat tidak sesuai bagi Hindraf membawa isu mereka. Ianya tidak boleh langsung menjadi ikutan dan contoh yang baik. Tindakan itu menggambarkan bahawa pengikut Hindraf tidak menghormati perayaan keagamaan penganut Agama Islam. Ianya bersifat provokasi yang tidak kena pada tempatnya.

Rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan perpaduan, seharusnya mengambil iktibar dari perbuatan tidak beretika ini. Masa depan Malaysia akan berkecamok jika perangai dan budaya seperti Hindraf ini diberi sokongan dan diberi tempat dalam perjuangan mewujudkan masyarakat Malaysia yang madani.

Friday, October 3, 2008

MUKHRIZ VS KHAIRI JAMALUDDIN?


YB. Dato Mukhriz Tun Mahathir dan YB. Khairy Jamaluddin. Pak Lah akan serah kuasa, Macam mana nasib Khairy?

Pertandingan merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO menjelang pemilihan UMNO tahun ini seakan-akan hanya tertumpu kepada dua individu, yakni YB. Dato' Mukhriz Mahathir dan YB. Khairy Jamaluddin. Tidak dinafikan terdapat tokoh lain yang menawarkan diri bertanding kerusi panas ini, namun pertembungan dua individu ini lebih sensasi untuk diperkatakan. Seorang anak bekas Perdana Menteri dan seorang lagi anak menantu Perdana Menteri. Kedua dua mereka adalah Ahli Parlimen; Mukhriz MP Jerlun, Kedah dan Khairy MP Rembau, Negeri Sembilan.

Akhir-akhir ini, Perdan Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mula rasa terkilan. Pak Lah telah bertindak mengawalkan proses peralihan kuasa. Pengumuman awal Pak Lah mengenai tarikh peralihan kuasa itu telah menarik perhatian pemimpinan-pemimpin kanan UMNO untuk mengintai jawatan tertinggi UMNO. YB Zahid Hamidi sudaha mula memacakkan tiang bendera bagi menawarkan diri bertanding jawatan no 2, UMNO. Ianya diikuti Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Mohd. Ali Rustam. Tak pasti berapa banyak lagi tiang bendera yang bakal dipacakkan bagi jawatan no 2 itu?

Pengumuman Pak Lah itu sekaligus menjadi satu cabaran besar bagi menantunya YB. Khairy Jamaluddin yang sering dikaitkan dengan kecelaruan urustadbir negara sejak Pak Lah menjadi PM. Apakah cabaran ini bakal menjadi tamparan hebat kepada Khairy yang telahpun berjuang merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia?. Apapun, pada saat inilah ketokohan Khairy perlu diuji. Khairy perlu membuktikan bahawa kewibawaanya selama ini bukanlah atas dasar dan asas yang disandarkan kepada pengaruh Pak Lah, "bapa mertuanya".

Bagi YB. Dato' Mukhriz, peroses peralihan kuasa PM yang lebih awal menandakan bahawa pendiriannya menyerahkan surat resmi agar Pak Lah meletakkan jawatan sebagai PM selepas PRU 12, menjadi satu "kebenaran". Sudah pasti slogannya "Berani Berubah" akan lebih menjadi lantang, bersinar dan meyakinkan. Pendiriannya yang kukuh, tegas, tidak berubah dan keberaniannya mengutarakan fakta yang dianggapnya sebagai perlu dan benar semakin mendekatkan beliau ke kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pembawaan beliau yang lebih kelihatan sebagai penuh kesederhanaan, tidak mengundang permusuhan malah tidak menjadi musuh mana-mana pihak, tidak diancam dan dikecam pihak lawan merupakan "permata" yang menjadi kekuatan Mukhriz.

Permata inilah yang tidak dimiliki Khairy sekaligus membezakan kedua-dua calon Ketua Pemuda ini. Satu-satunya senjata Khiary yang tercanggih kini yang tidak dimiliki Mukhriz ialah pengaruhnya terhadap kuasa Perdana Menteri. Akan tetapi, kuasa itu bakal diserahkan dengan awal dan segera.

Apakala Pak Lah meletakkan jawatannya sebagai PM, Maka jadilah Mukhriz dan Khairy sebagai anak dan anak menantu mantan Perdana Menteri. Bezanya, Tun Mahathir dulu meninggalkan UMNO dalam keadaan UMNO kuat, kukuh dan bersatu manakala Pak Lah bakal meninggalkan UMNO dalam keadaan politik yang sedih pilu, tidak stabil, kabur arahnya dan mencabar kepimpinan dan politik negara.

Kalau politik itu mudah, bagai membilang jari, maka Mukhriz boleh dikatakan sudah mulai mengorak langkan menaiki pentas politik UMNO untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Namun kerana politik "is a game of possible" maka pertembungan itu pasti semakin menjadi hebat. Kita doakan politik dan pertembungan kepimpinan dalam UMNO kali ini, BUKAN berpatah arang berkerat rotan tetapi lebih merupakan "biduk lalu kiambang berpaut".

Pak Lah serah kuasa...nasib KJ macam mana

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cd6da32d-7f000010-1ab7a890-abe07a1c

Tuesday, September 30, 2008

Pertahankanlah kebenaran di hadapan mata anda.

Sejak berakhirnya 16 September dan pada esoknya, 17 September, saya telah membulatkan keyakinan bahawa presepsi saya terhadap kepimpinan DSAI berubah. Ucapan tegas dan manis DSAI yang konon akan mengumumkan nama-nama MP dari BN yang akan menyertai PR tiada satupun yang benar. Setelah itu, saya telah benar-benar yakin bahawa semua janji DSAI itu kosong belaka apabila tiada satu yang ditunaikan. Dengan demikian kredibiliti DSAI perlu dipersoalkan dan saya mendapat lesen untuk mempersoalkannya.
Siapapun boleh mengatakan bahawa kepimpinan Pak Lah itu lemah; orang UMNOpun kata demikian, dan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang adalah menifiestasi kelemahan itu. Keperibadian Pak Lah memang baik; tetapi keperibadian sahaja tidak cukup untuk menjamin kemantapan urustadbir negara.
.
Saya juga tetap berpendirian bahwa DSAI sebenarnya berdusta mengenai "impiannya" mengambil-alih kerajaan persekutuan. Ini adalah kenyataan yang ada di hadapan kita. Jika ada sesiapa yang mempunyai alasan menegakkan kenyataan DSAI, tampillah dengan kenyataan dan elakkan sama sekali dari mengiakan sesuatu pembohongan. Berkatalah sebenar-benarnya benar. Jangan membohongi diri sendiri. Jangan putar belit.

Dalam kita merayakan Aidilfitri, yang kelihatan lebih memaksa sangat mengenai mengambil alih kuasa ialah LKS-DAP. Lihatlah blognya dan kemahuannya yang membuak-buak walaupun sempena kita meraikan Aidilfitri http://blog.limkitsiang.com/2008/09/30/selamat-hari-raya-speak-truth-to-power/. Rasanya, perutusannya tidak selari dengan semangat Aidilfitri, memuakkan dan tetap gelojoh. Kerajaan Yahudipun memberikan keamanan bagi Umat Islam merayakan Aidilfitri di Baithulmakdis dengan tenteram dan mengenepikan isu persengketaan sempena Umat Islam merayakan Aidilfitri.
.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa, sikap gelojoh sesetengah pihak yang menebal akan terbawa pada era dan kerajaan yang lain (jika ada). Adakah apabila DSAI menjadi peneraju #1 kerajaan, dia pula bakal diancam oleh orang-orang gelojoh politik ini?.
.
Hentikan politik berbohong dan hormatilah mandat rakyat. Ini adalah kerana PRU 13 kelak, ia mungkin tak laku lagi dan pemimpin yang berbohong dan mengamalkan tipu muslihat pasti akan ditolak. Insaflah dari perbuatan yang bertali arus menyalahkan orang lain ke atas perbuatan kita sendiri.
,
Hindarkan diri dari perbuatan memperjudikan negara dan keharmonian dan tindakan yang menghalau dan menakutkan pelabur asing tetapi dalam masa yang sama kita bersikap hipokrit dengan berkata bahawa orang lain pula yang menjadi penyebab. Jangan "lempar batu sembunyi tangan dan bersikap gelojoh merampas kerajaan jika anda sebenarnya adalah pihak yang kalah.
Sebenarnya kegagalan kita mengiktiraf kemenangan orang yang menang adalah sebuah kekalahan yang akan bakal berterusan dan berpanjangan. Takbir.

Monday, September 29, 2008

MPAJ roboh kuil, MP Kapar sah mahu letak jawatan PKR Selangor

Kuil Hindu Di Batu Cave (Gambar Hiasan).
Kebebasan Beragama di jamin dalam Perlembagaan Malaysia.
Berita » mStar online..
Isnin September 29, 2008
MPAJ roboh kuil, MP Kapar sah mahu letak jawatan PKR Selangor
Oeh G. MANIMARAN dan ARIFUDDIN ISHAK
Dikemas kini

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Kapar, S. Manikavasagam mengesahkan yang beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan Timbalan Badan Perhubungan PKR Selangor ekoran tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)merobohkan sebuah kuil bulan ini.

Wakil rakyat itu berkata, beliau telah membuat pendirian untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut jika pucuk kepimpinan negeri gagal menangani isu berkenaan. Bagaimanapun Manikavasagam berkata, beliau belum lagi menyerahkan surat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, sebaliknya mahu memberi masa kepada Pengerusi PKR negeri itu mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai kanan MPAJ.
Selain itu beliau mahu kuil berkenaan dibina semula.

"Saya akan tunggu, saya akan tunggu... saya hendak melihat apa tindakan Menteri Besar ke atas MPAJ. Lepas itu saya akan muktamadkan keputusan saya," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Mengenai tempoh yang akan diberikan, Manikavasagam berkata, "kita tunggu sehingga selepas sambutan Aidilfitri ini, mungkin minggu depan." "Tak perlu tunggu sebulan...," katanya. Manikavasagam mengakui bahawa masyarakat India kini marah dengan tindakan MPAJ merobohkan kuil berkenaan di sebalik janji kerajaan Pakatan Rakyat. "Selain merobohkan kuil itu, kami difahamkan notis untuk merobohkan beberapa kuil sudah dikeluarkan.

"Apa yang kami hairan ialah tindakan MPAJ diambil tanpa pengetahuan Majlis Kerajaan Negeri sedangkan surat pekeliling sudah dikeluarkan bahawa jika ada kuil atau rumah ibadat hendak dirobohkan perlu dimaklumkan kepada Exco terlebih dahulu," katanya.

Sehubungan itu, kata Manikavasagam, beliau mahu tindakan diambil ke atas Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Pengarah Penguat Kuasa MPAJ kerana ingkari arahan kerajaan negeri. "Jika tidak saya akan letak jawatan (sebagai Timbalan Pengerusi PKR).

"Saya sebagai Timbalan Pengerusi PKR, yang turut bertanggungjawab atas hal ehwal masyarakat India, berhadapan dengan situasi masyarakat India marah dengan tindakan MPAJ, kerana sebelum ini kerajaan negeri sudah berjanji tidak akan merobohkan rumah ibadat," katanya lagi. Bagaimanapun beliau belum menemui Menteri Selangor sehingga petang ini.

"Jika Menteri Selangor memanggil saya, saya akan menemui beliau," katanya sambil menambah, Setiausaha Politik beliau sudah memaklumkan Pejabat Menteri Besar mengenai pendiriannya. Beliau mengumumkan pendiriannya di Kulai kelmarin dan mahu menyerahkan surat kepada PKR Selangor hari ini. Blognya juga ada menyebut secara ringkas mengenai keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri.

Sambil mengesahkan mesej yang disampaikan di Kulai, blog tersebut berkata: "Saya bukan seperti pemimpin-pemimpin lain memegang jawatan meskipun tahu penolakan Rakyat." Dalam pada itu, pemimpin kanan PKR pusat ketika dihubungi berkata, keputusan Ahli Parlimen berkenaan masih belum muktamad. "Perbincangan sedang diadakan dengan Menteri Besar Selangor (yang juga Pengerusi PKR Selangor)," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Sebelum kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dikatakan telah memberi jaminan tidak akan merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran kerajaan negeri. Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi PKR, N. Gobalakrishnan dan Ketua Penerangannya, Tian Chua menafikan yang Manikavasagam telah keluar parti. Kata mereka, memang ada SMS sedemikian tetapi menafikan Manikavasagam telah keluar daripada PKR.

Gobalakrishnan berkata, beliau yakin Manikavasagam tidak akan meletakkan jawatan. "Saya ada bercakap dengan beliau dua hari lalu, jangan percaya pada SMS ini," katanya. "Saya tidak tahu mengenainya dan tidak percaya beliau akan berbuat demikian," kata Tian Chua. Semalam, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar mengesahkan Kuil Sri Mahakaliamman di Kampung Tasik dirobohkan oleh MPAJ awal bulan ini walaupun dinafikan pemimpin PKR sebelum itu. Beliau berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan MPAJ merobohkan Kuil Sri Mahakaliamman tanpa kebenaran kerajaan negeri