Translate

Friday, December 25, 2009

Season Greetings and Happy Holiday.


Saya ucapkan Selamat Hari Natal Buat seluruh Rakyat Malaysia Malaysia dan semua yang merayakan Perayaan Hari Christmas.

Teristimewa kepada:-
Anak-anak Timor Leste,
54, Jalan Dahlia 7,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruang,
Melaka.

Gambar dari: RantingsbyMM.

Wednesday, December 23, 2009

Anwar Kembali Menerajui PKR Sabah: Asap peperangan masih berkepul-kepul.

 
Pengerusi Parti KeADILan Rakyat Sabah Yang baru, Yang Berhormat Dato Seri Anwar bin Ibrahim.Gambar ini diambil ketika dia berucap merasmikan Konvensyen Barisan Nasional yang Pertama di Sabah yang bertemakan "Solidariti". Pemimpin yang menjadi sasaran ancaman dalam ucapannya ketika itu ialah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang dianggapnya bersikap "perkauman" dan anti-nasional.


“Saya telahpun membakar jambatan saya”…” . “I may decide sooner before the three months end,” ...."I can always do something else." . ..“Anwar himself has not been in contact with me for some time,…. “We are no longer going to be used by these people (in Kuala Lumpur) for their own politics.” -Jeffrey Kitingan (selepas perlantikan Thamrin Haji Jaini sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah)


PKR Pusat menjadi semakin kecut dengan tindakan dan penyataan umum dan  terbuka Jeffrey ini. Seolah-olah waktu itu PKR sudah berada di ambang senja dan terus saja boleh melupakan niat untuk bertapak di Sabah, salah sebuah Negeri yang menyelamatkan Kerajaan Barisan Nasional selain Sarawak. Sudah pasti kesan politiknya amat besar dan berat terhadap pergolakan politik di Semenanjung Tanah Melayu yang amat negatif kepada PKR dan Pakatan Rakyat secara keseluruhan. Manakala peluang PKR di Sarawak yang bakal melangsungkan PRU akan bertambah malap sebagai tambahan kepada kepedihan PRK Batang Ai.

Jawatan Majlis Pemimpin PKR Negeri Sabah dan Sarawak (MPPNSS) dikurniakan DSAI kepada Jeffrey dan kembali sebagai Naib Presiden PKR Malaysia dilihat sekadar membersihkan arang yang terpalit di muka PKR Pusat yang bertindak menyingkirkan Jeffrey dan Christina Liew. MPPNSS adalah satu jawatan yang tidak wujud dalam mana-mana PKR negeri dalam Malaysia dan tidak termaktub dalam perlembagaan PKR perse. Jawatan ini  hampir sama dengan Jawatan Jeffrey sebagai Penyelaras Majlis Mesyuarat PKR bagi Sabah dan Sarawak yang pernah dikurniakan kepadanya sebelum PRU12. Ianya hanyalah direkacipa  atau rekaan atau dalam bahasa kegemaran DSAI, "rekayasa", bagi memujuk rayu Jeffrey agar tidak meneruskan niatnya menubuhkan parti baru yang mula disebut-sebut sebagai Parti Cinta Sabah-PCS dan tidak meninggalkan PKR selepas tamat tempoh cutinya menjelang pertengahan Januari, 2010.

Christina Liew juga meluahkan perasaan kecewanya dengan mengatakan PKR Pusat tidak mengenang jasanya yang berkhidmat selama 9 tahun dengan setia tetapi disingkir dari jawatannya sebagai naib Pengerusi PKR Negeri. Dia digantikan dengan Kong Hong Ming, yang bercita-cita besar menyingkir  ADUN DAP, Jimmy Wong di Tawau, Sabah. Berikutan dengan itu Christina dan Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam PKR kecuali keahlian yang ditangguh sehingga pertengahan Januari, 2010.

PKR Pusat sudah menyedari kesilapan dan kelemahan keputusan mereka yang menyingkir pemimpin pembangkang dari suku yang besar, Jeffrey dan Christina dari kaum Cina yang hampir memenangi ADUN dan MP dalam PRU12. PKR beranggapan dua suku kaum ini adalah berpotensi besar akan menyokong PKR. (Agaknya pemimpin PBS, UPKO, PBRS, LDP dan komponen BN, mula tersengih membaca penyataan ini. Saya kira SAPP dan DAP juga demikian)

Bukankan benar seperti yang dikatakan Jeffrey bahawa mereka hanya diperalat pemimpin KL untuk memberikan kerusi kemenangan di peringkat Pusat @ alat politik?

Lalu kita bertanya. Ke manakah perginya penyataan “patuh, tinggalkan parti atau disingkir” yang buat Anwar selepas PKR Pusat bermesyuarat mengenai struktur atau kedudukan pimpinan PKR Negeri-Negeri termasuk Sabah sebelum ini?

Sebahagian pemimpin dalam PKR mengatakan bahawa “Ada kemungkin Anwar "reappoint" Jeffrey just to help him dig his own burial deeper and deeper. Saya bersetuju dengan tuan that Anwar sudah masak dengan politik Sabah dan Jeffrey”.-Pemimpin PKR Negeri.

Pandangan Pemimpin PKR ini selaras dengan pandangan pemimpin-pemimpin KDM yang sememangnya melihat Jeffrey telah menjilat ludahnya, hilang kredibiliti dan “menjadi strike breaker” kepada gagasannya sendiri setelah kembali semula ke PKR tergesa-gesa sebelum cutinya tamat. Dia bagaikan kelabu mata menerima “jawatan tidak wujud” dalam Parti.yang ditawarkan DSAI. Bukankah sebelum ini sebahagian  besar penyokong dan ahli-ahli PKR mengatakan bahawa :Gapari adalah  risiko besar kepada PKR Sabah?

Konvensyen PKR yang diadakan di Sabah pada 20 Disember di Atlantis Restaurant dihadiri lebih kurang 2,000 orang (tidak semua penyokong PKR) itu bertemakan "PKR Sabah- Menerajui Cabaran Ke Arah Sistem Dua Parti". Jauh berbeza dengan matlamat dan tema Konvensyen di Kuala Lumpur yang menekankan gerakan “merintis jalan ke Puterajaya” @ mengambil alih pemerintahan, BUKAN berkongsi kerajaan. Kedatangan DSAI membawa utusan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan Isteri DSAI. Antara lain untusan itu ialah:-

Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang – Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang – YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan – YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak – YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Menggantikan Ahmad Thamrin Haji Jaini-PKR Sabah)
6. Kedah – YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan – YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis – Encik Johari bin Shafie
9. Melaka – Encik Khalid Jaafar
10. Johor – Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak – Encik Osman Abdul Rahman
12. Terengganu – Encik Wan Rahim bin Wan Hamzah

Cumanya, utusan ini tidak menyatakan “Patuh, berundur atau disingkir”.

Selepas konvensyen itu, DSAI muncul dengan kenyataan bahawa “Krisis Kepimpinan PKR Sabah Selesai”.. Sesetengah penyokong PKR sendiri mengatakan “berkecai”.

Ahmad Thamrin Haji Jaini yang diberi kepercayaan mengetuai PKR Negeri Sabah dalam mesyuarat Penuh PKR Kebangsaan sebelum ini, tersingkir. Perlantikan Thamrin sejajar dengan perlembagaan-pkr dan jawatan itu wujud dalam parti. Dia yang telahpun merangka perjalanan parti menghadapi PRU13 telah membariskan barisan kepimpinan PKR Negeri dan jawatankuasanya sehingga konvensyen PKR Sabah dilangsungkan. Barangkali dengan penyingkirannya barisan ahli jawatankuasa itu juga “jumud” dengan sendirinya. Tidak perlu ditanya apa perasaan mereka. Kita tahu perasaan kita bila kepercayaan seumpama itu ditarik balik.

“Semua tahu, dunia tahu”, meminjam kata-kata Datuk Ghapur Salleh., kem Jeffrey plus kem Christina tidak sehaluan dengan kem Thamrin plus kem Kong Hong Ming. “Peperangan dua kem ini masih berasap bekepul kepul". Senapang yang berasap muncungnya masih di tangan masing-masing. Mereka berkumpul apabila “Maharaja PKR” datang bertandang. Pulangnya maharaja membawa cerita “selesai”, sedang yang ditinggalnya menanggung kecederaan yang berdarah. Luka mereka dilukai dan masih bersiap siaga mengangkat senjata..


RELATED STORIES....
Jeffrey Still Unhappy
Sabah-PKR-Convention-2009-The Good The Bad and The Ugly.....
Omong Kosong Pembangkang Untuk Kuasai Sarawak
Anwar-tahu-siapa-Jeffrey-Kitingan
Teguran-Yusuf-Al-Qadawi-kepada-anwar
on-pakatans-big-day-najib-looks-the-winner-leslie-lau 

Sunday, December 20, 2009

DSAI Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak.


Kedudukan PKR terkini dalam kontek struktur organisasi tidak jauh dari Carta Organisasi selepas PRI 12 yang menyaksikan PKR tidak berjaya memenangi sebarang kerusi di Sabah. Apakah formula lama ini akan membawa cahaya baru dalam PKR Sabah?

Krisis Kempimpinan PKR Negeri-Negeri yang tidak berkesudahan akhirnya terpaksa akur sekali lagi dengan keputusan PKR pusat melantik DSAI sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak. Sekurang-kurangnya tiada lagi pihak yang bersengketa dalam PKR "secara nyata" di mata umum.

Sekaligus DSAI menjadi pemegang rekod menjadi Pengerusi Perhubungan sebuah Parti yang pertama bagi Malaysia Timur beribu pejabat di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini DSAI juga dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bagi Negeri Selangor.

Dengan Perlantikan DSAI ini dan Perlantikan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Pengerusi Majlis Penyelaras PKR bagi Sabah dan Saarawak, masih menjadi tandatanya apakah status Thamrin Haji Zaini yang sebelum ini dilantik oleh PKR Pusat sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Kedudukan "line-up yang diusahakan Thamrin semasa menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah juga masih belum diketahui.

Apakah percaturan ini mampu menenangkan PKR Sabah yang berkocak dan berkecamuk sebelum ini? Apakah hubungan Jeffrey dan kemnya akan bertaut semula dengan Thamrin dan kemnya?. Siapakah peneraju Sabahan yang senior dalam PKR Sabah, Jeffrey atau Thamrin?. Apakah perkembangan terbaharu ini mampu menguatkan kedudukan dan pengaruh PKR di Sabah? Sama-sama kita tunggu selepas DSAI mengumumkan intipati perencanaannya.

Jika bagi PKR strategi mengembalikan status quo lama PKR Sabah sebagai perintis jalan ke Puterajaya, tidaklah mudah bagi rakyat Negara ini melupakan strategi lama 916 yang berbunyi seiras walaupun tidak  sama. Fikir-fikirkanlah.

Related Stories:
PKR Makin Parah Lagi-Ahli PKR Keluar Parti
pakatan-setapak-lagi-ke-arah-mungkar
Analisis: Halatuju Pakatan Kabur
Impian PKR Menapak Di Sarawak Satu Mimpi?
Kenapa-pkr-ijok-tutup?

Cuti Yang Di Pendikkan Tidak Merobah Kedudukan Jawatan No 1 PKR Sabah..


 Encik Thamrin Haji Jaini, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.


 Mungkinkah Jeffrey buntu dan tidak menemui ramuan politiknya. Lantas dia ke Kucing, Sarawak untuk menyelamatkan keberadaannya dalam PKR?

Tidak siapa menduga bahawa Datuk Dr, Gapari Kitingan @ Jeffrey akan memendikkan cutinya. Memang ramai yang tahu hakikatnya bahawa cuti itu BUKAN cuti sebenarnya kerana Jeffrey pasti akan melakukan kerja-kerja orang politik. Dia telah membuat perkiraan mengenai ramuan masa depan politiknya. Campur itu tolak ini, Jeffrey bagaikan menemui jalan yang buntu kerana ramuannya tidak menemukannya dengan formula yang mujarab.

Sedikit masa lalu dia pernah mengatakan bahawa dia yakin akan dapat melakukan sesuatu apabila dinafikan Jawatan No 1 PKR Sabah. Malah dia menjadi lebih vokal mengatakan bahawa dia tidak mungkin membiarkan dirinya dan penyokongnya diperalat oleh pemimpin Kuala Lumpur semata-mata kerana nafsu serakah politik mereka. Lebih jelas, dia menyindir DSAI yang teramat mengidam jawatan Perdana Menteri. Walaupun Jeffrey tidak mengisyitiharkan "perang terhadap PKR" namun tindakannya membakar jambatan dan ancaman penyokongnya terhadap pimpinan PKR Sabah dan PKR Pusat sudah memadahi dilihat sebagai "gendang perang". Bukti jelas ancaman gendang perang ini dapat dilihat apabila kumpulan Jeffrey mula bertindak mengecam DSAI sendiri dan dasar-dasar PKR Pusat yang dikatakan mengabaikan mereka. dan camputangan dalam urusan PKR Negeri Sabah yang sepatutnta diberi taraf "autonomi politik". Mereka juga telah memohon untuk mendaftarkan PCS atau Parti Cinta Sabah yang jelas tidak selaras dengan prinsip PKR.

Ketika krisis kepimpinan PKR Sabah memuncak antara kumpulan Thamrin Haji Jaini dan Kumpulan Jeffrey, utusan khas DSAI teah dihantar ke Sabah yang diketuai oleh Tian Chua, seorang perangka strategi politik PKR. Jelas kedatangan Tian Chua ke Sabah ketika itu memperlihatkan biasnya terhadap Jeffrey. Ini menunjukkan team Bukan Melayu dalam PKR lebih condong kepada Jeffrey berbanding Thamrin walaupun keputusan PKR Pusat memilih Thamrin melalui suara musyawarah.

Apakah kumpulan Tian Chua sebagai perangka strategi PKR telah berjaya memujuk dan melembutkan DSAI, yang pernah mengeluarkan kenyataan tegas dan keras, "patuh, berundur atau dipecat", untuk membina semula jambatan yang telah dibakar Jeffrey? Apakah soal-soal prinsip mula diketepikan dan cuba diremehkan apakah berdepan dengan masalah "menjaga hati" dan menyelamatkan diri dari terjerumus dari aib rakyat dan kecaman masyarakat Sabah khasnya yang dikatakan "Fix Deposit" BN? Apakah benar kecaman tidak beralih ke isu lain atau berubah wajah?

Kemungkinan besar Jeffrey akan tersingkir dari PKR jika dia tidak mengadap DSAI di Kucing. Talian hayat barangkali "dikejarkan" oleh broker-broker politik sehinggalah DSAI mengembalikan jawatan Jeffrey seperti jawatan dulu ketika Tuan Haji Ansari Abdullah menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah yakni "Penyelaras PKR Sabah dan Sarawak". Apa yang Jelas Thamrin Haji Jaini masih Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan masih memegang jawatan sebagai No.1 PKR Sabah.

Apakah "jawatan lama" Jeffrey yang dikurniakan semula ini akan mengembalikan kemelut lama dalam kepimpinan PKR Sabah seperti ketika Ansari menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah? Desas desus sudah mula berkumandang bahawa kembalinya Jeffrey ke dalam PKR akan mengundang risiko besar kepada PKR Sabah dan akibat risiko itu pula akan lebih berat dan sukar untuk dirungkai.

Menutup "Mulut Tempayan" tidaklah semudah menggunakan falsafah "politik is a game of possible". Pastinya kecam mengecam akan berterusan terutama di kali lima dan media cyber. Esok Konvensyen PKR Sabah akan dilangsungkan. Pastinya pembubaran cabang atau ranting-ranting PKR di DUN Ijok Selangor yang melibatkan lebihkurang 500 orang (ada yang lapor 1,000 orang tapi mungkin syok depan PC) ahli PKR yang menyertai UMNO akan dijawab dan dinafikan. (lihat "wayangnya" di sini) Terpenting masyarakat Sabah akan memerhati di manakah duduknya Jeffrey esok hari? Mungkikah dia akan dibooo? Namun yang pasti Thamrin Haji Jaini akan duduk di sisi, sebagai orang kanan, DSAI kerana dia adalah pemegang jawatan paling senior, No. 1. PKR Sabah, sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.