Translate

Sunday, December 20, 2009

Cuti Yang Di Pendikkan Tidak Merobah Kedudukan Jawatan No 1 PKR Sabah..


 Encik Thamrin Haji Jaini, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.


 Mungkinkah Jeffrey buntu dan tidak menemui ramuan politiknya. Lantas dia ke Kucing, Sarawak untuk menyelamatkan keberadaannya dalam PKR?

Tidak siapa menduga bahawa Datuk Dr, Gapari Kitingan @ Jeffrey akan memendikkan cutinya. Memang ramai yang tahu hakikatnya bahawa cuti itu BUKAN cuti sebenarnya kerana Jeffrey pasti akan melakukan kerja-kerja orang politik. Dia telah membuat perkiraan mengenai ramuan masa depan politiknya. Campur itu tolak ini, Jeffrey bagaikan menemui jalan yang buntu kerana ramuannya tidak menemukannya dengan formula yang mujarab.

Sedikit masa lalu dia pernah mengatakan bahawa dia yakin akan dapat melakukan sesuatu apabila dinafikan Jawatan No 1 PKR Sabah. Malah dia menjadi lebih vokal mengatakan bahawa dia tidak mungkin membiarkan dirinya dan penyokongnya diperalat oleh pemimpin Kuala Lumpur semata-mata kerana nafsu serakah politik mereka. Lebih jelas, dia menyindir DSAI yang teramat mengidam jawatan Perdana Menteri. Walaupun Jeffrey tidak mengisyitiharkan "perang terhadap PKR" namun tindakannya membakar jambatan dan ancaman penyokongnya terhadap pimpinan PKR Sabah dan PKR Pusat sudah memadahi dilihat sebagai "gendang perang". Bukti jelas ancaman gendang perang ini dapat dilihat apabila kumpulan Jeffrey mula bertindak mengecam DSAI sendiri dan dasar-dasar PKR Pusat yang dikatakan mengabaikan mereka. dan camputangan dalam urusan PKR Negeri Sabah yang sepatutnta diberi taraf "autonomi politik". Mereka juga telah memohon untuk mendaftarkan PCS atau Parti Cinta Sabah yang jelas tidak selaras dengan prinsip PKR.

Ketika krisis kepimpinan PKR Sabah memuncak antara kumpulan Thamrin Haji Jaini dan Kumpulan Jeffrey, utusan khas DSAI teah dihantar ke Sabah yang diketuai oleh Tian Chua, seorang perangka strategi politik PKR. Jelas kedatangan Tian Chua ke Sabah ketika itu memperlihatkan biasnya terhadap Jeffrey. Ini menunjukkan team Bukan Melayu dalam PKR lebih condong kepada Jeffrey berbanding Thamrin walaupun keputusan PKR Pusat memilih Thamrin melalui suara musyawarah.

Apakah kumpulan Tian Chua sebagai perangka strategi PKR telah berjaya memujuk dan melembutkan DSAI, yang pernah mengeluarkan kenyataan tegas dan keras, "patuh, berundur atau dipecat", untuk membina semula jambatan yang telah dibakar Jeffrey? Apakah soal-soal prinsip mula diketepikan dan cuba diremehkan apakah berdepan dengan masalah "menjaga hati" dan menyelamatkan diri dari terjerumus dari aib rakyat dan kecaman masyarakat Sabah khasnya yang dikatakan "Fix Deposit" BN? Apakah benar kecaman tidak beralih ke isu lain atau berubah wajah?

Kemungkinan besar Jeffrey akan tersingkir dari PKR jika dia tidak mengadap DSAI di Kucing. Talian hayat barangkali "dikejarkan" oleh broker-broker politik sehinggalah DSAI mengembalikan jawatan Jeffrey seperti jawatan dulu ketika Tuan Haji Ansari Abdullah menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah yakni "Penyelaras PKR Sabah dan Sarawak". Apa yang Jelas Thamrin Haji Jaini masih Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan masih memegang jawatan sebagai No.1 PKR Sabah.

Apakah "jawatan lama" Jeffrey yang dikurniakan semula ini akan mengembalikan kemelut lama dalam kepimpinan PKR Sabah seperti ketika Ansari menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah? Desas desus sudah mula berkumandang bahawa kembalinya Jeffrey ke dalam PKR akan mengundang risiko besar kepada PKR Sabah dan akibat risiko itu pula akan lebih berat dan sukar untuk dirungkai.

Menutup "Mulut Tempayan" tidaklah semudah menggunakan falsafah "politik is a game of possible". Pastinya kecam mengecam akan berterusan terutama di kali lima dan media cyber. Esok Konvensyen PKR Sabah akan dilangsungkan. Pastinya pembubaran cabang atau ranting-ranting PKR di DUN Ijok Selangor yang melibatkan lebihkurang 500 orang (ada yang lapor 1,000 orang tapi mungkin syok depan PC) ahli PKR yang menyertai UMNO akan dijawab dan dinafikan. (lihat "wayangnya" di sini) Terpenting masyarakat Sabah akan memerhati di manakah duduknya Jeffrey esok hari? Mungkikah dia akan dibooo? Namun yang pasti Thamrin Haji Jaini akan duduk di sisi, sebagai orang kanan, DSAI kerana dia adalah pemegang jawatan paling senior, No. 1. PKR Sabah, sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.

2 comments:

Datu Sulaiman said...

Tuan Liza,
Kita tutuplah cerita DR.J ni. PKR Sabah akan berasa lebih lega jika DR.J tidak lagi berada dalam PKR Sabah..Biarlah DR.J membeawa haluannya sendiri, mungkin juga PBS adalah tempat yang sesuai untuk DR.J..

Tentang cerita 1000 penyokong PKR Ijok menyertai UMNO, saya rasa nak gelak berabis membaca berita ini. Tuan perasaan tak, bermula sebelum PRU 12 lagi beritakan beribu-ribu ahli PKR menyertai UMNO atau komponen lain tetapi apa kesannya? PKR masih hidup dan bertambah kuat. Bukan itu saja, akhbar gerombolan menyiarkan berita, bukan saja ahli malah ketua bahagian masuk UMNO dan bahagian tutup, tapi PKR tetap menang pilihanraya. Apa ni? Mungkinkah sandiwara agaknya ? Atau hanya satu babak dalam wayang Hindi ?

Saya selalu terketawa bila membaca berita ahli PKR masuk UMNO.... Kalau ahli UMNO atau pemimpin UMNO masuk PKR, senyap pula puak gerombolan..???

Senjaliza said...

Datu,
Kalo nak tutup cerita Dr. J ni, tunggu dia "ramai org menderita demam politik" tak dapat prescipsi!!

Balik KB jangan lupa beli sam pan tiaw. Sedap makan campur "ambuyat".

Kalo Pegi kampung Saya jangan lupa beli Hinaba.. sedap makan campur "tuuhaw".

Saya cuma kesihan orang yang "demam" sebab dua tahun kebelakangan ini saya bersyukur alhamdulillah, "tak pernah" sakit atau dalam bahasa org putih "sick" BUT kadang-kadang saya "tired" dengan org yang "kepalanya kecil".

Datu Terima kasih. Sila datang lagi. Bawalah makanan dari Hotel lima bintang. Semoga sihat.