Tan to drop the idea?
Kota Kinabalu:
Deputy Chief Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah has hinted he may be having second thoughts about forming a new party. He said "finding ways to get back the people's confidence in Barisan Nasional (BN) was more important than forming new political party".
"It's no use opening a new party without addressing the issue of getting back the people's support for BN," said the former Sabah Progressive Party (SAPP) Deputy President, who is now partyless. SAPP headed by Datuk Yong Teck Lee pulled out from BN on Sept 17, but Tan decided to stay put in BN.
Datuk Raymond Tan Su Kiah.
Menteri Penuh dan Timbalan Ketua Menteri Sabah
yang TIADA PARTI.
NOTA SENJALIZA
Sehingga kini Datuk Raymond Tan Su Kiah (RTSK) belum mempunyai parti. Bagaimanapun beliau memegang 2 jawatan yang biasanya dipegang oleh oleh seorang wakil rakyat yang "memiliki parti" dan komponen parti kerajaan. Jawatan itu ialah: Menteri Kerjaraya dan Pembangunan Infrastruktur dan Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Bila kenyataan "Tan To drop The Idea?" ini disiarkan. Saya tertarik membacanya. Dulu ada ura-ura dan tekanan bahawa Kabinet Negeri "terpaksa disusun semula" memandangkan isu keluarnya SAPP dari BN dan RTSK kononnya terpaksa meletakkan jawatan atau akan menubuhkan parti baru yang bakal menyertai BN untuk "menyelamatkan jawatan" yang dipegangnya. Namun semua itu hanya tinggal ura-ura dan hura-hura..
Hakikatnya, RTSK masih memegang jawatan-jawatan penting dalam kabinet kerajaan TANPA PARTI. Ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun BUKANlah sesuatu perkara yang URGENT bagi RTSK kerana dia tahu rupanya atau sekurang-kurangnya ada pihak membisikan ditelinganya, yang meyakinkannya, bahawa "KHDMAT" dia masih diperlukan.....
2 comments:
Salam Senjaliza,
Karena Datuk Raymond Tan Su Kiah (RTSK) untuk meneruskan juga jawatan Menteri Kerja Raya merangkap Timbalan Ketua Menteri sabah ini agak rumit juga.
Banyak pemerhati politik berpendapat bahawa tindakan ini tidak betul. Pada satu ketika , Datuk Ghapur Ketua Bahagian UMNO Kalabakan pun pernah menyuarakan bantahan. Manakala a Datuk V.K.Liew President LDP dan Setiausaha Agung UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau menyifatkan tindakan saperti ini tidak pernah di lakukan sebelum ini.
Walau macam mana pun ‘ with party or partyless’, Ketua Menteri dengan menggunakan kuasa veto tetap juga beria-ia untuk meneruskan perkhidmatan RTSK.
Selalu nya Perkhidmatan sesaorang itu di teruskan berdasarkan kebolehan sesaorang yang tidak boleh di ambil alih oleh orang lain saperti ‘ Expatriate ( super professional)‘. Bagi orang politik, semesti nya berparti yang diiktiraf kan oleh komponen.
Tapi RTSK tidak memenuhi syarat atau tidak termasuk dalam golongan tersebut. Di Sabah,banyak lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang layak mengambil alih tugas beliau, bila-bila masa.
Kita doa sahaja lah agar tindakan yang unik ini tidak akan memudratkan pentadbiran negeri kita yang sedang tenat kini.
Semekom...
Apa yang penting ialah khidmat, bukan parti. Itu hanya hiasan kosmetik sahaja,sebagai contoh..beberapa menteri penuh persekutuan bukannya dari kalangan YB-YB yang menang bertanding pilihanraya..!! Kelayakkan dan penerimaan masyarakat itu amat penting untuk seseorang menjadi ketua dalam urusan mentadbir.
Tiada gunanya jadi ketua kalau sekadar jadi tunggul mati ataupun dalam bahasa sama `little napoleon'. Buat apa ada parti macam SAPP,yang hanya pandai menyalak,tapi tiada gigi untuk mengigit..(mungkin mereka boleh tempah gigi palsu dari doktor gigi selepas ini).
Perjuangan untuk masyarakat harus mendapat sambutan dari masyarakat khususnya..barulah ada imbalannya atau keserasiannya. Tiada guna kita buat kerja amal dan sebagainya kalau masyarakat tidak mahu menerima sumbangan itu atau tidak faham untuk apa kerja-kerja itu dilakukan. Kalau benar2 hendak memperjuangkan nasib rakyat, kenapa semasa dalam kerajaan tidak buat,tapi..bila sudah diluar baru berani bersuara...mana keberanian mereka bersuara dalam kelompok kerajaan..takut?? Ada hantukah dalam kerajaan itu?? Inilah sindrom kepala otak orang-orang pemalas,bila sudah kedapatan.. kelam-kabut cari alasan untuk menutup ke******an mereka dengan cara mempertikaikan kerajaan atau berbagai alasan untuk lepaskan diri.
Dtk.Raymond banyak pilihan untuk meneruskan perkhidmatan beliau, ada parti atau tanpa parti..kerana masih banyak parti komponen BN yang sedia memberi ruang pada beliau untuk mengisi kuota Cina dalam parti-parti berkenaan. Apa mahu susah datuk...pilih saja mana kau suka!! Kalau kau,biar begadai.. boleh bahhh!!
Post a Comment